10 di tawau - Google Blog Search |
On Air <b>di Tawau</b> FM | Puadede.Com Posted: 17 Jun 2011 07:53 AM PDT Bukan kali pertama, tapi petang tadi adalah kali kedua aku bersiaran langsung di konti Tawau FM. Motif utama rancangan Kerjayaku itu adalah untuk mengetengahkan aku sebagai penulis blog agar ada pendengar di luar sana mengetahui kewujudan kerjaya ini dan menimba sesuatu melaluinya. Perasaan berada di konti Tawau FM? Aku rasa santai sebab layanan abang DJ Tamrin begitu santai, lebih2 lagi dia juga kenalanku. Bezanya, dulu kali pertama aku On Air aku masih di bangku sekolah, head-phone masih mencengkam telinga, yang tadi head-phone di konti agak longgar atau kepalaku kah yang mengecil… (just joke). Nak tahu kisah pertama kali aku on air… ada di sini Apa soalan yang ditanya semasa on air di Tawau FM tadi?
Kisah yang terkesan selepasnya. Aku terus masuk bilik, aku duduk sendiri, melihat keadaan bilikku, keadaan mejaku, keadaan desktopku, keadaan monitorku, perhiasan helaian kertas yang menyemakkan mejaku, susunan kotak rokok, gelas2 kosong. Semua ini adalah normal bagi aku… normal bagi aku kerana aku berblog dengan keadaan sebegini. Bukannya duduk di bilik air-cond, ada wangian menyegarkan otak berfikir, tiada kerusi empuk sekadar sebuah bantal yang setiap malam akan aku jadikan alas belakang. Oh ya satu lagi, masa tidurku tidak tetap, kadang awal kadang terlalu lewat malah pernah juga tidak tidur semalaman. Semua ini kerana aku seorang blogger, seorang yang mencari pendapatan dengan kerja-kerja online walaupun sebenarnya tidaklah selumayan mana. Usaha lebih, markerting ok, akan adalah job untuk aku. Niatku, aku mahu sepanjang aku berblog akan ada kisah yang boleh memberi "something" untuk dikongsi kebaikannya, setidaknya sebagai pengubat rindu bagi mereka yang merantau di luar sana. Aku tidak peduli komen yang menyakitkan hati, yang mendownkan stamina mental berblogku kerana aku tahu kamu tidak ada apa yang aku ada :p More info:
|
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan