ads

Sabtu, 22 Disember 2012

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


36 motosikal disita dalam operasi bersepadu <b>di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:14 AM PST

Posted on December 17, 2012, Monday

KETUA Bahagian Kententeraman Awam dan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Andi Baso Andi Mappangerang (dua kanan) menunjukkan motosikal yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kelmarin.

PENAMPANG: Polis merampas dan menyita 36 buah motosikal di atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu di Jalan Tambunan-Penampang malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh berkata seramai 25 anggota dan seorang pegawai terlibat pada operasi berkenaan yang dilaksanakan dari jam 2 hingga 5 petang.

"Operasi terbabit membabitkan 43 buah motosikal yang diperiksa dan kita telah menahan 36 buah motosikal kerana didapati terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuklah menunggang secara berbahaya, mengubahsuai motosikal dan tidak mempunyai lesen.

"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang berusia 20an kerana didapati positif dadah setelah gagal ujian saringan air kencing dalam operasi itu," katanya.

Ratan menambah, dalam tempoh yang sama, pihaknya turut mengeluarkan 41 keping saman atas pelbagai kesalahan.

"Objektif utama operasi ini adalah bertujuan menangani kegiatan menunggang motosikal secara berbahaya di lokasi berkenaan selain kesalahan yang lain.

"Kita ingin menasihatkan kepada orang ramai khususnya penunggang motosikal agar terus meningkatkan keselamatan ketika berada di jalan raya dan patuhilah undang-undang bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved