ads

Selasa, 25 Mac 2014

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Siren amaran tsunami <b>di Tawau</b> berfungsi dengan baik – Meteorologi

Posted: 18 Mar 2014 09:02 PM PDT

TAWAU, 19 Mac: Siren Amaran Awal Tsunami yang dipasang di perkarangan Masjid Al-Kauthar di sini pada 2006 masih berfungsi dengan baik, kata pegawai Meteorologi Tawau Zamunah Zainal.

Beliau berkata pemeriksaan berkala dijalankan terhadap siren berkenaan setiap tahun kerana ia sangat berguna kepada penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan pesisir pantai.

"Siren amaran itu dipasang di kawasan berkenaan bagi memberi amaran awal dan mesej kepada penduduk yang tinggal di pesisiran supaya berjaga-jaga kemungkinan berlakunya Tsunami.

"Ia mempunyai empat fungsi utama iaitu percubaan awal, menyampaikan mesej berwaspada kepada orang ramai, amaran Tsunami dan menarik balik amaran Tsunami," katanya kepada Bernama selepas menguji peralatan itu di sini, semalam.

Zamunah berkata siren amaran itu boleh didengari penduduk yang tinggal antara satu hingga dua kilometer dari peralatan itu dipasang dan ia dikawal sepenuhnya, ibu pejabat di Petaling Jaya.

"Kami turut membuat pemantauan berkala terhadap siren seperti itu yang dipasang di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu," katanya. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved