ads

Jumaat, 7 Disember 2012

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: PR TIDAK KEMPUNAN LAGI <b>DI TUARAN</b>

Posted: 24 Sep 2012 02:30 AM PDT


PADA 16 September lalu, satu sejarah lagi telah tercatat di bumi Tuaran kerana pada malam itu seramai 10,000 penduduk Tuaran, telah hadir di Resturan Singgarung, Pantai Dalit bagi merayakan hari pembentukan Malaysia ke 49 tahun.
Walaupun majlis itu telah dikejutkan dengan ribut hujan, akan tetapi, para rakyat jelata Tuaran tetap tidak berganjak. Sekalipun dibasahi hujan, mereka tetap bersemangat untuk tidak berganjak dari tempat masing-masing.
Pada malam itu juga kesemua pemimpin PR turut serta di majlis yang bersejarah itu. Dari Pemimpin terbilang PR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tuan Guru Hadi Awang, Datuk Lajim serta pejuang KDM Datuk Wilfred Bumburing.
Di sini, kita boleh lihat kesungguhan rakyat Sabah, terutamanya penduduk Tuaran, bersungguh-sungguh mahu melihat satu perubahan tampuk pemerintahan negara Malaysia dan negeri Sabah.
Sesungguhnya bagi penduduk Tuaran, inilah peluang terbaik bagi orang Sabah meruntuhkan rejim BN. Mereka merasa bertuah kerana pemimpin berani mereka, dari Tuaran, telah mengejutkan rejim di Kuala Lumpur itu dengan mengisytiharkan dirinya keluar  dari BN.
Tindakannya sangat mujarab, kerana akhirnya RCI diumumkan setelah sekian lama bermain teka-teki. Ini satu kejayaan besar bagi Bumburing; kemahuan penduduk Tuaran ingin melihat satu tsunami politik melanda Sabah.
Jika dilihat keramaian sewaktu majlis pengumuman keluar BN oleh Bumburing pada 29 Julai lalu, hampir 15,000 penduduk Tuaran hadir; nampaknya tidak Bumburing tidak tersilap congak dan meyakini bahawa kerusi Parlimen Tuaran dan DUN Tamparuli dan Kiulu sudah pasti dalam genggaman Pakatan Rakyat.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan cawangan UMNO, PBS, UPKO hanya tinggal nama dan ketua cawangan sahaja kerana semuanya sudah berhijrah bersama Bumburing.
Peribadi Bumburing dan intipati perjuangan Bumburing selama ini mendapat sokongan dan simpati rakyat kerana perjuangan tidak terhad kepada isu IC palsu atau kerakyatan songsang; malah isu tanah adat, royalti minyak dan Borneonisasi.
Jika dahulu agar sukar bagi PR menawan Parlimen Tuaran, tetapi dengan adanya Bumburing sebagai 'Wira Rakyat Sabah', nampaknya bukan lagi penghalang kejayaan sekalipun terpaksa menghadapi Kubu Kuat UMNO di Tuaran kerana DUN Tamparuli dan Kiulu akan mudah ditawan PR dengan bantuan Bumburing.
Dipercayai Bumburing akan bertanding di kerusi DUN Tamparuli bersama seorang peguam terkenal di DUN Kiulu kerana Parlimen Tuaran akan dilepaskan kepada PKR sebagai kaedah penyelesaian terbaik.
Walaupun peluang PR di DUN Sulaman masih dilihat 50:50, namun dengan kemerosotan pengaruh Hajiji dan UMNO, maka tidak mustahil DUN Sulaman akan terlepas kepada PR.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


sabahkini.net: LAGI JAMBATAN MAUT <b>DI RANAU</b>

Posted: 30 Sep 2012 12:18 AM PDT


SAMBUTAN Hari Malaysia baru sahaja berlalu, namun janji Wakil Rakyat untuk membaiki atau mengganti jambatan gantung 'Maut' Kg Terikon, Matupang, Ranau belum juga terlaksana. Semoga Bajet 2013 dapat menyelesaikan isu kecil ini yang mendatangkan masalah besar kepada penduduk yang juga mempunyai satu undi sama dengan penduduk di Putrajaya.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


DEWAN FREEMASON <b>DI KOTA KINABALU</b>, SABAH

Posted: 22 Nov 2012 05:08 AM PST


Freemason sudah wujud di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Cuma tidak didedahkan, alasannya? ntahlah.. saya pun tidak tahu. MayB sebap organisasi ni memang penuh rahsia dan seperti yang semua maklum, cara organisasi ni bergerak sangat halus..so paham la... atau juga organisasi ini memang telah meresap ke dalam pentadbiran dan di lindungi oleh ''seseorang'' yang berpengaruh? siapa tahu kan.
 Salah satu tempat freemason bertapak adalah di Kota Kinabalu, Sabah. Ehh biar betul?? Ya memang betul..   Mungkin ada yang tidak perasan akan kewujudan freemason ni. Lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Bandar Kota Kinabalu berhampiran Karamunsing Shoping Complex. Saya suda mengetahui hal ini suda lama. Saja nak share untuk pengetahuan umum.
Sangat pelik kerana jarang terlihat kelibat orang di kawasan dewan tersebut. Adakah gerakan mereka hanya pada waktu malam? Subuh? Atau hanya akan ada perjumpaan pada tarikh-tarikh tertentu? Ntahlah nanti la kita siasat sama-sama ar. 

Melihat Keadaan dewan yang sunyi, tanpa pengunjung, sentiasa tertutup, umpama tempat tidak berpenghuni, terlindung oleh papan tanda iklan yang besar (mungkin senaja di pasang bagi mengaburi) tidak hairan lah, mungkin ada diantara penduduk Kota Kinabalu yang langsung tidak perasan akan kewujudan organisasi freemason ini.
Teringin juga masuk dalam dewan ni melihat apa yang ada dan apa yang mereka lakukan, tapi mungkin baik tak payah masuk, tanpa iman yang kuat takut kita terpengaruh pula. Ya la, untuk pengetahuan semua, ahli-ahli freemason ni bukan orang cikai-cikai, kebanyakan dari golongan elit, dato-dato, kira orang-orang atasan la. Sedangkan orang-orang atasan pun boleh terpengaruh, menjadi ahli freemason "siapa la juga sia ini, hanya urang biasa, kuli-kuli sahaja"  takut pula plak terpngaruh sama :D itu pun kalau boleh masuk, ingat pasar ikan ka tu suka hati mau masuk-masuk.. lupakan keinginan mu itu nak. Mari sini tulung mama tanam ubi tua.. ok off topic merepek suda…
So tanpa membuang masa jom layan gambar di bawah, biar gambar menceritakan segalanya.. 



  

TAPI APA ITU FREEMASON boss?
Itu la kau boss,, sebut jak free semua ko mau sapu, klu makanan kompom berbaris suda kau itu paling depan-depan..... lagi-lagi kalau BR1M.. kompom sesak lembaga Hasil oleh ko sija sturang. Tapi ini bukan cerita politik punya..ini pasal Dunia,  ini bukan free mcm yang ko sangka tu boss, memang free la juga, tapi kalau ko ambil..memang rugi, free yang merugikan...haha
Ok secara ringkasnya FREEMASON adalah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan  asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini Wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).
Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah:
1. menghapus semua agama,
2. menghapus sistem keluarga
3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia
Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme)
Rujukan: Bernard E Jones, 1982. Freemason's Guide and Compendium. London & Henley, Harrap Ltd
Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.
Untuk pertanyaan lanjut KLIK SINI :) taip key-words, apakah freemason..kompom akan menjawab segala persoalan..
Kesimpulannya, saya bukan ahli freemason dan juga bukan pengkaji freemason, hanya mengikuti perkembangan tentang freemason dengan tujuan agar tidak terjebak secara halus mahupun kasar. Akhir sekali dari pesanan penaja, JANGAN TERJEBAK DENGAN ORGANISASI NI!!! BAIK KITA P SOLAT BERJEMAAH DI SURAU RAMAI-RAMAI...ISLAM ITU INDAH... k bai..

Khamis, 6 Disember 2012

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


4,000 PTI Daftar Sebagai Pengundi <b>Di Tuaran</b>? | SUARA BEBAS <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 10:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]4,000 PTI Daftar Sebagai Pengundi Di Tuaran? Datuk Seri Wilfred Mojilip Bomburing, ketua Angkatan Pembangunan Sabah(APS) mendakwa beliau telah menerima lapuran bahawa sebanyak 4,000 orang pendatang tanpa ...

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Putera Harapan <b>Ranau</b> 1 Dec 2012 <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 09:34 AM PST

Wira Owner Club Sabah ( WOCS ) akan membuat family day ke ranau sambil melawat dan menyerahkan sumbangan kepada RUMAH ANAK2 YATIM (Rumah Putera Harapan) di sana. Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan sumbangan boleh la berhubung dengan ahli WOCS. Budak-budak adalah lingkungan umur 6-18 tahun.
Rumah Putera Harapan (RPH)
Lot No 3,
Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti
Peti Surat 960,
89308 Ranau
Sabah, Malaysia.


Telefon En. Wadie - 013 5585 777 (untuk sumbangan)
Sumbangan setakat ini :
100 kg beras
30 tilam
30 bantal
60 stokin
30 botol air
30 set alat tulis
Buku-Buku pra sekolah
Buku-buku SPM
Patung Besar 1x
Cadar / Langsir
Marilah kita sama-sama berdoa agar konvoi amal ni berjalan lancar dan peserta semua selamat pergi dan kembali amin.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Wujud pusat latihan, kolej komuniti <b>di Sipitang</b> | Berita | Terkini <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 02:40 AM PDT

Wujud pusat latihan, kolej komuniti di Sipitang

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad menyarankan supaya diwujudkan pusat latihan dan kolej komuniti di daerah Sipitang bagi memenuhi keperluan modal insan, khususnya berkaitan teknikal serta industri minyak dan gas.

Beliau berkata penubuhan pusat latihan dan kolej sedemikian dirasakan semakin mendesak berikutan pelaksanaan beberapa projek mega di kawasan berkenaan.

"Ia juga seiring dengan cadangan menerusi Bajet 2013 bagi menjadikan Sipitang sebagai hab minyak dan gas," katanya ketika membahas bajet berkenaan di Dewan Rakyat kelmarin.

Sambil merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana merealisasikan impian menjadikan Sipitang sebagai hab minyak dan gas, Sapawi berkata, pelaksanaan projek itu diyakini merancakkan lagi pembangunan Sipitang dan kawasan sekitarnya, menerusi lonjakan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Beliau berkata untuk memenuhi keperluan sebagai hab minyak dan gas, Sipitang kini memerlukan penubuhan kolej berasaskan teknikal dalam bidang berkaitan bagi memberi latihan kemahiran, khususnya kepada belia tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan di masa depan.

Mengenai kolej komuniti, Sapawi berkata ia perlu diwujudkan sebagai strategi jangka panjang membangunkan bidang pendidikan, iaitu aspek yang diberi penekanan dalam Bajet 2013, yang menyaksikan sejumlah RM38.7 bilion dikhususkan bagi sektor pendidikan.

"Kita menyokong usaha agresif kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), justeru kita mengharapkan agar sebahagian daripada bajet ini disediakan khusus bagi meningkatkan prasarana pendidikan di Sabah, dan juga Sarawak, demi merapatkan jurang antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Kita juga berharap agar pelan pembangunan ini, yang merupakan agenda besar Kementerian  Pelajaran, disokong oleh kementerian dan agensi lain yang berkaitan, termasuk dalam usaha meningkatkan kualiti guru.

"Kita berpendirian pentingnya guru berkualiti sebagai jaminan kejayaan transformasi, misalnya meningkatkan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik -- yang merupakan subjek teras yang tidak boleh dipinggirkan," katanya.

Di samping itu, beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan `Makmal Berpusat' yang berperanan sebagai pusat pembelajaran Bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah yang berselerak di kawasan luar bandar.

Menurutnya, usaha itu perlu untuk menentukan pelajar dari kawasan luar bandar turut mendapat pendidikan berkualiti, termasuk pengajaran Bahasa Inggeris.

Sapawi juga meminta kerajaan supaya menyegerakan pelaksanaan projek menaik taraf lebuh raya Sipitang-Kota Kinabalu, menjadi lebuh raya empat lorong, demi menjamin kesejahteraan pengguna, pelabur, peniaga dan pekerja.

Katanya, ketika ini telah dimulakan kerja-kerja pelaksanaan melebarkan sesetengah bahagian lebuh raya itu, untuk dijadikan kawasan memotong, tetapi ia masih tidak memadai bagi menampung keperluan dan peningkatan trafik dalam jangka panjang.

Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" yang dibentangkan oleh Najib pada 28 September lalu.

Sapawi turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat kerana memberi perhatian terhadap pembangunan dan keperluan negeri Sabah.

"Lebih mengembirakan bagi kami dari Sabah, perkhabaran gembira dibawa bersama belanjawan ini, iaitu  paling utama penyeimbangan kadar harga barangan pengguna yang bakal menyaksikan kadarnya lebih murah berbanding waktu ini.

"Penyeragaman kadar harga itu, yang turut menjangkau ke Sarawak dan WP Labuan bakal menghapuskan jurang harga yang begitu memeritkan selama ini," katanya.

Menurutnya, walaupun Sabah letaknya jauh dari Putrajaya, namun ia tetap dekat di hati Perdana Menteri.

"Nyata jarak bukanlah penghalang, dan keterpisahan bukan lagi alasan. Jauh di mata, tapi dekat di hati. Itulah lambang pimpinan sejati," katanya.

Sapawi juga membidas tindakan pembangkang yang mempertikai dan memperkecilkan bajet 2013 itu.

"Kita sedih lagi terkilan mendengar suara-suara sinis kritikan dan hentaman yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Pembangkang ini menuduh BN macam-macam, itulah...inilah...gimiklah. Mereka kata gimik, walhal mereka sebenarnya panik.

"Soal royalti minyak untuk Sabah cuba diputarbelit, pembangkang konon menjanjikan sehingga 20 peratus, tetapi mereka tidak sedar, atau barangkali terlena dalam buai mimpi mereka, bahawa apa yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat untuk Sabah selama ini jauh lebih besar daripada apa apa yang mereka cuba umpankan itu," katanya.

Kepada rakyat, Sapawi mengajak semua untuk mendokong kepemimpinan Perdana Menteri sebagai nahkoda dinamis yang sentiasa bingkas, bergerak tangkas dan pantas, mengemudi perjuangan.

"Rentak dan irama kita mesti senada bersama pimpinan, kita perlu berani dan lantang bersuara. Dalam mengharungi perjuangan ini, kita patut kuat gegar bersuara dan tidak lagi boleh bersifat defensif, tapi sebaliknya kita mesti lebih offensif," katanya.

Colours Of Life : Hujung Minggu <b>Di Sipitang</b>.

Posted: 04 Dec 2012 04:52 AM PST

Agak senyap naz kan di hujung minggu? Actually naz berada di luar radar... luar area Kota Kinabalu time tu. Naz ikut kawan satu ofis balik kampung di daerah Sipitang.
Bertolak pada hari Jumaat, saja keluar awal dari ofis...singgah balik umah ambik beg, tukar pakaian sume..then naz drive ambik kawan naz. Kali ni, naz pakai kereta naz...Unser tu..besar dan lebih luas.
Actually offer dari kawan, untuk join dia balik kampung. Tengah musim buah sekarang. Woott Woot. Last week, dia ada bagi naz durian. Pergghh, soodap! So, kali ni naz join kawan naz...bawa Unser supaya senang nak angkut banyak-banyak durian dari Sipitang.
Gitu gini, jam 4.30pm camtu..baru bertolak dari umah Justina, sahabat naz tu. Jalan raya agak lengang..tak banyak kenderaan menuju ke Sipitang, tapi tak terlalu sunyi. Jam 7.15pm.. selamat sampai di rumah Justina :)
Sesampainya naz kat umah, mak Justina hidangkan durian. Hahaa..sabo jer la kan? ^_^
Esoknya, naz bangun awal sket..sebab nak gi kenduri kahwin sepupu Jus. Dekat jer ngan rumah. Pelamin simple, tapi tak sempat pun bergambar dengan pengantinnya. Naz, makcik Justina dan Justina jer sempat bergambar di pelamin. Jom layankan gambar :)

After dari majlis perkahwinan, kitaorang terus balik umah. Rehat jap..then tukar baju, masuk kebun yang ada di sekeliling rumah Jus...untuk pungut durian :)
Salah satu pokok durian depan umah. Rimbun kan buahnya? 
Sekitar rumah Justina. Penuh pokok buah-buahan
Agak best rasa memungut buah durian di kebun. Naz tak pernah lalui pengalaman ni kat kampung sendiri walaupun kampung naz kat Terengganu jugak ada kebun durian. Tapi, di sini...naz dapat merasakan pengalaman tu.
Dalam masa 20min, hanya disekeliling rumah..kami dah dapat banyak ni. Best. Then naz dapat jugak pengalaman mengikis durian, iaitu membuang daun2 dan tanah-tanah yang terlekat di duri-duri tu dengan menggunakan lidi yg dibuat macam penyapu lidi, tapi kecik. Penat, tapi best!
Esoknya Ahad, hanya duduk kat umah. Tidur jer banyak. Then petang tu..dah asing-asingkan buah nak bawa balik KK. Naz ambik durian jer, dalam 23kg.. ni naz beli la dari bapa Justina..tak bagus jugak kan ambik free2, sumber pendapatan diorg juga tu. Walaupun, mak dia mendesak untuk beri jer. Huhu. 23kg ni, dapatlah dalam 15 biji durian. Then mak dia tambah lagi free 4 durian. Kat Sipitang, durian hanya RM3 sekilo. Murah 2x ganda dari kat KK. Then bawa balik buah bambangan, rambutan, dan cempedak. Langsat tak sempat panjat..buah manggis fav naz tak masak lagi. Huhuh.
Naz balik ke Kota Kinabalu semula Isnin tu, after subuh. Jam 5.40am camtu baru bergerak dari umah Justina. Kali ni jalan raya betul-betul lengang, naz bawa dalam kelajuan 100-120km/jam. Sampai kat KK, hantar Jus ke rumah dulu...dalam jam 7.45am camtu...naz sampai kat umah plak dalam 7.55am...turunkan barang-barang, buah-buahan...then direct ke tempat kerja dalam keadaan tingtong. 

OPERASI <b>DI SIPITANG</b> SABAH DAN SIBU SERAWAK 28 OGOS <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:05 PM PDT

OPERASI DI SIPITANG SABAH DAN SIBU SARAWAK 28 OGOS 2012 HINGGA 10 SEPTEMBER 2012

Bertolak dari Kuala Lumpur 28 Ogos 2012 ke kota kinabalu  Sabah untuk menunaikan undangan keluarga hamba Allah untuk membantu mencabut saka dan menyelesaikan ganguan yang membelengu selama ini.

Lokasi Terlibat

Kampung Bangsal Sipitang Sabah

Pitas, Keningau,

Engkalat Sibu Sarawak

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan meneruskan undangan seterusnya.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


myMetroGempa bumi lemah dikesan <b>di Keningau</b>

Posted: 02 Dec 2012 11:46 PM PST

thumbnail

SUNGUTAN mengenai tahap pencapaian mahasiswa kita yang sentiasa sederhana sudah lama kedengaran malah graduan yang naik ke pentas dengan keputusan cemerlang juga boleh dibilang jari.

»

LAGI . BESTARI
  • Skim kemudahan pelajar

    "PENDIDIKAN hak setiap individu," itulah prinsip dipegang erat Twintech International University College of Technology (Twintech) semenjak penubuhannya pada 1994.

  • Perang nuklear di Asia Timur?

    KOREA Utara memberi amaran perang nuklear bakal berlaku di Semenanjung Korea dan itulah yang diberitahu Timbalan Menteri Luar, Pak Kil-yon, ketika sidang 193-anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

  • Bentuk peribadi cara Rasulullah

    RASULULLAH s.a.w adalah manusia sempurna yang dipilih Allah sebagai pesuruh-Nya untuk dijadikan contoh yang baik.

thumbnail

SELEPAS lebih setahun di pasaran, Perodua Myvi 1.5 liter menerima maklum balas memuaskan di ...

»

LAGI . VROOM
  • 30 terima telefon pintar

    SERAMAI 30 pemenang bertuah menerima telefon pintar dan tiket penerbangan dalam pertandingan Pertandingan BHpetrol-Celcom-Permanis-HTC-Firefly.

  • PDISC beri pengalaman baru

    CABARAN Berpasir Antarabangsa Port Dickson (PDISC) 2012, di Pantai Cahaya dan Pantai Selesa Port Dickson Negeri Sembilan, baru-baru ini me­nyaksikan persaingan hebat peserta dalam misi melakar sejarah selain merebut hadiah lumayan.

  • Tukar penyerap hentak setiap lima tahun

    KEDUDUKAN tersembunyi menyebabkan penyerap hentak atau lebih dikenali 'shock absorber' kerap diabaikan sebagai sebahagian sistem suspensi.

thumbnail

KAMERA menjadi gajet wajib kepada pengguna untuk merakam memori indah tidak kira anda berada di ...

»

LAGI . it@METRO
  • Reviu Produk: Berkreatif dengan kamera kompak

    SEBAIK menerima produk Nikon Coolpix P310 untuk ujian it@Metro, tarikan pertama yang membuka hati penguji adalah reka bentuknya yang ringkas dan ringan sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur.

  • Reviu Apps: Aplikasi AR Castrol

    CASTROL pakar pelincir premium terunggul di dunia baru-baru ini melancarkan kempen 'See, Hear & Feel the Difference' bagi meraikan jenama pelincir kenderaan yang dipertingkatkan, Castrol Magnatec didatangkan dengan molekul pintar ultrahalus.

  • Perlindungan pelbagai peranti

    TREND Micro Incorporated (Trend Micro)(www.trendmicro.com), penyedia perkhidmatan rumusan keselamatan global melancarkan perisian Trend Micro Titanium 2013 dengan keupayaan perlindungan merentas pelbagai peranti termasuk komputer peribadi, komputer riba, tablet dan telefon pintar.

thumbnail

"MANY many, one piece." Itulah antara ayat popular yang akan didengar apabila ...

»

LAGI . SANTAI
  • Bincang destinasi

    LAMA menunggu, akhirnya si kecil kini bersedia untuk diajak bercuti di luar negara. Ini masanya keluarga kecil anda melakukan perjalanan jauh.

  • Hotel tengah kota

    MAHUKAN penginapan yang selesa, di tengah bandar dan berdekatan pelbagai tarikan pelancongan di Kelantan?

  • Tarikan ikan terubuk masin

    JERITAN peniaga memancing pelanggan ke gerai masing-masing menjadikan suasana di Pasar Minggu Satok di Kuching, Sarawak begitu meriah.

thumbnail

BAGI mereka yang masih mencari pasangan, jangan terlalu menyukarkan diri meletakkan piawaian ...

»

LAGI . AD-DIN
  • Rahsia, khasiat Susu Kambing Anugerah

    SUSU kambing adalah sebahagian sunnah Nabi. Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasuluulah s.a.w bersabda, "Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing".

  • Kehebatan amalan zikir

    APA yang diperintahkan Allah pasti mempunyai fadilat, hikmah dan ganjaran pahala yang besar di sisi-Nya. Hal itu termasuklah dalam amalan berzikir.

  • Mudah bayar zakat

    PUSAT Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) memainkan peranan penting bagi membuat kutipan zakat harta bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

thumbnail

SESIAPA yang melewati Restoran Arabisque pasti menjeling melihat dekorasi hebat ilham kreatif ...

»

LAGI . DEKOTAMAN
  • Dekorasi ruang tamu luas

    REKA bentuk kediaman banyak mempengaruhi penataan kerana ada ruang yang sempit dan terlalu luas.

  • Indah penuh ketenangan

    TERLETAK di kawasan pergunungan yang indah dan memukau, ia kelihatan unik serta memberikan pengalaman berada dalam suasana semua jadi.

  • Cantik, berguna

    TAMAN Bunga Raya milik Perbadanan Putrajaya (PPj) di Presint 2, Putrajaya menjadikan pusat pentadbiran kerajaan itu kebun bunga indah dengan penghuninya bekerja serta tinggal dalam taman.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Jalan-jalan <b>di Kota Kinabalu</b> | FNK Photography

Posted: 01 Nov 2012 06:24 AM PDT


Punya lama sudah inda pergi jalan-jalan di KK. Bah saya share sikit gambar-gambar di kk area Segama , KK Plaza & Wisma Merdeka.









Copyright 2012 FNK Photography
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved