ads

Rabu, 8 Februari 2012

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kebakaran pertama 2012 <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 19 Jan 2012 08:16 AM PST

KEBAKARAN di Kampung Titingan atau juga dikenali sebagai Kampung Ice Box Blok 5 pada Subuh hari Ahad (15 Januari 2012) lalu merupakan kebakaran pertama yang berlaku di Tawau pada tahun 2012 ini. Tidak ada yang menjadi buah mulut seluruh pelusuk kampung melainkan kisah kebakaran yang meragut nyawa dua beradik itu. Berat mata memandang, beratlah lagilah keluarga mangsa yang merasai kehilangan keluarga yang tersayang.

Aku mengetahui khabar kebakaran ini sekitar jam 4 subuh melalui facebook. Paginya, kebetulan aku mengikuti satu program kemasyarakatan yang dianjurkan MIC Tawau dan selepas itu, aku, abang Azlan Martin dan Dirmanshah tanpa perancangan awal menuju ke lokasi kejadian. Sesampainya sahaja di sana, ramai yang berkumpul, ada yang masih menangisi kejadian itu, ada yang tercari-cari keluarga mereka dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang menggunakan peluang mengumpul besi untuk dijual.

Kami tidak berkata apa-apa, selayaknya hanya bersedih di dalam hati menyaksikan segala yang hangus dengan sekelip mata itu. Untuk rekod, kejadian kebakaran itu telah memusnahkan 6 buah rumah. Kami meniti jambatan yang sebahagiannya juga terbakar, langkahku teragak-agak kerana aku menyedari aku spesis overweight.

Dalam ramai yang berkumpul, pandangan mataku beralih ke satu raut wajah yang aku kenali, dia adalah seorang adik yang aku amat cam mukanya kerana dia pernah menari di satu program di Felda Umas. Aku hampiri dan kutanyakan khabarnya… rupanya dia adalah mangsa kebakaran. Ditunjukkannya tapak rumahnya yang terbakar, dikisahkannya kejadian semalam:

"Kak, aku masih tidak boleh lupa suara adik-beradik yang meninggal itu meminta tolong," katanya.
Sambungnya lagi, dia pada masa kejadian sedang panik melihat api yang tiba-tiba marak, digagahinya mengejutkan keluarganya.
"Aku hanya sempat membawa beg ini, nasiblah di dalamnya semua dokumen pentingku,"

Memandangkan cuaca yang agak panas ditambah lagi keadaannya yang lemah, aku mengagak dia belum makan apa pun lalu mengajaknya untuk ke gerai makan berhampiran.

Dalam perjalanan dia memperkenalkan kakak mangsa dan alangkah terkejutnya aku kerana orang itu aku kenali. Dia adalah anak kepada seorang Mak Andam dan kutanyakan khabarnya. Dengan lemah dan sebak dia terus memelukku dan apa lagi yang mampu aku katakan melainkan bersabarlah dik, ini semua ujian Tuhan, semua ini ada hikmah di sebaliknya.

Allahu akhbar, Al-Fatihah untuk arwah Andi Herah Andi Muddah, dan Puteri Intan Andi Muddah.

PETIKAN BERITA UTUSAN MALAYSIA

TAWAU 15 Jan. – Dua beradik perempuan rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah di Kampung Titingan, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 pagi, Andi Herah Andi Muddah, 19, dan adiknya, Puteri Intan Andi Muddah, 6, ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam sebuah bilik sebaik sahaja api berjaya dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menemui mayat dua beradik itu selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi ini.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tawau dan buat masa ini, pihak kami masih menyiasat punca sebenar kebakaran itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, seramai 21 anggota bomba bersama empat jentera bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 3.50 pagi.

Sementara itu, Andi Herah atau lebih dikenali sebagai Nowet, sepatutnya melaporkan diri di Kolej MAHSA cawangan Kota Kinabalu pada 28 Januari ini.

Dua beradik itu masing-masing merupakan anak kedua dan keempat daripada lima beradik, tinggal bersama ibu bapa dan dua lagi adiknya di tingkat bawah rumah dua tingkat manakala neneknya dan 10 anggota keluarganya di tingkat atas rumah itu.

Nenek mangsa, Rahmah Beddu Rahman, 65, yang tinggal di tingkat atas berkata, dia menyedari kebakaran itu setelah mendengar teriakan dari luar rumahnya yang mengatakan ada kebakaran.

"Dalam keadaan gelap, saya bangun dan terus mencari cucu saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, usaha bapa Andi Herah, Andi Muddah Manawang, 51, untuk menyelamatkan dua anaknya itu bagaimanapun gagal walaupun selepas beberapa kali menendang pintu bilik anaknya itu yang terkunci dari dalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, insiden kebakaran itu turut menyebabkan 74 orang daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

"Kita semua pasti bersedih kerana musibah kebakaran kali ini bukan sahaja memusnahkan harta benda dan tempat tinggal penduduk malah turut melibatkan kehilangan nyawa.

"Bagaimanapun, saya berharap kesemua mangsa dapat bersabar dan menganggap tragedi ini sebagai ketentuan Allah," katanya.

Tambahnya, kerajaan akan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban mereka.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

Related Posts with Thumbnails

Merah Hitam: Rahmat Allah <b>di Tawau</b>...

Posted: 08 Feb 2012 06:28 AM PST

Lebih seratus aktivis PAS yang kebetulan sedang menghadiri program Ijtimak Pilihanraya , nampaknya tidak berganjak dari kerusi masing-masing.Usai program mereka, kelihatan semua peserta tetap melekat di kerusi masing-masing .
Kami bertiga..aku, Syed dan Nalini di bawa ke hadapan pentas langsung duduk di barisan VIP."Do I have to sit infront of these ustazs? Ohhh no!!!...." aku menjerit dalam hati..
Ketika ku melihat-wajah-wajah keluarga mangsa ISA yang terdiri dari ibu, adek, abang dan kakak, kelihatan wajah mereka tidaklah "stress" sangat sepertimana mangsa ISA yang pernah ku temui di Sandakan beberapa tahun lepas.....Wajah mereka kelihatan agak tenang...mungkin inilah hasilnya bila keluarga mangsa mendapat sedikit pembelaan dan sokongan dari aktivis yang perihatin dengan ujian yang sedang menimpa mereka....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved