ads

Rabu, 18 Disember 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pemandu maut bertembung lori <b>di Sandakan</b> | The Malaysian Times

Posted: 16 Dec 2013 01:23 AM PST

SANDAKAN, 16 Dis: Seorang pemandu maut apabila pacuan empat rodanya bertembung dengan lori kelapa sawit di Km 48, Jalan Labuk di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mangsa yang dikenali sebagai Lo Sung Ming, 30, mati di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan terpaksa dikeluarkan oleh pihak bomba dan penyelamat.

Mangsa dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu manakala lori tersebut datang dari arah bertentangan.

Rowell berkata pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saksi kejadian diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Balai Polis Trafik Sandakan di talian 08-9211222. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved