ads

Jumaat, 17 Januari 2014

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Suami Isteri Ditemui Mati Dibunuh Dalam Kilang <b>Di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2013 08:23 AM PST

- Saturday: 2013-11-09 00:23:34'.

Suami Isteri Ditemui Mati Dibunuh Dalam Kilang Di Penampang, Sabah

Sepasang suami isteri ditemui mati dibunuh dalam sebuah bilik tidur di sebuah kilang memproses makanan laut di Penampang, Sabah, pagi tadi.

Chen Ching Woei, 42, dan isterinya Chang Ling Ping, 44, yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Mangsa ditemui berlumuran darah di atas katil dan lantai oleh penyelia kilang kira-kira jam 8 pagi.

Penyelia kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Chang berkata dia dihubungi majikannya meminta dia mencari mangsa selepas lelaki itu gagal dihubungi.

Ching Woei bekerja sebagai pemandu di kilang berkenaan tinggal di bilik terbabit bersama isterinya sejak dua tahun lalu.

Sebilah kapak kecil yang dipercayai digunakan untuk menyerang pasangan itu ditemui di dalam sebuah tong cat.

Siasatan awal mendapati tiada kehilangan harta benda milik mangsa dan tiada kesan pecah masuk pada bangunan kilang berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh ketika dihubungi berkata siasatan masih dijalankan untuk menjejak suspek serta motif pembunuhan.

Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved