ads

Isnin, 24 Disember 2012

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Kisah Ke Kebun Buah Tarap <b>Di</b> - Mus

Posted: 22 Nov 2012 07:38 AM PST

Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

Minggu lepas saya bersama isteri dan rakannya telah balik ke kampung di Nabawan. Pada ketika ini, musim buah-buahan baru bermula. Buah tarap, buah cempedak, buah durian dan buah mangga ada banyak di kebun rakan isteri saya. Di samping balik ke kampung mengambil buah, rakan isteri saya turut singgah menziarahi orang tuanya.

Kami memulakan perjalanan dari kediaman kami di Tuaran pada jam 6.00 pagi dan sampai di Keningau pada jam 9.00 pagi. Agak dingin keadaan pagi itu. Setelah berehat sarapan pagi di sana, kami meneruskan perjalanan ke Kg. Baru Saub yang terletak di Nabawan.

Perjalanan ke sana agak mencabar kerana jalan tanah merah, berlopak dan berlubang. Namun, kami berjaya mengharungi jalan yang serba mencabar dan selamat sampai di kampung pada jam 10.30 pagi. Setelah berehat seketika, kami terus bersama bapa rakan isteri saya ke kebun buah-buahan mereka.

Mungkin nasib tidak menyebelahi kami, buah durian dan buah cempedak belum masak lagi. Cuma buah tarap dan buah mangga yang sedia untuk dipungut untuk dibawa balik ke kota. Buah cempedak muda turut diambil untuk dijadikan sayur masak lemak.

Gerai Jual Ayam | Pekan Sook, Nabawan

Gerai Jual Ayam | Pekan Sook, Nabawan

Perjalanan Ke Kebun | Kg. Baru Saub, Nabawan

Perjalanan Ke Kebun | Kg. Baru Saub, Nabawan

Buah Tarap Sedap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Buah Tarap Sedap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isi Buah Tarap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isi Buah Tarap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bersama Pak Cik | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bersama Pak Cik | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bawa Pulang | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bawa Pulang | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kereta Kotor | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kereta Kotor | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isteri Saya | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isteri Saya | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kayu Api | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kayu Api | Kg. Baru Saub, Nabawan

Nikon D60 | Kg. Baru Saub, Nabawan

Nikon D60 | Kg. Baru Saub, Nabawan

Entri ini berkait dengan Dapur Kayu yang saya terbitkan beberapa hari lepas. Jangan lupa ikut saya di instagram @mustaffayasin

Instagram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 23 Disember 2012

10 di tawau - Google Blog Search

2 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Pasar Tanjung <b>Tawau</b> - MyTawau Komuniti

Posted: 10 Dec 2012 11:56 AM PST

Pasar Tanjung Tawau sememangnya menjadi lokasi tumpuan, lebih-lebih lagi di musim perayaan. Pasar bernilai RM 25 juta ini adalah pusat penjualan untuk segala macam keperluan harian kepada masyarakat Tawau dan pelancong yang datang berkunjung ke Pasar Tanjung Tawau. Menempatkan gerai-gerai menjual sayur-sayuran, barangan runcit, makanan kering, makanan ringan, buah-buahan, daging ayam dan lembu, Kosmetik kecantikan, pakaian, permainan kanak-kanak, kelengkapan dapur, telur ayam, dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di sini.Pasar ini ada 3 tingkat, Paling bawah menjual sayur-sayuran, buah-buahan, Keropok, daging ayam, daging lembu, telor, kopi segar, santan segar dan banyak lagi.Tingkat satu menjual makanan kering seperti ikan masin, sotong kering, udang kering, ikam bilis kering dan banyak lagi

Tingkat dua menjual barangan kosmetik, jamu-jamu, pakaian, permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Pejabat pentadbiran pasar, surau dan tandas juga di sediakan di sini.

Ruang makan di tingkat paling atas tingkat tiga adalah sangat menarik kerana anda boleh melihat panorama seluruh bandar Tawau serta keindahan laut yang membiru dengan pelbagai kapal yang berulang alik di pelabuhan Tawau.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


GERAI KELAPA BAKAR <b>DI TUARAN</b>, BERBAU NAJIS

Posted: 21 Oct 2012 01:48 AM PDT


USIK USIK GERAI KELAPA BAKAR
Gerai Gerai Kelapa Bakar Salut diJalan Sulaman (Jalan KK-KB) Adalah Kini Sudah Begitu Popular dan Menjadi Tumpuan Persinggahan kepada Orang Ramai khasnya Mereka yang Berkereta dari Utara Sabah Ke KK dan DiSebaliknya.

Selain Kelapa Bakar, Kelapa Muda, Puding Kelapa Pelbagai Rasa, Keropok Ubi, Lokan dan Ketam Panggang juga menjadi Tarikan Utama Orang Ramai termasuk Pelancong Pelancong Singgah ke Gerai Gerai Kelapa Bakar diJalan tersebut. Gerai Gerai ini diBuka dari Awal Pagi hinggalah ke Larut Tengah Malam pada Setiap Hari!

SAYANG DAN SEDIHNYA GERAI GERAI YANG TURUT DIKINJUNGI OLEH PARA PELANCONG TEMPATAN DAN LUAR NEGARA INI JELAS SEKALI DALAM KEADAAN DAIF SEKALI!

IA JELAS TELAH DIBINA SECARA PERSENDIRIAN DAN TIDAK SERAGAM OLEH PARA PEMILIK GERAI GERAI BERKENAAN. YANG MANA 100% TERDIRI DARI KAUM BUMIPUTERA. IA JUGA TIADA LANGSUNG MEMPUNYAI KEMUDAHAN TANDAS AWAM!

Justeru Sesiapa saja yang Singgah keGerai Gerai Kelapa Bakar Salut diJalan Sulaman, Tuaran itu PASTI Akan TerCium Bau Kuat NAJIS yang datangnya dari Arah Belakang Gerai Gerai tersebut! Dulu Saya dan Keluarga pun Kerap Singgah Minum Kelapa Bakar dan Makan Ketam dan Lokan Panggang disitu. TAPI disebabkan oleh Bau Najis disitu maka Kami Sudah TIDAK lagi Berselera Singgah diGerai Gerai itu lagi.. AGAKNYA APALAH YANG DIKATAKAN OLEH PARA PELANCONG YG SINGGAH DI SITU BILAMANA MEREKA TERCIUM BAU YANG MENJIJIKKAN ITU?

Yang Jelas Jalan dan Gerai Gerai ini sememangnya Kerap dilalui Oleh Para Pemimpin dan Pegawai Pegawai Pihak Berkuasa atau Jabatan Berkenaan. SOALNYA MENGAPA MACAM TIADA YG PERIHATIN DAN BERTINDAK UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN GERAI SERTA KEMUDAHAN AWAM DISITU?
(Tidak Mcm diGerai Gerai Pekan Nabalu, KB)

Mungkin Mereka termasuk para Pemimpin juga TIDAK Sedar akan SITUASI ini.
(sebab Mereka pun TIDAK PERNAH Singgah Minum atau Makan Ketam atau Lokan Panggang.disitu?? (Rasanya mcm Mustahil juga!)

JUSTERU KITA MOHON PERKARA BERBANGKIT INI DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA MEREKA YG BERKENAAN AGAR MENGATASI SEGERA SITUASI DAN KEADAAN GERAI GERAI KELAPA BAKAR SALUT DI JALAN SULAMAN INI! (Sebelum Nama Baik Negeri Sabah ini Tidak Terus TerCemar diMata Orang Awam khasnya Para Pelancong!)

dI PETIK DARI FCB .DTigabelas Zaianlabidin.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Putera Harapan <b>Ranau</b> 1 Dec 2012 <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 09:34 AM PST

Wira Owner Club Sabah ( WOCS ) akan membuat family day ke ranau sambil melawat dan menyerahkan sumbangan kepada RUMAH ANAK2 YATIM (Rumah Putera Harapan) di sana. Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan sumbangan boleh la berhubung dengan ahli WOCS. Budak-budak adalah lingkungan umur 6-18 tahun.
Rumah Putera Harapan (RPH)
Lot No 3,
Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti
Peti Surat 960,
89308 Ranau
Sabah, Malaysia.


Telefon En. Wadie - 013 5585 777 (untuk sumbangan)
Sumbangan setakat ini :
100 kg beras
30 tilam
30 bantal
60 stokin
30 botol air
30 set alat tulis
Buku-Buku pra sekolah
Buku-buku SPM
Patung Besar 1x
Cadar / Langsir
Marilah kita sama-sama berdoa agar konvoi amal ni berjalan lancar dan peserta semua selamat pergi dan kembali amin.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


rumah tanah liat: rumah yang dibuat daripada tanah liat <b>di nabawan</b>

Posted: 28 Nov 2012 09:03 PM PST











Tengah adalah saya berkacamata hitam.
Kiri adalah tuan rumah Encik Daud Anggau.









Sabtu, 22 Disember 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


sabahkini.net: AHLI POLITIK ASLI Vs JADI-JADIAN <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 06 Dec 2012 07:53 PM PST



TERDAPAT beberapa orang yang bersedia menawarkan diri menjadi pemimpin dan bakal bergelar Yang Berhormat  (YB) jika menang dalam PRU-13, tetapi ada di antara mereka tidak mempunyai hati yang tabah serta kesabaran yang jitu dalam mengharungi liku-liku perjuangan di persada politik tanah air.
Malangnya ada di antara mereka tidak mahu menerima teguran, malah terus melenting apabila saya menyorot senario politik Semporna melalui artikel 'mampukah PKR Tewaskan Shafie Di Semporna?' pada 5 Disember 2012 lalu yang disiarkan di Sabahkini.Net.
Natijahnya, kelmarin saya menerima beberapa panggilan telefon dari Semporna  yang tidak mahu memperkenalkan diri mereka, sebaliknya menggertak dan mendakwa saya membuat berita itu berbaur hasutan dan melaga-lagakan antara Nazmahati Walli dengan Dr Zamri Abdul Habi; dua tokoh yang bersaing untuk menjadi calon PKR menentang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada PRU-13 di Parlimen Semporna.
Dalam berita yang saya tulis, menyatakan perjuangan Nazmahwati yang sudah lama dalam PKR; bukan sahaja mengorbankan seluruh tenaga, bahkan banyak wang ringgit dibelanjakan untuk menawan hati rakyat di Semporna; harus diambil kira dari semua  sudut  perjuangannya  oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan Negeri.
Kalau Nazmah yang menjadi ahli politik sepenuh masa mempunyai cita-cita untuk menawarkan diri bertanding pada PRU 13 melawan Shafie, maka sewajarnya diberikan peluang bagi mencoba keupayaannya bertarung dengan 'Gergasi Semporna' kerana kalah menang adat perjuangan.
Sementara Ahli Politik bermusim atau 'Jadi-Jadian' seperti Dr Zamri boleh  bertanding di  kerusi DUN Sulabayan atau Senallang atau Bugaya bagi mengelak perebutan kerusi  dan sabotaj di antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai hala tuju untuk menumbangkan calon-calon BN/UMNO pada PRU 13 nanti.
Secara jujur saya katakan, PKR di Cabang Semporna memang telah lama berkonflik dan berlaku tikam menikam antara satu sama lain; antara Ahli Politik 'Asli' dengan Ahli Politik Jadi-Jadian sehingga berpuak-puak dan terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Tahir  Ariffen, Kumpulan Nazmahwati dan Kumpulan Dr Zamri.
Selama tiga bulan pemerhatian saya di Semporna, tiga puak ini tidak pernah bersatu; malah saling bersaing mengadakan ceramah politik pada hari yang sama, tetapi di tempat yang berlainan demi untuk menunjukkan pengaruh masing-masing; sehingga membingungkan saya mahu memilih lokasi untuk membuat liputan.
Tidak keterlaluan saya katakan, Dr Zamri dan Tahir agak sombong  berbanding dengan Nazmahwati yang sering menghubungi saya setiap kali ada aktiviti sehingga saya berkempatan melawat ke kawasan perkampungan di persisiran pantai dan kepulauan yang terpinggir dari arus perdana pembangunan negara sekalipun mempunyai dua menteri penuh.
Pada hemat saya, jika mereka berhasrat untuk menumbangkan BN/UMNO di Semporna, mereka hendaklah menerima hakikat untuk bersatu dan sehaluan dengan menyingkirkan sikap berpuak-puak serta meningkatkan azam dengan nawaitu yang sama; iaitu untuk menumbangkan Shafie Apdal, Nasir Sakaran, Ramlie Marhaban dan Hj Herman, malah sesiapa sahaja yang diturunkan BN pada PRU-13.
Saya tidak bermasksud untuk mengajar ketam berjalan lurus, malah sekadar  melontarkan pandangan ikhlas saya sebagai wartawan yang sudah hampir 36 tahun menghidu betapa haring dan hancingnya dunia politik Sabah, iaitu sejak di zaman kerajaan BERJAYA lagi.

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: JADUAL PADAT PERDANA MENTERI <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2012 07:50 PM PST



SANDAKAN : Jadual lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini Ahad padat dengan menghadiri tiga acara pada sebelah pagi dan satu acara pada tengah hari.
Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas pada pukul 9 pagi.
Selepas itu Najib akan melakukan pula acara pecah tanah bagi pembinaan masjid baru, yang terbesar di Batu Sapi dengan anggaran kos kira-kira RM5 juta.
Beliau kemudiannya akan merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik di sebuah hotel, diikuti dengan menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti gereja dan badan bukan kerajaan sebelum berlepas pulang.
Sepanjang lawatan beliau, perdana menteri diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin. (BERNAMA)

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Bibiy Ferhanah : Trip to <b>Ranau</b> & Kundasang

Posted: 17 Dec 2012 04:51 AM PST

hai :)
tiada mau cakap banyak. okay, straight to the point. hari ahad kelmarin dan hari ne. saya dan keluarga.... aiseh. skema juga ayat tu. haha. okay, serius. kelmarin (16/12/2012) kami sekeluarga pergi Ranau & Kundasang. for what? tujuan utama untuk pergi majlis perkahwinan cousins. so yea, entah plan siapa yang bawa terus pergi bercuti. orang bilang alang2 kan? hehe. memang sudah plan awal mau bercuti di Ranau & Kundasang. so yea, tarikh pergi bercuti tu di percepatkan. tenene :p
kami menginap di Walai Tokou Homestay, Kundasang. tiada apa saya mau cakap pasal homestay ne melainkan suasananya yang sangat teramat sejuk asdfghjkl. hahaha. well, kawasan pergunungankan. boleh nampak gunung kinabalu dari sana. so sangat sejuk okay. grrr.. macam kau tinggal dalam peti ais! serius. tiada tipu. haha. boleh beku kalau tinggal sana lama-lama. nda boleh hidup oh kalau saya tinggal sana tu. mati kesejukan. erkkk -___-' okay. teruskan cerita.
FIRTS DAY (16 Disember 2012)

gerak dari rumah dalam jam 10 sebenarnya. tapi oleh kerana ada masalah teknikal, terpaksa jalan dari rumah jam 12 tengahari. huhu. dari rumah terus bersiap pakai baju kurung okay. pendekkan cerita, sampai Kundasang dalam jam 2 lebih. terus pegi Walai Tokou Homestay, wah... sejuk... nyaman.. haha
inilah muka depan homestay kami :) kira macam sewa rumah lah tapi untuk 2 hari 1 malam ja. haha
ini dalam homestay tu. okay jugalah. not bad. tiada kipas, tiada aircond. ini tempat special sikit ada 'aircond semulajadi'. heh?

 persekitaran dekat homestay tu. cantik betul :)
do you see what i see? tolonglah nampak. haha
 kakak pertama. sudah kawin ada anak 1. okbai. haha
 itu lah anak kakak saya. Asyraf given name. sangat nakal. omg :O haha
 okay, ini kami telah berada di rumah pengantin. dorang berduet okay. oh so sweet :)
hari pertama tiada banyak gambar. ini ja lah yang saya kasi masuk. haha. so.... the next day.
SECOND DAY (17 Disember 2012)

hari kedua bangun awal pagi. plan mau pegi Poring. so bangun awal, bersiap terus pegi breakfast dekat restoran bawah. ngee~ lepas ja breakfast tu terus balik homestay then gerak pegi Poring :)
 awal pagi on the way pergi breakfast. ibu & mummy!
 ini lah tempat yang sejuk-gila-mau-mati tu. haha
 2 kakak dan 1 abang saya (yang botak). haha. yang depan tu saudara kami ja
 Asyraf. kesiokkan weh mandi kolam. haha. comel bha anak buah auntie ne :)
 lahvvvvv~ 3>
 abang saya. status : not available. okbai.
si ibu. banyak betul posing dia suruh saya ambil gambar. tapi biarlah ini ja yang saya tayangkan. haha
pendekkan cerita lagi, balik dari poring dalam jam 12 lebih. lepas dari sana singgah pekan beli buah-buahan. yang wajib durian. okay, itu pasti. haha. sedap gilaaaa. siapa nda pandai makan durian, RUGI. haha. lepas dari pekan, dorang ibu terus balik rumah. tapi saya and le sisters and le brothers singgah pegi Desa Dairy Farm, Kundasang. banyak lembu mooo~ mooo~ haha. macam kau berada dalam New Zealand ja. nda pun Nashville. haha. lawa lembu dia hitam putih hitam putih. hehe
moo moo~

macam di luar negara weh. haha

sini ada jual susu Desa. fresh milk okay. yummy~


dengan abang. wah, abang gitewww.

macam mau terjatuh ja saya bha. haha

take four

and the last....

take 5.
WARGHHHHH! (kena suruh buat muka teriak masa ne. haha)
haha. best best. saya pendekkan cerita lagi. okay, cukup sampai di sini, eh? hahaha. well, malas sebenarnya mau menaip panjang-panjang ne. buat entry ne pun rushing. nda tau lah sebab apa, tapi saya memang mau cepat. oh tolonglah faham saya. haha. so lepas dari sini, terus balik rumah. selamat pergi dan balik. alhamdulillah :)
see you again Kundasang. i will miss you, again :)
(kasut sudah rosak. abaikan)
okay, lepas ne mau pegi Paris. siapa percaya dia gila. okbai.

Berpesta Durian <b>Di Ranau</b>, Sabah - LuvLy Arni Ninie

Posted: 22 Dec 2012 08:40 AM PST

Sebelum sy buat tutorial mcmna cara saya design Header sy dengan cara sendiri...sy nak citer skit pasal Pesta Durian yang berlangsung di Ranau yesterday...Oleh kerana pada masa tu asik hujan jer...Operasi nak round pesta tu terbatas...sempat jugak amik bebarapa gambar untuk kenangan...ehehehehe

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


<b>Nabawan</b> bakal pengeluar lada hitam ~ You Say Bah, I Say Bah <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 09:48 PM PST


Daerah Nabawan bakal menjadi pengeluar lada hitam jika tanaman yang diperkenalkan oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey A Suan, berkata tanaman yang diperkenalkan di daerah ini mampu menjana pendapatan lumayan kepada bakal pengusaha tanaman lada hitam di daerah ini.
Katanya, penanaman lada hitam yang diperkenalkan di daerah ini dan Negeri Sabah amnya satu lagi langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan khususnya bagi mereka yang berminat menjadi usahawan lada hitam.
"Ini merupakan projek pertanian yang baru, tidak seperti lada atau cili biasa ditanam dan diusahakan petani kerana jangka hayat tanaman lada hitam adalah lama iaitu sehingga 20 tahun dan pendapatan mencapai puluhan dan ratusan ribu, oleh itu rakyat digalakkan untuk mencuba dan menanamnya," katanya pada majlis taklimat penanaman lada hitam di Dewan Belia KBSS di sini pada Jumaat.
Kira-kira 100 peserta terdiri dari golongan belia dan orang awam menyertai taklimat tersebut yang dikendalikan dua orang pegawai MPB iaitu Spencer Sandai dan Elvis Madun yang menyampaikan ceramah bertajuk kaedah penanaman lada hitam dan insentif dari lembaga lada Malaysia kepada pengusaha tanaman berkenaan.
Bobbey turut menyarankan agar penduduk di daerah ini mengamibl kesempatan ini untuk mencuba tanaman baru ini.
Katanya, adalah lebih baik mengusahakan tanaman yang boleh membawa pulangan yang baik kepada keluarga daripada membiarkan tanah kosong.

"Pelbagaikanlah jenis tanaman bagi menjana pendapatan bukan sahaja untuk menyara kehidupan keluarga tetapi ke arah berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020," katanya.
Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Jubilin Kilan, Ketua Exco Komulakan Upko Ewon Benedick dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


36 motosikal disita dalam operasi bersepadu <b>di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:14 AM PST

Posted on December 17, 2012, Monday

KETUA Bahagian Kententeraman Awam dan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Andi Baso Andi Mappangerang (dua kanan) menunjukkan motosikal yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kelmarin.

PENAMPANG: Polis merampas dan menyita 36 buah motosikal di atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu di Jalan Tambunan-Penampang malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh berkata seramai 25 anggota dan seorang pegawai terlibat pada operasi berkenaan yang dilaksanakan dari jam 2 hingga 5 petang.

"Operasi terbabit membabitkan 43 buah motosikal yang diperiksa dan kita telah menahan 36 buah motosikal kerana didapati terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuklah menunggang secara berbahaya, mengubahsuai motosikal dan tidak mempunyai lesen.

"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang berusia 20an kerana didapati positif dadah setelah gagal ujian saringan air kencing dalam operasi itu," katanya.

Ratan menambah, dalam tempoh yang sama, pihaknya turut mengeluarkan 41 keping saman atas pelbagai kesalahan.

"Objektif utama operasi ini adalah bertujuan menangani kegiatan menunggang motosikal secara berbahaya di lokasi berkenaan selain kesalahan yang lain.

"Kita ingin menasihatkan kepada orang ramai khususnya penunggang motosikal agar terus meningkatkan keselamatan ketika berada di jalan raya dan patuhilah undang-undang bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Festival Filem Digital Pendidikan <b>Negeri Sabah</b> 2012 - Radio Online <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 06:57 AM PST


Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah telah berjaya dianjurkan sebanyak 3 kali kerjasama di antara Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPN Sabah), Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM), Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah). FFDPNS sebenarnya lebih merupakan penutupan kepada beberapa siri bengkel penghasilan cerita pendek pendidikan melalui bengkel Digital Storytelling (DST) dan juga memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada para pelajar yang celik dalam ICT.

MATLAMAT/OBJEKTIF

1 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang celik dalam ICT.
2 Menggunakan ICT sebagai medium dalam penyampaian cerita dan maklumat secara digital.
3 Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam era kemajuan teknologi maklumat melalui ICT.

Pada tahun ini, FFDPNS akan berlangsung pada:

Tempat     : Shangri-La's Tg Aru Resort
Tarikh     : 9 November 2012
Masa     : 6:30pm hingga 10:30pm

Siaran Langsung akan dibawakan oleh penyiar rasmi Sabahan.FM

Untuk keterangan lanjut, sila layari website http://www.btpnsabah.edu.my/

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved