Jalan Di Sabah 4 Gambar Kemalangan Jalan Raya Di Kota Marudu

Salam Jumaat rakan semua.

Semalam aku dan rakan sekerja pergi ke Kota Marudu. Memang agak kurang sikit aktiviti out-station bulan puasa ni berbanding bulan-bulan yang lain. Kami tiba di Kota Marudu dalam jam 11.00 pagi.

Semasa dalam perjalanan, terdapat banyak kawasan yang jalan yang rosak dan runtuh terutamanya dari Kota Belud ke Simpang Tiga Kudat-Kota Marudu. Ada beberapa projek membaikpulih jalan dan cerun dilakukan di sana. Memang kena berhati-hati. Bagi yang memandu malam, kepekaan tinggi memang perlu ada kerana keadaan jalan di luar jangka.

Masa pergi ke sana, semuanya ok sahaja. Aliran trafik berjalan lancar.

Namun, semasa balik aliran trafik sedikit perlahan. Rupa-rupanya ada kemalangan jalan raya yang melibatkan lori. Ini kali kedua aku melihat kemalangan jalan raya pada bulan ini selepas kemalangan  treler di Tenom hari tu. Nasib pemandu lori tak di ketahui kerana sudah tiada di tempat kejadian. Melihat keadaan bahagian hadapan lori, aku jangkakan ia dipandu laju dan cuba mengelak keadaan jalan yang rosak.

Kalau ke kiri menuju ke gaung dan ke kanan pula ada longgokan batuan dan jentera. Kalau aku pun, baik ke kanan..

Peringatan  bersama kepada rakan-rakan semua, pandulah kenderaan anda dengan pertimbangan yang sewajarnya. Jangan nak libatkan diri dengan kemalangan jalan raya walaupun ia datang tak diduga.

Gambar Yang Berkaitan

Baca Ini Juga!!