10 di keningau - Google Blog Search |
Roketkini.com >> BN cabul janji Batu Sumpah <b>Keningau</b> – Kit Siang Posted: 04 Oct 2012 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER: Dewan Rakyat hari ini diperingatkan kembali terhadap tiga janji yang termeterai di Batu Sumpah Keningau yang dikhianati BN sehingga menyebabkan negeri Sabah bergelut dengan pelbagai masalah. Tiga janji tersebut merupakan asas kepada penggabungan Sabah dengan Malaya yang membentuk persekutuan Malaysia pada 1963 yang mengetengahkan kebebasan beragama dalam Sabah, penguasaan tanah oleh kerajaan Sabah dan menghormati serta memulihara adat istiadat di negeri tersebut. Berucap dalam perbahasan di parlimen petang ini, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, selepas lawatan ke Batu Sumpah Keningau pada Mac 2010, beliau tertanya-tanya adakah sumpah yang dilakar di atas Batu Sumpah Keningau ini sudah ditunaikan? "Dua minggu lalu saya kembali semula ke Keningau melawat kembali Batu Sumpah Keningau yang bersejarah," ujar beliau. "Saya semakin yakin adalah relevan dan berpatutan cadangan yang saya usulkan di Parlimen pada Mac 2010 untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menilai sama ada harapan dan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia telah dipenuhi atau dikhianati dalam tempoh lima dekad ini," katanya kepada sidang Dewan. Isu Tanah Menurut Kit Siang lagi, ketika beliau melawat Tamparuli dua minggu lalu, beliau diberitakan mengenai rintihan rakyat Sabah terutamanya mereka yang tidak mempunyai tanah. "Ini jelas satu pencabulan melampau, memeranjatkan dan benar-benar satu jenayah terhadap perjanjian "tanah" pada Batu Sumpah Keningau. Peminggiran, kemiskinan dan keterbelakangan sosio-ekonomi tidak sepatutnya berlaku pada negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak." Justeru, Kit Siang mengulangi iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan segera melaksanakan dasar "Tanah bagi yang Tidak Bertanah" untuk rakyat asal Sabah yang mahu mengusahakan tanah. "Kami juga akan membanteras penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan sebahagian besar tanah dirampas oleh mereka yang berkuasa untuk kroni-kroni mereka. Adakah Barisan Nasional bersedia melakukan perkara yang sama?" soalnya. Katanya, ini hanyalah satu contoh Tiga Sumpah Utama kepada Batu Sumpah Keningau yang tidak lagi dipenuhi. "Oleh itu adalah sesuai, tepat pada masanya dan amat kena untuk membawa harapan dan kehendak rakyat Sabah seperti yang terkandung dalam Batu Sumpah Keningau di bawa kepada perhatian dewan politik tertinggi negara ini – Parlimen. " – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan