ads

Rabu, 30 Mei 2012

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


9W6MRH: Aktiviti <b>DI</b> Pusat Kokurikulum <b>Keningau</b>

Posted: 25 May 2012 06:46 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Aktiviti DI Pusat Kokurikulum Keningau. Posted by 9w6mrh at 6:46 PM. 0 comments: Post a Comment · Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). Rakan-rakan Amatuer. http://julietpapagolf.blogspot.com ...

Taman rekreasi <b>di</b> kilometer 15.5 kampung Pamilan <b>keningau</b>

Posted: 03 May 2012 09:41 PM PDT

Mungkin ramai lagi penduduk pekan keningau yang belum mengetauhi taman rekreasi yang terletak di kilometer 15.5 kampung pamilan keningau.Jarak taman rekreasi ini lebih kurang 16 kilometer dari pekan keningau dan 20 kilometer lebih dari pekan tenom.Dibawah ini beberapa photo lawatan saya ketaman rekreasi ini sempena cuti balik kampung.

Jalan raya dari keningau menghala ketenom

 Jika anda memandu dari pekan keningau menghala ke pekan tenom untuk pergi ke taman rekreasi ini,anda akan temui papan tanda diatas dan belok ke kiri.

 Selepas belok kekiri anda akan menyusuri jalan kecil ini hingga sampai ketaman rekreasi ini.

Sekian laporan bergambar dari saya udins....


LANGKAH TERAKHIR <b>DI</b> BUMI <b>KENINGAU</b> - LeyFaH82

Posted: 21 Apr 2012 09:30 AM PDT

LANGKAH TERAKHIR DI BUMI KENINGAU

Langkah akhirmu di bumi Kayu Manis terakam bersama masa sekitar jam 10.35 pagi. Entah bila lagi kakimu berpeluang berpijak pada tanah jauh di pedalaman ini? Ada sayu membuai hati. Ternyata pertemuan yang dekat hanya setahun cuma. Semoga masih ada pertemuan di lembarah hari yang akan datang. Selamat jalan teman, semoga berjaya apa yang diimpikan. Terima kasih hadiah mu sempena genap usia ku di bulan April, pasti bermakna buat diri ini. Semoga hidupmu sentisa dilimpahi rahmat Allah swt. ♥ Aina Amidin ♥ ^__^




"Happy Birthday Lifah" katanya sambil menghulurkan sebuah buku dalam bakul plastik hijau muda yang jernih. 'Cara Terindah Untuk Mati Tersenyum', tajuk buku yang unik dan menarik.


"Nah, ambil ini, rajin-rajin simpan duit ya" katanya lagi sambil menghulurkan sebuah tabung berbentuk rumah.

"Baik, mana duitnya" sengaja aku menggoncang-goncang tabung yang diberi dan dia tersenyum sahaja.




Dia kelihatan tabah untuk pergi meninggalkan daerah Keningau. Aku yang akan ditinggalkan pula amat terasa kepergiannya. Banyak cerita yang mahu dikongsi bersama. Apakan daya, masa terlalu singkat, perancangan pertemuan pula dibuat pada akhir masa. Aduh...peristiwa ini mengejut bust diri ku.


Enjin bas telah dihidupkan dan dia segera mengambil kedudukan di kerusi nombor 4. Aku masih tercegat dan duduk diam dalam kereta myvi ku. Walaupun aku tidak lagi melihatnya dalam bas, namun aku sengaja menanti bas bergerak dan pergi meninggalkan ku. 


Tiba-tiba leherku berasa berat. Ada sedih yang tidak tertahan dan air mata mengalir jua. "Selamat jalan teman yang baik hati, semoga berjaya dan berbahagia selalu" aku membisikkan doa buat dirinya.

Bunyi mesej telefon bimbit ku berbunyi:

"Syukran Lifah atas segala kebaikannya. Hati-hati memandu ya. Salam penuh rindu dari saya. Jaga diri, iman dan amal ya."

"Jangan sedih-sedih ya. Dunia memang tempat kerap adanya perpisahan sebab dunia itu destinasi 'pertemuan'. Di mana ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Heee :D. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita."

"InsyaAllah, bumi Keningau akan tetap di ingatan. Ada rezeki dan peluang akan datang lagi. Mohon maaf salah silap juga ya... :)"

Itu antara mesej dan pesanan yang ku sukai dari teman ku ini. Dia selalu memberikan kata-kata yang baik dan positif, semoga dirinya sentiasa dirahmati Allah. ^__^





10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: RM40 JUTA BINA SEMULA KLINIK <b>NABAWAN</b>

Posted: 01 May 2012 11:20 PM PDT


NABAWAN: Klinik Kesihatan Daerah Nabawan Jenis 4, yang terbengkalai tahun lalu kini dibina semula bermula Jun ini dan dinaiktaraf menjadi Mini Hospital yang bernilai lebih kurang RM40 juta berbanding sebelum ini RM30 juta.
Menteri Kesihatan Malaysia Dato' Sri Liow Tiong Lai berkata, menaik taraf Klinik Jenis 4 itu kepada Mini Hospital akan memberi kemudahan kepada lebih 32,000 penduduk di daerah ini.
Katanya, Klinik Kesihatan Jenis 4 daerah itu tidak dapat disiapkan pada musim lalu kerana kontraktor yang dipilih gagal melaksanakan kerja-kerja pembinaan seperti yang dikehendaki.
"Bagaimanapun penduduk di daerah ini boleh bernafas lega apabila ia dibina semula dan sekali gus di naik taraf sebagai," katanya semasa berucap dalam rangka lawatan kerja di tapak pembinaan Mini Hospital itu kelmarin.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat peka dengan isu kesihatan rakyat dan sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi seluruh rakyat di negara ini terutamanya dari segi peralatan dan rawatan yang berkualiti serta tidak membebankan kos.
"Berikutan dengan naik taraf sebagai Mini Hospital sudah tentu kemudahannya akan bertambah dan bilangan doktor dan kakitangan juga akan ditambah," katanya.
Katanya, pembinaan Mini Hospital yang kini dibina oleh pemaju berwibawa di kawasan Pedalaman itu dijangka akan siap dalam tempoh 15 bulan.
Liow turut meminta kerjasama dari semua pihak terutama jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan agar perjalanan kerja-kerja pembinaan Mini Hospital itu dapat dilaksanakan mengikut jadual.
Hadir sama Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Bobbey A Suan, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Mohd Yusof Bin Hj. Ibrahim, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Edward Kok Hai dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Kerja Kesihatan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Azman Abdul Manaf, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Sementara itu, di Hospital Keningau, Menteri Kesihatan itu meluluskan peruntukan pembelian mesin Ultra Sound bernilai RM400,000 dan empat buah mesin Hemodiolisis bernilai lebih kurang RM160,000 bagi menambah kemudahan hospital berkenaan.
Di Keningau, Liow disambut oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Adun Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno, Pengarah Hospital Keningau, Dr. Adnan Musa Balidran dan pemimpin-pemimpin parti komponen di kawasan ini.
Dalam masa yang sama, Liow merasmikan Farmasi Pandu Lalu Hospital Keningau yang memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan ubat.
Liow berkata, dalam sistem Farmasi Pandu Lalu, para pesakit boleh mendapatkan ubat melalui pesanan telefon dan SMS.
Katanya, selain Farmasi Pandu Lalu, para pesakit juga boleh mendapatkan ubat melalui pos.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


KOMITI LITURGI, OUR LADY OF FATIMA, <b>BELURAN</b>: MENJADI <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 11:12 PM PDT

( Bacaan Pertama Misa Kudus, Hari Biasa Pekan VII Paskah, Senin 21 Mei 2012 )

Ketika Apolos masih di Korintus, Paulus sudah menjelajahi daerah-daerah pedalaman dan tiba di Efesus. Di situ didapatinya beberapa orang murid. Katanya kepada mereka, "Sudahkah kamu menerima Roh Kudus, ketika kamu percaya?" Akan tetapi, mereka menjawab dia, "Belum, bahkan kami belum pernah mendengar bahwa ada Roh Kudus." Lalu kata Paulus kepada mereka, "Kalau begitu, dengan baptisan mana kamu telah dibaptis?" Jawab mereka, "Dengan baptisan Yohanes." Kata Paulus, "Baptisan Yohanes adalah baptisan tobat dan ia berkata kepada orang banyak bahwa mereka harus percaya kepada Dia yang datang kemudian daripadanya, yaitu Yesus." Ketika mereka mendengar hal itu mereka dibaptis dalam nama Tuhan Yesus. Ketika Paulus menumpangkan tangan di atas mereka, turunlah Roh Kudus ke atas mereka, dan mulailah mereka berkata-kata dalam bahasa lidah dan bernubuat. Mereka semua berjumlah kira-kira dua belas orang.
Selama tiga bulan Paulus mengunjungi rumah ibadat di situ dan berbicara dengan berani serta berdebat dengan mereka untuk meyakinkan mereka tentang Kerajaan Allah. (Kis 19:1-8)
Mazmur Tanggapan: Mzm 68:2-7; Bacaan Injil: Yoh 16:29-33
Di mata Paulus, ada sesuatu yang kiranya salah dengan umat di Efesus. Mereka memang murid-murid dan ia pun tidak memberi nasihat dan menyapa mereka sebagai para pendosa. Namun ada sesuatu yang hilang! Mungkin mereka sudah kehilangan gairah, kehilangan sukacita dan energi. Barangkali persaingan dan konflik kecil-kecilan antara mereka di sana-sini telah memecah-belah umat. Barangkali mereka telah mencoba dengan segela kekuatan manusiawi mereka untuk menghindari dosa tanpa hasil nyata. Apa pun hasil pengamatan Paulus, pertanyaan yang diajukannya kepada beberapa orang murid yang ditemuinya langsung tertuju kepada inti permasalahannya: "Sudahkah kamu menerima Roh Kudus, ketika kamu percaya?" (Kis 19:2).
Jawaban mereka memberi konfirmasi kepada Paulus apa yang diperkirakan oleh Paulus sebelumnya: "Belum, bahkan kami belum pernah mendengar bahwa ada Roh Kudus" (Kis 19:2). Mereka telah mendengar pesan pertobatan dari Yohanes Pembaptis dan menerima pembaptisan tobat dari nabi besar ini, namun tidak pernah berhubungan dengan Yesus, "Anak Domba Allah" kepada Siapa pelayanan Yohanes Pembaptis sebenarnya ditujukan (Kis 19:3-4).
Begitu Paulus mengatakan kepada mereka tentang tujuan Allah yang lebih besar, maka mereka pun menginginkannya. Dengan demikian, pada saat Paulus berdoa bersama mereka dan membaptis mereka dalam nama Tuhan Yesus, Roh Kudus turun atas diri mereka, dan mereka pun ditransformasikan; mereka berkata-kata dalam bahasa lidah dan bernubuat (Kis 19:5-6). Para murid itu berjumlah kira-kira dua belas orang (Kis 19:7).

Sekarang, bagaimana dengan pengalaman kita masing-masing selama ini? Apakah kita juga telah kehilangan tujuan Allah yang sejati? Bagaimana? Apakah selama ini kita telah mereduksi hidup kita sebagai umat Kristiani sekadar berupa penghindaran diri dari dosa? Allah ada bagi kita untuk hal-hal yang lebih besar daripada sekadar menghindarkan diri dari kedosaan! Andaikanlah Adam dan Hawa hanya mendengar Allah bersabda: "Jangan makan buah dari pohon itu." Andaikan mereka duduk sepanjang hari, mengumpulkan ketabahan moral mereka untuk menghindari godaan, bukannya melakukan eksplorasi di taman firdaus dan belajar memperhatikan dan memelihara serta merawat seluruh ciptaan Allah. Kalau begitu halnya, bayangkan betapa banyak kehilangan mereka!
Allah ingin agar kita menjadi cocreator dengan Dia. Seperti halnya dengan para murid di Efesus, Allah sungguh rindu untuk memenuhi diri kita dengan hidup-Nya sendiri sehingga kita dapat menjadi Yesus di dalam dunia, menyentuh mereka yang kita temui dengan cintakasih tanpa syarat, pengampunan yang membebaskan, penyembuhan yang penuh kuasa, dan pengangkatan pengharapan dan keberanian.
Bilamana kita telah sampai pada suatu akhir hari, pemeriksaan batin adalah praktek yang indah, namun janganlah kita hanya mengingat dosa-dosa kita melalui pikiran, perkataan, perbuatan dan kelalaian pada hari itu, dan merasa lega untuk dosa-dosa yang berhasil kita hindari. Marilah kita juga memeriksa bagaimana Allah mencoba melakukan sesuatu lewat diri kita pada hari itu: Apakah itu dalam rangka memenuhi kebutuhan orang-orang lain? Dalam peristiwa-peristiwa yang tidak diharap-harapkan yang menginterupsi rencana-rencana kita? Dalam inspirasi yang datang melalui sebuah buku, seorang sahabat, sebuah lagu yang penuh kenangan, atau suara seperti angin-angin sepoi-sepoi basa? Dan apakah kita mampu untuk mengatakan, "Ya! Aku melihat bahwa Engkau berniat lebih bagiku, dan aku mengingininya"?
DOA: Bapa surgawi, terima kasih penuh syukur kuhaturkan kepada-Mu karena rencana-Mu yang besar bagi diriku. Perkenankanlah aku melihat seperti Engkau melihat dan menghasrati sesuatu seperti Engkau hasrati. Tolonglah aku agar mau dan mampu membuka diriku pada hari ini terhadap satu langkah yang Engkau undang aku untuk membuatnya bersama-Mu sambil bergandengan tangan guna mentransformasikan dunia. Amin.
Sdr. F.X. Indrapradja, OFS

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Ashgive.com: Kawasan Rekreasi Daerah <b>Kunak</b>, Air Terjun Madai

Posted: 17 May 2012 07:44 PM PDT

Ini adalah gambar stock lama.. emmm tak de la lama sangat pun, beberapa bulan yang lalu aje hehehe.. nak share gambar kat korang tapi tak dan.. 
Saja nak kongsi kat korang tempat tempat aku yang dah pegi.. alaa macam biasa la kan blog personal aku ni.. jalan jalan, makan makan, tutorial, tips dan entry entry merapu.. entry bergambar adalah entry yang paling senang nak buat.. 
So, kali ni aku nak kongsikan satu tempat yang kira agak dikanali di daerah Kunak.. Kunak tu kat mana? Kunak tu adalah salah satu Daerah kecil yang terletak di antara Tawau dan Lahad Datu.. sila rujuk peta Sabah kalau korang rajin hehehe..
Nama tempat ni ialah Air Terjun Madai, ia adalah salah satu pusat reakriasi yang terdapat daerah tersebut, terletak lebih kurang 10km daripada pekan Kunak dan kawasan ini diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.. ia adalah sebahagian kawasan daripada Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong Kunak Sabah..
Kawasan ini sangat mudah dikunjungi kerana ia terletak dilaluan perjalana antara Tawau dan Lahad Datu.. betul betul berada di tepi jalan..
Selain hutan yang menyamankan gitohh!!.. kawasan ini juga menyediakan pondok rehat, tandas, surau, jual jajan, gerai gerai makan, jambatan gantung dan juga tapak perkemahan untuk pelancong asing.. jangan tak tahu kawasan hutan ini selalu menjadi tumpuan pelancong daripada luar negara seperti Jerman, Jepun,  Korea, UK, US dan banyak lagi.. Untuk ke kawasan air terjun pengunjung akan menuruni kawasan anak tangga.. tak tinggi mana pun, kejap je sampai kat bawah.. Ini la area air terjun setinggi 40m tu.. kitaorang pun tak mandi, singgah bergambar gambar aje.. sebab kat kawasan tu dia letak signboard dilarang mandi, kalau nak mandi risiko tanggung sendiri hehehe.. Dulu ramai je orang yang suka turun kat situ mandi mandi.. aku pun pernah gak.. tapi lately aku tengok kawasan tu dah semakin cetek.. kalau nak mandi pun yang kat area ada air terjun tu la, dalam sikit.. Ada laluan kanopi jambatan gantung yang diikat pada pokok besar.. kanak kanak yang di bawah 12 tahun hendaklah dijaga kalau nak naik jambatan gantung ni.. hehehe nak bagi tahu gak kan.. Daripada atas jambatan korang dapat melihat air terjun yang gambar kat atas tu.. hutan hutan dan kalau bertuah dapatlah korang melihat unggas unggas dan mergastua hehehehehe.. Pokok besar yang tinggi.. tempat jambatan gantung laluan kanopi tu diikat.. Ini aku tak tahu.. ada orang suka ikat straw kat akar pokok macam ni.. kepercayaan karut, nak wish wish sesuatu.. ikat straw minuman pada akar kayu.. Ada pondok jaga, parking load, bangunan pengurusan dan bendera hehehe..

Kalau kat semenanjung ni orang selalu singgah kat RNR kan.. tapi kalau kat Sabah RNR tak de, so orang selalunya akan singgah kat mana mana kawasan yang dirasakan sesuai untuk menghirup udara segar minum minum dan rehat rehat.. macam kat sini la Air Terjun Madai.. ok itu je, thanks singgah baca muah muah...


Tag: Kawasan Pelancongan Daerah Kunak, Tempat Menarik Di Kunak, Kawasan Rehat Kunak, Singgah Rehat Di Air Terjun Madai 

Selasa, 29 Mei 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


&#39;EMPTY PROMISES&#39; OF MP FOR <b>SEMPORNA</b> - in Malay

Posted: 23 May 2012 08:10 PM PDT


JALAN utama Kampung Ayer di hadapan rumah Tun Sakaran ini telah dilaporkan kerosakannya sejak tahun lalu di media masa termasuk SabahkiniTV (TONTON VIDEOKLIP), namun tiada sebarang diambil untuk memperbaikinya, sama ada oleh Jabatan Kerjaraya, Majlis Daerah Semporna, ADUN dan Ahli Parlimen yang sebelum ini berjanji akan mengatasi masalah ini.
Maka benarlah kata orang bahawa kuasa harta dan wanita mengatasi kuasa warga; buktinya ada pemimpin yang sanggup menyerahkan wang tunai RM1.5 juta, rumah bernilai RM4 juta, kereta bernilai RM1 juta dan belanja bulanan lebih RM100,000 kepada gundik dan artis; tetapi tidak mampu menggantikan sekeping papan jambatan atau menampal lubang aspal.
Jalan yang terletak bersebelahan Masjid Daerah ini telah lama rosak namun terbiar begitu sahaja sehingga menyusahkan penduduk Kampung Ayer yang mempunyai pengundi paling ramai bagi DUN Senallang, DUN Bugaya dan juga Parlimen Semporna.
Kampung Ayer adalah kampung tradisi yang dihuni oleh penduduk asal Daerah Semporna, pernah dan sedang diwakili oleh hampir semua Adun dan Ahli Parlimen Semporna kerana sehingga ke hari ini rumah-rumah asal Wakil Rakyat berkenaan masih ada di sini walaupun majoriti mereka telah berhijrah dari kampung ini.
Namun, benarlah kata orang sifat manusia yang lupa daratan memang masih wujud di zaman moden ini, maka dakwaan pemimpin masyarakat Semporna sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan hanya menaburkan janji 'KOSONG' dan 'PEMBOHONG' adalah tepat.
Jesteru itu saya mewakili penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai pengundi hampir 2,000 orang supaya jangan lagi memilih wakil rakyat yang tidak peka kepada kehendak rakyat dan suka bercakap bohong walaupun telah diberi peluang selama tiga atau empat penggal.
Pilihlah saya sebagai Wakil Rakyat baru kerana mereka telah diberi peluang seluas-luasnya oleh rakyat dan telah diberi sebesar-besar kuasa oleh kerajaan sehingga menjawat menteri penuh kabinet Sabah dan Persekutuan sejak berpuluh tahun lalu, namun isu sekecil jalan Kampung Ayer ini pun tidak dapat diselesaikan.
ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


KAMPUNG WIDU, <b>TAMBUNAN</b> | KEMBARA ABU AL-GHAZALI

Posted: 24 Mar 2012 06:43 AM PDT

Jalan Kampung Kirokot

Jambatan Kampung Tontolob

Jalan Menuju Kampung Widu

Jalan Sedang Dinaik Taraf

Menghijau dan Kebun Durian

Sudah lama tidak berkunjung ke Kampung Widu. Seingat saya sejak tahun 2009. Kali terakhir adalah ketika bersama sahabat USIA Tambunan ber-ihya ramadhan tahun 2009.

Sememangnya Kampung Widu amat lekat dalam hati ini malah juga pada sahabat lain yang pernah berkunjung ke sini. Tanyalah siapa sahaja, tentu akan bercerita mengenai keindahan alam semulajadi di sini.

Keindahan bukit bkau yang terdapat di kiri kanan, sungai  yang mengalir jernih berkilau, udara yang segar dan jauh dari hiruk pikuk kota.

Sesuatu yang menarik, Kampung Widu menyimpan sebuah lagenda yang sememangnya telah diketahui umum iaitu tentang Gantung Sorili. Gantung Sorili (sebuah tajau besar) dikatakan dimiliki oleh bunian dan mempunyai banyak cerita menakjubkan. (- untuk cerita lanjut akan diceritakan selepas mendapat input orang tua-tua..-:)

Alhamdulillah, kini kampung ini sedikit sebanyak tampak perubahan. Kini jalan menuju ke sana sedang di naik taraf dan tiang-tiang elektrik sudah terpacak menunggu pemasangan kabel elektrik.

Malah kelihatan deretan paip besar di tepi jalan siap untuk di pasang untuk membekalkan air bersih ke setiap rumah di kampung tersebut.

Antara Sahabat Mengiringi Lawatan

Meninjau Lokasi Pembinaan Musalla

…….. Lawatan kali ini adalah untuk menyampaikan rasa simpati kepada sebuah keluarga di kampung berkenaan kerana kematian ahli keluarga.

Allahyarham Julian, telah meninggal dunia tiga hari sebelum kedatangan kami. Dengar kabarnya beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya ketika balik dari menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengawal kesalamatan di Sekolah Kampung Tiong, 10km dari rumahnya.

Menurut saudara Ipin Yadam yang merupakan Ketua Kampung Widu, pemergian Allahyarham amat dirasai bukan sahaja keluarganya malah penduduk lain di Kampung Widu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak-anak yang masih kecil serta ibunya.

Mudah-mudahan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan arwah para solihin. Al-fatihah.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


PANDANGAN SAYA: KEUPAYAAN PEMBANGKANG <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 06 May 2012 07:14 PM PDT

Keupayaan pihak pembangkang di Kota Belud pada PRU 13, seharusnya tidak dipandang remeh oleh UMNO dan BN. Tradisinya hanya dua parti dalam BN yang akan bertanding di 3 kawasan DUN di Kota Belud iaitu DUN N8 Usukan- UMNO, DUN N6 Tempasuk- UMNO, DUN N7 Kadamaian- PBS dan Parlimen P169 Kota Belud- UMNO.Manakala di pihak Pembangkang, pada PRU 13 ini, dijangka selain daripada Pakatan Rakyat, ada besar kemungkinan parti STAR dan parti pembangkang lain juga akan bertanding, bergantung kepada keputusan akhir perundingan antara Pakatan Rakyat ( PKR,PAS,DAP) dengan parti-parti pembangkang Tempatan.
DUN Usukan menyaksikan pada 99% calon UMNO adalah Datuk Salleh Tun Said. Ini memberi makna Datuk Japlin Akim digugurkan. Namun begitu percaturan akhir Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman akan menjadi penentunya. Setakat ini nama Datuk Salleh disebut-sebut sebagai calon Pilihan. Di DUN Tempasuk, nama Datuk Musbah masih dicalonkan oleh UMNO Kota Belud. Ini juga tidak menentukan Datuk Musbah akan terpilih menjadi calon. TETAPI jika bersandarkan kepada keupayaan dan kehendak rakyat Tempasuk, saya mempunyai keyakinan 90%, Datuk Musbah akan dicalonkan semula. Dun Kadamaian, secara tradisinya adalah kawasan KDM, kawasan ini adalah kubu kuat PBS sama ada parti itu berada di Luar BN ataupun dalam BN. Justeru kawasan ini pada PRU 13, akan tetap ditandingi oleh PBS. Cumanya ada kemungkinan PBS akan 'merehatkan' Datuk Herbert Timbun Lagadan, berdasarkan  rekod prestasi wakil rakyat tersebut, termasuk kes pemecatan ketua-ketua kampung ekoran krisis pembinaan Empangan Tambotuan. Dalam hal ini Datuk Pairin kitingan sewajarnya memikirkan perkara ini jika mahu terus menguasai kawasan Kadamaian.Kesilapan memilih calon di Kadamaian, boleh mencetuskan gelombang perubahan.
Secara logik dan atas kertas, saya mempunyai keyakinan antara 70-80%, kesemua kawasan di Kota Belud akan TETAP dikuasai oleh UMNO dan BN. Manakala peratusan 30-20% berkemungkinan salah satu DUN akan jatuh ke tangan Pembangkang dan kawasan Parlimen Kota Belud sekarang berada pada kedudukan PANAS, iaitu 50-50.Saya akan memberikan sebab kepada ramalan keadaan ini.
Kekuatan dan keupayaan pembangkang di Kota belud bergantung sepenuhnya kepada persefahaman antara mereka. di Pihak Pakatan Rakyat, saya menjangkakan hanya dua parti yang akan menurunkan calonnya pada PRU 13 ini iaitu parti PKR dan parti PAS. DAP setakat ini tidak menunjukkan MINAT di Kota Belud, walaupun cuba untuk menjadi HERO dalam kes pembinaan Empangan Tambotuan.
PKR,PAS dan STAR serta parti pembangkang tempatan lain, sewajarnya DUDUK SEMEJA membincangkan pembahagian kerusi di kalangan mereka jika benar-benar mahu "Menghalau" BN dan UMNO di bumi Kota Belud. Mencari titik pertemuan dan kesepakatan inilah yang paling sukar dibuat tetapi menjadi senjata paling berkesan untuk menawan beberapa kawasan di Kota Belud. Jika GAGAL, pihak pembangkang harus melupakan hasrat dan niat itu, kerana situasi SATU LAWAN SATU akan tidak dapat diwujudkan. Ini memberi "advantage" kepada UMNO dan BN.
Setakat ini PAS diwar-warkan akan bertanding di DUN Tempasuk. Ini bermakna sekutu PAS iaitu PKR tidak akan menurunkan wiranya di kawasan ini. Saya selalu berhujah bahawa percaturan PAS bertanding di Tempasuk bukanlah satu startegi yang berkesan. Jika PAS menurunkan Ustaz Awang Laiman Ikin iaitu setiausaha Penerangan PAS Sabah, sekalipun tidak akan dapat menudukkan keampuhan Datuk Musbah. Pada PRU 2008, Awang Laiman yang ketika itu sebagai calon PKR memperolehi 4109 dengan pencapaian MENANG di kesemua peti Undi suku Iranun KECUALI di Kota Peladok.Jika bersandarkan kepada rekod PRU 2008, Awang Laiman mempunyai penyokong dari suku Iranun, sedikit bajau dan dusun dengan SYARAT ,Awang Laiman bertanding atas tiket PKR. Jika atas tiket PAS, saya menjangkakan pencapaian 2008 itu tidak akan dapat diperolehi semula. Ini bersandarkan banyak faktor seperti, sentimen agama dan suku serta Kehadiran calon lain dari parti STAR dan seumpamanya termasuk calon BEBAS.
Di Dun N8 Usukan, saya merasakan adalah kawasan yang paling sesuai bagi parti PAS untuk menurunkan calonnya. Faktor dan sentimen agama mungkin tidak wujud di kawasan ini kerana majoritinya adalah Bajau-Iranun yang beragama Islam. Pada PRU 2008, calon PKR ,Mohd Shukor Abd. Mumin memperolehi undi 3941.Sebagai rekod calon PAS juga pernah diturunkan di Usukan pada PRU 2004 iaitu Hj. Norbin Aloh tetapi hilang wang deposit.Calon BEBAS Dr Saijan Samit memperolehi undi  4215.
Jika calon PKR diletakkan di Tempasuk dan Usukan, saya menjangkakan persaingan sengit akan berlaku. jika percaturan SATU LAWAN SATU berlaku, saya meramalkan, bahawa sama ada DUN TEMPASUK atau DUN USUKAN akan dapat dikuasai oleh pembangkang. Namun peratusan 70-80% adalah kawasan DUN TEMPASUK.
Manakala di DUN KADAMAIAN, saya lebih senang jika kawasan itu diberikan kepada pembangkang parti tempatan terutama STAR. bagi pengamatan saya kawasan Kadamaian masih terlalu awal menerima kehadiran  parti Malaya terutama PKR dan DAP. Jika calon STAR kena pada tempatnya, kawasan ini boleh menyaksikan penuruan sokongan kepada PBS.
Kawasan parlimen P169 Kota Belud pada saya lebih sesuai jika Parti PKR menurunkan calonnya. Pada PRU 2008, Saidil Simon  (PKR) memperolehi undi 14 822.Ini dijangka akan meningkat jika UMNO masih menurunkan Datuk Rahman Dahlan sekali lagi. Namun jika calon anak tempatan, saya meramalkan kawasan parlimen ini akan terus dikuasai oleh UMNO.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kelas Aneka Kuih Talam <b>di Tawau</b> ~ Aku. Zack.

Posted: 27 May 2012 09:45 AM PDT

Kelmarin tolong kak Rosnita buat kelas Aneka Kuih Talam Komersial di rumahnya di Tawau. Boleh tahan juga...penatnya buat kuih talam o.0

Peserta belajar 10 jenis kuih talam dan dapat 2 resepi percuma. I have to tell you, bukan senang rupanya nak handle class. Banyak unforeseen events boleh berlaku, contohnya last minute cancellation. Which is why deposit memang sangat penting, jadi sesiapa yang tarik diri last minit deposit tu dikira sebagai insuran untuk bahan-bahan yang telah dibeli. Yela, sape je nak sediakan barang banyak-banyak tapi tengok modal tak boleh pusing balik kan? Kesian la macam tu..

Nak tulis panjang-panjang sudah tak larat, jadi ku uploadkan sekeping dua gambar kelas kuih talam (pertama rasanya kot? hehe..) di Tawau, Sabah ni. Bye2 dan selamat malam :P


10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Piece of life: CAMPING KELAB BELIA RAFFLESIA <b>di</b> Kawang <b>Papar</b>

Posted: 28 May 2012 12:16 AM PDT


10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: Agenda Borneo Kini Bertapak <b>Di</b> P.170 <b>...</b>

Posted: 01 May 2012 11:34 PM PDT


POST YANG BANYAK DI KUNJUNGI


JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA <b>TUARAN</b>, SABAH: Riang Ria <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2012 03:38 PM PDT

Pada 28 Mei 2012, yang lalu PUSAT ANAK PERMATA NEGARA TUARAN SABAH telah mengadakan aktiviti bulanan. Aktiviti pada kali ini bertemakan Riang Ria PERMATA  dan lokasi yang telah dipilih adalah di Karambunai Resort yang merupakan salah satu pusat percutian dan tempat peranginan yang berada di Sabah.
Tujuan aktiviti pada kali ini ialah bagi merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan sesama ibubapa, warga Pendidik dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dengan aktiviti luar.

Seawal 8.00 Pagi, ibubapa dan kanak-kanak begitu bersemangat berkumpul di PAPN Tuaran sebelum bertolak beramai-ramai ke lokasi yang telah ditetapkan. Ibubapa berkumpul sebelum mendengar taklimat daripada salah seorang wakil daripada kumpulan Dua iaitu Puan Norafidah Yunus iaitu merupakan wakil ibubapa PERMATA.
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti kanak-kanak yang berumur 4 Tahun. Kanak-kanak begitu bersemangat berlari ke arah bola dan meletakkan bola ke dalam gelung, serta berlari hingga ke garisan penamat. Pemenang bagi kategori ini ialah adik Nur Saliah.
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti keluarga iaitu memasukkan manik ke dalam benang. Kerjasama dan fokus perlu ada bagi aktiviti ini =) . Ibubapa begitu bersemangat dan sangat sporting.
                                                           
Antara lain aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti untuk kanak-kanak berumur 2 Tahun iaitu berlari dan mengambil bendera ke hingga ke garisan penamat.
                                                                        Adik Huzairie                                                               saya manang besar...peace

Bagi peringkat umur kanak-kanak 2 tahun, aktiviti yang disediakan ialah menarik Jelly yang diikat pada tali yang bergantungan.


Penganjur turut memberikan cabutan bertuah kepada pemilik nombor kereta yang bertuah....Aktiviti untuk para bapa pula memecahkan belon yang diikat pada kaki...                                         Bapa Saliah juga yang paling....pandai mengatur strategi

Untuk ibu-ibu pula, acara yang paling menarik iaitu mengupas sabut kelapa.

                                                            "karas oooo"

Setelah selesai semua acara, 'makan-makan time' dan penyampaian hadiah.Terima Kasih kepada semua ibubapa yang menjayakan aktiviti pada kali ini...TAHNIAH dari warga PAPN Tuaran dan seluruhnya...

Disebalik tabir....

dari awal hingga akhir...tu dia..
                                            saya yang kasi kupas itu kelapa, tpi kalah juga tau                                                   Gaya, mutu, keunggulan...Model PERMATA....
                                                     
                                                                   Mengambil peluang
                                                                Jual-jual.....Murah-murah...
   "Walaupun uncle dan auntie tak menang,saya tetap bagi sokongan" Itula kali dialog Huzairie =)

ringan sama dipikul, berat sama dijinjing
                                                                   

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


CELAH GELEGAR: Tembak menembak <b>di</b> Pasar Besar <b>Lahad Datu</b>

Posted: 24 May 2012 11:32 PM PDT

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved