ads

Rabu, 10 Oktober 2012

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: CERAMAH PERDANA ANWAR <b>DI TENOM</b>

Posted: 09 Oct 2012 09:28 PM PDT

PEJABAT PKR Cabang Tenom akan menganjurkan Ceramah Perdana pada 12 Oktober 2013, Jumaat ini bermula dari jam 4.30 petang sempena lawatan sulung Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke kawasan Parlimen Tenom.
Anwar akan diiringi Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia Lajim Ukin; Mantan Timbalan Presiden UPKO, Wilfred Bumburing; Pengerusi MPN Sabah, Ahmad Thamrin dan pemimpin Pakatan Rakyat Sabah.
Menurut program yang telah diatur, di samping Ceramah Perdana Anwar, Lajim dan Bumburing juga akan menceritakan cacat cederanya politik dan perjuangan Barisan Nasional di Sabah selama ini.
Antara isu yang akan dibangkitkan termasuklah soal tanah adat dan cara mendapatkan kembali tanah tersebut yang telah dirampas oleh Kerajaan BN dan diberikan kepada SFI.
Pastinya rakyat yang tertindas akan bergembira kerana Pakatan Rakyat berjanji akan mengembalikan tanah adat yang dirampas dalam tempoh 10 hari selepas misi merampas Putrajaya menjadi kenyataan.
Isu tanah adat ini akan dikupas oleh Lajim dan Bumburing kerana kedua-duanya mantan orang kuat BN ini meminta Anwar komited dengan apa yang dijanjikan kepada semua rakyat Sabah.
Anwar juga akan menyentuh isu Rumah Rakyat (istilah UMNO Rumah Rakyat Termiskin) yang akan diberikan yang berhak; bukan sanak saudara YB atau kroni. Isu lain termasuk menikmati perubahan hidup akibat penurunan harga barang dan menyediakan prasarana untuk rakyat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved