ads

Selasa, 29 Mei 2012

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


PANDANGAN SAYA: KEUPAYAAN PEMBANGKANG <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 06 May 2012 07:14 PM PDT

Keupayaan pihak pembangkang di Kota Belud pada PRU 13, seharusnya tidak dipandang remeh oleh UMNO dan BN. Tradisinya hanya dua parti dalam BN yang akan bertanding di 3 kawasan DUN di Kota Belud iaitu DUN N8 Usukan- UMNO, DUN N6 Tempasuk- UMNO, DUN N7 Kadamaian- PBS dan Parlimen P169 Kota Belud- UMNO.Manakala di pihak Pembangkang, pada PRU 13 ini, dijangka selain daripada Pakatan Rakyat, ada besar kemungkinan parti STAR dan parti pembangkang lain juga akan bertanding, bergantung kepada keputusan akhir perundingan antara Pakatan Rakyat ( PKR,PAS,DAP) dengan parti-parti pembangkang Tempatan.
DUN Usukan menyaksikan pada 99% calon UMNO adalah Datuk Salleh Tun Said. Ini memberi makna Datuk Japlin Akim digugurkan. Namun begitu percaturan akhir Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman akan menjadi penentunya. Setakat ini nama Datuk Salleh disebut-sebut sebagai calon Pilihan. Di DUN Tempasuk, nama Datuk Musbah masih dicalonkan oleh UMNO Kota Belud. Ini juga tidak menentukan Datuk Musbah akan terpilih menjadi calon. TETAPI jika bersandarkan kepada keupayaan dan kehendak rakyat Tempasuk, saya mempunyai keyakinan 90%, Datuk Musbah akan dicalonkan semula. Dun Kadamaian, secara tradisinya adalah kawasan KDM, kawasan ini adalah kubu kuat PBS sama ada parti itu berada di Luar BN ataupun dalam BN. Justeru kawasan ini pada PRU 13, akan tetap ditandingi oleh PBS. Cumanya ada kemungkinan PBS akan 'merehatkan' Datuk Herbert Timbun Lagadan, berdasarkan  rekod prestasi wakil rakyat tersebut, termasuk kes pemecatan ketua-ketua kampung ekoran krisis pembinaan Empangan Tambotuan. Dalam hal ini Datuk Pairin kitingan sewajarnya memikirkan perkara ini jika mahu terus menguasai kawasan Kadamaian.Kesilapan memilih calon di Kadamaian, boleh mencetuskan gelombang perubahan.
Secara logik dan atas kertas, saya mempunyai keyakinan antara 70-80%, kesemua kawasan di Kota Belud akan TETAP dikuasai oleh UMNO dan BN. Manakala peratusan 30-20% berkemungkinan salah satu DUN akan jatuh ke tangan Pembangkang dan kawasan Parlimen Kota Belud sekarang berada pada kedudukan PANAS, iaitu 50-50.Saya akan memberikan sebab kepada ramalan keadaan ini.
Kekuatan dan keupayaan pembangkang di Kota belud bergantung sepenuhnya kepada persefahaman antara mereka. di Pihak Pakatan Rakyat, saya menjangkakan hanya dua parti yang akan menurunkan calonnya pada PRU 13 ini iaitu parti PKR dan parti PAS. DAP setakat ini tidak menunjukkan MINAT di Kota Belud, walaupun cuba untuk menjadi HERO dalam kes pembinaan Empangan Tambotuan.
PKR,PAS dan STAR serta parti pembangkang tempatan lain, sewajarnya DUDUK SEMEJA membincangkan pembahagian kerusi di kalangan mereka jika benar-benar mahu "Menghalau" BN dan UMNO di bumi Kota Belud. Mencari titik pertemuan dan kesepakatan inilah yang paling sukar dibuat tetapi menjadi senjata paling berkesan untuk menawan beberapa kawasan di Kota Belud. Jika GAGAL, pihak pembangkang harus melupakan hasrat dan niat itu, kerana situasi SATU LAWAN SATU akan tidak dapat diwujudkan. Ini memberi "advantage" kepada UMNO dan BN.
Setakat ini PAS diwar-warkan akan bertanding di DUN Tempasuk. Ini bermakna sekutu PAS iaitu PKR tidak akan menurunkan wiranya di kawasan ini. Saya selalu berhujah bahawa percaturan PAS bertanding di Tempasuk bukanlah satu startegi yang berkesan. Jika PAS menurunkan Ustaz Awang Laiman Ikin iaitu setiausaha Penerangan PAS Sabah, sekalipun tidak akan dapat menudukkan keampuhan Datuk Musbah. Pada PRU 2008, Awang Laiman yang ketika itu sebagai calon PKR memperolehi 4109 dengan pencapaian MENANG di kesemua peti Undi suku Iranun KECUALI di Kota Peladok.Jika bersandarkan kepada rekod PRU 2008, Awang Laiman mempunyai penyokong dari suku Iranun, sedikit bajau dan dusun dengan SYARAT ,Awang Laiman bertanding atas tiket PKR. Jika atas tiket PAS, saya menjangkakan pencapaian 2008 itu tidak akan dapat diperolehi semula. Ini bersandarkan banyak faktor seperti, sentimen agama dan suku serta Kehadiran calon lain dari parti STAR dan seumpamanya termasuk calon BEBAS.
Di Dun N8 Usukan, saya merasakan adalah kawasan yang paling sesuai bagi parti PAS untuk menurunkan calonnya. Faktor dan sentimen agama mungkin tidak wujud di kawasan ini kerana majoritinya adalah Bajau-Iranun yang beragama Islam. Pada PRU 2008, calon PKR ,Mohd Shukor Abd. Mumin memperolehi undi 3941.Sebagai rekod calon PAS juga pernah diturunkan di Usukan pada PRU 2004 iaitu Hj. Norbin Aloh tetapi hilang wang deposit.Calon BEBAS Dr Saijan Samit memperolehi undi  4215.
Jika calon PKR diletakkan di Tempasuk dan Usukan, saya menjangkakan persaingan sengit akan berlaku. jika percaturan SATU LAWAN SATU berlaku, saya meramalkan, bahawa sama ada DUN TEMPASUK atau DUN USUKAN akan dapat dikuasai oleh pembangkang. Namun peratusan 70-80% adalah kawasan DUN TEMPASUK.
Manakala di DUN KADAMAIAN, saya lebih senang jika kawasan itu diberikan kepada pembangkang parti tempatan terutama STAR. bagi pengamatan saya kawasan Kadamaian masih terlalu awal menerima kehadiran  parti Malaya terutama PKR dan DAP. Jika calon STAR kena pada tempatnya, kawasan ini boleh menyaksikan penuruan sokongan kepada PBS.
Kawasan parlimen P169 Kota Belud pada saya lebih sesuai jika Parti PKR menurunkan calonnya. Pada PRU 2008, Saidil Simon  (PKR) memperolehi undi 14 822.Ini dijangka akan meningkat jika UMNO masih menurunkan Datuk Rahman Dahlan sekali lagi. Namun jika calon anak tempatan, saya meramalkan kawasan parlimen ini akan terus dikuasai oleh UMNO.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved