10 di nabawan - Google Blog Search |
HARAP-HARAP TIDAK BERTIARAP DAN TERUS MANTAP.. Posted: 18 Jun 2012 12:53 AM PDT lawatan PM ke sabah 2 hari pada 16 dan 17jun lalu terus menjadi kenangan murni kepada seluruh rakyat malaysia di sabah, terutama mereka yang tinggal di Keningau, Nabawan,Tambunan dan sekitarnya.kerana Najib datang bukan sebarang datang, datang membawa seribu harapan yang telah lama di mimpikan oleh seluruh rakyat di daerah Pedalaman. bertemu,bersalam, melihat wajah riang yang kerap senyum dan bertanya kabar, itulah menggembirakan seluruh rakyat jelata disana. barangkali ada yang masih mengimbau kembali bagaiamana mereka berjabat salam dengan Perdana Menteri dan bagaimana mereka melihat wajah datuk najib dan bagaimana mereka dapat bercakap dan banyak lagi bagaimana,bagaimana,bagaiamana? harap2 dengan majlis2 yang diadakan dan pengumuman demi pengumuman untuk wacana pembangunan bagi keselesaan rakyat, baikpun bekalan air berish, pusat kraftangan yang bakalmenjadi peneraju ekonomi penduduk luar bandar yang berkemahiran dalam bidang berkenaan, serta pusat ternakan bersepadu keningau (KILC) di soook, hadir bersama ribuan rakyat di majlis rumah terbuka tadau kaamatan peringkat nasional ,lawatan ke kediaman Sodomon yang menjadi titiktolak kemerdekaan sabah pada 16 september, 1963 serta sokongan kaum murut terhadap pembentukan malaysia di rumah tersebut dan ke tambunan, semua memberi satu sinar baharu ibarat sinar suria pagi yang bakal dikecapi oleh seluruh rakyat di pedalaman, malah di seluruh sabah. dengan pengumuman demikian,rakyat kini menanti dengan tangan terbuka semua pengumuman yang di laungkan dikahalayak ribuan manusia itu. TEPAT atau PADATKAH nanti apa yang di laungkan itu. saya petik sadikit kata2 bekas ketua menteri sabah, tan sri harris salleh, pada beberapa hari lalu. sabah dilimpahkan dengan berbagai bentuk pembangunan oleh kerajaan pusat,tetapi para pengendali atau penerajunya harus pandai menTRANSORMASIkan semua urusan tersebut. bagi saya, yang telah melihat sabah selama 35 tahun dari era USNO,BERJAYA,PBS dan BN, seharusnya sabah tidak lagi jauh tertinggal dibelakang berbanding sarawak. kita harus sudah maju dan kelengkapan insfrasturktur yang hebat, bekalan air bersih yang putih, bekalan elektrik bandar dan luar bandar yang tanpa gangguan dan pendidikan yang memuaskan. apakah kita bangga dengan dua buah IPTA, iaitu UMS dan Uitm itu. kolej swasta jangan dihitung, mereka berniaga. seharusnya pusat latihan pertanian timbang menggaris sudah patut dinaiktaraf disamping beberapa institutsi perguruan yang telah lama wujud. rangkaian jalan raya seluruh negeri seharus sudah lama baik, bukan semacam neaiki bot dalam laut, berjalan diatas jalanraya. banykan lagi contoh lain walaupun sudah boleh dikira ada yang hebat.tetapi belum mencukupi. disni, apa yang dinanti,janji yang telah dibuat.sama ada berjaya dilaksanakan sepenuhnya terserah kepada pihak yang telah diamanahkan. JANGAN BELUT MENJADI ULAR…BISANYA TIDAK KEMANA. |
You are subscribed to email updates from di nabawan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan