ads

Khamis, 29 September 2011

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


PEGAWAI &#39;SAMPAH&#39; <b>DI</b> LEMBAGA BANDARAN <b>KUDAT</b>?

Posted: 23 Sep 2011 02:02 PM PDT


Saudara Pengarang,

SLOGAN "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seharusnya ditukar kepada "Rakyat dikebelakangkan; Pemimpin, Keluarga Serta Kroni Didahulukan" oleh kepimpinan Barisan Nasional, khususnya Umno.

Untuk makluman pembaca, jawatan bagi Pegawai Penguatkuasa Lembaga Bandaran Kudat yang sebelum ini kosong telah diberikan kepada seorang yang hanya memegang Diploma Teknologi Maklumat daripada salah sebuah Kolej Swasta yang berdaftar di Sabah.

Pegawai 'Sampah' yang dimaksudkan adalah Cik Mariani Binti Datuk Masrani Parman (Mantan Adun Pitas). Yang menghairankan kerja tersebut telah diberikan kepada Mariani tanpa melalui proses temuduga ataupun tanpa diiklankan kekosongan jawatan tersebut.

Perlantikan Mariani dibuat selepas pertemuan di antara Datuk Masrani Parman dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Hj Nor kerana Lembaga Bandaran Kudat berada di bawah jurisdiksi kementerian yang diterajui Datuk Hajiji.

Dengan gred gaji pegawai sehingga mencecah hampir RM3,000 ke atas bagaimana mungkin seorang yang hanya memegang Diploma Teknologi Maklumat dilantik ke jawatan yang hanya layak diisi oleh pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ataupun yang setaraf.

Untuk mendapatkan kerja bertaraf pegawai tersebut, sepatutnya banyak prosedur yang mesti dikuti oleh Kerajaan, terutama sekali proses temuduga agar peluang sama rata dapat dikecapi oleh penganggur yang memiliki Ijazah Sarjana muda yang berlambak di pasaran.

Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerajaan Perumahan Dan Tempatan sepatutnya bertanggung jawab penuh berhubung perkara ini; apatah lagi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya menyiasat perlantikan songsang ini bagi meningkatkan kredibiliti, akauntabiliti dan akreditasi Lembaga Bandaran Kudat yang dipenuhi ramai 'Pegawai Sampah' (tidak berkelayakan) melalui lantikan politik.

Sebelum ini, Lembaga Bandaran Kudat (LBK) telah melantik dua orang anak Mantan Pegawai Eksekutif LBK (Ariff Abdullah), seorang daripadanya perempuan, Sufra Binti Ariff, sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa (Jawatan yang ditawarkan dalam Iklan ialah Lelaki); tambahan pula salah seorang pegawai penemuduga ialah ibu tiri Sufra!

Sebagai salah seorang penyokong Umno dan Barisan Nasional serta penganggur yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, saya amat berdukacita kerana masalah kronisme dan nepotisme masih menebal di kalangan pemimpin Umno Sabah. Saya terpaksa memikirkan semula sokongan saya terhadap Umno selepas ini.

Pengadu Malang.

AHMAD BIN ISMAIL

Warga Jati Kudat.

Persembahan <b>di</b> Pesta Magahau Matunggong, <b>Kudat</b> - blog*spot

Posted: 11 Sep 2011 09:58 AM PDT

Ini adalah video ketika persembahan Brenda di Pesta Magahau Matunggong, Kudat yang diadakan pada bulan Mei 2011 lalu..tajuk lagu: Ong Guminavo Ko Doho lagu ini adalah dalam bahasa rungus...

Momen Indah bercuti <b>di Kudat</b>, SABAH « Noriyati Nawi

Posted: 01 Apr 2011 02:24 AM PDT

Cuti persekolahan penggal pertama yang baru berlalu aku berpeluang mengikut suami pulang ke kampung halamannya di Kampung Suang Pai, Kudat, Sabah. Turut menyertai aku dan suami ialah ibu tersayangku dan permata hatiku, Alif dan Fatin.

Aku pernah beberapa kali pergi ke Sarawak atas urusan kerja dan melancong bersama anak-anak permata hati ku itu, tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Lantaran itu aku dan anak-anak sedikit teruja sebaik sahaja kami sampai di KKIA. (Kota Kinabalu International Airport). Jarak dari KK ke Kudat lebih kurang 190km dan dari Kudat ke kampung Suang Pai pula ialah 10km. Memandangkan jarak perjalanan yang agak jauh ini kami mengambil keputusan berehat dahulu di salah sebuah hotel di KK sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat. Suamiku telahpun menyewa sebuah kereta sewa selama seminggu kami disana. Kadar kereta sewa adalah sekitar RM180 keatas (Bergantung kepada jenis kereta) Kami menginap di Tang Dinasty Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar KK. Sempat juga kami meninjau-ninjau pemandangan disekitar ibu negeri Sabah itu.  Keesokan paginya, selepas bersarapan pagi kami meneruskan perjalanan kami ke Kudat. Nasib kami kurang baik kerana disepanjang perjalanan hujan turun dengan agak lebat. Di tambah dengan keadaan jalan raya yang tidak rata, berbukit dan berlubang, membuatkan perjalanan kami amat terbatas dan perlahan tetapi cukup mendamaikan. Perjalananan menuju ke Kudat juga melepasi persimpangan laluan ke Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu dan Pantai Bak Bak. Aku, ibu dan anak-anak terus  ceria menikmati pemandangan yang saujana mata memandang di sepanjang jalan. Suami ku tenang sahaja dengan pemanduannya. Sesekali  suasana didalam perut kereta Waja yang kami sewa riuh dengan hilai tawa aliff dan fatin. Lebih kurang jam 3.45 petang barulah kami sampai ke kampung halaman suamiku. Mama, nenek & adik iparku sudah pun menunggu kedatangan kami dan ternanti-nantikan kepulangan suamiku.

Kampung Suang Pai secara geografinya terletak di atas kawasan berbukit. Dari jalan besar menuju ke kampung ini masih lagi diselaputi tanah merah dan berbatu. Kami harus berhati-hati sewaktu menaiki dan menuruni bukit. Di sebelah kanan kaki bukitnya terbentang laut cina selatan yang dilindungi oleh Pulau Banggi manakala di sebelah kirinya dilembah bukit terbentang sawah padi yang sedang kuning keemasan menyambut kami. Puas mengadap laut biru nan luas dan bermain ombak laut yang airnya jernih, kami menghabiskan masa di sawah padi memerhati orang mengetam padi sambil memancing ikan puyu.  Penat memancing , kami membasahkan badan dengan mandi air telaga tepian sumur yang dingin airnya. Tidak sah kalau tidak berlama-lama mandi. Selesai mandi , kami suka duduk-duduk di pondok tepian sawah yang saujana mata memandang.. Semuanya membuatkan masa berlalu bergitu pantas sekali. Tak puas rasanya kami lalui saat2 indah itu.

 Di kampung ini tidak terdapat bekalan air paip bersih. Menurut penduduk disana, keadaan bentuk muka bumi yang berbukit menyebabkan tekanan air tidak sampai ke tempat mereka. Oleh kerana itu pihak kerajaan hanya menyediakan tong-tong air berukuran lebih kurang 3 kaki tinggi berwarna biru untuk memudahkan penduduk kampung membuat tadahan air hujan sebagai alternatif bekalan air mereka. Mujur juga anak-anak aku dapat menerima keadaan ini dan tidak merungut kerana kerana kekurangan kemudahan lainnya.

Kampung Suang Pai didiami oleh majoriti masyarakat kadazan dusun dari suku kaum Rungus. Mereka bercakap dalam bahasa rungus yang sukar benar aku memahaminya. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku boleh fahami. Majoriti masyarakat disini juga beragama Kristian. Hanya beberapa buah keluarga sahaja yang menganut ugama Islam. Tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh bergaul dan beramah mesra. Kedatangan orang luar seperti aku, ibu dan anak2ku amat dihargai oleh mereka. Setiap dari mereka tetap memberikan layanan yang baik buat kami sekeluarga.

Hari Ke-3 kami menunaikan hajat ibu mertuaku dan juga nenek untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran atau masjlis sambut menantu buat aku dan suami. Aku dan suami juga sempat memakai pakaian tradisional kadazan untuk bergambar kenangan bersama sebahagian daripada mereka. Indahnya saat itu…..

Walaupun masa siang di sini terasa panjang, pejam dan celik masih  terasa cepat masa berlalu sehingga tidak sedar sampai masa untuk kami beredar dari Kampung Suang Pai. Kami hanya tinggal di Kampung Suangpai, Kudat selama 5 hari sahaja. Hajat kami untuk menetap lama terpaksa dibatalkan apabila bekalan air dalam tong sudah kehabisan. Dengan berat hati kami terpaksa meninggalkan kampung Suangpai yang terlalu sarat dengan momen indah kami. Nenek menitiskan air mata semasa kami ingin pulang. Aku cuba menahan sendu dihati… Takut suamiku juga akan turut merasa sedih. Memang lumrahnya alam, setiap yang bermula pasti akan berakhir.Syahdunya detik ini….

Kami sepakat untuk ke KK dan menginap di hotel sementara menanti hari dan masa untuk pulang ke Semenanjung. Pada 3 hari terakhir kami menginap di KK Times Square.. Di sini kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar kota. Melihat gelagat orang ramai, mencuba menu masakan Sabah dan sempat singgah di Pasar Filiphines yang terkenal itu. Malamnya kami meredah pasar malam yang beroperasi hampir setiap malam tanpa mengenal penat dan jemu.

Sebelum berangkat ke KKIA kami juga sempat bersantai di tepian pantai Tanjung Aru. Bergambar dan menghirup udara segar tepi pantai sekali lagi. Cepat sahaja rasanya kami sudah memijak LCCT 3 jam selepas itu.

Sehingga ke detik ini, aku masih terkenangkan percutian itu. Kenangan bersama keluarga suamiku dan penduduk kampung Suang Pai masih terpahat kuat. Aku ingin kembali lagi ….Terimakasih buat Suamiku tercinta kerana menghadiahkan percutian keluarga yang amat indah dan bermakna ini….

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Seminar Perbandingan Agama <b>di Tambunan</b> « Blog Maahad Al <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2011 10:23 AM PDT

Maahad Al-Kautsar Tambunan sekali lagi melakar satu sejarah apabila menjadi tuan rumah dalam penganjuran Seminar TOT ROSE- CRS (Comparative Religion Sharing) oleh Kumpulan CRS Team – IKRAM Johor Bahru Tengah. Seminar anjuran bersama Maahad Al-Kautsar Tambunan dan USIA Bahagian Tambunan selama dua hari pada 22 dan 23hb Julai 2011 terlaksana dengan jayanya. Apa yang menarik ialah, program tersebut telah mendapat sambutan di luar dugaan bukan saja masyarakat Islam dari sekitar Tambunan, bahkan juga dari Keningau dan Kota Kinabalu. Lebih 100 orang yang hadir. Dewan Mini Maahad Al-Kautsar di tingkat bawah yang baru disiapkan dipenuhi dengan peserta-peserta yang hadir selama dua hari.

Antara para peserta dan pengendali seminar yang sempat bergambar

Antara penceramah utama yang membuat pengisian selama 2 hari itu ialah Tuan Muhammad Jaysuman Pusppanathan yang didatangkan bersama rombongannya dari Johor. Pengisian beberapa slot menarik berkisar kepada persoalan seperti why Islam?: A journey for the believers, understanding Hinduism, understanding Christianity, Bible & Quran: Textual Criticism, 10 Questions about Christianity & Hinduism, Conversation Practice: How to dakwah dan The signs of creation. Tema utama adalah perbandingan agama.

Seminar tersebut dilihat begitu penting untuk mempersiapkan para daie atau pendakwah Islam dengan ilmu perbandingan agama bagi menghadapi masyarakat baik dari kalangan Islam mahupun bukan Islam. Penyampaian yang berkesan dan mudah difahami terserlah dengan adanya penggunaan alat bantu seminar seperti LCD-SKRIN yang besar. Sedutan-sedutan gambar dan video yang dipaparkan menurut kajian saintifik amat berkesan membangkitkan semangat dan keyakinan jitu para peserta akan kehebatan Islam dan keagungan Allah s.w.t sebagai pencipta ala mini.

Turut menyentuh perasaan para peserta ialah ketika beberapa peserta dijemput untuk berkongsi kisah mengenai pengislaman mereka dan perasaan mereka setelah memeluk Islam. Perasaan sebak para peserta begitu terasa sekali semasa sesi pekongsian kisah dan pengalaman sebelum dan selepas memeluk Islam.

Sesi perkongsian kisah hidup sebelum dan selepas memeluk Islam

Berkongsi kisah hidup, sebak.... dan terharu

Dulu.. sebelum saya masuk Islam.... tapi sekarang.....alhamdulillah, segalanya berubah

Sesi penghujung seminar turut menyaksikan salah seorang tenaga penting dalam CRS Team iaitu Tuan Zulkifly Khair menghadiahkan beberapa buku hasil karangannya kepada Tuan Guru Ustaz Hj. Hadiq Ismail bagi pihak Maahad Al-Kautsar. Seperti biasa, para pelajar Maahad Al-Kautsar turut menyerikan majlis dengan persembahan pidato, kata-kata hikmah, hafazan al-Quran dan terjemahan kepada para hadirin.

Tak kira di hadapan siapa.. anak Maahad siap siaga berentap ke hadapan demi kebenaran

Dengar sini semua.. "Waktu itu lebih berharga dari emas!".

Hafazan Surah al-Soff dan terjemahan

Antara buku karya Tuan Zulkifli Khair sebagai cenderahati

Beberapa peserta termasuk CRS Team turut berkesempatan melawat Pertapaan Kramel-Gereja Katholik sebelah petangnya yang terletak di kawasan tanah tinggi yang mengambil lebih kurang 7 kilometer dari Pekan Tambunan. Para Sisters telah menyambut dengan baik kedatangan rombongan yang menggunakan 3 buah kereta. Beberapa tempat menarik seperti tempat pertapaan penganut Kristian yang luas telah dikunjungi. Para peserta turut merakamkan gambar beramai-ramai bersama para Sisters sebagai tanda harmoni dan perpaduan.

Laluan ke Pertapaan Sister Puteri Karmel

Pemandangan bangunan di sekitar Sister Puteri Karmel dari atas

Rombongan disambut mesra oleh Sisters lambang keharmonian dalam kepelbagaian

Memerhati penorama sekeliling

sekitar pertapaan dengan struktur binaan yang unik

Gambar sebagai lambang harmoni dan perpaduan sesuai slogan "1Malaysia"

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran seminar selama 2 hari tersebut. Gandingan kerjasama antara USIA Bahagian Tambunan dan Maahad Al-Kautsar dalam memastikan kejayaan program tersebut mampu melahirkan gerak kerja dakwah yang tersusun dan berkesan khususnya di Daerah Tambunan pada masa hadapan. Dr. Yusof Jasmin, selaku Pengerusi Lembaga Maahad Al-Kautsar dan merangkap Presiden Perkumpulan Muallaf Sabah dalam ucapan penutupannya melahirkan rasa kesyukuran dan penghargaan atas komitmen yang dicurahkan oleh semua yang terlibat, khususnya kepada CRS Team dari Johor yang telah memberikan input yang berguna kepada para peserta. Komitmen yang tinggi dari Cikgu Azmi Hj. Sidik selaku Pengarah Program sesungguhnya amat bermakna dalam memastikan seminar tersebut mencapai objektifnya.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Maahad Al-Kautsar sentiasa bersedia untuk dijadikan sebagai lokasi pengendalian program-program penting Islamiah dan kemasyarakatan demi kelangsungan pencarian ilmu dan dakwah Islamiah di daerah ini.

Lontugi.com » Blog Archive » Kolej KDM akan dibina <b>di Tambunan</b> <b>...</b>

Posted: 28 May 2011 08:29 PM PDT

Posted on May 29, 2011 | Category: Pendidikan


TAMBUNAN: Kolej Kadazandusun Murut atau Kolej KDM akan dibina di kawasan Kaingaran, di sini, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata pegawai Daerah Tambunan telah diarah untuk mengenalpasti lokasi sebenar pembinaan kolej itu.

"Saya sendiri akan buat tindakan susulan (follow-up) perkara ini dengan pihak yang berwajib untuk memastikan cadangan penubuhan Kolej KDM ini dapat direalisasikan," katanya yang juga pemimpin Agung Kadazandusun Huguan Siou.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Kaamatan peringkat derah Tambunan di sini Sabtu.

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut (Pekadin) sebelum ini mencadangkan penubuhan Kolej KDM di Sabah untuk membantu menyerlahkan peranan masyarakat Kadazandusun dan Murut dalam pendidikan seiring dengan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Terdahulu, Persatuan kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) menggesa kerajaan agar mengiktiraf Huguan Siou dengan mewujudkan Huguan Siou sebagai sebuah institusi yang diperakui kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Perhubungan KDCA Tambunan, Daniel Kinsik berkata pengwujudan institusi Huguan Siou bukan sahaja mengiktiraf peranan masyarakat Kadazandusun dalam menyumbang kepada pembangunan negara tetapi juga memastikan keterlibatan langsung masyarakat itu. – BERNAMA

Sumber: mstar

» Filed Under Pendidikan


Leave a Reply

ZIARAH SAUDARA SEAQIDAH <b>DI</b> KAMPUNG TONOP, <b>TAMBUNAN</b> <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 07:16 AM PDT

Bersama-sama dengan sahabat akrab, Ustaz Akub Baba menuju ke Kampung Tonop yang terletak sekitar 20km daripada Pekan Tambunan. Kampung ini terletak di tepi jalan besar menuju ke Daerah Ranau.

Kehadiran ini adalah bagi melengkapkan lawatan ajk USIA Tambunan pada kesekian cawangan yang wujud. Maklumlah USIA Tambunan mempunyai cawangan sebanyak 15 buah mengikut kampung di seluruh Daerah Tambunan.

Alhamdulillah, setibanya di sana kelihatan komuniti umat muslimin dan muslimat sudah menunggu lebih awal. Difahamkan ada yang datang dari jauh antaranya kampung Tampasak Liwan, Kampung Tiang, Kampung Puntingabai dan Kampung Kirokot.

Syabas pada sdr Jasrin Sipai yang telah bertungkus lumus menyediakan apa yang sewajarnya. Beliau merupakan antara penggerak USIA di cawangan berkenaan.

Syabas juga pada sahabat saya sdr Azmi Sidik, Ustaz Zaki Laumin, Kak Hajah Nursuhana Abdullah, Ust Salehuddin Rusinin, Ustaz Akub Baba dan ajk yang lain kerana punyai ruh perjuangan yang tidak pernah lentur.

Seusai majlis berbuka puasa, majlis seterusnya dimulakan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Salehuddin, selaku ketua biro dakwah USIA Tambunan. Tazkirah panjang lebar banyak menyentuh mengenai kesedaran beragama, mengenai ramadhan dan mengenai kewajipan solat lima waktu.

Sebelum itu, saya sempat berbicara mengenai peranan USIA Tambunan dari dulu sehingga kini. Sekalung penghargaan pada para pejuang dan pendokong  USIA terdahulu kerana antara penyumbang kemasukan nur Islam di Daerah ini.

Seusai menunaikan solat Isya dan Terawih, sahabat seperjuangan iaitu Imam Daerah mengumumkan nama-nama penerima bantuan zakat di kalangan asnaf fakir miskin dan mualaf.

Sesungguhnya, saya amat berbangga mereka yang meskipun baru sahaja memeluk agama ini namun sudah menunjukkan kecintaan terhadap pengamalan agamanya. Alhamdulillah, inilah yang terjadi di kampung ini.

Saya berdoa, semoga sahabat-sahabat seperjuangan tidak akan luntur jiwanya dalam mendekati saudara baru ini. Mereka perlukan belaian bimbingan dan kasih ukhuwah sejati.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


sabahkini.net: RIBUT KENCANG MUSNAHKAN 3 RUMAH <b>DI PAPAR</b>

Posted: 28 Sep 2011 08:15 PM PDT


SUMBANGAN...Salah seorang keluarga mangsa tragedi telah menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Papar yang disampaiklan oleh Hj Talub Rahim.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

RIBUT kencang yang melanda Kampung Bambangan dan Kampung Kuala di Papar antara jam 5.00 petang dan 4.30 subuh pagi kelmarin telah memusnahkan tiga buah rumah di kampung berkenaan.

Pegawai Perhubungan Media Parlimen Papar, Sidek Kolo yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan semalam melalui panggilan telefon, antara lain menjelaskan, mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian tersebut

Katanya, Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin yang dimaklumkan mengenai tragedi tersebut dengan pantas mengarah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Papar, Haji Talip Rahim dan Pegawai Perhubungan Parlimen Papar Abdul Manan Hj Talipudin serta kakitangan pejabat parlimen segera menyampaikan sumbangan kewangan dan makanan untuk meringankan beban kepada keluarga mangsa terbabit.

ROSAK....Beginilah keadaan salah satu rumah di Kampung Bambangan yang terlibat ribt angin kencang.

Dalam pada itu, Rosnah menyeru kepada mangsa-mangsa terlibat dalam kejadian ribut angin kencang itu supaya bersabar menghadapinya kerana semua kejadian yang menimpa adalah di luar jangkaan manusia.

Bagaimanapun, kata Rosnah, pihaknya akan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan sampingan, sementara rumah-rumah mereka yang telah musnah akibat tragedi itu akan dibaik pulih pada masa terdekat ini.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Firzie83 Ingin Jadi Mama Papa: Tmpt Favourite <b>di Ranau</b>,Sabah

Posted: 17 Sep 2011 11:14 PM PDT

Saya sgt suka tmpt nih...walaupun saya x merendamkan kaki bersama ikan2 tu, saya rasa amat teruja ;)
Apapun..Fish Tagal amat mengujakan okae ;)
Kalo kwn2 pi ke Ranau..sila jgn lupa singgah di sini ok ;p...
Tmptnya bersebelahan ja dgn Sabah Tea.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 45minit dr Kundasang.
Jadi..sila layan ja gmbr2 ni ya kwn2 ;p
Besaq2 tau ikannya...ceq geli laaaaa...;)
Incik Suami dgn " Ikan Kelah "...tapi kat Sabah dorang panggil " Ikan Helang "...
Hubby skrg yg da ngalahkan bininya bergambar...
Jadi..kalo ke Ranau..mesti singgah sini...kalo nak mandi bersama ikan pun boleh dengan harga hanya RM10...

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG MIK: Bung Mokhtar <b>Kinabatangan</b> Akan TEWAS Sekiranya <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 09:40 PM PDT


Anwar Ibrahim menghabiskan masanya selama beberapa hari menjual minyak pelincir di Sabah dan Sarawak.

Bersama sama dengan Khalid Gagap Menteri Selangor, mereka berdua telah melakukan "tour Aidil Fitri" dan difahamkan bajet sebesar RM1 Juta telah dibelanjakan dalam kunjungan mereka ke Sabah dan Sarawak…

Tak tahu dari mana Khalid Gagap dapat dana, tetapi semua peruntukan telah diturunkan kepada Ketua-Ketua Cabang PKR. Mereka senyum sampai ke telinga…!

Wow! Hebat sungguh peruntukan Anwar dan Khalid Gagap. Mantap….! Apakah bajet dan dana Selangor yang digunapakai? Atau Anwar sudahpun secure allocation daripada orang luar dalam berdepan dengan PRU13. Anwar nampak yakin sangat….

Nampaknya, Anwar dan Khalid Gagap sudahpun memberi perhatian khas kepada Sabah dan Sarawak dalam sambutan idulfitri kali ini. Banyak dana Selangor yang dibawa ke Sabah dan Sarawak, secara khusus dalam membulatkan semula tekad untuk 'change' yang berjaya dibawa oleh DAP sebelum ini dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu.

Dalam mesyuarat dan pertemuan pimpinan Pakatan Rakyat; DAP secara khusus menyatakan rasa kecewa kerana kurang mendapat bantuan komponen dalam menarik undi masyarakat bukan Cina di Sarawak. DAP mahu PKR memberikan tumpuan lebih – setelah PAS gagal berbuat demikian dalam PRN Sarawak.

Sambutan di Sabah nampak lebih hebat berbanding Sarawak. Ini berdasarkan maklumat dalaman yang diberikan kepada blog ini. Mereka yakin, BN Sabah akan terus berdepan dengan krisis dalaman menjelang PRU13 nanti. Anwar secara peribadi – memaklumkan bagaimana UMNO Sabah sudah terpecah 3. Satu milik Musa Aman. Satu milik Shapie Apdal. Dan satu lagi kelompok LIAR yang sedia nak melompat pada bila-bila masa. Anwar ulang skrip 16hb September….!!

Anwar mahukan PKR memperkukuh jentera parti di peringkat paling bawah. Antara kawasan yang paling berpotensi untuk menang adalah PAPAR! Anwar jelaskan bagaimana Rosnah Shirlin akan menjadi liabiliti kepada UMNO jika terus bertanding di Papar.

Menarik ulasan Anwar – termasuk bagaimana Kinabatangan juga akan tumbang jika UMNO menggunakan calon sama.

sumber -

Blog Gelagat Anwar

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tiga Jalan raya utama <b>di kota Kinabalu</b> akan jadi tumpuan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 10:45 PM PDT

No of View :937

Tiga jalan raya utama yang sering berlaku kemalangan maut di sini akan diberi lebih tumpuan sepanjang Ops Sikap kali ke-24 pada kali ini.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata jalan yang dimaksudkan itu ialah Jalan Tuaran, Jalan Tuaran Bypass dan juga Jalan Tun Fuad Stephen.

"Ketiga-tiga jalan berkenaan menjadi tumpuan Ops Sikap pada kali ini memandangkan jalan berkenaan adalah jalan utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di bandaraya ini sepanjang Januari hingga Julai tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan Jalan Tuaran iaitu bermula dari stesen minyak Shell Karamunsing hingga lampu isyarat Batu 5 mencatatkan empat kes maut dan 13 kes cedera parah.

Sementara itu, bagi Jalan Tuaran Bypass yang bermula dari lampu isyarat Batu 5 hingga ke lampu isyarat Jalan Tuaran Bypass mencatatkan dua kes maut dan lima kes cedera parah.

Manakala bagi Jalan Tun Fuad Stephen yang bermula dari bulatan Perkasa hingga ke lampu isyarat Yayasan Sabah, sebanyak lima kes kemalangan maut dan empat kes kecederaan parah dilaporkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, Sofi berkata enam kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya juga akan diberikan penguatkuasaan khusus sepanjang Ops Sikap kali ini.

"Antara kesalahan yang akan diberi penguatkuasaan khusus ialah mengakibatkan kemalangan jalan raya, pandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat kampu merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan yang menggunakan lorong kecemasan.

"Kadar kompaun saman ke atas semua enam kesalahan terbabit juga tidak akan dikurangkan," katanya menambah kabinet sebelum ini juga telah meluluskan pengurangan had laju sebanyak 10 kilometer sejam bagi semua jalan persekutuan dan jalan negeri.

Sementara itu, Sofi memberitahu sebanyak 26 kemalangan maut dilaporkan berlaku di daerah berkenaan sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 3,053 kes kemalangan yang berlaku di Kota Kinabalu sepanjang tempoh berkenaan.

Incoming search terms:

from your own site.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


<b>Beluran di</b> sana sini: Al-kisah sejarahnya....

Posted: 23 Sep 2011 05:29 PM PDT

Selamat datang ke gerbang kecil Beluran... he.. Aku mahu cerita pasal Beluran ni bukannya ada sebab-sebab spesifik. Saja-saja untuk mengisi masa lapang. Mahu promote hometown sendiri. Ramai kawan-kawan aku cakap yang Beluran ni tiada apa-apa... hu..sedih aku dengar bila anak jati Beluran sendiri cakap macam tu. Memang diakui Beluran ni belum berkembang maju sepenuhnya tapi rasanya ndak lama lagi maju juga ba Beluran ni. Sebenarnya banyak benda yang menarik di Beluran ni cuma kita orang Beluran sahaja yang tidak perasaan. Jangan risau nanti aku kasi update juga dari masa ke semasa apa yang best pasal Beluran ni...hu...

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pereka hiasan dalaman <b>di Sandakan</b> | Wannah Enterprise <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2011 08:28 AM PDT

If you have even a passing interest in the topic of Interior designers in Sandakan, then you ought to have a look at the subsequent info. This enlightening article presents some of the most recent news on the topic of Interior designers in Sandakan.

If your Interior designers in Sandakan facts are out-of-date, how can that have an effect on your actions and decisions? Make certain you don't let necessary Interior designers in Sandakan info slip by you.

Artikel ini menerangkan beberapa perkara mengenai pereka Interior di Sandakan, dan jika anda tidak berminat, maka ini adalah bacaan yang bernilai, kerana anda tidak boleh memberitahu apa yang anda tidak tahu.

Jika fakta anda mengenai pereka Interior sudah lapuk, bagaimana itu akan memberi kesan kepada tindakan dan keputusan anda? Pastikan anda tidak melepaskan maklumat penting mengenai pereka Interior dalaman di Sandakan terlepas oleh anda sendiri.

Pereka hiasan dalaman di Sandakan | Interior Designers in Sandakan

www.wannah.tk Pereka hiasan dalaman di Sandakan | Interior Designers in Sandakan

Other articles you might like;

Incoming search terms:

Internet Marketing Services For Small Businesses, Full Internet Marketing Services, Free Online Classified Sites, Local Job Search Free, Skin Condition, Mesothelioma Diagnosis, Best Auto Parts Store, 5 Dollar Online Store, Md Nursyazwi

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Kerana RM300, seorang mandur maut ditetak <b>di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 01:15 AM PDT

Hanya kerana diminta menjelaskan hutang RM300, seorang lelaki 'naik hantu' apabila sanggup menetak seorang mandur sehingga lehernya hampir putus dan isi perutnya terburai dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di Jalan Tulangis, Penampang, kelmarin.

Bukan itu saja, hampir seluruh tubuh mangsa, Omar Daud, 26, turut dicincang dengan lebih 10 kesan tetakan menggunakan parang yang turut menyebabkan beberapa jari tangan hilang dalam kejadian kira-kira jam 7 malam. Isterinya, Fadilah Jali, 23, yang terdengar jeritan suaminya di luar rumah segera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berlumuran darah serta tertiarap tidak sedarkan diri.

Dua lelaki dipercayai adik-beradik lingkungan 20-an dilihat memegang parang dipenuhi darah berada di sisi mangsa.

Fadilah kemudian menjerit memanggil adik saudaranya, Hazri Sabri, 18, bagi membantu suami, tetapi tidak berjaya apabila seorang daripada lelaki berparang terbabit mengejar menyebabkan mereka memasuki dan mengunci diri dari dalam rumah sebelum dua lelaki terbabit melarikan diri. Menurut Fadilah, sebelum kejadian dia bersama empat anaknya berada di dalam rumah sebelum meluru ke luar selepas mendengar jeritan suaminya.

Fadilah berkata, dia mengetahui seorang daripada suspek meminjam RM300 daripada suami selepas kalah berjudi, tetapi terus kalah dalam kegiatan itu menyebabkan suaminya cuba meminta suspek membayar semula wang dipinjam. Menurutnya, tindakan suaminya menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan suaminya ditetak hingga maut.

Polis sudah menggerakkan operasi termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memburu kedua-dua suspek yang dipercayai turut cedera. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, kerana membunuh.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Objek berbentuk &#39;UFO&#39; dilihat <b>di Penampang</b> - Komunitikini

Posted: 16 Feb 2011 04:05 AM PST

Sebuah objek yang tidak dikenali, terbang dengan mengeluarkan warna seakan-akan api muncul secara tiba-tiba sekitar jam 12.15 awal pagi semalam di kawasan pangsapuri Beverly Hills, Jalan Bundusan, Kota Kinabalu.

Wartawan Komunitikini menyedari kehadiran objek tersebut kerana warnanya yang terang, bersaiz besar dan kedudukanya yang tidak tinggi daripada mukabumi. Walau bagaimanapun kehadirannya tidak mengeluarkan sebarang bunyi bising.

Objek tersebut muncul daripada arah tenggara dan kelihatan bergerak secara perlahan-lahan seolah-olah sedang dikawal oleh sesuatu. Objek tersebut bergerak melintasi hadapan bangunan pangsapuri.

Kehadiran objek sebegitu di langit adalah amat pelik keranan ia jarang sekali berlaku. Pada bulan Oktober 2003, dilaporkan bahawa penduduk di Papar dikatakan telah melihat objek yang kelihatan agak sama.

Kemunculan objek di Penampang ini dianggar berkedudukan lebih tinggi  daripada bangunan Yayasan Sabah. Ia terbang dalam masa tiga hingga lima minit sebelum mengubah haluan secara tiba-tiba dan dengan sekelip mata terbang dengan lebih pantas. Ia kelihatan seolah-olah menjunam ke bawah sebelum hilang dari pandangan kerana halangan oleh beberapa bangunan pangsapuri.

"Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku," kata Agnes salah seorang penghuni pangsapuri tersebut yang turut menyaksikan kehadiran objek yang pelik itu.

Agnes juga menyatakan bahawa pada mulanya beliau menyangka ia adalah bunga api tetapi setelah melihat cara pergerakkan objek tersebut, beliau pasti ia bukan mercun. Lebih pelik lagi ialah ia tidak mengeluarkan apa-apa bunyi.

Kemunculan objek ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk Penampang, samada ia adalah bunga api, ataupun 'Tang Lung' yang dibakar dan dilepaskan ke angkasa oleh orang Cina ketika menyambut Tahun Baru Cina. Persoalan samada objek mungkin ini mungkin helikopter atau kapal terbang yang dilihat dari jauh juga tidak boleh dinafikan.

Walaubagaimanapun, ketiadaan sebarang bunyi daripada objek ini semasa ia bergerak dan cara ia bergerak juga menimbulkan banyak persoalan.

Ura-ura kehadiran 'Unidentified Flying Object" atau lebih dikenali sebagai  'UFO'  di Kota Kinabalu semakin meningkat di sepanjang tempoh 10 tahun ini. Desas-desus ini bermula dengan kehadiran  'The Flying Coffin' pada tahun 2001, 'UFO' yang dikatakan keluar dari laut di pantai Tanjung Aru, UFO di Tanjung Lipat, UFO di Kolombong pada 2008, UFO di Tuaran pada tahun lepas.

Malahan ada juga penduduk disekitar kawasan Kota Kinabalu yang mendakwa pernah diculik oleh makhluk asing. Wartawan Komunitikini sendiri mengakui telah menyaksikan kehadiran objek sebegini sebanyak lima kali sepanjang 10 tahun ini.

Keterangan;

Gambar di atas ini bukanlah objek UFO sebenar yang dilihat wartawan, tetapi ia diambil oleh individu tertentu yang menyiarkannya di internet dan ianya hampir menyerupai seperti apa yang dilihat wartawan.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved