ads

Sabtu, 22 Disember 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


<b>Nabawan</b> bakal pengeluar lada hitam ~ You Say Bah, I Say Bah <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 09:48 PM PST


Daerah Nabawan bakal menjadi pengeluar lada hitam jika tanaman yang diperkenalkan oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey A Suan, berkata tanaman yang diperkenalkan di daerah ini mampu menjana pendapatan lumayan kepada bakal pengusaha tanaman lada hitam di daerah ini.
Katanya, penanaman lada hitam yang diperkenalkan di daerah ini dan Negeri Sabah amnya satu lagi langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan khususnya bagi mereka yang berminat menjadi usahawan lada hitam.
"Ini merupakan projek pertanian yang baru, tidak seperti lada atau cili biasa ditanam dan diusahakan petani kerana jangka hayat tanaman lada hitam adalah lama iaitu sehingga 20 tahun dan pendapatan mencapai puluhan dan ratusan ribu, oleh itu rakyat digalakkan untuk mencuba dan menanamnya," katanya pada majlis taklimat penanaman lada hitam di Dewan Belia KBSS di sini pada Jumaat.
Kira-kira 100 peserta terdiri dari golongan belia dan orang awam menyertai taklimat tersebut yang dikendalikan dua orang pegawai MPB iaitu Spencer Sandai dan Elvis Madun yang menyampaikan ceramah bertajuk kaedah penanaman lada hitam dan insentif dari lembaga lada Malaysia kepada pengusaha tanaman berkenaan.
Bobbey turut menyarankan agar penduduk di daerah ini mengamibl kesempatan ini untuk mencuba tanaman baru ini.
Katanya, adalah lebih baik mengusahakan tanaman yang boleh membawa pulangan yang baik kepada keluarga daripada membiarkan tanah kosong.

"Pelbagaikanlah jenis tanaman bagi menjana pendapatan bukan sahaja untuk menyara kehidupan keluarga tetapi ke arah berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020," katanya.
Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Jubilin Kilan, Ketua Exco Komulakan Upko Ewon Benedick dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved