ads

Sabtu, 25 Jun 2011

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: DEMONSTRASI HARAM USBO <b>KUNAK</b>?

Posted: 24 Jun 2011 11:44 AM PDT


Oleh : IBRAHIM TABIR

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK-PKR) mempersoalkan tindakan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) di Kunak yang membuat demonstrasi aman di dalam kawasan balai Polis Kunak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi berkata, beliau difahamkan bahawa USBO yang juga salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kunak pada 15 Jun lepas telah membuat Laporan Polis untuk membantah Perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung yang dijadual mahu diadakan 9 Julai ini.

"Saya juga mahu tahu sama ada Pengerusi Usbo Kunak ada mendapat permit Polis untuk berkumpul dan membawa kad manila yang mengandungi beberapa perkataan difahamkan mereka (Usbo) itu membantah perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung", tanya Citra yang mahu supaya Pengerusi USBO memberi penjelasan terperinci apa sebenarnya maksud mereka berkumpul sehingga kira-kira lima puluh orang dan kemudian berada di Balai Polis Kunak pada 15 Jun lalu dan membuat laporan Polis berkenaan 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau BERSIH'.

Beliau memberitahu wartawan di sini sebagai mengulas tindakan USBO Kunak yang diketuai oleh Pengerusi cawangannya, Abdul Rahim Wahab bersama kira-kira lima puluh anggota pertubuhan itu mengadakan demonstrasi aman di IPD Kunak untuk membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0

"Jika USBO benar-benar menentang tindakan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, mengapa mereka (USBO) dalam masa sama tidak menentang cadangan Pemuda Umno yang juga difahamkan mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama (9 Julai) nanti?," kata Citra yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Kunak.

Kata Citra, adakah USBO sebagai pertubuhan bukan kerajaan telah mendapat permit Polis untuk adakan demonstrasi aman di kawasan balai pada 15 Jun lalu itu?

Dalam masa sama, kata Citra, jika BERSIH tidak mendapat sebarang permit polis untuk mengadakan perhimpunan, mengapa pertubuhan NGO seperti USBO di Kunak boleh berkumpul atau berhimpun seolah-olah mereka adalah 'pertubuhan berkecuali' yang tidak perlu memperoleh permit polis untuk berhimpun beramai-ramai?

Pada 15 Jun lepas, USBO Kunak yang diketuai oleh Pengerusinya, Abdul Rahim Wahab bersama anggota membawa lima Kad manila yang bertulis perkataan;

"Kami ahli-ahli USBO Kunak sentiasa menyokong kepimpinan negara",

"Demonstrasi BERSIH merosakkan kedamaian masyarakat dan negara..",

"Jangan huru-harakan negara Malaysia",

"Kami berdiri teguh dengan kerajaan", dan

"Kami menentang demonstrasi BERSIH"..

Hari yang sama itu, Pengerusi USBO Kunak membuat laporan Polis di IPD Kunak dengan tujuan untuk membantah tindakan BERSIH yang mahu mengadakan perhimpunan 2.0 di Semenanjung pada 9 Julai depan.

"Apa yang memeranjatkan ialah, tindakan USBO Kunak mengadakan perhimpunan aman di Balai Polis pada 15 Jun lalu juga boleh dianggap sebagai perhimpunan haram jika tiada permit Polis", tegas Citra.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved