ads

Ahad, 19 Jun 2011

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Gempa <b>Di Tawau</b> Berskala Kecil | Beliafun Blogging 2010 - 2011

Posted: 24 May 2011 04:30 AM PDT

by Mrbelia on 08:00 PM, 24-May-11

TAWAU: Gegaran akibat gempa bumi berukuran 2.4 pada skala Richter yang dilaporkan berlaku jam 4.32 petang tadi di kedudukan 4.1 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur, tidak dirasai oleh ramai penduduk Tawau. Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penduduk yang ditemui memaklumkan bahawa mereka tidak merasai apa-apa gegaran dan masing-masing menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan 5 petang tadi dan difaks kepada Bernama menyebut bahawa pusat gempa berkenaan berlaku 52 kilometer di Barat Daya Tawau. Kenyataan itu juga menyebut bahawa gegaran akibat gempa lemah itu mungkin dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Pekan <b>Tuaran</b> | my.Mustaffa

Posted: 11 Nov 2010 12:00 AM PST

Pekan Tuaran 4 Gambar Kedai Lama Pekan Tuaran

EJAAN 'RUNCHIT" YANG MASIH KEKAL – Deretan kedai lama di Pekan Tuaran ini masih lagi utuh berdiri walaupun ada bahagian-bahagian tertentu bangunan telah rosak. Pekan ini tidak jauh dengan pekan lama di tempat-tempat lain juga. Semasa di Sarawak lepas aku ada kongsikan gambar kedai lama di Oya dan Matu.

Info Mengenai Tuaran

Tuaran adalah sebuah bandar serta merupakan sebuah daerah yang terletak di Daerah Pantai Barat, barat laut Sabah, Malaysia di Pulau Borneo. Daerah Tuaran berkeluasan kira-kira 1,166 kilometer persegi dan mempunyai jumlah kepadatan penduduk kira-kira seramai 94,100 orang pada tahun 2006. Kira-kira setengah dari populasi penduduk ialah dari suku kaum Dusun, manakala diikuti etnik Bajau, dan Cina. Tuara juga terkenal dengan binaan 9 tingkat Pagoda Cina yang dijadikan lambang / mercu tanda bandar ini.

Berdekatan dengan tempat pelancongan seperti Kampung Air Mengkabong dan Kampung Air Penimbawan, yang merupakan rumah perkampungan yang kedudukannya seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai. Terdapat beberapa lokasi resort pelancongan yang bertaraf 3 hingga 5 bintang seperti The Shangri-La's Rasa Ria Resort, The Mimpian Jadi Resort dan  The Sabandar Resort. Tambahan dari itu terdapat juga beberapa resort kecil yang turut menyediakan khidmat penginapan, katering dan makanan serta aktiviti sukan air pada kos yang lebih rendah dan berpatutan sesuai bagi mereka yang menginginkan keriangan yang sederhana ketika melancong.

Bandar ini merupakan destinasi persinggahan yang begitu popular kepada para pelancong dan masyarakat yang dalam perjalanan pergi/balik ke/dari bandar-bandar di utara Sabah seperti (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, dan Tenghilan) dan bagi mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Bandaraya Kota Kinabalu terletak hanya 34 km ke selatan Tuaran. Kota Tuaran telah mengalami suatu betuk pembesaran kawasan yang drastik tetapi kini pembesaran kota ini mengalami sedikit renjatan akibat bentuk muka bumi Tuaran yang agak terhad berikutan terdapatnya sungai yang mengelilingi bandar ini.

Setiap pagi ahad, Tuaran akan dimeriahkan dengan pembukaan Pasar Tamu yang merupakan pasar besar ala tradisional yang menjual pelbagai barangan domestik rakyat Sabah khususnya dari daerah Tuaran dan sekitarnya. Diantara barangan yang dijual adalah seperti sayur-sayuran tuaian, buah-buahan tuaian, ikan dan makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan banyak lagi.Pasar Tamu sudah banyak menarik ramai pelancong ke Tuaran kerana barangan dan hasil tuaian yang dijual sanagt mengujakan dengan harga yang sangat munasabah. Pasar Tamu yang tedapat di Tuaran ini adalah yang kedua selepas satu lagi Pasar Tamu yang terdapat di Kota Belud. Perbezaan antara kedua-dua Pasar Tamu ini boleh dilihat dari segi saiz pasar dan nilai barang esotik yang dijualnya.

Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan bahasa Melayu yakni tawaran yang beerti 'jualan' atau 'tawar' atau 'diskaun' atau 'promosi'. Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke Tuaran untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

pixel Gambar Kedai Lama Pekan Tuaran

Baca Ini Juga!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Bertemu <b>di</b> Seri <b>Keningau</b>

Posted: 18 Jun 2011 07:20 PM PDT


Basuni Hamim menunjukkan outlet terbaru Seri Keningau di Seksyen 13, Shah Alam,


SERI Keningau menjanjikan masakan Melayu pelbagai ragam meliputi masakan dari seluruh pelosok tanah air. Kepelbagaian itu sekali gus memberi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati juadah bergantung kepada selera saat itu. Puluhan masakan kampung yang tersedia membuatkan mata rambang membuat pilihan.

Ada ayam masak merah, sambal goreng Singapura, nangka masak lemak, kari ayam, ikan bakar, dan himpunan sayuran yang macam-macam.

Sejam di Restoran Keningau terbaru di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini cukup mengenyangkan apabila semua juadah tersebut disediakan di dalam sebuah pinggan besar.

Pengarah Urusan Seri Keningau, Basuni Hamim berkata, pihaknya amat cerewet dalam memastikan kualiti setiap hidangan.

"Semua makanan dijual dengan harga berpatutan. Kami memang menyediakan juadah paling sedap, segar dan terbaik," kata Basuni.

Lelaki berasal dari Klang, Selangor itu turut menawarkan tiga hidangan terbaik kepada pengunjung selain hidangan lauk-pauk sedia ada. Menu itu adalah mee udang dengan harga RM7, char kue tiau (RM4) dan nasi mandi (RM15) yang masing-masing punyai rasa tersendiri.

Contohnya mee udang menggunakan bahan mentah paling segar. Kuah yang siap tersedia cukup mewah dengan kemanisan udang.

Begitu juga dengan rasa char kuetiau di Seri Keningau. Cukup sempurna dipadankan dengan telur mata kerbau. Sementara keenakan nasi mandi umpama menikmati juadah nasi Arab apabila dicicah dengan sambal pelengkap juadah.

Restoran Seri Keningau dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam. Selain di Seksyen 13, Shah Alam, pengunjung boleh menikmati masakan tersebut di cawangannya yang lain termasuk di Keningau, Tawau di Sabah, Bandar Baru Klang dan Seksyen 18, Shah Alam (Selangor).

Restoran tersebut juga giat mempromosikan Kentang Ball berintikan daging yang digoreng dengan telur. Menu itu dihidangkan bersama sup. Begitu juga dengan masakan ayam masak putih menggunakan bahan mentah dari organik yang cukup sihat.

Dalam perkembangan lain, Seri Keningau juga menyediakan perkhidmatan tempahan. Antara juadah paling kerap menjadi pilihan adalah daging dendeng, ayam goreng berempah, daging masak cili padi dan udang masak mentega.

Semuanya ditawarkan dengan harga berpatutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NADI KEHIDUPAN <b>KENINGAU</b> TERANCAM

Posted: 18 Jun 2011 11:58 PM PDT


Oleh: KREW SABAHKINI.NET (BINGKOR)

SUNGAI Babayo merupakan 'nadi kehidupan' iaitu sumber air utama kepada penduduk di Keningau, terutama sekali kepada penduduk di Mukim Bingkor, Apin-Apin dan Keningau.

Sungai ini merupakan salah satu daripada sungai yang mempunyai kualiti air yang bermutu tinggi dan jernih di daerah Keningau sehingga menjadi tempat bagi penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih.

Selain untuk kegunaan pertanian dan pengairan, sumber air daripada sungai ini digunakan untuk memasak, membasuh, mandi, air minuman dan sebagainya.

Berikutan kebimbangan kerosakan dan pencemaran yang mungkin akan berlaku terhadap Sungai Bayayo, Ahli Jawatankuasa Pemikir, Koperasi Kelapa Sawit Kandang Besar Bhd. di Bingkor, Jonathan Likoh, menyuarakan pendapat beliau sewaktu ditemui baru-baru ini menyatakan bahawa; "perlu ada agen atau organisasi khas daripada pihak kerajaan untuk memantau perkembangan atau penerokaan hutan yang kian rancak diadakan di kawasan hulu Sungai Bayayo untuk menjaga dan memelihara bekalan sumber air di Bingkor."

Katanya lagi, ketika ini boleh dilihat terdapat beberapa individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab telah mula meneroka kawasan hutan berbukit di sekitar hulu sungai Bayayo.

"Mereka ini telah mula meneroka hutan untuk tujuan perladangan seperti penanaman kelapa sawit secara besar-besaran dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya tanpa membuat penilaian dan perancangan alam sekitar terlebih dahulu," ujar Jonathan.

Aktiviti perladangan seperti ini, kata Jonathan, pada amnya dilihat amat menguntungkan dan dapat menjana pendapatan dan ekonomi di kawasan Bingkor. Namun terdapat pelbagai kesan buruk yang mungkin akan terjadi jika aktiviti penerokaan itu tidak dirancang dengan betul atau dilakukan dengan sesuka hati.

Menurut beliau, penerokaan hutan akan membawa kepada aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan. Ini akan menyebabkan kitaran hidrologi di kawasan penerokaan tersebut menjadi tidak stabil dan terjejas.

Aktiviti pembalakan, kata Jonathan, juga akan mengakibatkan kekurangan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan kandungan paras air di dalam tanah tersebut sehingga menjejaskan kawasan tadahan air dan sumber bekalan air kepada sungai Bayayo.

"Kesan lain daripada aktiviti pembalakan ini juga akan menyumbang kepada kesan larian air permukaan yang akan membawa banyak lumpur atau kelodak ke dalam sungai," kata Jonathan yang kesal kerana aktiviti haram berkenaan akan menyebabkan kualiti, kejernihan air dan sifat fizikal air terjejas serta akan menyebabkan mendapan sungai.

Katanya lagi, Sungai Bayayo yang merupakan sumber bekalan utama air kepada penduduk di Bingkor mungkin akan tercemar dan terjejas akibat daripada aktiviti penerokaan hutan tersebut, termasuk menghanyutkan bahan kimia dan racun serangga ke dalam sungai sehingga menjadi tempat pembuangan toksik.

"Diharap wakil-wakil rakyat kawasan DUN Bingkor, Liawan dan Parlimen Keningau serta agensi-agensi kerajaan dapat membendung perkara ini daripada berlaku. Sungai adalah khazanah alam sekitar yang harus dijaga untuk generasi kita di masa hadapan, bukan hanya untuk dihari tua pihak-pihak tertentu," kata Jonathan lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 18 Jun 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: SABAHHAWK BERAKSI <b>DI SANDAKAN</b>?

Posted: 16 Jun 2011 11:24 AM PDT


Saudara Pengarang,

SAYA merupakan seorang peminat bola sepak tempatan berbangsa Tiong Hua yang berasal dari Sandakan dan saya ingin mengesa dan meminta jasa baik Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang supaya mengatur satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Liga Super Sabah dengan pasukan tempatan di Sandakan.

Menurut jurulatih pasukan Sabah, Justin Ganai, beliau akan mengadakan satu atau dua perlawanan persahabatan antara pasukan Sabah dengan pasukan tempatan semasa Liga Super berhenti rehat sebelum berlangsung perlawanan terakhir menentang Kelantan pada 6 Julai (seperti yang dilaporkan di surat khabar tempatan kelmarin).

Saya dan juga peminat bolasepak lain di Sandakan, selama ini sebenarnya tidak berpeluang menonton aksi pemain pasukan Sabah beraksi kerana kesemua perlawanan liga berlangsung di Kota Kinabalu.

Ini adalah tidak adil bagi kami penduduk di Sandakan kerana adalah agak mustahil untuk kami berangkat ke Kota Kinabalu setiap kali pasukan Sabah beraksi di tempat sendiri.

Saya masih ingat lagi kali terakhir pasukan negeri Sabah beraksi di Sandakan ini ialah beberapa tahun yang lalu semasa pasukan Sabah berada di puncak kegemilangannya; ketika itu dibarisi oleh Scott Ollerenshaw, Seslija Milomir, Vaselin Kovasevic, Jelius Ating, Khairul Azman dan sebagainya.

Kami penduduk Sandakan sebenarnya berhak juga menonton pasukan Sabah beraksi kerana ia adalah 'Pasukan Sabah' dan bukan 'Pasukan Kota Kinabalu' atau 'Pasukan Likas' ataupun 'Pasukan Penampang'; justeru itu adalah tidak 'molek' sekiranya pasukan negeri Sabah hanya beraksi di kawasan Kota Kinabalu sahaja!

Saya berharap Datuk Peter Pang selaku seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan dan juga kerana beliau merupakan seorang Adun Karamunting di Sandakan ini akan menunaikan permintaan saya dan juga peminat bolasepak di Sandakan ini.

Saya juga ingin meminta Datuk Peter Pang segera menaiktaraf stadium utama bolasepak di Kompleks Sukan di Sibuga dengan membina tempat duduk yang lebih banyak, sekurang-kurangnya berkapasiti 20,000 penonton dan kemudahan lain yang sesuai dengan sebuah stadium.

Sekiranya Sandakan mempunyai sebuah stadium yang berkapasiti besar dan menepati standard yang ditetapkan oleh FIFA, maka pasukan negeri Sabah boleh beraksi di daerah Sandakan ini pada masa hadapan dalam pertandingan bola sepak tempatan.

Keadaan ini sekaligus akan meningkatkan ekonomi perhotelan daerah ini kerana pemain-pemain dan pegawai bolasepak akan menginap di daerah ini. Selain itu, industri pelancongan di daerah ini akan juga berkembang kerana ramai peminat luar daerah Sandakan akan datang ke daerah ini untuk menonton perlawanan bolasepak ini dan ini secara tidak langsung akan mempromosi tempat pelancongan di daerah ini kepada orang luar daerah ini.

Jika tidak silap saya, Datuk Peter Pang pernah berjanji akan menaiktaraf stadium di Sibuga, Sandakan ini semasa beliau mula mula menjawat jawatan Menteri Belia Dan Sukan ini!

Saya berharap Datuk Peter Pang mencontohi Tan Sri Liew Yun Fah kerana semasa Tan Sri Liew menjadi Menteri Belia Dan Sukan dahulu, beliau pernah membawa pasukan negeri Sabah beraksi di daerah Tawau dalam beberapa perlawanan Piala Malaysia dan sambutan orang Tawau pada masa itu adalah mengagumkan dan tidak keterlaluan boleh saya katakan ia lebih meriah dan 'awesome' daripada pasukan negeri Sabah beraksi di Stadium Likas!

Akhir sekali, saya berharap Datuk Peter Pang tidak akan menghampakan harapan saya kerana saya percaya peminat bolasepak di Sandakan ini juga mempunyai impian yang sama dengan saya iatu mempunyai peluang menonton aksi aksi pemain SabahHawk ini di halaman Sandakan.

Saya juga berharap Datuk Peter Pang lebih proaktif dan juga berperanan sebagai seorang 'salesman' (seperti yang saya sarankan dalam artikel saya di Sabahkini.net yang berjudul 'sampai bila janji terang bulan ditunaikan') dengan 'menjual' Sandakan kepada dunia luar agar bandar yang saya cintai ini akan lebih maju dan dikenali ramai.

Anda, Datuk Peter Pang boleh bila-bila sahaja menghubungi saya dan saya bersedia memberi sebarang idea kepada anda dalam membangunkan lagi daerah ini kerana saya sebagai anak tempatan Sandakan lebih memahami keperluan rakyat di daerah ini.

Salam Hormat,

STEVE.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Back To Position: BANJIR <b>DI KUDAT</b>

Posted: 05 Apr 2011 12:24 AM PDT

05 April 2011, di Kudat banjir akibat hujan yang berterusan.. simpang menuju ke tanjung kapur banjir disebabkan longkang sumbat dan begitu juga di hadapan JKR Kudat dimana jalan raya dipenuhi air menyebabkan beberapa kenderaan sukar untuk melalui jalan tersebut disebabkan banjir. 


Nasib baik la saya sempat lalu jalan tu sebelum air naik lebih tinggi.. sejak kebelakangan ni hujan saja memanjang , baju pun macam tida mo kering saja.... tapi apa apa pun berjaga jaga la kan...sediakan payung sebelum hujan hehehe.....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


On Air <b>di Tawau</b> FM | Puadede.Com

Posted: 17 Jun 2011 07:53 AM PDT

tawaufmkerjayaku

Bukan kali pertama, tapi petang tadi adalah kali kedua aku bersiaran langsung di konti Tawau FM. Motif utama rancangan Kerjayaku itu adalah untuk mengetengahkan aku sebagai penulis blog agar ada pendengar di luar sana mengetahui kewujudan kerjaya ini dan menimba sesuatu melaluinya.

Atau paling tidakpun, menurut abang DJ Tamrin Tawau FM tadi, dapat menjelaskan kepada makcik-makcik di luar sana bahawa berblog adalah kegiatan yang baik untuk anak-anak mereka ceburi… setidak-tidaknya dapatlah menghalang pembaziran masa dengan menghadap Facebook setiap masa.

Perasaan berada di konti Tawau FM? Aku rasa santai sebab layanan abang DJ Tamrin begitu santai, lebih2 lagi dia juga kenalanku. Bezanya, dulu kali pertama aku On Air aku masih di bangku sekolah, head-phone masih mencengkam telinga, yang tadi head-phone di konti agak longgar atau kepalaku kah yang mengecil… (just joke). Nak tahu kisah pertama kali aku on air… ada di sini

Apa soalan yang ditanya semasa on air di Tawau FM tadi?

  • Kenapa aku berblog,
  • apa ciri2 atau kelayakan untuk menjadi seorang penulis blog
  • Bagaimana aku boleh menjana pendapatan dari berblog
  • apa yang aku kisahkan untuk menjana pendapatan itu
  • suka duka menjadi penulis blog
  • perancangan dan harapan di masa akan datang.

Kisah yang terkesan selepasnya.
Sekembalinya dari segala urusan, termasuk urusan di Tawau FM tadi, aku tanya mak aku, dia ada dengar Tawau FM atau tidak… Tidak jawabnya (wuuuu)

Aku terus masuk bilik,  aku duduk sendiri, melihat keadaan bilikku, keadaan mejaku, keadaan desktopku, keadaan monitorku, perhiasan helaian kertas yang menyemakkan mejaku, susunan kotak rokok, gelas2 kosong. Semua ini adalah normal bagi aku… normal bagi aku kerana aku berblog dengan keadaan sebegini. Bukannya duduk di bilik air-cond, ada wangian menyegarkan otak berfikir, tiada kerusi empuk sekadar sebuah bantal yang setiap malam akan aku jadikan alas belakang.

Oh ya satu lagi, masa tidurku tidak tetap, kadang awal kadang terlalu lewat malah pernah juga tidak tidur semalaman. Semua ini kerana aku seorang blogger, seorang yang mencari pendapatan dengan kerja-kerja online walaupun sebenarnya tidaklah selumayan mana. Usaha lebih, markerting ok, akan adalah job untuk aku.

Niatku, aku mahu sepanjang aku berblog akan ada kisah yang boleh memberi "something" untuk dikongsi kebaikannya, setidaknya sebagai pengubat rindu bagi mereka yang merantau di luar sana.

Aku tidak peduli komen yang menyakitkan hati, yang mendownkan stamina mental berblogku kerana aku tahu kamu tidak ada apa yang aku ada :p

More info:

  • Aku bukan berblog di sini semata-mata, wujud lagi beberapa blog untuk memenuhi permintaan iklan online yang lain.
  • Aku tidak bergantung semata-mata dengan pendapatan berblog tapi mengerjakan apa yang orang lain tidak terfikir atau sanggup lakukan… yang penting halal.
  • Aku kaya? Tidak… tapi aku bahagia.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gambar UFO <b>di Tuaran</b> Beach Resort Kota Kinabalu | Yusri.biz | Blog <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2010 09:21 PM PDT

Posted by Admin on July 20th, 2010

ufo kota kinabalu

gambar dari telefon bimbit

Semalam, Harian Metro melaporkan para pengunjung di Tuaran Beach Resort, lebih kurang 25 km dari Kota Kinabalu gempar apabila objek yang menyerupai piring terbang ataupun lebih dikenali sebagai UFO muncul di ruang angkasa pusat peranginan berkenaan.

Fenomena kemunculan UFO di ruang angkasa bukanlah cerita baru di Malaysia. Pada tahun 1950-an UFO dilaporkan muncul di Petaling Jaya dan sejak itu beberapa objek yang menyerupai piring terbang telah dilaporkan dilihat di beberapa lokasi oleh rakyat negara ini .

Kemunculan terakhir yang dilaporkan sebelum ialah di Tanjong Sepat, Selangor pada tahun 1999 dan kejadian di Tuaran ini adalah yang terbaru. Laporan akhbar tidak menyatakan dengan tepat masa kejadian tersebut. Namun daripada gambar yang diperolehi menunjukkan langit cerah pada masa tersebut dan objek tersebut berbentuk bujur dan kelihatan seperti hologram yang dipancarkan ke ruang angkasa. Hanya mereka yang melihat sendiri dapat mengesahkannya.

Sumber berita dan gambar diperolehi daripada Harian Metro

Tiada Artikel Yang Berkaitan.

You can leave a response, or trackback from your own site. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


WikiSabah, Sabah News: Jalanraya <b>di Tenom</b> dianaktirikan, mana NKRA?

Posted: 10 Jun 2011 10:07 PM PDT


Oleh: NASUTION NAEJEL

BUKAN menjadi perkara rahsia lagi tetapi sudah secara terang terangan apabila Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Ulu Ulloi Tenom Akop Kamit 50, terkilan dengan tindakan pihak kerajaan yang seolah olah menganak tirikan rakyat dengan tidak mengendahkan segala aduannya demi hak rakyat untuk mendapatkan sebuah jalanraya yang baik.

Malahan Pengerusi JKKK itu dengan tegas menyampaikan ejekan rakyat yang memprtikaikan slogan "Rakyat DiDahulukan, pencapaian diutamakan" yang sering ditujukan kepadanya dimana beliau secara berterus terang telah tertekan dengan ejekan itu gara gara kelemahan pihak pelaksana.

Tegasnya, meskipun beberapa laporan telah pun dihantar kepada JKR sebelum ini namun beliau kesal kerana sehingga sekarang tidak ada tindakan dilakukannya terhadap sebatang jalanraya pintas kira kira 2km yang menghubungkan Kg Ulu Ulloi dengan Taman Bahagia berdekatan Pekan di Tenom.

" Tidak mungkin mereka (JKR) tidak tahu lokasi ini sedangkan  Jurutera mereka sudah pun memeriksa jalanraya tersebut bersama Jurutera Kekal Mewah," kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress pada Sabtu sebagai mengulas rungutan para penduduk dikawasan terbabit.

Tahun lepas (2010), jalanraya tersebut telah disahkan oleh pihak kontraktor Kekal Mewah disini bahawa sebarang kerja kerja penyelenggaraan setakat ini bukan dalam bidangkuasa mereka kerana ianya belum tersenarai sebagai tanggung jawab Kekal Mewah Sdn Bhd.

" Tetapi pada ketika itu Kekal Mewah bersetuju untuk membantu kami mendaftarkan jalanraya itu dalam senarai mereka, manakala penyelenggaran dilakukan JKR buat sementara waktu sehingga ianya terdaftar…tetapi janji itu semuanya kosong," tambah Akop.

Dalam pada itu, kenyataan Akop Kamit tercetus ekoran terdapatnya beberapa rungutan daripada para pengguna jalanraya khususnya mereka yang mempunyai kebun disitu yang tidak berpuas hati dengan layanan agensi kerajaan terutamanya yang bertanggung jawab dari segi kemudahan infratruktur tidak berjalan dengan lancar dan licin.

Mereka juga mempertikaikan keberkesanan NKRA yang bertanggung jawab menaiktaraf kemudahan infratruktur dikawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2009 dibawah seliaan KKLW, sebaliknya tidak kelihatan pun ianya dilaksanakan.

Jalanraya pintas yang menghubungkan antara perkampungan Ulu Ulloi ke Taman Bahagia sejauh kira kira 2km dibina sejak lebih 20 tahun  lalu aitu semasa era kerajaan Parti Berjaya khusus untuk memudahkan penduduk keluar dan masuk ke kebun mereka yang terletak disitu dengan lancar.

Bagaimana pun sekitar tahun 2000 jalanraya tersebut mendapat agehan peruntukkan untuk dinaiktaraf tetapi apa yang berlaku kerja kerja tersebut dilaksanakan hanya sekadar kira kira 200m sahaja yang bersimen, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja sehingga ke hari ini.

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


nakhoda kunak: Orang Luar Masuk Cawangan UMNO <b>di Kunak</b> Jangan Jadi <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2011 10:08 PM PDT

     Seperti kita sedia maklum bahawa Piala Dunia 2010, Afrika Selatan telah menjadi tuan
rumah dengan jayanya. Ketika perlawanan bola sepak dunia itu dimulakan begitu banyak perlawanan
yang menarik dimana pasukan-pasukan samaada mewakili negara mereka atau tanggapan yang lebih besar mengwakili setiap Benua diseluruh dunia. Pasukan yang bertanding sudah tentulah hebat dari tiupan wisel
perlawanan pertama sehinggalah ketiupan wisel perlawanan akhir perlawanan pertandingan bola sepak  itu. Apa yang berlaku ketika perlawanan demi perlawanan sedang berjalan timbullah Sotong Kurita sebagai penentu pasukan yang menang bahkan hatta  perlawanan separuh akhir  perlawanan akhir  seolah-olah ditentukan oleh gelagat dan tilikan Sotong Kurita yang disimpan didalam akuarium kaca.Persepsi Sotong Kurita yang saya hendak katakan ini bukanlah ada kaitan dengan Bola sepak Piala Dunia tetapi " Orang luar dari daerah lain yang telah menjadi ahli UMNO di daerah lama telah memindakan keahlian UMNO ke DUN N.51 Kunak ".
Apakah motif disebalik perpindahan keahlian UMNO itu? Nak jadi pelarian politik pun tidak masuk akal
sebab daerah lama mereka  berada di Negeri Sabah dan juga amnya Negara Malaysia .
    " Nak jadi Sotong Kurita?" Kenapa Sotong Kurita saya istilahkan kepada mereka?.Sebab,lihat
sahaja belalai/tangan sotong kurita yang banyak itu apabila sudah membelit mangsa dan mangsa itu sukar melepaskan diri wahhal maut mengundang mereka.
     Begitu juga dengan Pokok kayu Ara  pada mulanya pokok tumpang tetapi selepas membelit pokok asal ia akan berdiri sendiri dan hilanglah nama pokok asal dan berdirilah nama "Pokok Kayu Ara".
     Spesis "sotong kurita" dan "pokok ara" boleh dijadikan maskod atau replika di Kunak memandangkan makhluk ciptaan Allah s.w.t ini memang banyak terdapat di Kunak.Sotong Kurita banyak terdapat di persisiran kampung-kampung berhampiran laut termasuk Kg.Pangi,Kg.Hampilan dan persisiran
pantai Kg.Buang Sayang dan Kunak Tiga.Kalau dizaman kanak-kanak saya  selalu menangkap sotong
ini dengan menangkap di waktu malam menggunakan lampu pelita atau diwaktu siang menggunakan penucuk besi yang di panggil "tilok" atau menubahnya saja menggunakan lada dan tembakau.Sedangkan "pokok ara" pula banyak tumbuh subur dihutan dara di daerah ini.
     Sekiranya orang luar  berniat nak berpolitik di DUN N.51 Kunak jangan ingat kami  boleh menerima
anda dengan begitu mudah sahaja.Cukuplah pengalaman dulu yang banyak mengajar kami menjadi matang
sekarang.KAMU, jangan cuba masuk ke DUN ini dengan tujuan nak melobi jadi YB. Hati dan perasaan
kami sekarang sudah terlalu tersinggung malah sudah luka dan bernanah dan kalau tidak dicegah akan pecah
menjadi bau busuk dan penyakit kepada BN dalam PRU13 nanti. Cuba elakkan dan jauhkan dari menawarkan diri menjadi Wakil Rakyat kami, dan jangan disebab nafsu syaitan anda itu yang menerima akibatnya ialah BN.
      Pengundi-pengundi seramai 9696 orang itu adalah milik anak watan ini yang bakal menjadi pemimpin kami. Apapun,pada hari esok kami tidak mengiktiraf sotong kurita dan pokok ara bangun  menjadi pemimpin kami.Jangan ingat anda sudah berpindah cawangan ke DUN Kunak boleh bermaharajalela dan senang memperbudakkan kami lagi. Dan,cukuplah kamu diberi kesempatan jadi Ahli UMNO di Kunak tapi jangan berniat nak menjadi wakil rakyat kami pula.Penerimaan kamu sebagai ahli UMNO bukan tiket nak jadi calon di PRU13 nanti! " KALAU DIBERI PELUANG, JANGAN TERLEBIH SUDAH".Kehadiran kamu ke Kunak tanpa dipinta,tidak memaklumkan kepada Pengurusan UMNO Bahagian, terutama  tanpa melalui pengetahuan Ketua UMNO Bahagian Silam. Kamu buat sahaja sesuka hati.
      Hari ini saya senaraikan nama-nama yang perlu sotong kurita dan kayu ara beri salam sebelum masuk ke rumah usang kami :
                 01. YB Datuk Nilwan Bin Kabang (YB.DUN Kunak,Bendahari UMNO Silam)
                 02. Sharif Shamsuddin Sharif Sagap (Mantan Pengetua dan Ketua Cawangan)
                 03. Abdul Rahim Wahab ( Ketua Cawangan )
                 04. Amatidin Rasindin
                 05.Jalilul Ajirol
                 06. Zahari Lorong
                 07. Simah Simon
                 08. Abdul Raja Masalah (Ketua Cawangan)
                 09. Marasali Bin Mordan (Ketua Cawanagn)
                 10. Hj.Hussin Ibnoh Hassan (Usawahan)
                 11. Ismail Rugasan
                 12. Idustan Lumantang
                 13. Gabra Imam safie
                 14. Herman Rahim (AJK Bahagian Silam)
                 15. Jams Bin Lakim
                 16. Halid Harun (Pegawai Kemajuan Rakyat) Dan,
                 17. Balnama Kauluh (Penyelaras UMNO Silam DUN N.51 Kunak,AJK Bahagian
                       Silam dan Ketua Cawangan Kg.Bangkuruan II).
        Dan, masih ramai  tidak tersenarai dalam catatan ini terdiri dikalangan anak-anak watan Kunak yang berpotensi bergelar Dr,Peguam dan golongan Profesional samaada yang berada dalam daerah atau bertugas di luar daerah.Ratusan golongan siswazah sedang menunggu peluang pekerjaan dalam bidang masing-masing bahkan ada yang memiliki M.A dan Ph.D. Dan, KAMU BERANI? Sekian Wassallam...Nakhoda Kunak.
     Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved