10 di tuaran - Google Blog Search |
J.E.P.Z: 2 Maut, 2 cedera dalam kemalangan jalan raya <b>di Tuaran</b> <b>...</b> Posted: 15 Jun 2012 01:05 AM PDT TUARAN: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta kancil yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Sulaman di sini, hari ini. Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Faidizal Abdullah, mangsa yang maut ialah Shalizan Azman, 33, penumpang di sebelah pemandu dan Khairul Atdeen Shah, 20-an, penumpang di tempat duduk belakang. Pemandu lori terbabit pula tidak mengalami kecederaan, katanya. "Kereta kancil itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Tuaran, manakala lori 10 tan itu dalam perjalanan dari Tuaran dan terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 7.40 pagi. Pasukan bomba dengan sembilan anggota yang sampai di tempat kejadian mendapati kereta kancil berkenaan terbabas di tepi jalan. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan