ads

Rabu, 27 Jun 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


!..Cik Purple..!: Trip To <b>Kudat</b> The Tip Of Borneo Part #2 | Hadir ke <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 11:04 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah .. :)

AMARAN: ENTRI INI BERUNSUR DIARI, HARAP MAKLUM (nak baca silakan, saya sangat berbesar hati, taknak jangan komen bukan2, tekan [X] sudahlah.. oke? ^_^y)

Hari ni saya nak sambung balik citer pasal percutian singkat saya ke kudat.. :) sebelum ni saya dah cerita kat Part 1 macam mana saya boleh tersesat ke kudat.. hehehe.. now, nak sambung part 2 pulak.. :)

#1 Kudat Part 1

02 June 2012, 0030AM


Aku terjaga dari tidur, mungkin tak biasa tempat ni kot.. aku memang macam ni kalau pergi tempat baru. Aku selalu terjaga tengah malam dan tak bole melelapkan mata walaupun aku memang penat gila gila.. So aku meset2 dengan kawan aku yg masih belum tidur lagi.. sampai la aku tak sedar dah lebih kurang jam 3 pagi.. Tiba-tiba aku rasa sangat lapar, ye aku lapar.. =..=
Aku pun minum air mineral yg ada kat atas meja dan makan kacang goreng yang aku beli masa dalam perjalanan tadi. Boleh la, asal ada yg aku nak kunyah.. Kan? Masa aku tengah slow slow buka plastik kacang tu, tiba-tiba!! Sepupu aku tersedar pulak.. hahahaha.. Oppsss sori boss ku! :P
Kami pun berbual hingga ke subuh.. Tapi sekitar jam 4.30 pagi aku terlelap la pulak.. Masa tuh memang tidur mati tahap gaban..

0740AM


Aku terjaga dari tidur lena dan merasa masih belum puas tidur.. bole aku tidur balik ka ni? please.. +_+
Aku tarik selimut dan guling-guling atas katil.. hahaha.. Nurul plak tarik langsir, bukak besar2.. whoaaaa~~ cantiknya.. kita di kudat kah ini? matsam tida pisaya saya bah! hahahaha.. :D
mau tingu pemandangan di luar ka? ok jom! :D

hahahaha, agak jakun di situ.. padahal biasa biasa jak bah.. kekekekeke.. over eksaited plak kan? ngeee~~
So, aku pun bangun dan pergi mandi sebab jap lagi kita orang mau pi kenduri kawin.. 
Nah, bila suda siap.. apa lagi, ambil gambar tuh pekara wajib kan? hahahaha.. 
muka sebelum pi orang kawin.. cun kan tok? hahaha
oya, tudung dia sy yg buat, cantek ta? hahaha.. tu blaja dr tutorial Youtube.. kekeke..
ye, saya si momoi yg perasan nak posing macam Hanis Zalikha.. =..= hahaha.. 
Penat jugak nak story hari ni punya hal.. nampaknya kena buat part 2.1 nih.. hahaha.. buhsan lak aku nak taip panjang panjang ni.. takpe, aku sambung lagi sikit la.. hehe..
Kita orang di jemput oleh abang pengantin perempuan merangkap abang kepada buah hati cik Nurul kite menaiki Honda City kesayangan buah hati cik Nurul.. hehehe.. Sepanjang perjalanan ke rumah beliau, perghhh aku lak yang berdebar.. Pehal? bukan aku family dorang nak tengok, Nurul ok.. Nurul.. aku cuma temankan jer.. hahaha..
Perjalanan dari pekan kudat ke rumah pengantin lebih kurang 15 minit kot.. oke la jugak.. macam dari kampung aku ke pekan pun dalam 15 minit macam tuh.. tapi kalau dari rumah aku ke pekan 10 minit jer la sebab rumah aku hujung kampung.. hehe..
Sampai jak di sana, aku terus pegang tangan sepupu aku.. eh? aku plak yg nebes gilak kan? ape cer? hahahahaha.. sepupu aku pun malu malu.. ha, aku pun duluan la jalan, salam kat orang orang kampung, bagi senyuman paling indah, tersipu sipu malu.. laaa~~ over! =..=
Orang pertama yang aku nampak, lelaki baju hitam! tinggi, kurus dan stail- stail muka dia macam Gintulak.. ya, c Gintulak.. Takkan kot? Hahaha.. C Nurul kata itu adik lelaki boifrenggg dia.. Mustahil la dia si Gintulak.. Kan? Agak pemalu, tapi dengan Nurul oke jer kot.. mungkin aku ni orang yang dia tak kenal memang la dia malu.. kan kan? Nama dia Biarlah Rahsia. Hahaha.. OMG, malu nak mention! :"> rasa berdebar-debar! hahaha.. Tapi sayangnya, sudah berpunya.. =..=
Oke, meh la tengok gambar pengantin, asyik citer aku jer kan.. hahaha..



Korang nak tau, best woo jadik pengantin kat Kudat nih.. sekali sanding sampai 4 kali tukar baju.. perghhh.. seronok tau! sebelum ni ada lagi dorang pakai baju warna biru, tapi tak sempat ambik gambar sebab masa tu baru sampai.. heee.. nak kawin orang kudat la jugak! hahahaha.. :P Blueekkk.. muntah mak dengar nakkk~~ hahahaha.. 
Oke, yang kat atas ni, makanan tradisional dorang.. kalau macam tempat cp ada Kelupis yang di perbuat dari beras pulut, tapi kalau dorang plak ada Bamban yang diperbuat dari ubi kayu yg di taburi kelapa jugak kot.. hehehe.. sedap! Sebenarnya kat KK pun ada jugak macam nih, tapi dalam plastik.. tu dorang panggil 'potto' kalau tak silap.. 
Sebelum balik, ambek gambar jap ngan kak Ctie.. hehehe.. dah kenal akak ni kat facebook.. beliau sepupu kepada pengantin.. so kat kudat baru penah jumpa face to face u know! hehehehe.. beliau memang seorang yg peramah dan baik hati.. hehehe..
Oke, tu je la.. nanti cp sambung part seterusnya lagi oke? jenuh la nak menaip.. hehehe.. babai! :-*

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Depu-Depu: INTERNATIONAL PRE JAMBOREE <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 13 Jun 2012 01:26 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad adalah antara yang turut mengunjungi Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musa di mana ayah beliau allah... 5 days ago. Ahli Parlimen Kota Belud - YB Rahman Dahlan ...

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Keadaan Mengemparkan sewaktu menanti kedatangan Perdana <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 12:30 AM PDT

Masa orang ramai sedang teruja menantikan Perdana Menteri Sampai di lokasi Tamu Pekan Tambunan untuk melanjarkan majlis pecah tanah, keadaan menjadi kecoh seketika. Belon yang menyerupai anak kecil terlepas daripada gengaman tuan punya. Adei, orang-orang sekitar sempat tersenyum dan ketawa melihat belon terbang ini.
Dijual dengan harga RM5 untuk 1 belon, mesti budak yang punya belon ni menangis sebap belon dia terbang. Q.Q Kesian.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


1 maut, 2 parah nahas <b>di Lahad Datu</b> | Inimajalah dot com

Posted: 10 Sep 2011 12:43 AM PDT

Who's Online

9 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


sabahkini.net: SIAPA PATUT SELENGGARA JALAN <b>DI RANAU</b>?

Posted: 26 Jun 2012 09:18 PM PDT


BERLUBANG…Taufick menunjukkan sebatang jalan menuju ke Jalan Kompleks Sukan Ranau yang berlubang tanpa diselenggarakan sejak sekian lama.
KURANGNYA tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau menyelenggarakan kerosakan beberapa batang jalan raya di Ranau sejak sekian lama telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna setempat.
Kerosakan jalan raya di kawasan Ranau dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil perhatian oleh mana-mana pihak, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ranau dan Ahli Parlimen Kinabalu bakal mengundang bahaya kepada para pengguna lainnya, terutamnya di waktu malam.
Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR), Taufick Rushi berkata demikian kepada Sabahkini.Net kelmarin.
"Sepanjang saya berada di Daerah Ranau selama tiga hari atas tugas-tugas rasmi, saya mendapati daripada jalan utama sehingga jalan masuk menuju ke kampung-kampung kelihatan berlubang di sana sini dan boleh menyumbang kecelakaan kepada para pengguna kerana kemungkinan berlakunya kemalangan yang mengerikan" ujarnya.
"Di mana silapnya dan siapa yang harus dipersalahkan? Adakah JKR atau Wakil-Wakil Rakyatnya yang langsung tidak mahu mempedulikannya. Mungkin mereka menunggu ada orang yang mati kemalangan, barulah jalan-jalan tersebut diselenggarakan," tegasnya.
Taufick turut membidas para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang kerap membohongi rakyat dengan menabur janji kosong kononnya kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan cekap, bersih dan amanah; tetapi kerosakan jalan-jalan raya yang merupakan penghubung utama rakyat untuk ke satu-satu destinasi langsung tidak diambil peduli.
Ketika ditanya berhubung isu 70,000 pemilik teksi yang sudahpun menerima subsidi untuk membeli 4 biji tayar, kata Taufick; taktik tersebut adalah mainan politik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menambat hati rakyat, khususnya kepada para pemilik teksi supaya menyokong perjuangan UMNO-BN pada PRU 13 kelak.
Taufick menambah para pemimpn UMNO cukup licik untuk menawan hati rakyat kerana sejak akhir-akhir ini bermacam-macam bantuan dihulurkan termasuk subsidi tayar dan bantuan 1 Azam; malah kini ada bantuan yang disebut sebagai Bantuan Sentuhan Kasih tetapi hanya kroni-kroni ADUN sahaja; manakala rakyat biasa hanya gigit jari.

Lelaki rentung dalam kebakaran <b>di Ranau</b> | Inimajalah dot com

Posted: 28 Dec 2011 02:15 AM PST

Who's Online

4 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PENDATANG HARAM @ PTI BEBAS <b>DI NEGERI SABAH</b>...!!!

Posted: 18 Jun 2012 10:23 PM PDT

Selasa, 26 Jun 2012

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gambar Kehijauan Sawah Padi <b>Di Tuaran</b> | my.Mustaffa

Posted: 14 May 2012 09:00 AM PDT

Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

Sawah Padi Di Tuaran

BASIKAL MENJADI 'TUAN' – Petang tadi saya melalui satu kawasan sawah padi di Tuaran. Terasa amat damai sekali melihat kehijauan padi yang masih kecil.

Keasyikkan saya memerhati kehijauan sawah padi ini dari dalam kereta  disentap oleh aksi seorang pakcik yang memikul basikalnya menyeberang lapangan sawah padi  untuk ke jalan utama di sebelah sawah. Memang itulah cara terbaik untuk menyerangi sawah padi. Jika dikayuh juga basikal tu, potensi untuk jatuh ke dalam sawah amatlah tinggi.

Teringat masa kecil-kecil dulu yang mana saya memang suka beraktiviti petang dengan berbasikal mengelilingi kampung. Memikul basikal adalah antara cabaran jika denai yang kami lalui di kampung ditumbuhi belukar. Oh, indahnya masa kecil saya! Terasa rindu pula dengan rakan-rakan sekampung.

Putaran kehidupan kita ini amat sesuai sekali jika mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Sampai masa, maka  ia dipetik dan menjadi santapan insan di muka bumi.

Mesti cantik pemandangan sawah padi masa matahari terbenam..

VN:F [1.9.18_1163]

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)

VN:F [1.9.18_1163]

Rating: +2 (from 2 votes)

Gambar 'Basikal Ajaib' Merentas Sawah Padi Di Tuaran, 10.0 out of 10 based on 2 ratings Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... 

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


A wedding in <b>Ranau</b> « Ministry of Tourism, Culture and Environment <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 01:39 AM PDT

A wedding in Ranau

YB Datuk Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment and Assemblyman for N30 Karanaan, attended a few wedding ceremonies  on the 9th of June 2012 in Ranau. Seen on the photo, YB Datuk Masidi Manjun taking a photo together with one of the newlyweds.

YB Datuk Masidi Manjun, merangkap ADUN N30 Karanaan menghadiri beberapa majlis perkhawinan di Ranau pada 9 Jun 2012. Kelihatan dalam gambar, YB Datuk Masidi Manjun mengambil gambar kenang-kenangan bersama-sama dengan salah seorang pasangan pengantin.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


UPKR N.37 SOOK: Balai bomba perlu dibina <b>di Nabawan</b>

Posted: 20 Aug 2010 07:59 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan pakaian dan jentera pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan di perkarangan bangunan Majlis Daerah Nabawan di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Penguasa Jabatan ...

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


10 kampung <b>di Beluran</b> bakal nikmati bekalan elektrik | Inimajalah

Posted: 08 Jun 2012 09:07 PM PDT

Who's Online

13 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

Isnin, 25 Jun 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


3 maut dalam letupan kapal nelayan <b>di Kudat</b> | Inimajalah dot com

Posted: 28 Nov 2011 03:11 AM PST

Who's Online

3 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


RISDA TANAM SEMULA 700 HEKTAR <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 23 May 2012 06:27 PM PDT


BANTUAN……..Junaidy (kiri sekali) menyampaikan replika cek kelulusan tanam semula getah kepada Abdul Rahman (kanan sekali) sambil disaksikan oleh Musbah (dua dari kiri) dan Peter (dua dari kanan) pada majlis itu.
KOTA BELUD : Sejumlah empat juta enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas 700 hektar di kawasan Parlimen Kota Belud telah diluluskan oleh pihak RISDA khusus untuk pekebun kecil getah di daerah ini.
Majlis penyerahan kelulusan tanam semula getah itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan sempena Majlis Penyerahan Kelulusan Tanam Semula Dan Kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) yang telah berlangsung di Dewan Datuk Musbah Kg. Taun Gusi, Kota Belud, baru-baru ini.
Abdul Rahman berkata, kerajaan Barisan Nasional melalui pelbagai agensi kerajaan sentiasa berusaha memperbaiki taraf ekonomi para petani di seluruh negara tidak terkecuali para petani di daerah Kota Belud.
Menurutnya, nilai empat juta enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas 700 hektar di kawasan Parlimen Kota Belud adalah antara salah satu lagi bukti bahawa kerajaan yang ada sekarang amat prihatin dengan keperluan para petani di daerah ini.
"Kerajaan yang ada sekarang akan terus dari masa ke semasa berusaha memperbaiki taraf hidup rakyat, usaha membangunkan ekonomi rakyat yang diusahakan oleh selama ini oleh kerajaan Barisan Nasional bukan dilakukan bermusim."
"Sebaliknya usaha membangunkan rakyat dilakukan secara berkesenimbungan demi memastikan rakyat mendapat manafaat dari program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional," kata Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah.
Hadir sama pada majlis itu antaranya ialah Pembantu Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli; Pegawai RISDA Kota Belud, Junaidy Along; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Bahagian Pentadbiran, Peter Jiton serta para pemimpin setempat yang lain.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


2 Maut Tertimbus Tanah Runtuh <b>Di Lahad Datu</b> | ZerousVortex[dot <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 06:34 PM PST

Kejadian selepas hujan ranapkan rumah mangsa di lereng bukit 
LAHAD DATU: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun bersama ibu saudaranya maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga mereka parah dan meranapkan seba-hagian rumah di Kampung Terusan, di sini semalam.
Kejadian jam 1.30 pagi itu mengorbankan Nisdawati Jamal dan ibu saudaranya, Faridah Jompah, 40, manakala suami Faridah, Masdar Naning, 50, patah kaki. Faridah dan Nisdawati dipercayai tertimbus, manakala Masdar dihanyutkan aliran lumpur.
Ketiga-tiga mangsa bersama empat ahli keluarga mereka mendiami rumah di lereng bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit, ranap akibat kejadian berkenaan. 
Difahamkan, Nisdawati bersama ibu dan bapa saudaranya itu tidur dalam bilik di ruang belakang. 
Tiga anak Masdar dan Faridah, iaitu Suhardi, 24; Mariam 19, dan Mohd Azizul 15, bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan membawa bersama cucu Masdar yang berusia empat bulan, Nurasheema Humaira Abd Rashid. 
Ketika kejadian, semua mangsa tidur dan tersedar selepas mendengar bunyi tanah menggelungsur di belakang rumah, dipercayai berikutan hujan berterusan sejak jam 8 malam kelmarin. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.53 pagi dan bergegas ke lokasi berkenaan sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa. 
"Mayat Nisdawati ditemui jam 10.55 pagi tadi (semalam), manakala mayat Faridah ditemui 15 minit kemudian di bilik sama. Keadaan rumah yang hampir 50 peratus tertimbus menyukarkan usaha menyelamat serta mencari mangsa. 
"Kedua-dua mayat hanya ditemui selepas pasukan penyelamat menggunakan jengkaut. Usaha mencari turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan bomba sukarela," katanya. 
Mohd Apandi berkata, Masdar yang dihantar ke Hospital Lahad Datu dilaporkan stabil dan operasi mencari dan menyelamat dihentikan tengah hari semalam. -BH
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Gempa bumi lemah <b>di Kunak</b>, Sabah | shameel iskandar

Posted: 04 Jun 2012 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Km 22 selatan Kunak.
Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau. – Bernama

Ahad, 24 Jun 2012

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Depu-Depu: INTERNATIONAL PRE JAMBOREE <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 13 Jun 2012 01:26 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad adalah antara yang turut mengunjungi Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musa di mana ayah beliau allah... 5 days ago. Ahli Parlimen Kota Belud - YB Rahman Dahlan ...

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Diari Aima: Fenomena Zumba <b>di Kota Kinabalu</b>

Posted: 19 Jun 2012 11:50 PM PDT

Assalamualaikum wbt..

Last entry ada tertanya-tanya apa itu zumba ?

Zumba is a Colombian dance fitness program created by dancer and choreographerAlberto "Beto" Perez during the 1990s ..(more..) *google*

Di Kota Kinabalu ni, zumba mcm  1 fenomena juga lah..macam poco-poco punya fenomena jg ha ha..cuma sekarang blom lg lah tahap zumba ditarikan  dlm majlis kahwin he hu.. nda dapat imagine ok kalau zumba sudah mulai ditarikan di majlis perkahwinan bisa bepeluh para suami melihat isteri masing-masing ha ha sebab tarian boleh tahan geleknya..

Boleh di katakan ada ja bah aktiviti zumba saya dengar..ini sebab macik saya ikut kelas zumba..jadi bila datang rumah ja dia mesti cakap..nnt ada zumba di situ..tarikh bgni jam bgni...nnt dia kasi tau lagi..ada zumba sama c dafi..daaaaaaaan bgtulah banyak limpahan informasi..tapi tapi saya langsung nda pernah pegi..

So ini adalah rakaman-rakaman aktiviti zumba di sekitar kota kinabalu yg happening lah ;)

nah jangan nda tau bloggers from komuniti WeAreSabahanBloggerMania bukan main lagi aktif berzumba..one of my blogger friend yang aktif ialah nowriz  boleh klik entry beliau di sini

Mau letak banyak-banyak nanti berat pula...hehe so boleh imagine lah ya kemeriahan yang join zumba itu..dan dipercayai kalau ikut kelas secara konsisten konfom boleh slim..daaan..of course boleh memperbaiki mutu tarian he hu

teringin juga mau tengok dan merasai sendiri apa yg bestnya zumba ni...sebab asyik dengar perkataan BEST BEST BEST ja hmm..

Sabtu, 23 Jun 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Kedahkini: Sesuatu yang Ajaib <b>di</b> Sabah ada " <b>Kota</b> Tersembunyi "

Posted: 16 Jun 2012 10:20 PM PDT


GAMBAR yang anda saksikan ini bukanlah sulap atau pondok sementara tetapi 'ISTANA' milik seorang warga emas, MONGKILOU BTE AHMAD, yang terletak lima kilometer dari Pekan Kota Marudu, "Kota Kemiskinan Sabah".

Beliau sudah menetap di rumah bambu beratapkan daun nipah ini sejak 10 tahun yang lalu. Mongkilou tidak pernah mendapat sebarang bantuan seperti rumah PPRT/E-Kasih atau yang berpatutan sejajar dengan kedudukannya sebagai Anak Jati Sabah yang dijanjikan rumah oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Kisah Mongkilou ini mengulangi tragedi sedih seorang balu di Kota Marudu, Rosnia @ Annie Marambal, 36, yang mengharapkan 'bulan jatuh ke riba' setelah memohon bantuan melalui program e-kasih.

Rosnia yang hidup bersama tiga anaknya di sebuah pondok usang di Kampung Kandaway, Kota Marudu, adalah bukti jelas berlaku 'gejala politik songsang' apabila mereka yang benar-benar memerlukan terus dipinggirkan, sebaliknya golongan berada mendapat bantuan yang dikhaskan untuk golongan miskin dan papa kedana.

Disebalik kemiskinan rakyak sabah negeri termiskin di Malaysia kita lihat kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin besar di Sabah.

Lihat skandal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat

"Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah," ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk 'Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?' bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.

Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang. BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM
Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; "Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta.

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.

Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya."/sabahkini

Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 dan terkini. Beliau menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003. Beliau juga merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) di Sabah.

Dikatakan Musa mempunyai nilai kekayaan yang melampau tapi tiada siapa peduli, jika diteliti dengan benar, setakat menjadi Menteri Besar agak susah untuk mendapat kekayaan sedemikian, namun dalam UMNO segalanya mungkin dan tidak mustahil sama sekali.

SHAH ALAM, 15 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut penjelasan dan deklarasi aset sepenuhnya daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah berdasarkan pendedahan "Sarawak Report".

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darrell Leiking berkata deklarasi berkenaan termasuklah segala aset dan harta yang disimpan di luar negara di atas nama beliau atau nama ahli keluarga.

Laman web "Sarawak Report" dalam beberapa artikel sejak bulan April mendakwa Musa secara sistematik merompak hasil Sabah sejak 1996 dengan mengaut keuntungan melalui rasuah jualan balak.

Dalam satu artikel bertarikh 10 Jun 2012, "Sarawak Report" mempamerkan dokumen-dokumen yang mendedahkan Musa menyimpan wang melebihi USD 90 juta (RM270) juta di bank-bank di Hong Kong dan Zurich.

"Kami difahamkan bahawa kes tersebut telah disiasat badan anti-rasuah di Hong Kong iaitu Independent Commission Against Corruption (ICAC).

Menurut Darell, IACA mendakwa Musa terlibat di dalam transaksi wang haram atau "money-

laundering" melalui beberapa ajen – termasuklah Michael Chia dan peguam Richard Barnes.
Beliau juga menggunakan akaun-akaun di luar negara untuk cuba menyembunyikan identiti beliau.

Darell berkata demikian di dalam satu kenyataan bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa.
"Sarawak Report" turut mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail cuba melengahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Musa.
"Untuk makluman semua, Tan Sri Abdul Gani Patail juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Musa Aman.

"Tan Sri Abdul Gani Patail wajib menjawab dakwaan bahawa beliau telah melengahkan siasatan SPRM sama ada secara langsung ataupun tidak, hingga mengakibatkan pihak ICAC tidak dapat mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Musa," kata Darrel.

"Difahamkan siasatan terhadap bank UBS AG, yang didakwa membantu menyalurkan wang haram ("money-laundering") Datuk Seri Musa, akan bermula di Switzerland.
"Mengapa Kerajaan Malaysia kelihatan seperti enggan melaksanakan sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan rasuah Datuk Seri Musa Aman? " soal mereka lagi.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved