10 di kunak - Google Blog Search |
Pemimpin Acuan Al-Quran <b>Di Kunak</b> Posted: 02 Oct 2012 07:27 PM PDT Kunak, 30 September – Pada 28 hingga 30 September , HALUAN Sabah , Pejabat Pelajaran Daerah Kunak bersama Panitia Pendidikan Islam SMK Kunak Sabah telah menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak , Sabah . Seramai 88 orang pelajar yang rata – ratanya barisan kepimpinan dari 3 buah sekolah daerah Kunak iaitu SMK Kunak , SMK Kunak Jaya dan SMK Madai Kunak telah hadir dengan dibantu seramai 15 orang fasilitator. Kem yang bertemakan 'Pemimpin Acuan Al-Quran ' menekankan beberapa objektif iaitu membentuk kepimpinan pelajar yang soleh dan solehah , mewujudkan kepimpinan pelajar yang menjadi contoh dan dapat mengubah iklim persekitaran sekolah kearah yang lebih baik. Moga kem yang telah berlangsung ini memberi satu suntikan ilmu dan semangat kepada para peserta untuk membina diri menjadi pemimpin yang hebat kepada diri , masyarakat dan negara. Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust. Johan Mahudi Bin Selamat Sarapan sebelum riadah Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan oleh Dr. Wan Muhaizan |
Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b>,Sabah@ijoks2009(Berita pelik) Posted: 24 Aug 2012 01:30 AM PDT MISTERI 'TEROWONG JEPUN' DI KUNAK SABAH TERUNGKAI | Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah. Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik. Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah : ~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang, ~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong ~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn ~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957) ~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang ~ Bahan Artifak di Tingkayu Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang. Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan. Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu. Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.sumber |
You are subscribed to email updates from di kunak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan