ads

Isnin, 25 Jun 2012

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


RISDA TANAM SEMULA 700 HEKTAR <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 23 May 2012 06:27 PM PDT


BANTUAN……..Junaidy (kiri sekali) menyampaikan replika cek kelulusan tanam semula getah kepada Abdul Rahman (kanan sekali) sambil disaksikan oleh Musbah (dua dari kiri) dan Peter (dua dari kanan) pada majlis itu.
KOTA BELUD : Sejumlah empat juta enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas 700 hektar di kawasan Parlimen Kota Belud telah diluluskan oleh pihak RISDA khusus untuk pekebun kecil getah di daerah ini.
Majlis penyerahan kelulusan tanam semula getah itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan sempena Majlis Penyerahan Kelulusan Tanam Semula Dan Kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) yang telah berlangsung di Dewan Datuk Musbah Kg. Taun Gusi, Kota Belud, baru-baru ini.
Abdul Rahman berkata, kerajaan Barisan Nasional melalui pelbagai agensi kerajaan sentiasa berusaha memperbaiki taraf ekonomi para petani di seluruh negara tidak terkecuali para petani di daerah Kota Belud.
Menurutnya, nilai empat juta enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas 700 hektar di kawasan Parlimen Kota Belud adalah antara salah satu lagi bukti bahawa kerajaan yang ada sekarang amat prihatin dengan keperluan para petani di daerah ini.
"Kerajaan yang ada sekarang akan terus dari masa ke semasa berusaha memperbaiki taraf hidup rakyat, usaha membangunkan ekonomi rakyat yang diusahakan oleh selama ini oleh kerajaan Barisan Nasional bukan dilakukan bermusim."
"Sebaliknya usaha membangunkan rakyat dilakukan secara berkesenimbungan demi memastikan rakyat mendapat manafaat dari program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional," kata Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah.
Hadir sama pada majlis itu antaranya ialah Pembantu Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli; Pegawai RISDA Kota Belud, Junaidy Along; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Bahagian Pentadbiran, Peter Jiton serta para pemimpin setempat yang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved