Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.
Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.
Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.
Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.
Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.
Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.
Maria (Maria/Brna)
~mfja~
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.(25) Maria(Maria/Brna)
0 ulasan:
Catat Ulasan