ads

Ahad, 4 Mac 2012

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


UMNO Online - Limpahan Pembangunan <b>Kota Belud</b> Beri Manfaat <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 01:39 AM PST

Kategori Membela Rakyat, Kata Di Kota

Limpahan Pembangunan Kota Belud Beri Manfaat Ekonomi Kepada Penduduk Setempat

Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan melihat pembangunan secara terancang di Kota Belud banyak memberi kelebihan dan manfaat kepada penduduk setempat.

Menurut beliau dengan pembangunan agropolitan serta industri pelancongan dan penemuan telaga minyak  bakal member limpahan ekonomi dan bakal merancakkan secktor pekerjaan di kawasan Kota Belud kelak.

"Kota Belud bernasib baik dapat perhatian khusus daripada kerajaan. Kita dapat sejak hampir 2008 hampir satu billion ringgit jumlah pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan ke Parlimen Kota Belud.

"Kerajaan telah belanjakan duit yang banyak untuk naik taraf kehidupan dan pendapatan rakyat terutama dalam jelapang padi dan kita buat program besar-besaran yang dipanggil agropolitan.

"Menerusi program ini kita bangunkan tanah dan kita minta pindahkan orang miskin ke dalam skim itu dan skim ini dianggap boleh menaikkan pendapatan mereka sekaligus mengeluarkan penduduk setempat daripada  kepompong kemiskinan.

"Kemudian Kota Belud ini kebetulannya  dianugerahkan dengan pantai yang cantik, jadi kita ada satu program yang berteraskan pelancongan di mana kita akan bawa hotel-hotel lima bintang dan sebagainya," katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah, penemuan telaga minyak baru yang diterokai oleh Petronas bakal memberi dimensi baru kepada kerancakan pembangunan di kawasan tersebut.

"Lagi satu kekuatan kota Belud ini bakal kita ambil perhatian ialah kedudukannya yang dekat dengan telaga minyak baru yang diterokai oleh Petronas. Baru-baru ini kerajaan telah umumkan telaga baru yang mempunyai "reserve" yang begitu besar. Dan kedudukan telaga-telaga minyak ini adalah di atas pantai barat utara..maknanya jauh sikit daripada Labuan.

"Jadi besar kemungkinan yang saya telah dapat taklimat bahawa syarikat gergasi petroleum termasuk Petronas yang akan meneroka dan akan beroperasi ini terpaksa cari satu lokasi yang sesuai untuk dijadikan hub sekurang-kurangnya untuk "engineering", maknanya membaiki, "welding" selain membawa peralatan yang besar. Daripada Labuan agak jauh.

"Jadi yang dekat dengan pantai ialah Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat. Tetapi kita bernasib kerana kita sudah mempunyai pelabuhan Kuala Abai yang mana ada satu jeti untuk mengeksport tembaga daripada lombong.

"Jadi ini perancangan besar kita untuk Kota Belud dan dan kalau ini nanti jadi kenyataan saya kira orang Kota Belud tidak lagi perlu berhijrah unhtuk cari pekerjaan dan dapat jana ekonomi Kota Belud sekaligus," katanya.

Rahman seterusnya melihat pembangkang tidak konsisten di kawasan berkenaan dan hanya muncul pada waktu menjelangnya musim pilihan raya.

"Pembangkang tidak konsisten di Kota Belud dan hanya berkokok waktu menjelangnya musim pilihan raya. Mereka pada waktu ini cuba berlumba-lumba untuk tonjolkan diri dan orang kampung melihat ini adalah satu tindakan hipokrit.

"Lagi satu Kota Belud adalah tempat lahirnya UMNO di Sabah. Jadi saya kira orang Kota Belud mempunyai hubungan yang mantap dengan UMNO kerana di situlah lahirnya wakil rakyat yang pertama Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun dan saya kira itu juga jadi perhitungan kepada penduduk di Kota Belud," katanya.

Pada akhir perbualan, Rahman mengingatkan seluruh rakyat khususnya generasi muda agar membuat pilihan dengan matang  untuk memilih maklumat yang sebenarnya.

"Saya dulu daripada Pemuda….Kita perlu menapis maklumat dengan teliti samaada fitnah, tuduhan tidak berasas atau berat sebelah. Gunakan kemudahan internet dengan sebaik mungkin untuk kepentingan bangsa dan negara.

"Kita harus lihat secara keseluruhan dan personaliti juga penting… namun pemimpin datang dan pergi yang akan bertahan adalah kerajaan. Kalau undi berdasarkan personaliti, kita tidak ada beza dengan Cuba, Jerman. Bahaya mengundi mengikut personaliti," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 2 March 2012 (3 Hari Lalu) Pada 5:39 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved