10 di tuaran - Google Blog Search |
SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: Agenda Borneo Kini Bertapak <b>Di</b> P.170 <b>...</b> Posted: 01 May 2012 11:34 PM PDT |
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA <b>TUARAN</b>, SABAH: Riang Ria <b>...</b> Posted: 30 Apr 2012 03:38 PM PDT Pada 28 Mei 2012, yang lalu PUSAT ANAK PERMATA NEGARA TUARAN SABAH telah mengadakan aktiviti bulanan. Aktiviti pada kali ini bertemakan Riang Ria PERMATA dan lokasi yang telah dipilih adalah di Karambunai Resort yang merupakan salah satu pusat percutian dan tempat peranginan yang berada di Sabah. Tujuan aktiviti pada kali ini ialah bagi merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan sesama ibubapa, warga Pendidik dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dengan aktiviti luar. Seawal 8.00 Pagi, ibubapa dan kanak-kanak begitu bersemangat berkumpul di PAPN Tuaran sebelum bertolak beramai-ramai ke lokasi yang telah ditetapkan. Ibubapa berkumpul sebelum mendengar taklimat daripada salah seorang wakil daripada kumpulan Dua iaitu Puan Norafidah Yunus iaitu merupakan wakil ibubapa PERMATA. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti kanak-kanak yang berumur 4 Tahun. Kanak-kanak begitu bersemangat berlari ke arah bola dan meletakkan bola ke dalam gelung, serta berlari hingga ke garisan penamat. Pemenang bagi kategori ini ialah adik Nur Saliah. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti keluarga iaitu memasukkan manik ke dalam benang. Kerjasama dan fokus perlu ada bagi aktiviti ini =) . Ibubapa begitu bersemangat dan sangat sporting. Antara lain aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti untuk kanak-kanak berumur 2 Tahun iaitu berlari dan mengambil bendera ke hingga ke garisan penamat. Adik Huzairie saya manang besar...peace Bagi peringkat umur kanak-kanak 2 tahun, aktiviti yang disediakan ialah menarik Jelly yang diikat pada tali yang bergantungan. Penganjur turut memberikan cabutan bertuah kepada pemilik nombor kereta yang bertuah....Aktiviti untuk para bapa pula memecahkan belon yang diikat pada kaki... Bapa Saliah juga yang paling....pandai mengatur strategi Untuk ibu-ibu pula, acara yang paling menarik iaitu mengupas sabut kelapa. Setelah selesai semua acara, 'makan-makan time' dan penyampaian hadiah.Terima Kasih kepada semua ibubapa yang menjayakan aktiviti pada kali ini...TAHNIAH dari warga PAPN Tuaran dan seluruhnya... Disebalik tabir.... dari awal hingga akhir...tu dia.. saya yang kasi kupas itu kelapa, tpi kalah juga tau Gaya, mutu, keunggulan...Model PERMATA....Mengambil peluang Jual-jual.....Murah-murah... "Walaupun uncle dan auntie tak menang,saya tetap bagi sokongan" Itula kali dialog Huzairie =) ringan sama dipikul, berat sama dijinjing |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan