ads

Sabtu, 13 Oktober 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


UMNO Online - Karnival Kerjaya “BN Youth Job Fair” <b>Di Sandakan</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 11:14 PM PDT

Kategori Utama

Karnival Kerjaya "BN Youth Job Fair" Di Sandakan Tawar 7,000 Peluang Pekerjaan

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Karnival kerjaya terbesar "BN Youth Job Fair" di negara ini akan kembali dianjurkan di negeri Sabah pada 22 dan 23 September 2012 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, Sabah.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussain berkata, pada tahun lalu ianya dianjurkan di Kota Kinabalu tetapi pada tahun ini karnival yang sama diterbangkan ke Sandakan, Sabah kerana mengambil kira keperluan dan permintaan rakyat di negeri Sabah khususnya golongan muda di Sandakan.

Jelas beliau Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan menyempurnakan majlis perasmian program ini pada hari pertama karnival.

"Negeri Sabah merupakan destinasi kedua BN Youth Job Fair 2012 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei yang lalu.

"Pada kali ini,  BN Youth Job Fair terdapat sedikit kelainan dengan beberapa penambahbaikkan dalam pengisian penganjuran bagi memenuhi keperluan dan minat golongan muda negara ini. Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi penganjuran, BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat.

Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah.

Nazir berkata untuk warga Sandakan, BN Youth Job Fair 2012 ini menjadi lapangan yang cukup baik kerana penganjur menekankan peluang-peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya ditawarkan untuk berkhidmat di kawasan berkenaan sahaja.

"Ini memberi kemudahan yang cukup baik agar tiada berlaku penghijrahan golongan muda untuk bekerjaya. Jika, diimbas dalam penganjuran yang sama pada tahun lalu di negeri Sabah, sebahagian besar pengunjung berjaya mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran serta kelayakan yang mereka ada.

"Kita yakin dan percaya penganjuran di Sandakan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga Sandakan dan Sabah amnya dalam memperolehi peluang pekerjaan dan peluang-peluang yang ditawarkan sebagai kunci kejayaan membina masa hadapan yang lebih sejahtera dan berjaya.

"BN Youth Job Fair 2012 di Sandakan ini juga memperlihatkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di negeri Sabah adalah banyak dan pelbagai. Ini semua terhasil di atas kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah mengurus ekonomi serta membawa pelaburan yang berterusan ke negeri ini", ujarnya.

Justeru beliau berharap seluruh warga Sandakan dan Sabah serta golongan pencari kerja yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa hadir untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui BN Youth Job Fair ini yang dianjurkan selama dua hari pada 22 dan 23 September 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Harbour Mall, Sandakan.

"Suka untuk saya mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung yang akan datang supaya bukan hanya membawa resume yang lengkap malah apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

"Rebutlah peluang serta kemudahan yang diberikan ini sebaiknya dengan usaha dan kesungguhan bagi meyakinkan majikan-majikan yang hadir kerana temuduga secara terus turut diadakan. Kami mensasarkan, lebih dari 80 peratus peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sandakan ini dapat diisi melalui penganjuran karnival ini," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 2:14 PM

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Perdana Menteri Janji Di Tepati <b>Di Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 10:30 PM PDT

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


MIMPI SENJA: [Video] Ceramah DSAI <b>di Tenom</b> Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 07:43 PM PDT

ZAKRI ALI: [Video] Ceramah DSAI <b>di Tenom</b> Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 09:30 PM PDT

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Z-o-o-m!: Guru didakwa liwat murid <b>di Penampang</b>

Posted: 12 Oct 2012 09:08 AM PDT

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun, murid Tahun Satu di sebuah sekolah, di Penampang, didakwa diliwat  gurunya  bulan lepas.

Ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing. Dia, bagaimanapun, kecewa sebab tidak mendapat salinan laporan itu.

Menurut wanita tersebut, seorang ibu tunggal, semasa dia memandikan anaknya pada bulan lepas, anaknya mengadu sakit pada bahagian duburnya.

"Apabila saya melihat lebih dekat, saya mendapati ada bengkak di bahagian sekeliling duburnya. Saya bertanya kepadanya apa yang berlaku, dan dia menceritakan apa yang terjadi. Dia mengatakan seorang guru lelaki membawanya ke tandas dan menguncinya.

"Guru itu kemudian memintanya menanggalkan seluarnya, selepas itu dia (guru) menyapu gel ke dalam duburnya (budak). Katanya, dia berasa sakit apabila guru itu memasukkan kemaluannya.

"Anak saya juga mengatakan ini bukan kejadian pertama kerana dia pernah diliwat beberapa kali," kata ibu tersebut.

Wanita itu membuat laporan polis pada malam itu juga kerana dia merasakan perkara itu perlu disegerakan.

Pada hari esoknya, dia membawa anaknya ke hospital untuk diperiksa dan doktor memberitahunya terdapat kesan melecet di dalam duburnya.

Budak lelaki itu dan kakaknya tidak ke sekolah sejak itu kerana takut dijadikan mangsa, menurut ibu mereka.

Ibu budak itu berkata dia akan membawa anaknya ke hospital untuk kaunseling pada minggu hadapan seperti dinasihatkan.

"Walaupun saya ditegah pihak tertentu, saya mesti memberi amaran kepada ibu bapa lain melalui media kerana saya tidak mahu kanak-kanak lain mengalami nasib serupa," katanya.

Polis difahami sedang menyiasat kes itu.

Sumber:

Jumaat, 12 Oktober 2012

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


TERKINI! 100 Ahli PBS Isytihar Keluar Parti Sertai KEADILAN <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2012 08:31 AM PDT


Sambutan di luar jangkaan kali ini!

Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!

Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963.

Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.


Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.

Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.

Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat.

Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.

Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.

Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.

Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.

Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.

Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang  di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.


Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.

Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Gempa bumi lemah <b>di Kunak</b>, Sabah | shameel iskandar

Posted: 04 Jun 2012 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Km 22 selatan Kunak.
Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau. – Bernama

Khamis, 11 Oktober 2012

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


SabahanCrew: Kebakaran Kuarters <b>Di Keningau</b> 500 Pekerja <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2012 08:45 AM PDT

Kebakaran Kuarters Di Keningau 500 Pekerja Hilang Tempat Tinggal. 500 pekerja sebuah kilang papan hilang tempat tinggal setelah kebakaran memusnahkan kira-kira 100 buah kuarters rumah pekerja itu, di Batu 5 Jalan Nabawan, pada Rabu.Tragedi yang dianggap terbesar dalam sejarah kebakaran di daerah itu, berlaku pada 1.45 tengah hari.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata dua jentera bomba dan penyelamat bersama 15 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.03 petang.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, meskipun menghadapi masalah bekalan air pada pili bomba dan mencari sumber air di kilang untuk disalurkan ke lokasi kebakaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebahagian besar daripada pekerja kilang terbabit berada di tempat kerja yang terletak kira-kira 200 meter dari kuarters yang terbakar itu.Tiada sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan sebahagian daripada penghuni unit kuarters itu, sempat menyelamatkan barang dan harta benda mereka, katanya.Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, tambah beliau.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ

Rabu, 10 Oktober 2012

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: CERAMAH PERDANA ANWAR <b>DI TENOM</b>

Posted: 09 Oct 2012 09:28 PM PDT

PEJABAT PKR Cabang Tenom akan menganjurkan Ceramah Perdana pada 12 Oktober 2013, Jumaat ini bermula dari jam 4.30 petang sempena lawatan sulung Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke kawasan Parlimen Tenom.
Anwar akan diiringi Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia Lajim Ukin; Mantan Timbalan Presiden UPKO, Wilfred Bumburing; Pengerusi MPN Sabah, Ahmad Thamrin dan pemimpin Pakatan Rakyat Sabah.
Menurut program yang telah diatur, di samping Ceramah Perdana Anwar, Lajim dan Bumburing juga akan menceritakan cacat cederanya politik dan perjuangan Barisan Nasional di Sabah selama ini.
Antara isu yang akan dibangkitkan termasuklah soal tanah adat dan cara mendapatkan kembali tanah tersebut yang telah dirampas oleh Kerajaan BN dan diberikan kepada SFI.
Pastinya rakyat yang tertindas akan bergembira kerana Pakatan Rakyat berjanji akan mengembalikan tanah adat yang dirampas dalam tempoh 10 hari selepas misi merampas Putrajaya menjadi kenyataan.
Isu tanah adat ini akan dikupas oleh Lajim dan Bumburing kerana kedua-duanya mantan orang kuat BN ini meminta Anwar komited dengan apa yang dijanjikan kepada semua rakyat Sabah.
Anwar juga akan menyentuh isu Rumah Rakyat (istilah UMNO Rumah Rakyat Termiskin) yang akan diberikan yang berhak; bukan sanak saudara YB atau kroni. Isu lain termasuk menikmati perubahan hidup akibat penurunan harga barang dan menyediakan prasarana untuk rakyat.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kedai buku <b>di Kota Kinabalu</b> « Mari baca

Posted: 08 Aug 2012 03:10 AM PDT

Kedai buku di Kota Kinabalu

Selain jumlah institus pengajian tinggi dan sekolah, kedai buku juga memberi sedikit klu atau gambaran aras intelektual masyarakat di sesebuah tempat.

Persepsi saya terhadap Sabah khususnya Kota Kinabalu beralih hampir 180 darjah mengenai hal ini. Sebuah kota yang tidak begitu masyhur di dalam negara sebenarnya sangat diminati untuk dikunjungi pelancong dari luar negara. Benar kata orang, 'grass always greener ther other side".

Lupakan rumput, kambing New Zealand dan lembu. Kembali kepada topik buku.

Di Kota Kinabalu ada banyak kedai buku. Yang besar-besar seperti Times di Plaza Warisan, Popular di Centre Square. Times menawarkan bacaan bahasa Inggeris yang variasi dengan majalah dan koleksi buku bacaan kelas antarabangsa.

Manakala Popular pula menawarkan buku bacaan tempatan yang subhanallah banyak judulnya. Bahkan koleksi buku Melayu di Popular Kota Kinabalu menandingi kebanyakan cawangan popular di Semenanjung. Bahkan Johor Bahru yang beberapa tahun dahulu jualannya paling baik di Malaysia tidak memiliki judul bahasa Melayu sebanyak di KK.

Kedai-kedai buku indie juga tidak kalah banyak. Kebanyakannya menawarkan buku-buku agama. Tentunya bisnes ini milik mamak, siapa lagi.

Antaranya termasuk Iqra' Islamic Centre di Wawasan Plaza, Neezadee berdepan Centre Point, Islamic House dan paling besar ialah dua buku kedai buku agama di Wisma Muis.

Insya Allah kami akan rebiu sedikit detil datu demi satu nanti.

Tiada komen.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Pemimpin Acuan Al-Quran <b>Di Kunak</b>

Posted: 02 Oct 2012 07:27 PM PDT

By | October 3, 2012 at 10:27 am | 86 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Sabah & Sarawak

Kunak, 30 September – Pada 28 hingga 30 September , HALUAN Sabah , Pejabat Pelajaran Daerah Kunak bersama Panitia Pendidikan Islam SMK Kunak Sabah  telah menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan  di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak , Sabah . Seramai  88 orang pelajar yang rata – ratanya barisan kepimpinan dari 3 buah sekolah daerah Kunak iaitu SMK Kunak , SMK Kunak Jaya dan SMK Madai Kunak telah hadir dengan dibantu seramai 15 orang fasilitator.

Kem yang bertemakan 'Pemimpin Acuan Al-Quran ' menekankan beberapa objektif iaitu  membentuk kepimpinan pelajar yang soleh dan solehah , mewujudkan kepimpinan pelajar yang menjadi contoh dan dapat mengubah iklim persekitaran sekolah kearah yang lebih baik.

Moga kem yang telah berlangsung ini memberi satu suntikan ilmu dan semangat kepada para peserta untuk membina diri menjadi pemimpin yang hebat kepada diri , masyarakat dan negara.

Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust. Johan Mahudi Bin Selamat
( Guru Kanan Pendidikan Islam SMK Kunak )

Sarapan sebelum riadah

Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan oleh Dr. Wan Muhaizan

Selasa, 9 Oktober 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Masalah BR1M berupa barangan runcit <b>di Sandakan</b> | Aduan <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 07:19 PM PDT

Pada 10 September 2012 beberapa penduduk dari Telupid datang ke Sandakan setelah di beritahu oleh Ketua Wanita UMNO bahagian Sandakan untuk menerima BR1M di sana. Mereka telah di beritahu merreka akan menerima barangan runcit yang bernilai RM 5000 seorang dan di beritahu supaya menyewa lori kerana banyak barang dan takut tidak muat.

Oleh itu mereka pergi ke sana dengan harapan menerima barangan runcit seperti yang di beritahu.Setelah tiba di Sandakan,mereka di beritahu supaya ke kedai M.P Machinery Sandakan di mana kedai itu adalah tempat mengambil barang. Sampai di sana, kedai itu tidak menampakkan barangan runcit tetapi hanya mesin mesin. Mereka berpendapat kemungkinan mereka akan di beri mesin seperti mesin kisar atau mesin jahit untuk menbantu sara hidup mereka.

Ada di antara mereka menerima barangan yang boleh di katakan berbaloi walaupun tidak mencapai nilai RM5000 seperti yang di janjikan. Salah seorang penerima telah di beri barangan kosmetik tetapi telah di bantah oleh penerima tersebut kerana di rasakan tidak berbaloi kerana dirinya yang telah berumur dan tidak tahu menggunakan barang tersebut. Barang barang itu seperti pengering rambut.pelurus rambut dan peti kosmetik yang jika di nilai tidak seperti nilai yang di janjikan oleh ketua UMNO bahagian Sandakan.

Penerima itu meminta untuk menukar barangan tersebut tetapi d bantah oleh pemberi barangan itu kerana barangan lain itu sudah ada penerimanya dan penerima BR1M itu meminta resit bagi nilai kosmetik yang di terimanya tetapi Ketua Umno Bahagian Sandakan itu mengatakan tidak ada resit untuk barangan itu. Kebanyakan barangan itu telah di buang tanda harga dan salah satu barang dalam peti itu yang belum di buang bernilai RM9.00 sahaja.

Kami yang mendengar masalah ini tidak berpuas hati kerana secara jelas berlaku penipuan kepada penerima BR1M. Ketua Wanita UMNO bahagian Sandakan mengatakan barangan runcit tetapi kenapa ianya tidak seperti yang di janjikan? Kami berharap masalah ini patut di ambil perhatian oleh semua pihak supaya tidak berlaku kepada bakal bakal penerima yang lain dan hal ini tidak patut berlaku kerana pihak kerajaan telah mengamanahkan pemberian BR1M ini kepada pihak tersebut telah di salah gunakan.

By: shida

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Remaja maut motosikal berlanggar kereta <b>di Tawau</b>

Posted: 21 Sep 2012 06:19 PM PDT

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Roketkini.com >> BN cabul janji Batu Sumpah <b>Keningau</b> – Kit Siang

Posted: 04 Oct 2012 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER: Dewan Rakyat hari ini diperingatkan kembali terhadap tiga janji yang termeterai di Batu Sumpah Keningau yang dikhianati BN sehingga menyebabkan negeri Sabah bergelut dengan pelbagai masalah.

Tiga janji tersebut merupakan asas kepada penggabungan Sabah dengan Malaya yang membentuk persekutuan Malaysia pada 1963 yang mengetengahkan kebebasan beragama dalam Sabah, penguasaan tanah oleh kerajaan Sabah dan menghormati serta memulihara adat istiadat di negeri tersebut.

Berucap dalam perbahasan di parlimen petang ini, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, selepas lawatan ke Batu Sumpah Keningau pada Mac 2010, beliau tertanya-tanya adakah sumpah yang dilakar di atas Batu Sumpah Keningau ini sudah ditunaikan?

"Dua minggu lalu saya kembali semula ke Keningau melawat kembali Batu Sumpah Keningau yang bersejarah," ujar beliau.

"Saya semakin yakin adalah relevan dan berpatutan cadangan yang saya usulkan di Parlimen pada Mac 2010 untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menilai sama ada harapan dan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia telah dipenuhi atau dikhianati dalam tempoh lima dekad ini," katanya kepada sidang Dewan.

Isu Tanah

Menurut Kit Siang lagi, ketika beliau melawat Tamparuli dua minggu lalu, beliau diberitakan mengenai rintihan rakyat Sabah terutamanya mereka yang tidak mempunyai tanah.

"Ini jelas satu pencabulan melampau, memeranjatkan dan benar-benar satu jenayah terhadap perjanjian "tanah" pada Batu Sumpah Keningau. Peminggiran, kemiskinan dan keterbelakangan sosio-ekonomi tidak sepatutnya berlaku pada negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak."

Justeru, Kit Siang mengulangi iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan segera melaksanakan dasar "Tanah bagi yang Tidak Bertanah" untuk rakyat asal Sabah yang mahu mengusahakan tanah.

"Kami juga akan membanteras penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan sebahagian besar tanah dirampas oleh mereka yang berkuasa untuk kroni-kroni mereka. Adakah Barisan Nasional bersedia melakukan perkara yang sama?" soalnya.

Katanya, ini hanyalah satu contoh Tiga Sumpah Utama kepada Batu Sumpah Keningau yang tidak lagi dipenuhi.

"Oleh itu adalah sesuai, tepat pada masanya dan amat kena untuk membawa harapan dan kehendak rakyat Sabah seperti yang terkandung dalam Batu Sumpah Keningau di bawa kepada perhatian dewan politik tertinggi negara ini – Parlimen. " – Roketkini.com

Isnin, 8 Oktober 2012

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Dia buat dah: Video <b>papar</b> pencuri <b>di</b> majlis kahwin dicekup

Posted: 20 Sep 2012 04:35 PM PDT

         
KUALA LUMPUR: Satu adegan video berdurasi 59 saat mengenai seorang wanita ditangkap ketika dipercayai mencuri barangan berharga RM6,000 milik keluarga pengantin dalam satu majlis perkahwinan di Johor dimuat naik dalam YouTube, Selasa lalu.

Rakaman video bertajuk 'Tertangkap Mencuri Di Rumah Pengantin' itu memaparkan seorang wanita yang dikatakan mencuri dipegang dengan kasar supaya wajahnya jelas diambil menggunakan telefon bimbit.

Lelaki yang memegang wanita dipercayai warga asing itu mengarahkan sesiapa yang mahu mengambil gambar wanita segera berbuat demikian.

Berdasarkan rakaman itu, wanita terbabit dilihat beberapa kali cuba menutup wajahnya daripada dirakam serta merayu tidak diaibkan.

Rakaman yang dimuat naik Selasa lalu itu sudah ditonton 14,063 orang dengan lebih 100 komen daripada pelayar Internet yang memberi maklum balas negatif termasuk mengutuk perbuatan itu.

Keterangan video itu mengatakan wanita itu ditangkap ketika mencuri ketika keluarga pengantin sibuk melayan tetamu.

Dia dikatakan membawa anak sebagai perisai ke majlis yang berlangsung pada 15 September lalu.

Pengunjung video itu bagaimanapun mengutuk tindakan beberapa lelaki yang dilihat merakam wajah wanita itu secara paksa kerana dilihat cuba mengaibkannya.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Head Of State | Tuan Yang Terutama Yang <b>Di</b>-Pertua <b>Negeri Sabah</b> <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 12:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]2012 AzmanJumat Photography.Any unauthorized copy, usage or reproduction of the image is strictly prohibited.This photo is copyrighted. If you want to license this photo please contact the photographer at email ...

KEJAYAAN BN <b>DI SABAH</b>!!! Menjadikan <b>Sabah negeri</b> termiskin <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 06:42 AM PDT

TIMBALAN Ketua Menteri,(TKM) Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, nampaknya betul-betul marah apabila pembangkang menuduh Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di Negeri Sabah selepas memerintah negeri itu selama 49 tahun. 

Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas 49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman.

Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah, Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah.


Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.

ReJaM© " Pairin Kitingan mahu tipu siapa? Rakyat atau diri sendiri? "

Pulau Yang Terdapat <b>Di Negeri Sabah</b> | aku si JEBAT

Posted: 13 Mar 2012 04:15 AM PDT

Haa...ringkas je entri gua ni...
sebenarnya inilah antara pulau-pulau yang terdapat di negeri kelahiran gua iaitu Negeri Sabah.
So,kalau ada diantara korang yang sedang berkire-kire nak melancong ke sini (pulau peranginan)
korang klik jer kat pakcik Google ek..?
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved