TAWAU, 19 Mac: Siren Amaran Awal Tsunami yang dipasang di perkarangan Masjid Al-Kauthar di sini pada 2006 masih berfungsi dengan baik, kata pegawai Meteorologi Tawau Zamunah Zainal.
Beliau berkata pemeriksaan berkala dijalankan terhadap siren berkenaan setiap tahun kerana ia sangat berguna kepada penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan pesisir pantai.
"Siren amaran itu dipasang di kawasan berkenaan bagi memberi amaran awal dan mesej kepada penduduk yang tinggal di pesisiran supaya berjaga-jaga kemungkinan berlakunya Tsunami.
"Ia mempunyai empat fungsi utama iaitu percubaan awal, menyampaikan mesej berwaspada kepada orang ramai, amaran Tsunami dan menarik balik amaran Tsunami," katanya kepada Bernama selepas menguji peralatan itu di sini, semalam.
Zamunah berkata siren amaran itu boleh didengari penduduk yang tinggal antara satu hingga dua kilometer dari peralatan itu dipasang dan ia dikawal sepenuhnya, ibu pejabat di Petaling Jaya.
"Kami turut membuat pemantauan berkala terhadap siren seperti itu yang dipasang di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu," katanya. – BERNAMA
DIALOG berikut ialah sedutan daripada klip video ONEderful Malaysia! CNY 2014 yang memuatkan sindiran dan fitnah kepada kerajaan. TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia! Biar saya beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan besar. Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang amat besar. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka mengikut belakang orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai. Oops maaf, sepatutnya Abang Wai . ABANG WAI: Panggil saya abang Wai. TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan. Setiap warganegara mengadu bahawa "wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Ketiga-tiga daripada anda mempunyai sebarang komen? MASTER YAN YAN: Anda semua perlu untuk sedar dan dengar! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai... Ertinya nasib juga hilang! PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya cinta cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak dalam menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda perlu hanya menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpankan ia di dalam poket anda. Akhirnya, "Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama akan menjadi gunung! Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda. TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini? MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah 'dianugerahkan' nombor keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia. ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda. MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melakukan perjalanan ke Melaka dan melawat Jalan Jonker, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Jika tidak, anda boleh melakukan perjalanan ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik. Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural "Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik. Sudah hilang, Sudah hilang. Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang! TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat pada masa ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka? ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian terlalu 'Bersih'. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan. MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah. PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang. Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan. ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu. PUAN JIT: Tidak apa. TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Apa-apa tip untuk mereka? ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa! TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan gempal! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia. Apa maksudnya? Malaysia Boleh! SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal? PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa mahu anda untuk keluar dan turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun. Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam. Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka ia sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan diselesaikan. TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan? MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai fengs hui yang sangat baik dan sangat murah juga. Tujuh bilik apartmen hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan. PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga. Pilihan yang baik! SOALAN PENONTON: Tahun Kuda tahun ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan? PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? "Jual Cina!" TERESA: "Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual? ABANG WAI: Jika anda ingin "Jual Cina", perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi "pengkhianat". MASTER YAN YAN: Selepas menjadi "pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga. PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada "Menjual Cina"? TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini. PUAN JIT: Apa-apalah! TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan demokrasi! PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang. MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan! ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia! SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai " ONEderful " Tahun Baharu Kuda! (Terjemahan Video CNY Teresa Cock/Utusan)
Kami mencari pembanci untuk Kerja - kerja membanci sekolah sekolah disabah. Kelayakan lepasan SPM/STPM/SIjil/Diploma/Sarjana.
Skop Kerja:
1. Pergi ke setiap sekolah dalam senarai PPD daerah 2. Jumpa Guru berkaitan 3. Mengisi data dan membuat pemerhatian terhadap fasilit sekolah berdasarkan soalan borang banci 4. Ambil gambar berkaitan 5. Minta cop sekolah sebagai bukti kehadiran
Kami akan bayar mengikut borang atau sekolah yang siap dibanci sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut sila email: Fipnaz@yahoo.com
Daerah PPD yang di cari: 1. Sandakan 2. Tenom 3. Lahad Datu 4. Sipitang 5. Kunak
Kerja kosong di Tenom 2013, kerja kosong di Sandakan, Kerja Kosong di Kunak, Kerja Kosong di Sipitang, Kerja kosong di Lahad Datu, 2013 kerja kosong di negeri Sabah , kerja kosong di Sandakan Sabah (govt contract)
Baru-baru ini pihak Kem PLKN Mesapol telah melakukan promosi PLKN di Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin Sipitang pada 1 Oktober 2013 bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi.
Antara yang terlibat bagi menjayakan promosi ialah Timbalan Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes dan dibantu oleh 10 orang jurulatih Multiskill. Objektif utama promosi ini ialah bagi menarik minat pelajar sekolah untuk menyertai PLKN selepas tamat tingkatan 5 bagi melahirkan generasi muda yang berketrampilan disamping memupuk semangat patriotisme selaras dengan pelaksanaan modul-modul latihan yang telah disediakan.
Seramai hampir 100 orang pelajar dari sekolah tersebut telah menghadirkan diri dalam taklimat berkenaan PLKN yang disampaikan sendiri oleh Cik Puan Iira Ida Joanes. Apa yang menariknya, bagi sesi memperagakan pakaian uniform Wira dan Wirawati, jurulatih multiskill telah memilih secara rawak dari kalangan pelajar sekolah itu sendiri sebagai model peragaan. Selain itu, sesi soal jawab turut dijalankan terhadap pelajar berkenaan taklimat PLKN yang telah disampaikn disamping memberikan sedikit cenderahati kepada pelajar yang berjaya menjawab setiap soalan dengan betul.
Maklumbalas mendapati, rata-rata pelajar yang mendengar taklimat berkenaan PLKN menyatakatan hasrat untuk menyertai PLKN selepas menamatkan SPM nanti.
Pelajar turut dihiburkan dengan gerak tari lagu-lagu patriotik yang dipersembahkan oleh barisan jurulatih multiskill dan bagi mengabadikan kenangan sepanjang promosi dijalankan, sesi fotografi telah dijalankan sebelum aktiviti ditamatkan.
Bagi pihak Kem PLKN Mesapol, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Sindumin kerana telah menyambut baik kedatangan pihak kami bagi menjayakan promosi kali ini.
Kelulusan pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sipitang dalam Bajet 2014 merupakan komitmen tinggi kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam khususnya di kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, langkah itu memberi jaminan keselamatan bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah kepada pelabur dan pelancong asing.
Ini kerana daerah itu merupakan pintu masuk utama ke Sabah bagi pengunjung dari Sarawak, Brunei Darussalam dan Indonesia.
Beliau berkata demikian ketika membahas Bajet 2014 di Dewan Rakyat di ibu negara.
Datuk Sapawi juga gembira apabila Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) diletakkan dalam teras pertama untuk merancakkan aktiviti ekonomi di negeri ini.
Beliau turut mencadangkan agar beberapa keperluan susulan ditingkatkan bagi menentukan SAMUR benar-benar memberi manfaat dan kemakmuran kepada rakyat.
Ini termasuk penyediaan doktor pakar di Hospital Nukleus Sipitang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kesan daripada pembangunan projek berasaskan kimia, minyak dan gas itu nanti.
Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.
Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.
Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.
Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu
Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
Setiap tahun, dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan.
Juga difahamkan, Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu.

Program agropolitan di penempatan semula Gana di Kota Marudu telah bermula. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata ia boleh menjadi model skim agropolitan moden yang berjaya.
Katanya, program itu termasuk penanaman getah kira-kira 500-hektar di bawah Lembaga Industri Getah Sabah, dijangka mengubah lanskap kampung penempatan semula itu.
Perkampungan itu mempunyai kira-kira 450 keluarga dari 10-kampung yang sebelum ini terletak bersebelahan Hutan Simpan Lingkabau yang ditempatkan di bawah Projek Pembangunan Bersepadu Penempatan Semula Gana pada 1997.
Dalam satu kenyataan, Datuk Dr Maximus yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata skim penanaman getah dijangka mendatangkan pendapatan kepada keluarga terbabit dan menaikkan taraf hidup mereka.
Tambahnya, jalan sepanjang 26-kilometer menghubungi kampung itu dengan pekan Kota Marudu hampir siap dan akan meningkatkan perhubungan ke perkampungan itu.
Politik di Kota Belud, walau diluar nampak tentang selepas PRU13, sebenarnya masih bergelora dengan pelbagai ragam pendekatan dan isu-isu berbangkit. Pun begitu politik peribadi para pemimpin di daerah koboi ini telah mula beranjak ke arah yang lebih positif. Politik minda kelas pertama sesunggiuhnya jauh dario pransangka, kesumat jalanan, dendam membara, dan lebih utama meletakkan kepentingan rakyat jauh dari pergolakan politik peribadi.
Pada Oktober 2010, diblog ini saya menulis berkaitan dengan kehadiran Datuk Shafie Apdal yang ketika itu menjawat Naib Presiden UMNO pertama dari Sabah, merangkap menteri KKLW di kota Belud.Kehadiran pemimpin paling menonjol di peringkat persekutuan ini hanya kerana atas sebab sambutan Hari Raya. Sambutan sangat luar dan biasa. Kerana saya sifatkan demikian ketika itu Datuk Shafie hanya bersendirian tanpa ada kehadiran, baik ketua UMNO Bahagian iaitu Datuk Salleh, baik Kehadiran MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, baik Datuk Musbah, atau Datuk Japlin ataupun pemimpin yang paling berjaya dalam politk peribadiya iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ketidakhadiran kesemua pemimpin KB ketika itu mencetuskan polemik, tanda tanya, spekulasi dan cerita-cerita liar kononnya kepimpinan Datuk Shafie Apdal tidak mendapat bai'ah dari pemimpin politik Kota Belud.
Masa telah berlalu, 2010 meninggalkan kita dengan pelbagai derita dan gumbira dalam hidup masing-masing.Namun politik para pemimpin di Kb sentiasa berada dalam penilaian, pengamatan dan tafsiran yang berganda dikalangan penganalisis politk. Dalam 2014 ini iaitu dua hari lepas, sekali lagi Datuk Shafie Apdal melabuhkan punggungnya di bumi Kota belud.
Kehadiran beliau ini menjadi tumpuan kerana selain daripada atas tugas rasmi,iaitu merasmikan sistem bekalan air bersih bagi daerah KB, ia juga menjadi tumpuan ekoran kehadiran Datuk Musbah Jamli ADUN Tempasuk dan Mp Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. Di mana Datuk Salleh Tun Said? Apakah yang turun itu bukan Naib Presiden UMNO? di mana Datuk Japlin selaku Naib ketua UMNO Bahagian KB?
Kita mengharapkan agar penerima kepimpinan Datuk Shafie Apdal di Kota belud dapat dijelmakan dalam bentuk kehadiran dan sambutan pemimpin politik ketika menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO ini hadir di Kota Belud. Jika penerimaan ini berlaku dalam bentuk sambutan, maka ukhuwah di peringkat cawangan dan bahagian juga akan bertambah erat lebih-lebih lagi bila melihat pemimpin di peringkat atas begitu mesra dan bersama menangani masalah rakyat. Bekalan air bersih di KB bukan lagi masalah yang berusia 10 atau 15 tahun tetapi menjangkau lebih 40 tahun sejak merdeka lagi. Bukankah adalah lebih elok jika masalah ini ditanggung bersama?
Mangsa Samun di Sipitang, Sabah. Kejamnya penyamun itu. Sesungguhnya penyamun / pencuri wajar dihukum dengan hukuman yang berat.
Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang.
1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak suspek. Suspek hanya syak suspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Suspek telah berjaya melarikan dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 11 malam.
2. Lebih kurang jam 8 pagi, KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.
3. Suspek disyaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.
4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.
Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^
Kinabatangan - Seorang kerani wanita di sebuah ladang maut, manakala kekasihnya parah selepas mereka dipercayai ditembak ketika berehat di sebuah pondok di Ladang Kim Loong Tongod, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa Rozaliah Peter, 19, dari Kampung Langkabung Tongod, dekat sini, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, dekat sini, akibat ditembak di belakang sebelah kiri badannya, jam 6.45 petang.
Manakala, kekasihnya Amiruddun Mustamin, 27, pekerja kilang sawit Kim Loong Tongod, dekat sini, cedera dengan satu kesan tembakan di bawah bahu kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Duchess of Kent Sandakan, di sini.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Telupid yang memaklumkan seorang perempuan dan lelaki cedera dipercayai akibat terkena tembakan.
"Mangsa perempuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, manakala mangsa lelaki cedera di bahu dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. "Keadaan mangsa lelaki dilaporkan serius dan masih menerima rawatan lanjut," katanya, semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati, Rozaliah bersama Amiruddin sedang berehat di pondok di dalam ladang sawit kira-kira 300 meter dari jalan utama Jalan Telupid – Tongod, di sini, jam 6.45 petang.
"Tiba-tiba Amiruddin dikatakan terdengar bunyi tembakan sebelum melihat Rozaliah berlumuran darah, manakala dia turut cedera di bahu.
"Amiruddin dipercayai menghubungi rakan sebelum mereka dihantar ke Hospital Telupid untuk rawatan, namun Rozaliah disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Telupid," katanya di sini.
Martin berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, Amiruddin ada melihat individu berlari sambil membawa lampu suluh di bawah bukit tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat.
"Mayat Rozaliah dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat, manakala Amiruddin turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.
Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di Nabawan.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, Osman Aganduk turut menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan.
Selain daripada itu, dua guru Oguslina Siambing dan Zulkiflie Mohamad masing-masing turut menerima Anugerah Guru Inovatif kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah manakala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang disadang Sekolah Kebangsaan Kampung Enam Nabawan.
Sambutan Hari Guru peringkat Daerah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jame Alip.
Berucap merasmikan majlis tersebut, Jame mengesa warga pendidik agar sentiasa memperbahurui sistem pembelajaran dalam dan luar kelas mengikut keadaan semasa agar pelajar dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.
Jelasnya, ini disebabkan kehendak dalam sistem pembelajaran masa kini jauh berbeza berbanding sistem dahulu.
marcus Mojigoh (kiri) menerima surat memorandum lesen Kelas F daripada wakil syarikat Kharsani Welder Technology & Services (KWTS) semasa mengadakan lawatan di Putatan, semalam.
NABAWAN 20 Ogos – Kerajaan diminta mewujudkan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini bagi meningkatkan tahap pengawalan kebakaran sekali gus menyelamatkan harta benda dan nyawa penduduk di sini.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, pada masa ini pihaknya telah mengenal pasti tapak yang sesuai bagi membina sebuah balai bomba di daerah itu.
"Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini penting bagi membolehkan pengawalan kebakaran dapat dijalankan dengan cepat.
"Jadi saya berharap agar sebuah Balai Bomba dan Penyelamat dibina di daerah ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan datang jika ia tidak tersenarai dalam RMK-9," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan pakaian dan jentera pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan di perkarangan bangunan Majlis Daerah Nabawan di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah, Ariffin Haris; Pegawai Daerah Nabawan, Bubudan Majalu dan Pemangku Penguasa Bomba Dan Penyelamat Bahagian Keningau, Mausi Sitim.
Pada majlis itu Bobbey turut menyumbangkan sebanyak RM2,000 kepada pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan.
Menurut beliau, pada masa ini kes kebakaran di daerah ini hanya bergantung kepada balai bomba daerah Keningau yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Nabawan menyebabkan terdapat kelewatan dalam mengawal kebakaran.
Sementara itu, beliau berharap ahli-ahli Bomba Sukarela di daerah ini dapat menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan latihan yang diberikan.
Selain itu, katanya, beliau juga berharap bomba sukarela di daerah ini sentiasa aktif dan menambah lebih ramai keahlian.
"Sehubungan itu, saya meminta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini menguar-uarkan kepada kakitangan masing-masing agar mereka menyertai Bomba Sukarela," katanya.
Selesai melawat Tamu Niaga Nabawan kami semua bergerak menuju ke rumah mertua TYDP Pas Keningau yang terletak tidak jauh dari kawasan Tamu Niaga Nabawan. Rumah kampung diperbuat dari papan di kampung tersebut kemas tersusun rapi.
Sesampai kami di sana kedengaran suara riuh rendah menyambut kedatangan kami di rumah itu. Rupanya suara datang dari burung tiung yang pandai berkata-kata dalam loghat sabah.
Istimewanya rumah mertua TYDP Pas Keningau yang kami singgah itu adalah, kedua orang tua serta adik kepada isteri TYDP masih belum beragama Islam, namun mereka masih hidup rukun dan damai.
Ketika saya berlegar-legar di luar kawasan rumah sambil mengambil gambar, adik ipar TYDP baru sampai ke rumah, mungkin dari pekan agaknya. Saya sempat mengerling kelibat adik iparnya tersebut, seorang gadis Sabah yang putih melepak dan masih solo. Kalau saya masih bujang mungkin saya tak lepaskan peluang menambahkan seorang lagi warga muslimah dalam rumah tersebut.
Sebelum ke rumah mertua TYDP, kami dibawa meninjau keadaan kemudahan rumah sakit (hospital) yang terdapat di Nabawan. Anda boleh lihat sendiri melalui gambar yang dipaparkan rupa bentuk rumah sakit tersebut. Kebetulan ada seorang pesakit kanak-kanak berada di dalam bilik rawatan yang sedang di rawat oleh pembantu perubatan.
Dr yang bertugas di situ merupakan seorang warga Pakistan yang bekerja sebagai pekerja kontrak untuk kerajaan Malaysia bagi menampung kekurangan doktor di kawasan pendalaman. Ketika kami sampai di rumah sakit tersebut doktor telah keluar menghantar seorang pesakit yang memerlukan rawatan lebih rapi di Hospital Keningau.
Walaubagaimanapun kami sempat bertemu dengan doktor tersebut apabila dia mengejar rombongan kami sebaik sahaja mendapat tahu kemi baru sahaja melawat rumah sakitnya. Kami bercerita panjang di tengah jalan dengan doktor yang memberikan penerangan ringkas keadaan di situ.
Masih banyak yang boleh penduduk Nabawan lakukan untuk membangunkan kawasan penempatan mereka. Ini memerlukan seorang pemimpin yang agresif, telus dan dapat menyedarkan rakyat agar bangun dan majukan diri sendiri.
July 2011 – Nabawan, Sabah, kira-kira 160km dari Kota Kinabalu. Misi ziarah sahabat-sahabat lama yang banyak membantu usaha dakwah di pedalaman. Banyak perubahan sejak 18 tahun saya tidak ke sini.
Bertemu kembali Abang Tommy (Mohammad Jun) dan keluarganya di Pekan Nabawan. Beliau berniaga servis komputer dan jahitan pakaian. Insan ini amat banyak membantu usaha dakwah. Rumahnya menjadi salah satu tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan dakwah ke Pensiangan, sempadan Sabah-Kalimantan.
Posts related to Mohammad Jun dan keluarganya di Pekan Nabawan
NABAWAN: Cik Muslisah Pangawai dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan Nabawan pada Rabu. Muslisah, 21, berasal dari Kg. Sabinait Baru, Murni C, Nabawan yang bertugas sebagai Kerani di sektor swasta dengan hobinya menari dan bermain badminton pada masa lapang menewaskan enam peserta yang layak ke pusingan akhir.
Tempat kedua disandang oleh Leu Kui Ink, 18, dari Kg. Bahagia A, Nabawan yang bekerja sebagai juru kecantikan dengan hobi membaca.
Tempat ketiga jatuh kepada Yesomeh Makiong dari Kg. Layon satu-satunya peserta dari kampung yang terpencil di Mukim Pamuntarian.
Yesomeh, 20, yang berhobi menari dan membaca pada masa lapang seorang pelajar Kolej ILHAM bercita-cita menjadi 'assistant manager'.
Serama 14 peserta menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Perigkat Daerah Nabawan.
by Mohd Haizuren Abdullah Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut
"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."
Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.
Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..
(Keluhan seorang penduduk Nabawan)
PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.