ads

Rabu, 9 April 2014

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Penternakan Lebah Madu <b>Di</b> Gombizau Honey Bee Farm <b>Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2014 10:46 PM PDT

106 Flares 2 Facebook 99 Google+ 5 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 106 Flares ×

Kampung Gombizau adalah terletak dalam Pekan Matunggong di daerah Kudat Sabah, kira-kira 43 kilometer ke selatan daerah  tersebut. Seperti kampung-kampung lain di Matunggong, penduduknya banyak terlibat dalam industri hasil tani dan kraftangan  dan mereka diketegorikan sebagai antara penduduk termiskin di negeri Sabah. Saya akan sentiasa ingat kampung ini kerana di  sinilah ekzos kereta saya mengalami kebocoran dan terpaksa memandu ke Kudat dalam keadaan bunyi kereta yang amat bising  lantaran tiada kedai yang membuat 'welding' ekzos di Pekan Matunggong. Namun, yang penting bagi mereka yang mahu melawat  negeri Sabah amnya dan daerah Kudat khasnya, Kampung Gombizau adalah satu tempat yang patut di masukkan dalam pelan  perjalanan anda (itinerary) kerana di sini terdapatnya kawasan penternakan lebah madu bagi tujuan mendapatkan madu lebah  untuk tujuan komersial. Jika anda memandu dari Kota Kinabalu, simpang ke Gombizau Honey Bee Farm atau Ladang Lebah Madu  ini terletak di sebelah kiri anda.

Gerai Madu

Gombizau Honey Bee Farm ini telah wujud lebih 10 tahun yang lalu dan ia menghasilkan madu lebah bagi keperluan penduduk  tempatan dan orang luar yang berminat dengan rasa madu 'asli' yang datangnya terus dari sarang lebah. Bagi penduduk  tempatan, madu lebah boleh membantu mereka dari segi kesihatan dan mereka juga sukakan rasanya yang turut digunakan dalam  masakan tempatan. Ini telah dipercayai sejak bergenerasi yang lalu, maka kewujudan Gombizau Honey Bee Farm ini memanglah  sesuatu bukannya dirancang secara tiba-tiba sahaja.

Indung Madu

Gombizau Honey Bee Farm

Jalan untuk masuk ke Kampung Gombizau agak kurang baik (berlubang-lubang) terutama jika anda menggunakan kereta yang rendah. Sebaiknya gunakan 4WD atau pandu dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Memandangkan ini merupakan satu kawasan tarikan pelancong, saya berharap pihak kerajaan dapat memperbaiki jalan masuk ke ladang lebah ini. The good news ialah, jarak untuk masuk ke dalam adalah tidak jauh iaitu kira-kira 1km sahaja.

Setibanya di Gombizau Honey Bee Farm, anda boleh terus membeli madu-madu asli yang dijual di gerai di sana pada harga yang amat murah. Madu ini betul-betul 'ASLI' dan tidak di campurkan dengan apa-apa bahan sampingan yang lain. Jika tidak percaya, cuba masukkannya ke dalam peti sejuk selama sehari dan perhatikan keadaan madu yang kekal segar dan tidak berbuih seperti madu campuran di pasaran.

Untuk masuk ke kawasan ladang lebah, anda hendaklah ke kaunter tiket dan membeli tiket terlebih dahulu. Harga tiketnya adalah RM 5 bagi dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Lihat di bawah:

Yuran Masuk

Ada pemandu pelancong di sana yang memberi penerangan tentang penternakan lebah di sana dan cara-cara menyesuaikan diri dalam ladang tersebut. Antara yang perlu diingat adalah jangan sesekali membunuh, memukul mahupun menghalau lebah-lebah yang mengeremuni anda. Keep cool dan tunggu petugas di sana mengalau lebah dengan menggunakan asap.

Landang lebah terletak di kawasan landang pokok getah yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk Kampung Gombizau. Penternakan lebah madu  hanyalah industri sampingan bagi mereka di samping ia merupakan tarikan pelancong yang datang ke daerah Kudat. Sarang-sarang lebah terletak berdekatan dengan pokok-pokok getah dan anda boleh merasa madu asli dari indung lebah (honeycomb) jika mahu. Anda juga boleh memegang indung lebah dan bergambar untuk tujuan kenang-kenangan. Jangan takut bila memegangnya dan jangan cuba menghalau lebah dari badan dan muka anda. Stay cool dan biarkan anda di asap oleh petugas-petugas di sana. Alhamdullilah, sepanjang saya dan keluarga di sana, tidak seorang pun dari kami di sengat oleh lebah.

Sarang Lebah

Ladang Lebah Gombizau

Honeycomb

Bees-at-Gombizau

Bagi yang minat FOTOGRAFI, ini adalah CABARAN buat anda. Mengambil gambar potrait dan landskap di kawasan ini agak mudah. Tiada masaalah rasanya. Tetapi cuba pasangkan lensa makro anda dan cuba dapatkan gambar lebah secara makro. Saya gagal dalam tugasan ini :D Agak sukar untuk tangan kekal 'steady' mengambil gambar sambil di kerumuni oleh lebah. Mungkin, saya patut tukar setting ISO lebih tinggi dan percepatkan 'shutter' bagi mengelakkan banyak gegaran bila mengambil gambar lebah secara makro. Namun, ia satu pengajaran berguna dan jika saya datang lagi ke Kampung Gombizau di masa akan datang, saya akan lebih bersedia menghadapi situasi ini.

Lebah-madu

Sebelum pulang, kami singgah kembali ke gerai menjual madu dan membeli beberapa botol madu asli untuk di bawa pulang. Oh ya, rasa madu asli memang lebih sedap dari yang anda beli di pasaraya atau di kedai-kedai. Tak percaya? Datanglah ke Kudat dan singgah ke Gombizau Honey Bee Farm.

- Penternakan Lebah Madu Di Gombizau Honey Bee Farm Kudat

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved