10 di kota marudu - Google Blog Search |
Majlis Penerangan Perdana BN Sabah <b>Di Kota Marudu</b> Dan <b>...</b> Posted: 27 Feb 2012 02:25 AM PST KENANGAN…Sapawi menerima kenangan daripada Ketua Umno Keningau Datuk Sairin Karno. SOKONGAN PADU…Sebahagian ribuan ahli parti kompenan BN dan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut. MESRA…Sapawi diiringi oleh Sapawi dan Ketua Umno Kota Marudu Datuk Wetrom Bhnda bersalaman dengan hadirin ketika merasmikan majlis Penerangan Perdana peringkat Zon 4 di Kota Marudu, MANTAP…Musa bersama pimpinan Umno dan Kompenan BN melaungkan 1 Malaysia pada majlis tersebut. FAKTA…Penceramah jemputan Ketua Umno Tawau Datuk Tawfiq Bin Datuk Abu Bakar Titingan yang membincangkan tajuk isu-isu semasa dalam konteks negeri Sabah. KENINGAU: Segala dakyah dan fitnah yang dijadikan isu oleh pembangkang akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional (BN) negeri ini. Ketua Biro Penerangan dan Publisiti BN Datuk Sapawi Ahmad berkata penjelasan secara terperinci akan dibuat bagi memastikan rakyat khususnya pada peringkat akar umbi mengetahui perkara yang sebenar. "Kita mahu seluruh rakyat sama ada kakitangan awam, swasta ataupun yang bekerja sendiri selain orang politik tahu perkara yang sebenar…kita bukan menganjur untuk mencari `gah' tetapi untuk memperjelaskan segala dakyah dan fitnah pembangkang," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Penerangan Perdana UMNO Zon Empat di sini kelmarin. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan ia merupakan program kedua selepas program pertama diadakan di Kota Marudu bagi UMNO Zon Satu yang melibat bahagian Tenom, Pensaingan dan Ranau. Majlis Penerangan Perdana BN bagi UMNO Zon Satu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang melibatkan bahagian Kudat, Kota belud dan Tuaran , kata Sapawi. Menurutnya majlis itu melibatkan semua ahli-ahli politik daripada parti komponen "tetapi kami mengalu-alukan kehadiran kakitangan awam dan orang perseorangan…majlis ini adalah terbuka." Beliau berkata BN Sabah mahu agar rakyat tidak terpedaya dan tertipu oleh dakyah serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang. "Kita mahu rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN…kita mahu rakyat sedar dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan BN," katanya dan menambah kepentingan dan kebajikan rakyat tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan BN. Beliau juga berkata selain untuk memperjelaskan segala isu yang dihebohkan oleh pembangkang, majlis itu juga adalah untuk membuka ruang kepada rakyat bagi mengemukakan segala permasalahan atau kekeliruan yang ada. "Kita tidak mahu rakyat diperbodohkan atau dipergunakan…kita tidak mahu mereka terus ditipu," katanya lagi. Mengenai soalan lain, Sapawi berkata majlis itu juga adalah untuk mempermantapkan lagi jentera pilihan raya BN pada semua peringkat. Katanya dengan adanya penjelasan dan penerangan yang sebenar, ahli parti pada semua peringkat dapat memberikan fakta sebenar kepada rakyat. "Ini membantu mempermantapkan persiapan jentera BN bagi menghadapi pilihan raya ke-13 nanti," katanya. Majlis Penerangan Perdana BN dianjurkan oleh Exco Penerangan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri di mana penganjurannya akan melibatkan enam zon dan melibatkan penyertaan daripada semua ahli parti komponen, orang perseorangan, kakitangan jabatan dan swasta serta ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO). |
You are subscribed to email updates from di kota marudu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan