ads

Isnin, 18 Jun 2012

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Bahana <b>Papar</b> Kisah Rumahtangga <b>Di</b> Facebook

Posted: 17 Jun 2012 08:01 PM PDT

Alkisah rumah tangga di Facebook

"SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti…," antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat 'cinta' di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.

Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.

Mengundang keghairahan

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.

"Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.

"Ingatlah lafaz ini – aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok," ulasnya dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.

Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.

Rahsia rumah tangga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu." (Riwayat Muslim).

Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.

Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.

"Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.

"FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB," katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang dilakukan.

Alternatif terbaik

Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat.

Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.

"Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan.

Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal," ulas anak kelahiran Johor ini.

Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

"Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. -SH

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


A wedding in <b>Ranau</b> « Ministry of Tourism, Culture and Environment <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 01:39 AM PDT

A wedding in Ranau

YB Datuk Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment and Assemblyman for N30 Karanaan, attended a few wedding ceremonies  on the 9th of June 2012 in Ranau. Seen on the photo, YB Datuk Masidi Manjun taking a photo together with one of the newlyweds.

YB Datuk Masidi Manjun, merangkap ADUN N30 Karanaan menghadiri beberapa majlis perkhawinan di Ranau pada 9 Jun 2012. Kelihatan dalam gambar, YB Datuk Masidi Manjun mengambil gambar kenang-kenangan bersama-sama dengan salah seorang pasangan pengantin.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: JEFFREY GANTI PAIRIN <b>DI KENINGAU</b>?

Posted: 14 Jun 2012 11:17 AM PDT


KOTA KINABALU : Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.
"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.
Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.
Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya. (BERNAMA)

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


HARAP-HARAP TIDAK BERTIARAP DAN TERUS MANTAP..

Posted: 18 Jun 2012 12:53 AM PDT

lawatan PM ke sabah 2 hari pada 16 dan 17jun lalu terus menjadi kenangan murni kepada seluruh rakyat malaysia di sabah, terutama mereka yang tinggal di Keningau, Nabawan,Tambunan dan sekitarnya.kerana Najib datang bukan sebarang datang, datang membawa seribu harapan yang telah lama di mimpikan oleh seluruh rakyat di daerah Pedalaman.

bertemu,bersalam, melihat wajah riang yang kerap senyum dan bertanya kabar, itulah menggembirakan seluruh rakyat jelata disana. barangkali ada yang masih mengimbau kembali bagaiamana mereka berjabat salam dengan Perdana Menteri dan bagaimana mereka melihat wajah datuk najib dan bagaimana mereka dapat bercakap dan banyak lagi bagaimana,bagaimana,bagaiamana?

harap2 dengan majlis2 yang diadakan dan pengumuman demi pengumuman untuk wacana pembangunan bagi keselesaan rakyat, baikpun bekalan air berish, pusat kraftangan yang bakalmenjadi peneraju ekonomi penduduk luar bandar yang berkemahiran dalam bidang berkenaan, serta pusat ternakan bersepadu keningau (KILC) di soook,  hadir bersama ribuan rakyat di majlis rumah terbuka tadau kaamatan peringkat nasional ,lawatan ke kediaman Sodomon yang menjadi titiktolak kemerdekaan sabah pada 16 september, 1963 serta sokongan kaum murut terhadap pembentukan malaysia di rumah tersebut dan ke tambunan, semua memberi satu sinar baharu ibarat sinar suria pagi yang bakal dikecapi oleh seluruh rakyat di pedalaman, malah di seluruh sabah.

dengan pengumuman demikian,rakyat kini menanti dengan tangan terbuka semua pengumuman yang di laungkan dikahalayak ribuan manusia itu. TEPAT atau PADATKAH nanti apa yang di laungkan itu.

saya petik sadikit kata2 bekas ketua menteri sabah, tan sri harris salleh, pada beberapa hari lalu. sabah dilimpahkan dengan berbagai bentuk pembangunan oleh kerajaan pusat,tetapi para pengendali atau penerajunya harus pandai menTRANSORMASIkan semua urusan tersebut.

kenanganku 025

bagi saya, yang telah melihat sabah selama 35 tahun dari era USNO,BERJAYA,PBS dan BN, seharusnya sabah tidak lagi jauh tertinggal dibelakang berbanding sarawak.

kita harus sudah maju dan kelengkapan insfrasturktur yang hebat, bekalan air bersih yang putih, bekalan elektrik bandar dan luar bandar yang tanpa gangguan dan pendidikan  yang memuaskan. apakah kita bangga dengan dua buah IPTA, iaitu UMS dan Uitm itu. kolej swasta jangan dihitung, mereka berniaga.

seharusnya pusat latihan pertanian timbang menggaris sudah patut dinaiktaraf disamping beberapa institutsi perguruan yang telah lama wujud.

rangkaian jalan raya seluruh negeri seharus sudah lama baik, bukan semacam neaiki bot dalam laut, berjalan diatas jalanraya. banykan  lagi contoh lain walaupun sudah boleh dikira ada yang hebat.tetapi belum mencukupi.

disni, apa yang dinanti,janji yang telah dibuat.sama ada berjaya dilaksanakan sepenuhnya terserah kepada pihak yang telah diamanahkan.

JANGAN BELUT MENJADI ULAR…BISANYA TIDAK KEMANA.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Punca Kejadian Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b> Sabah | melvister.com

Posted: 12 Jun 2012 07:14 PM PDT

Share

Berikut adalah punca kejadian gambar awan pelik yang melanda di Kota Kinabalu Sabah. Pembentukan awan tersebut telah mencemaskan penduduk yang menyaksikan fenomena luar biasa itu. Menurut saksi yang merakamkan imej tersebut, Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Incoming search terms:

  • awan di kota kinabalu (5)
  • awan pelik di sabah (4)
  • awan pelik di kota kinabalu (4)
  • awan pelik kota kinabalu (3)
  • youtube awan pelik di kk (2)
  • awan kota kinabalu (2)
  • Awan pelik d kota kinabalu sabah (1)
  • kejadian dia sabah 12 6 2012 (1)
  • kejadian pelik di kota kinabalu 2012 (1)
  • kejadian pelik di sabah (1)

Teruskan Membaca:

  1. Gambar Ribut Taufan Di Kota Kinabalu Sabah 12 Jun 2012
  2. Video Lelaki Arab Pukul Receptionist Di Kota Kinabalu Sabah
  3. Video Gumpalan Awan Jatuh Gugur Di Tanah Arab
  4. Pencawang TNB Bangi Terbakar Dan Meletup Punca Blackout
  5. Wanita Cina Maut Kepala Tersepit Lif Di Kota Kinabalu
  6. Letupan Kereta Api Langgar Lori Tangki Di Kota Kinabalu

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Sabah International Folklore Festival 2012

Posted: 17 Jun 2012 11:49 PM PDT

The Sabah International Folklore Festival (SIFF) is back again this year from July 8 - 17 and this time it is expected to feature 20 international cultural dance troupes.

This is the 7th edition of the SIFF and it is essentially a celebration of the world cultural diversity and a platform to promote peace through music and dance. The festival feature both international and local folk dances that highlight the incredible diversity of our world's culture.

The East-meets-West musical extravaganza

What    : 7th International Folklore Festival, 2012 (Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Ke-7, 2012)
When   : 8 - 17 July 2012
Where  : Sabah Cultural Centre, Penampang
Theme : "Peace Through Culture"

What's in store for you

LOCAL FOLKDANCE COMPETITION
Date/Time     : 11 & 12 July 2012/ 7.00pm
Place            : Sabah Cultural Centre, Penampang
Ticket price   : RM10 - Adult
                      RM5  - Children under 17 years old

INTERNATIONAL FOLKDANCE COMPETITION
Date/Time     : 14 & 15 July 2012/ 7.00pm
Place           :  Sabah Cultural Centre, Penampang
Ticket price   : RM50 - Premier class
                      RM30 - Adult
                      RM10 - Children under 17 years old

PRIME SHOW
Date/Time   :  13 July 2012/ 7.00pm
Place          :  Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu
Ticket price :  RM10,000 / table
                     RM5,000 / table
                     RM3,000 / table
                     RM1,000 / table

The 7th SIFF 2012 is not something for you to miss!

Tickets are available at:

Sabah Cultural Board              -   Tel: +6088-268836
Cultural Centre, Penampang    -   Tel: +6088-714464
More info                                -   www.sabah.gov.my/lks

TheGreenMechanics: 

We had similar cultural festival last year but due to the 'heat' of SARS then, we decided to give that one a miss. Hopefully we'll able to make it this time around.

I've just got to love this. I like everything that's preserving the various heritages we have around the world. It's like living green and preserving mother nature!

Ahad, 17 Jun 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Masalah perparitan punca banjir kilat <b>di Sandakan</b> | Inimajalah

Posted: 13 Jan 2012 06:28 PM PST

Kategori

Arkib

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Malaysia Zoom » IKS <b>di Papar</b> berkembang hasil bantuan kerajaan

Posted: 18 Apr 2012 04:12 PM PDT

You are here: Home / Dalam Negeri / IKS di Papar berkembang hasil bantuan kerajaan

PAPAR 18 April – Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan.

Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora.

Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan.

Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi.

Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja.

Dipetik dari Utusan Malaysia

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


KENANGAN <b>DI</b> SM ST MARTIN <b>TAMBUNAN</b> (1984) | kebly <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2012 06:56 PM PDT

KENANGAN DI SM ST MARTIN TAMBUNAN

Standing(L to R) : Janis Galaip, Geofrey Jaumin, Sylvester Gansau, Maturin Ajun, Vincent Tiun, Cyril Enos, Ronny Felix & Jakery Kinsik.
Sitting (L to R): Roger Olot, Zainal Musa & Yoku

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Mangsa keenam kereta terjunam <b>di Lahad Datu</b> ditemui | Inimajalah

Posted: 03 Jan 2012 02:40 AM PST

[unable to retrieve full-text content]LAHAD DATU: Mangsa keenam kemalangan kereta terjunam ke dalam sungai di Km30, Jalan Lahad Datu-Sandakan semalam ditemui pagi ini, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Lawatan Kerja 2 Hari PM <b>Di Keningau</b> - TV3

Posted: 15 Jun 2012 10:49 PM PDT

16/06/2012 13:49:00

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah kira-kira jam 11:10 pagi tadi untuk lawatan kerja dua hari di Keningau.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman serta pemimpin masyarakat termasuk lebih 300 pelajar dan masyarakat Kadazandusun Murut.

Perdana Menteri kemudiannya menaiki helikopter ke Keningau untuk merasmikan pusat kraftangan Sabah sebelum bertolak ke Sook untuk menghadiri majlis pecah tanah pusat bersepadu haiwan ternakan Keningau.

Beliau akan menghadiri majlis bersama rakyat di sebelah petang dan pada sebelah malam akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan di Kompleks Sukan Keningau.

Pada pagi esoknya, beliau akan beramah mesra dengan masyarakat di pekan Keningau dan pekan Bingkor sebelum menghadiri majlis jamuan teh di Rumah Besar Sedomon Gunsanad.

Perdana Menteri seterusnya akan menghadiri majlis bersama rakyat dan melancarkan kolej Kadazandusun Murut di Pisompuruan Square di Tambunan.

Datuk Seri Najib <b>Di Keningau</b> | Anjung Maya

Posted: 15 Jun 2012 10:13 PM PDT

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini, hari ini untuk lawatan kerja dua hari di Keningau.

Beliau yang menaiki pesawat khas tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.10 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, timbalan ketua menteri, ahli kabinet kerajaan negeri, ketua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta pemimpin masyarakat termasuk lebih 300 pelajar dan masyarakat Kadazandusun Murut.

Perdana Menteri kemudiannya menaiki helikopter ke Keningau untuk merasmikan Pusat Kraftangan Sabah sebelum bertolak ke Sook untuk menghadiri majlis pecah tanah bagi Pusat Bersepadu Haiwan Ternakan Keningau.

Beliau akan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di sebelah petang dan pada sebelah malam akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan di Kompleks Sukan Keningau.

Pagi esoknya pula, beliau akan beramah mesra dengan masyarakat di Pekan Keningau dan Pekan Bingkor sebelum menghadiri majlis jamuan teh di Rumah Besar Sedomon Gunsanad di Bingkor.

Perdana Menteri seterusnya akan menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan melancarkan Kolej Kadazandusun Murut di Pisompuruan Square di Tambunan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: lawatan kerja najib di sabah, lawatan kerja perdana menteri di keningau

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


KLXPRESS - Najib Ulangi Sejarah Bapanya Apabila junjungi <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 12:17 AM PDT

KENINGAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengulangi sejarah ayahandanya dengan mengunjungi Rumah Besar, kediaman OKK Sedomon Gunsanad, pemimpin pribumi terkenal di kawasan pedalaman di pekan Bingkor, di sini.

Rumah besar itu pernah menjadi tempat penginapan ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein pada 1963 ketika beliau berkunjung ke Keningau untuk memberi penjelasan tentang cadangan penubuhan Malaysia kepada ketua kaum pribumi di kawasan Keningau, Tambunan, Pensiangan, Nabawan, Sook, Ranau dan Tenom.

Najib bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba di kediaman itu pada 9.15 pagi disambut anak kelima Sedomon, Ricky Sedomon dan Advisor Council of Elders Datuk Ayub Aman.

Beliau melawat galeri pameran keluarga di sekitar kediaman dua tingkat itu termasuk di ruang legar beranda di bahagian atas yang pernah menjadi tempat Tun Razak mengadakan perbincangan bersama Sedomon.

Ricky yang juga Pengerusi Penganjur Hari Keluarga dan Pesta Kaamatan Keluarga Aki Kina dan Aki Gong ketika ditemui pemberita melahirkan rasa bertuah terhadap kunjungan pemimpin nombor satu negara itu yang mengulangi kunjungan ayahandanya hampir 50 tahun lepas.

"Saya sangat beruntung dan berbangga Perdana Menteri melawat kediaman keluarga kami ini selepas ayahanda beliau datang selepas 50 tahun (pada 1963).

Pada masa itu, saya yang berusia lapan tahun masih ingat siapa kawasan di sini (pekan Bingkor) dipenuhi dengan pokok-pokok besar…cuba bayangkan persekitaran itu dengan sekarang.

Saya tidak tahu siapa yang melawat kami pada masa itu dan apabila sudah besar sedikit baru saya tahu siapa yang datang (Tun Razak) untuk berbincang dengan beliau (bapa) saya," katanya.

Ketika menceritakan mengenai perbincangan yang berlangsung sepanjang lawatan itu, beliau berkata, Najib diberi taklimat oleh Ayub mengenai salasilah dan sejarah keluarga itu termasuk melihat sendiri gambar kenangan ayahandanya mengunjungi Bingkor.

Katanya, Najib turut mengagumi keluarga besar Sedomon yang masih memelihara ikatan kekeluargaaan yang erat dan sempat berpesan kepadanya agar 'kita kekalkan hubungan ini'.

Ricky berharap Perdana Menteri seterusnya akan mempunyai sikap seperti Najib yang akan berkunjung ke kediaman itu yang tetap kekal diuruskan dengan baik oleh generasi masa depan.

Sebelum meninggalkan kediaman itu, Najib memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai tanda perasmian Hari Keluarga dan Pesta Kaamatan keluarga itu yang dihadiri kira-kira 500 sanak-saudara yang memakai baju T hitam 'I love PM" termasuk penduduk sekitar. - BERNAMA

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Gambar Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b>

Posted: 12 Jun 2012 06:25 AM PDT

Gambar kepulan awan tu macam kepulan asap daripada letupan bom kan? Macam puting beliung pun ada.
Pandangan aku.. Macam mana boleh jadi awan cam tu erk? Kuasa Allah..

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah | mysyaHHoliday

Posted: 23 May 2012 11:19 PM PDT


Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. 



Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.

Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah. 


Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.


Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu





Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Setiap tahun, dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan.

Juga difahamkan, Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu.




ADMIN : : 
Terima kasih di atas kunjungan anda, jika artikel ini bermanfaat sila KONGSIKAN pada yang lain atau berikan KOMEN positif anda di bawah ini serta jangan lupa juga LIKE Facebook, Twitter atau Follower. Terima Kasih J
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved