10 di ranau - Google Blog Search |
sabahkini.net: SIAPA PATUT SELENGGARA JALAN <b>DI RANAU</b>? Posted: 26 Jun 2012 09:18 PM PDT BERLUBANG…Taufick menunjukkan sebatang jalan menuju ke Jalan Kompleks Sukan Ranau yang berlubang tanpa diselenggarakan sejak sekian lama. KURANGNYA tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau menyelenggarakan kerosakan beberapa batang jalan raya di Ranau sejak sekian lama telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna setempat. Kerosakan jalan raya di kawasan Ranau dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil perhatian oleh mana-mana pihak, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ranau dan Ahli Parlimen Kinabalu bakal mengundang bahaya kepada para pengguna lainnya, terutamnya di waktu malam. Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR), Taufick Rushi berkata demikian kepada Sabahkini.Net kelmarin. "Sepanjang saya berada di Daerah Ranau selama tiga hari atas tugas-tugas rasmi, saya mendapati daripada jalan utama sehingga jalan masuk menuju ke kampung-kampung kelihatan berlubang di sana sini dan boleh menyumbang kecelakaan kepada para pengguna kerana kemungkinan berlakunya kemalangan yang mengerikan" ujarnya. "Di mana silapnya dan siapa yang harus dipersalahkan? Adakah JKR atau Wakil-Wakil Rakyatnya yang langsung tidak mahu mempedulikannya. Mungkin mereka menunggu ada orang yang mati kemalangan, barulah jalan-jalan tersebut diselenggarakan," tegasnya. Taufick turut membidas para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang kerap membohongi rakyat dengan menabur janji kosong kononnya kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan cekap, bersih dan amanah; tetapi kerosakan jalan-jalan raya yang merupakan penghubung utama rakyat untuk ke satu-satu destinasi langsung tidak diambil peduli. Ketika ditanya berhubung isu 70,000 pemilik teksi yang sudahpun menerima subsidi untuk membeli 4 biji tayar, kata Taufick; taktik tersebut adalah mainan politik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menambat hati rakyat, khususnya kepada para pemilik teksi supaya menyokong perjuangan UMNO-BN pada PRU 13 kelak. Taufick menambah para pemimpn UMNO cukup licik untuk menawan hati rakyat kerana sejak akhir-akhir ini bermacam-macam bantuan dihulurkan termasuk subsidi tayar dan bantuan 1 Azam; malah kini ada bantuan yang disebut sebagai Bantuan Sentuhan Kasih tetapi hanya kroni-kroni ADUN sahaja; manakala rakyat biasa hanya gigit jari. |
Lelaki rentung dalam kebakaran <b>di Ranau</b> | Inimajalah dot com Posted: 28 Dec 2011 02:15 AM PST Who's Online4 visitors online now
Kategori
Arkib |
You are subscribed to email updates from di ranau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan