ads

Sabtu, 3 November 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


sabahkini.net: UPKO <b>KINABATANGAN</b> SEMAKIN KUKUH

Posted: 24 Oct 2012 12:58 AM PDT

PALU GONG…Dompok memalu gong sebagai simbolik perasmian konvensyen tersebut.
SEBANYAK tujuh usul  telah diluluskan semasa perbahasan di Konvensyen Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Tongod-Kuamut, kelmarin.
Antara usul tersebut termasuklah permohonan penambahan peruntukkan bagi Program Bantuan Rumah (PBR); mewujudkan sebuah rumah kebudayaan; memberi peluang kepada anak tempatan menjawat jawatan Guru Besar; pengambilan semula Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT); isu RCI  dan mewujudkan sebuah Institut Mahkamah Anak Negeri.
Semua usul dibangkitkan perwakilan yang hadir pada persidangan yang pertama kalinya diadakan di Tongod itu.
Dalam pada itu, Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok ketika berucap berkata, semua ahli Parti UPKO diminta tidak membincangkan isu pencalonan dalam pilihan raya ekoran bakal mewujudkan isu lobi-melobi dan persengketaan di kalangan ahli.
Sebaliknya ahli parti perlu bekerja membantu memantapkan jentera parti dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
"Dalam parti ini, kita tahu dan lihat orang yang bekerja, berjuang dan ikhlas dan kita memang hendakkan ciri-ciri penting dalam  pemilihan itu," tambahnya.
Menurutnya, pemilihan calon adalah di kalangan keluarga parti dan sesiapa sahaja yang dipilih rakyat harus diakui dan diterima kerana merupakan satu perjuangan yang harus diteruskan demi menguatkan lagi sokongan rakyat KDM terhadap UPKO.
Turut hadir pada majlis, Setiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau; Naib Presiden UPKO, Datuk Doktor Ewon Ebin dan Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, Masiung Banah.
Beliau turut berkata, UPKO kini masih berada pada landasan betul dalam membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan transformasi kerajaan, ekonomi dan politik di negara ini.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan 450-kad keahlian kepada ahli baru menyertai parti itu bagi UPKO bahagian Kinabatangan. Seramai 700 perwakilan dari 79 cawangan UPKO Kinabatangan yang hadir pada Majlis konvensyen tersebut.
Dompok yang juga Menteri Perusahaan Utama, Perladangan dan Komoditi berkata,  dasar penanaman semula yang diperkenalkan kerajaan telah dapat memberi manfaat kepada ramai pekebun kecil yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit dan getah di negara ini.
"Melalui dasar itu, ia  telah dapat menyediakan peluang petani memperoleh hasil lebih tinggi berbanding sebelumnya," ujarnya.
Katanya lagi, sehingga kini dianggarkan seramai 800 pekebun kecil di daerah Tongod telah memperoleh manfaat hasil dasar penanaman semula kelapa sawit dan getah tersebut.
"Selepas dilantik sebagai menteri di kementerian ini, saya telah mencadangkan agar kerajaan menggubal satu dasar khusus kepada pekebun kecil ini, iaitu dasar penanaman semula, yang kini telah memperlihatkan hasilnya bahawa pekebun kecil kini mampu memperoleh hasil lebih tinggi berbanding sebelum ini," jelasnya.
Terdahulu, Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, Masiung Banah ketika berucap menafikan tindakan beberapa pihak yang sengaja membangkitkan isu bahawa beliau gagal mengotakan janji menyelesaikan masalah penduduk DUN Kuamut dalam tempoh 6 bulan selepas diberi mandat menjadi wakil rakyat pada tahun 2008.
Jelasnya, perkara itu adalah tidak benar dan sehingga kini tidak kurang sebanyak 22 kampung di DUN Kuamut telah dibangunkan dengan lot-lot terancang.
Katanya, bagi geran komunal pula, sejak tahun 2010, lebih 1,400 penduduk telah mendapat geran berkenaan yang dikeluarkan kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Masiung yang juga wakil rakyat Kuamut berkata, UPKO Kinabatangan sudah siap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.
Menurutnya, jentera pilihan raya kini hanya menunggu masa untuk bertindak dan akan memastikan dapat membantu BN  memenangi kerusi  DUN Kuamut pada PRU 13 nanti.

Jumaat, 2 November 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


peristiwa berdarah <b>di semporna</b> - B&#39;jue Corner

Posted: 12 Oct 2012 10:01 AM PDT


HARI ITU, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.
Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS) nya ialah Sarjan Sagar Singh.
Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.
"Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan," Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
"Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ", katanya.
"Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (Lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".
"Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".
Lans Koperal Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
"Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan".
Sementara itu di Balai Polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.
Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu terputus terus.
"Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata", kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat dan mereka terus melawan dengan beraninya.
Bullah yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali dan perutnya diburaikan.
Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban.
Bullah cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sarjan Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.
Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sarjan Sagar dan orang-orangnya terkorban, mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru, lalu merampasnya.
Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.
"Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung," kata Bullah dengan perasaan amat geram.
"Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".
"Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.
Menurut Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).
Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur.
Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.
"Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sarjan Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya," ceritanya lagi.
Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.
Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya, Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.
Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi.
Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semunul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orangnya pada malam kejadian itu.
Mereka mengambil keputusan untuk menghantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa Pembantu Hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.
Pada malam itu Bullah dan Panglima Jakarullah serta orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30 Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.
Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.
(Sumber: Berita Bukit Aman, 1983)

.: PENGGUNA ISLAM <b>DI SEMPORNA</b> DALAM DILEMA, TUNTUT <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 01:57 AM PDT

Nasib majoriti pengguna Islam di daerah Semporna berada pada kedudukan yang membimbangkan, berikutan beberapa bakery atau kedai roti yang berada di pekan daerah itu tidak memaparkan lambang HALAL. Produk-produk berasakan roti yang dijual dibeberapa super market seperti Milimewa,Bakhtiar Shopping Centre,dan kedai-kedai runcit lain jelas tidak mengandungi 'perkataan ATAU  LOGO HALAL daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ataupun dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Manakala JHEAIS cawangan Semporna pula dilihat tidak mempedulikan perkara ini, buktinya apabila pejabat JHEAIS cawangan Semporna hanya dipisahkan oleh beberapa lot kedai dengan salah sebuah kedai bakery di Taman Sampul. Tidak ada tindakan yang diambil, manakala produk dari kedai ini dijual secara berleluasa.

Daripada tinjauan yang dilakukan mendapat walaupun terdapat beberapa produk roti mengandungi Logo Halal seperti jenama GIANT dan jenama BISMI ,namun ia tidak dapat menampung keperluan pengguna Islam di daerah itu.

Pihak berkuasa  seperti Kementerian Hal Ehwal pengguna cawangan Semporna pula yang hanya  dipisahkan oleh satu blok kedai sebuah Bakery lagi juga 'gagal' mengambil tindakan wajar atau sememangnya kementerian itu hanya mempunyai bidang kuasa dari segi pemantaun harga barang sahaja.

Beberapa pengguna Islam yang sempat ditemui memaklumkan bahawa perkara ini telah lama berlaku dan memerlukan perhatian wajar dari semua pihak terutama Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai yangh ditugaskan dalam hal ehwal agama Islam di Sabah merangkap ADUN SENALLANG.

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pejalan Kaki Maut Dilanggar Van <b>Di Sandakan</b> | MyNewsHub

Posted: 05 Sep 2012 10:30 PM PDT

Pejalan Kaki Maut Dilanggar Van Di Sandakan

SANDAKAN – Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah van ketika menyerang jalan di Jalan Pasir Putih dekat sini, Rabu.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arifin berusia dalam lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 5.30 pagi dan pemandu van berkenaan telah membuat laporan polis.

Mayat lelaki itu masih ditempatkan di kamar mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil bagi mengecam mayat mangsa. – BERNAMA

Iklan Teks:
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: MP <b>Kota Belud</b> Diselar Kerana Tidak Jenguk <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 10:03 PM PDT

KKota Belud: Ahli Parlimen Kota Belud Dato' Abdul Rahman Dahlan digesa membuat lawatan ke kawasan parlimennya daripada 'berkokok' dan 'menyalak' mempertahankan pelbagai isu yang menimpa partinya, Umno.

"Sejak kebelakangan ini Rahman lebih gemar bercakap isu ekonomi negara, pentadbiran persekutuan dan kedaulatan bangsa lain sedangkan kawasannya terbiar," kata Anggota Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga pemimpin tempatan, Peter Marajin.

"Kerajaan sering mendabik dada kononnya Kota Belud adalah jelapang padi negeri Sabah tetapi ratusan ekar sawah padi di Mukim Kelawat tidak ditanami padi. Mana pergi Rahman? "Pernahkah Rahman prihatin dan melawat para petani sawah di Kelawat?," tanya Marajin ketika melawat kawasan itu hujung minggu lalu.

Katanya, jika para pemimpin Umno hanya tahu mendabik dada tetapi tidak sedar, atau pura-pura tak tahu, kawasannya sendiri terbiar dan dilupakan, maka ini hanyalah sandiwara politik yang perlu dihentikan dengan segera.

"Mereka ini umpama ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya bergelumang tahi, cuma orang tak tahu. Nah sekarang kamu tahu mana jelapang padi Kota Belud itu.

"Adakah pemimpin kerajaan hanya melihat sawah di beberapa kawasan sahaja seperti di Tempasuk dan Tamu Darat? Di Kelawat beratus ekar sawah boleh diusahakan tapi tidak ada sistem pengairan air sampai sekarang. Petani bergantung kepada hujan sahaja.

Sistem pengairan

"Kawasan-kawasan ini sebenarnya tidak memerlukan empangan, hanya perlu kepada sistem pengairan dan perparitan yang moden," terang beliau.

Menurut Marajin yang juga seorang peguam yang popular, Rahman perlu lebih mendengar dan bukan memberi ceramah kepada penduduk kampung Kota Belud serta mencanangkan Kota Belud sebagai jelapang padi sedangkan produktiviti tak sampai ke mana pun.

"Pergilah lihat sawah-sawah di Kota Belud, makin banyak yang tidak diusahakan termasuk di kawasan yang dikatakan sudah bertahun- tahun diusaha sebagai jelapang padi.

"Janganlah pemimpin kerajaan ini tuduh orang kampung malas kerja sawah. Carilah masalahnya. Siapalah yang mahu membanting tulang di sawah tetapi harga padi hanya 70 sen sekilo umpamanya.

Kalau pandai sangat ekonomi, carilah jalan supaya harga padi naik kepada RM3 sekilogram, barulah orang berebut menanam padi," kata Marajin.

Melepaskan batuk di tangga

Beliau menambah, usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran padi di Sabah umpama melepaskan batuk di tangga dengan daerah-daerah lain terus mengabaikan kerja menanam padi.

"Sabah masih mengimport 70 peratus berasnya sampai sekarang. Idea yang lebih baik dan usaha lebih praktikal perlu dicari untuk meningkatkan pengeluaran padi kita bukan setakat hanya mencanangkan di sana sini," katanya lagi.

Menurut Marajin, kawasan parlimen Kota Belud sekarang mempunyai jumlah pengundi yang paling ramai di Sabah dengan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri tetapi hanya mempunyai sebuah pekan.

"Jalan masuk ke Kota Belud penuh sesak pada tiap-tiap pagi, tengah hari dan petang apa lagi ketika ada perayaan. Oleh kerana hanya ada sebuah pekan dan semuanya tertumpu di situ sedangkan jalan raya hanya satu lorong," jelasnya.

Beliau turut menyoal, "bilakah anggota parlimen kita mahu tolong selesaikan hal ini?" "Tolonglah jangan marah-marah dan meradang bila rakyat merungut, saya sendiri pun dihujani pelbagai pertanyaan kenapa kerajaan buat itu tetapi tidak buat ini dan macam-macam lagi isu kepentingan pengguna dan rakyat di Kota Belud," ujarnya. -FMT

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


4,000 PTI Daftar Sebagai Pengundi <b>Di Tuaran</b>? | SUARA BEBAS <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 10:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]4,000 PTI Daftar Sebagai Pengundi Di Tuaran? Datuk Seri Wilfred Mojilip Bomburing, ketua Angkatan Pembangunan Sabah(APS) mendakwa beliau telah menerima lapuran bahawa sebanyak 4,000 orang pendatang tanpa ...

Khamis, 1 November 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Bot Karam <b>Di Sandakan</b>, Dua Murid Lemas – Perak Today

Posted: 06 Jul 2012 10:10 PM PDT

SANDAKAN: Dua murid lemas manakala empat terselamat apabila bot yang mereka naiki semasa pulang dari sekolah, karam di perairan berhampiran Pulau Timbang dekat sini Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Serabut.

Mayat Sabrurina Mohd Noor, 10, murid Tahun Empat telah ditemui manakala seorang lagi murid Zulaika Amri, 12, murid Tahun Enam belum ditemui.

Empat yang terselamat ialah pemandu bot yang juga bapa Zulaika berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara setahun dan lima tahun.

Amri dan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mereka dilapor dalam keadaan stabil.

Bapa Sabturina, Mohd Noor berkata bot yang dinaiki anaknya itu karam dipukul arus deras di perairan berhampiran Kampung Upak.

"Amri yang juga sepupu saya bersama tiga anaknya yang turut berada di dalam bot itu diselamatkan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Kampung Baru.

Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari Zulaika oleh penduduk kampung dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dihentikan pada pukul 6 petang disebabkan keadaan gelap dan perairan berombak.

Bot yang karam itu ditemui terdampar di Pulau Magandai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Turut meninjau tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa ialah Anggota Dewan Undangan Sekong Datuk Samsuddin Yahya.

- BERNAMA

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


JALAN PULANG: PANAS! Hanya Kanak-Kanak Sambut Najib <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 11:30 PM PDT


Kehadiran perdana menteri Najib Altantuya ke Daerah Kudat di utara Sabah disambut dingin penduduk walaupun penganjuran karnival jelajah janji ditepati diadakan di daerah itu.

Buktinya, jika dilihat sambutan yang diberikan ternyata yang hadir di tapak karnival di Kompleks Sukan Kudat itu hanya kanak-kanak yang kelihatan yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berada di kawasan tersebut.

Seperti biasa Najib Altantuya terus menghentam Pakatan Rakyat tanpa rasa malu melihatkan betapa pembangunan di negeri ini jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 49 tahun lalu.

Najib Altantuya yang tiba dengan helikopter dari Penampang, 190 kilometer dari Kudat itu diiringi Ketua Menteri Musa Aman dan Bernard Dompok hanya seketika saja melawat tapak karnival berkenaan.

Jelajah tersebut yang dianjurkan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama media pencacai Umno nombor satu, Media Prima Berhad seperti biasa terpaksa mengerah beberapa artis tanah air membuat persembahan untuk cuba menarik perhatian penduduk setempat.


Cuma kira-kira 25 minit berada di tapak berkenaan, Najib Altantuya kemudian terus menghala ke pekan Kudat apabila melihat rata-rata pengunjung yang hadir hanya kanak-kanak yang diupah memakai baju t karnival berkenaan yang teruja dengan kehadiran beberapa personaliti media pencacai Umno itu seperti Fara Fauzana, Sharifah Aleya dan penyampai berita.

Tiba di pekan, Najib Altantuya bertemu dengan penduduk yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas termasuk pemilik kedai kopi yang sudah pasti bukannya anak muda seperti yang dilaporkan Bernama dalam beritanya sebentar tadi:

"Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.

Beliau juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.

Pemilik kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan kunjungan Najib itu berkata beliau begitu "gementar" dan teruja Perdana Menteri memilih untuk singgah di kedainya."

Nampaknya apa yang berlaku semasa program yang sama di Teras Jernang, Bangi, Selangor, beberapa bulan lalu kini berulang kembali dan beberapa sumber memberitahu Najib Altantuya kurang senang dengan sambutan penduduk di pekan itu.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Pulang ke <b>Papar</b> - SAMBUNG-MENYAMBUNG ﺴﺎﻤﺒﻭڠ۔

Posted: 30 Oct 2012 05:51 PM PDT

Sabah Tempat Bermain
Rakan yang pasti masih di SMK Majakir ialah Mohamad Daud. Hanya dia yang berterusan berutus surat dengan saya. Dia sudah berpindah dari rumah sewa di Kampung Sungai Padang ke sebuah rumah guru dalam kawasan sekolah. Menurut Mohamad, SMK mengalami berbagai-bagai perubahan. Saya berharap perubahan itu termasuklah kewujudan surau.

Mulai tahun kedua, saya tinggal di Desa Siswa C. Desa siswa itu menghadap surau. Saya mengunjungi surau setiap hari. Selain bersolat, saya melaksanakan tugas sebagai anggota Biro Penerbitan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM). Dua tahun lamanya surau itu menjadi asrama dan bilik kuliah kedua bagi saya. Selama dua tahun itu saya mengalami proses tarbiah.

Hasil pentarbiahan itu, mula-mula saya bersongkok lipat. Kemudian saya berketayap. Rakan-rakan daripada kumpulan al-Arqam mengajarkan cara melilit serban. Saya membiasakan diri berserban pula. Saya menghadiri majlis ilmu pimpinan Ustaz Ashaari. Saya berasa seronok menyanyikan nasyid "Sepohon Kayu" bersama-sama hadirin sebelum majlis bermula. Pada waktu cuti semester, saya membonceng motosikal rakan untuk mendengar tazkirahnya di Sungai Penchala. Saya menghadiri ijtimak al-Arqam di suatu tempat di Kedah.

Rakan-rakan daripada Jemaah Tabligh pula menggalakkan saya berjanggut. Apabila anggota Jemaah itu menyampaikan taalim atau bayan, saya duduk di hadapan. Hasil tarbiah mereka, saya semakin tekal menunaikan solat berjemaah dan amat takut untuk melalaikan solat.

Kebanyakan penggiat PMIUSM mengikut aliran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Pemimpin ketiga-tiga pertubuhan itu dan pendakwah bebas bersilih ganti menghadiri berbagai-bagai acara di kampus kami. Antara pemimpin itu termasuklah Ustaz Ahmad Awang, Saudara Anwar Ibrahim dan Saudara Fuad Hassan. Pendakwah bebas yang kerap ke kampus kami ialah Ustaz Uthman El-Muhammady.

Semasa di USM, saya sempat mengunjungi Maahad Al-Ehya Al Shariff, Gunung Semanggol. Saya juga berkesempatan mengikuti ijtimak PUM di Bukit Mertajam. Di situ pertama kali saya mendirikan solat sunat tasbih. Solat itu dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, seorang Ahli Parlimen dari Kelantan.

Malam itu saya tidur-tidur ayam kira-kira dua jam. Saya berasa amat mengantuk apabila terbangun untuk bersolat. Anehnya, apabila Tuan Guru memulakan tazkirah sebelum solat, rasa kantuk itu lenyap. Badan saya berasa segar. Mata saya terbuka luas. Saya menatap wajah ulama yang bermuka bersih dan tenang itu dengan asyiknya. Dia kerap kali memejamkan matanya ketika berbicara. Hati saya mencerap kata-katanya.

Selepas kuliah subuh oleh Tuan Guru juga, kami bersarapan. Tuan Guru bersila bersama-sama kami. Dia menggunakan pinggan ayan, sama dengan pinggan kami. Dia menikmati hidangan seadanya, sama dengan hidangan kami.

Kini, pemikiran dan perasaan saya sudah jauh berbeza daripada pemikiran dan perasaan ketika kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur tiga tahun yang lalu. Tubuh saya semakin kurus, janggut saya semakin panjang dan saya kerap berketayap. USM bukan sekadar tempat untuk menggapai ijazah. USM bukan juga sekadar tempat yang mematangkan diri saya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan berpersatuan. Yang terpenting, USM menjadi madrasah perubahan sahsiah saya. Saya berharap Mohamad Daud dan rakan-rakan akan menerima kehadiran saya sebagai insan yang sudah berubah.

Saya sudah mengutus surat kepada Mohamad Daud. Dalam surat itu tarikh kepulangan saya ke Sabah sudah saya maklumkan. Nombor penerbangan ada saya catatkan. Saya juga menyatakan harapan agar Mohamad sudi menumpangkan saya di rumahnya sehari dua sementara saya menguruskan penempatan. Oleh sebab penerbangan saya dijangka tiba selepas pukul sepuluh malam, saya nyatakan bahawa dia tidak perlu menunggu saya di lapangan terbang. Saya akan menaiki teksi ke Papar.

Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, sesudah menyelesaikan pemeriksaan dokumen perjalanan dan menerima bagasi, saya menolak troli ke pintu keluar balai ketibaan. Di atas troli itu terletak beg pakaian dan beg sandang yang sama ketika saya ke Pulau Pinang tiga tahun yang lalu. Mesin taip seperti dahulu juga, sebuah, tetapi sudah bertukar. Mesin taip lama saya tinggalkan di bilik Kelab Sastera. Ada sebuah beg sandang baharu berwarna hijau. Pada kulit beg itu tertulis perkataan al-Arqam. Beg itu mengandungi buku, kertas kerja, risalah, nota dan alat tulis.

Ketika saya menolak troli barang, dari jauh saya nampak wajah seorang lelaki yang cukup saya kenal. Dia bermisai tebal. Dia tersenyum menyambut ketibaan saya. Dia ialah Yusuf Sharif, rakan sekumpulan saya semasa di maktab. Dialah yang mendorong saya untuk menghasilkan rencana tentang penduduk Pulau Sialu. Saya pernah mengunjunginya di SMK Bongawan. Kami berpelukan.

Sambil Yusuf membimbit beg pakaian saya ke keretanya, dia menyampaikan beberapa maklumat. Katanya, Mohamad Daud ada urusan rasmi di luar Papar. Anak Mohamad bernama Abdul Jabar dan sudah berumur hampir tiga tahun. Pentadbiran baharu sekolah menetapkan bahawa mereka yang sudah berkeluarga dan tinggal di rumah guru dalam kawasan sekolah perlu memberi ruang kepada seorang guru bujang untuk tinggal di bilik kedua. Bilik kedua rumah Mohamad sudah ada penghuni. Dia meminta saya tinggal di rumahnya.

Saya mengucapkan terima kasih atas susah payahnya menjemput saya di lapangan terbang dan kesudiannya menumpangkan saya di rumahnya. Saya memberitahunya bahawa saya belum ada surat penempatan. Saya akan ke Pejabat Pelajaran Sabah untuk menguruskan penempatan saya esok. Saya memang suka ditempatkan di SMK Majakir. Walau bagaimanapun, hal itu terpulang kepada kebijaksanaan pihak yang menguruskan penempatan guru di Jabatan Pelajaran Sabah.

Yusuf berkata, "Di Majakir sudah ada tingkatan enam. Masih ada beberapa kekosongan untuk guru siswazah. Hang mintalah Jabatan Pelajaran Sabah tempatkan hang di sekolah asal."

"Insya-Allah, saya akan usahakan," kata saya.

Kami meninggalkan lapangan terbang sesudah hampir pukul sebelas malam. Yusuf memandu kereta kecil dua pintu dengan cermatnya. Kami melalui jalan yang kerap saya tempuhi pada suatu masa dahulu. Kegelapan malam menabiri pengecaman saya untuk mengingat tempat-tempat yang pernah saya lalui itu. Kami terus bertukar-tukar maklumat tentang perkembangan diri masing-masing.

Yusuf menyatakan bahawa dia sudah mempunyai dua orang anak. Kedua-duanya lelaki. Anak sulungnya berumur lebih sedikit dua tahun. Anak keduanya berumur setahun. Dia mengajar pada sesi pagi. Hasnah mengajar pada sesi petang.

Dia bertanya, "Hang anggota al-Arqam?"

Saya menjawab, "Bukan. Saya bukan anggota al-Arqam. Saya hanya orang yang simpati dengan perjuangan mereka. Saya mengikuti kegiatan mereka dan menyokong usaha mereka dalam bidang ekonomi."

Yusuf bertanya lagi, "Jadi, hang pengikut tabligh?"

Saya menjawab, "Bukan juga. Saya menghadiri kegiatan mereka di surau dalam kampus sahaja."

"Janggut hang panjang. Macam orang tabligh."

Saya ketawa lalu berkata, "Saya sudah tua." Namun, saya menyedari bahawa lawak saya itu janggal lalu saya menambah kata, "Hang tengok, rambut saya pun panjang. Di kampus, sukar untuk kita melihat mahasiswa yang berambut pendek. Besok, sebelum masuk ke pejabat Pengarah Pelajaran Sabah, saya gunting rambut dan rapikan janggut. Janggut saya akan tinggal sejemput macam orang ABIM."

"Jadi, hang orang ABIM?"

"Bukan juga, Usup. Saya cuma menyokong dan mengikuti kegiatan ABIM."

"Jadi, hang pendakwah bebaslah."

"Bukan juga. Saya belajar dan mengamalkan ajaran agama."

"Aku belum tengok hang merokok sejak tadi. Hang sudah berhenti merokok? Sejak di maktab, aku tengok hang sekejap-sekejap berasap, sekejap-sekejap berasap."

Saya menjawab, "Saya tabik pada hang kerana hang memang tidak merokok. Baru lima bulan saya berhenti merokok. Mudah-mudahan kekal."

"Lama itu. Saya yakin hang mampu bertahan."

Kami tiba di Papar selepas pukul dua belas tengah malam. Yusuf mengajak saya terus naik ke atas rumahnya. Saya berkata bahawa saya ingin melihat-lihat kawasan sekolah dahulu. Sebenarnya itu alasan sahaja. Saya sudah ditarbiahkan agar tetamu memberikan masa yang sesuai kepada tuan rumah sebelum masuk ke dalam rumah. Orang perempuan dalam rumah itu mungkin memerlukan masa untuk mengenakan pakaian yang sesuai sebelum berhadapan dengan tetamu. Jikalau anak dara sedang berkemban, dia perlu diberi masa untuk menukar pakaian. Keluarga yang tidur di tempat yang kurang sesuai perlu dikejutkan dan beralih ke dalam bilik atau tempat yang terlindung. Tetamu yang berdiri di luar janganlah berada di hadapan pintu demi mengelakkan terpandang orang yang belum bersedia di dalam rumah. Lebih daripada itu, sekiranya ajakan tuan rumah selepas diberikan masa yang sesuai tawar, eloklah pergi ke tempat lain kerana ada kemungkinan orang di dalam rumah keberatan menerima tetamu.

Tarbiah yang saya alami benar. Yusuf mengambil masa yang agak lama di dalam rumah. Apabila Yusuf keluar, Hasnah yang berpakaian lengkap mengekorinya. Kedua-dua suami itu mengajak saya naik. Barulah saya senang hati.

Keesokannya, saya menaiki teksi yang terawal ke Kota Kinabalu. Di Kota Kinabalu, sesudah bersarapan, saya ke kedai gunting rambut bagi memendekkan rambut dan merapikan janggut. Kemudian saya menaiki teksi untuk ke Pejabat Pelajaran Sabah di Rumah Persekutuan, Sembulan. Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal penempatan mencadangkan agar saya menjadi pensyarah Maktab Perguruan Kent. Saya menghargai tawaran beliau tetapi menyatakan bahawa saya lebih suka meneruskan tugas di sekolah lama, iaitu SMK Majakir. Saya memberitahu beliau bahawa di SMK Majakir saya sudah ada tempat penginapan.

Pegawai itu mendraf surat di hadapan saya. Kemudian dia meminta seorang kakitangannya menguruskan surat itu. Lebih kurang setengah jam kemudian saya menerima surat yang sudah ditandatangani oleh Encik Marcus Otigil bagi pihak Pengarah Pelajaran. Surat itu bernombor rujukan ED/BB/153/96 dan bertarikh 26 April 1979. Kandungan surat itu ringkas. Perenggan pertamanya berbunyi, "Adalah dengan ini saya diarahkan memaklumkan tuan bahawa penempatan tuan telah pun diatur ke Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, Papar." Perenggan keduanya berbunyi, "Sukacita kiranya tuan dapat melaporkan diri untuk bertugas dengan seberapa segera yang boleh."

Tajuk surat itu ialah "Penempatan Guru Siswazah ke Sekolah Menengah Kelulusan Universiti Malaya – BM/Sastera". Saya memberitahu pegawai itu bahawa "Universiti Malaya" silap. Perkataan yang betul ialah USM. Beliau mengatakan bahawa hal itu tidak menjadi masalah kerana surat itu hanya arahan untuk melaporkan diri. Yang penting ialah surat pelantikan. Katanya, surat pelantikan akan dikirimkan kepada saya kemudian.

Saya melaporkan diri sebagai guru sandaran siswazah terlatih kepada Pemangku Pengetua SMK Majakir, Encik Wiliam Liew, pada petang hari itu juga. Tuan Pengetua, Encik Richard F. Tunggulou tiada. Dia bercuti atau berkursus. Jawatan guru siswazah saya itu bertaraf sandaran kerana keputusan peperiksaan tahun akhir USM belum diketahui.


Bersambung: (25)
Ustaz Sangkut

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


MIMPI SENJA: [Video] Ceramah DSAI <b>di Tenom</b> Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 07:43 PM PDT

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


10 kampung <b>Di Beluran</b> Nikmati Bekalan Elektrik | MyNewsHub

Posted: 08 Jun 2012 10:10 PM PDT

TELUPID – Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata projek tersebut diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tempoh pelaksanaan bermula tahun ini hingga tahun depan.

Katanya, kampung tersebut adalah Kolopis Laut, Muanad 2, Muanad 3, Manduring, Dantun Hujung, Tambalang-Balang, Lidong, Penimbanan, Lubuk Dungun 2 dan Rumidi Lama.

Beliau berkata, ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi kemudahan asas di kampung di luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik.

"Usaha ini akan dilaksanakan berterusan kerana kerajaan menyedari masih banyak kampung khususnya di daerah ini belum menikmati kemudahan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Barayong dekat sini, malam tadi.

Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata pelaksanaan projek itu sejajar dengan komitmen kementerian terbabit di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.

Katanya, pelaksanaan projek itu menepis dakwaan parti pembangkang yang pada masa sekarang giat masuk ke kampung luar bandar di daerah ini dan menjaja isu pembangunan untuk meraih sokongan.

Beliau berkata, kerajaan tidak bercakap kosong dalam melaksanakan pembangunan berkaitan penyediaan bekalan asas berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap serta berjanji kosong. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Pemimpin Acuan Al-Quran <b>Di Kunak</b>

Posted: 02 Oct 2012 07:27 PM PDT

By | October 3, 2012 at 10:27 am | 190 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Sabah & Sarawak

Kunak, 30 September – Pada 28 hingga 30 September , HALUAN Sabah , Pejabat Pelajaran Daerah Kunak bersama Panitia Pendidikan Islam SMK Kunak Sabah  telah menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan  di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak , Sabah . Seramai  88 orang pelajar yang rata – ratanya barisan kepimpinan dari 3 buah sekolah daerah Kunak iaitu SMK Kunak , SMK Kunak Jaya dan SMK Madai Kunak telah hadir dengan dibantu seramai 15 orang fasilitator.

Kem yang bertemakan 'Pemimpin Acuan Al-Quran ' menekankan beberapa objektif iaitu  membentuk kepimpinan pelajar yang soleh dan solehah , mewujudkan kepimpinan pelajar yang menjadi contoh dan dapat mengubah iklim persekitaran sekolah kearah yang lebih baik.

Moga kem yang telah berlangsung ini memberi satu suntikan ilmu dan semangat kepada para peserta untuk membina diri menjadi pemimpin yang hebat kepada diri , masyarakat dan negara.

Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust. Johan Mahudi Bin Selamat
( Guru Kanan Pendidikan Islam SMK Kunak )

Sarapan sebelum riadah

Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan oleh Dr. Wan Muhaizan

Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b>,Sabah@ijoks2009(Berita pelik)

Posted: 24 Aug 2012 01:30 AM PDT

 MISTERI 'TEROWONG JEPUN' DI KUNAK SABAH TERUNGKAI | Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.
Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.
Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu
Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.sumber

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Lebih banyak pembangunan untuk - Insight Sabah - Home

Posted: 14 Oct 2012 09:07 PM PDT

Lebih banyak pembangunan untuk Penampang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah), bersama Ketua Menteri Datuk Musa Aman (kanan) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Industri Komoditi Tan Sri Bernard Dompok (kiri) di upacara merasmikan jambatan.

Bernard DompokOleh Elaine Mah
Gambar oleh Oliver Majaham

Sabah menyaksikan pembangunan pesat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok. Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya di perasmian Jambatan Pagansakan dan majlis pecah tanah Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di Kampung Inobong, Penampang.

Jambatan Pagansakan sepanjang 84 meter itu bernilai RM9.05 juta dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Pembinaan bermula pada 2010 dan  siap awal tahun ini. Ia menyediakan akses ke seberang sungai dan adalah rahmat sebenar kepada kira-kira 2,000 orang di kampung berkenaan.

"Jambatan ini adalah satu peruntukan khas dari Kementerian Kewangan. Ia adalah hadiah kepada rakyat Penampang, " kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas beliau merasmikan pembukaan jambatan berkenaan.

"Pembangunan tidak saja tertumpu di jalan raya dan jambatan. Ia juga membabitkan pembangunan sekolah-sekolah di Penampang seperti Sekolah Anglo Cina yang menelan belanja RM11 juta dan SMK Bahang, RM5.6 juta, " tambah Dompok.

Sebuah sekolah menengah di Kampung Kipouvo yang akan bertindak sebagai sekolah utama kepada pelajar sekolah rendah di kawasan Moyog juga telah dimasukkan dalam projek pembangunan kerajaan persekutuan tahun depan.

Musa Aman

"Daerah Penampang tidak pernah ketinggalan dari segi menerima pembiayaan pembangunan, sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan," kata Ketua Menteri Musa Aman di majlis yang sama.

Musa berkata, pembiayaan ini termasuk penambahbaikan kemudahan awam, pembinaan rumah untuk golongan orang miskin dan program bantuan rumah.

Industri getah dan kelapa sawit juga telah menerima peruntukan pembiayaan, menurut Dompok. Kerajaan telah memperuntukkan dana untuk tujuan penanaman semula 1,800 hektar tanah dengan getah pada kadar RM13,000 sehektar," kata Dompok. - Insight Sabah

Jambatan baru Pagansakan.

Diterbitkan pada 15-10-2012 12:07 pm

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved