ads

Jumaat, 16 September 2011

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


sabahkini.net: TIADA RAMPASAN TANAH <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 09 Aug 2011 09:49 AM PDT


Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

AHLI PARLIMEN Malaysia (Kota Belud), Datuk Abdul Rahman Dahlan, menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah adat di kawasannya.

Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu menuduh Rahman 'menggadai' 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan.

Tanah berkenaan merangkumi kawasan pantai yang akan menjadi lokasi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang syarikat terbabit sebagai sebahagian daripada projek pelancongan.

Menurut Rahman, awalnya syarikat itu mahu melaksanakan projek terbabit di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut.

Rahman berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Musa Aman.

"Kota Belud adalah daerah yang masih miskin, mundur dan dahagakan pembangunan, jadi sudah tentu saya gembira kerana projek berkenaan dipindahkan ke sini," katanya kepada FMT.

"Bukan mudah untuk projek pembangunan dibawa di Kota Belud dan yang ini tiba bagaikan bulan jatuh ke riba."

Syarikat berkenaan, bagaimanapun, mempunyai pandangan berbeza kerana perjalanan ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam.

Bagaimanapun, selepas menyelidik kawasan yang dikatakan itu, pemajunya berpendapat pantai di Rampayan akan menjadi lokasi utama kerana ia tidak diduduki dan berhampiran dengan jalan utama.

"Saya membincangkan lokasi pilihan itu dengan Wakil Rakyat kawasan Tempasuk kerana tanah adalah urusan negeri," katanya.

"Semuanya bersetuju, maka langkah berikutnya ialah mengesahkan pemilikan tanah dengan Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC)."

"Keluasan tanah yang terbabit ialah 853 ekar dan bukan 1,200 ekar seperti dilaporkan. Bagaimanapun, ia masih bersaiz besar dan pihak yang berkuasa meluluskan penggunaannya hanyalah Kabinet Negeri."

Rahman masih mengingati dua mesyuarat LUC pada (2010). Dalam mesyuarat pertama, Jawatankuasa Penggunaan Tanah dimaklumkan beberapa individu ada memohon untuk mendapatkan hakmilik ke atas tanah terbabit.

Dalam mesyuarat kedua, Jabatan Tanah dan Ukur mengesahkan tiada permohonan yang telah diluluskan. Dalam erti kata lain, pantai Rampayan masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Di akhir mesyuarat itu, status tanah berkenaan adalah jelas dan isu NCR langsung tidak dibangkitkan oleh semua ahli mesyuarat (termasuk Jabatan Tanah Kota Belud). Tahu-tahu selepas itu, masyarakat setempat memprotes dan mendakwa tanah warisan mereka dirampas," katanya.

TANAH BELUM DILULUSKAN

Tiga bulan lalu, satu mesyuarat diadakan antara Rahman, Adun Tempasuk Musbah Jamli, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan dan Pegawai Daerah.

Ia berakhir dengan pegawai daerah menasihatkan Jawatankuasa Bertindak supaya membuat aduan bertulis berserta bukti (dan hujah mereka) kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

"Mereka belum mengemukakan dokumen yang membuktikan ia adalah tanah NCR dan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri tidak boleh bertindak berdasarkan tuntutan lisan semata-mata," kata Rahman.

"Justeru, kami menemui mereka membincangkan penyertaan penduduk dalam pembangunan jika (kerajaan negeri) mahu projek itu diteruskan."

"Jawatankuasa Bertindak memberi beberapa cadangan dan bersetuju untuk kembali dengan senarai lebih teratur tetapi sehingga sekarang kami belum mendengar khabar berita daripada mereka sejak itu."

Rahman turut menafikan dakwaan penduduk tertentu kononnya beliau menipu mereka dengan menulis surat sokongan bagi projek itu dan menyaksikan persetujuan pelan pembangunan pada Ogos 2010.

"Saya memberi surat itu sebelum mesyuarat LUC pertama lagi dan ia adalah surat yang biasa saya buat untuk banyak permohonan projek-projek lain. (Tambahan pulak, saya dimaklumkan sebelum surat itu diberi bahawa kerajaan negeri menyokong permohonan itu)" jelasnya.

"Mungkin mereka baru mendapat tahu mengenai surat itu dan mengandaikan saya menikam mereka dari belakang."

"Apa yang lebih penting, tanah itu belum diluluskan oleh kabinet negeri untuk pembangunan berikutan pertikaian berhubung isu NCR."

Rahman menekankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain memeriksa status tanah itu berkali-kali bagi memastikan ia bukan tanah NCR, malah menegaskan beliau sendiri akan menentang projek pembangunan itu jika ia adalah tanah NCR.

"Saya tidak mahu menipu penduduk," katanya. "Tiada apa perlu saya sembunyikan dan saya tidak rugi apa-apa jika projek pembangunan ini dibatalkan."

"Saya menghormati mana-mana tanah NCR dan begitu juga kerajaan negeri tetapi buat masa sekarang, pendaftar tanah menunjukkan kawasan itu adalah milik kerajaan negeri, baik dari segi undang-undang mahu pun status rasmi."

Rahman mengakui permintaan penduduk terbabit yang mahu tanah itu dibahagikan di kalangan mereka tetapi persoalannya ialah pulangan ekonomi terhadap daerah itu secara menyeluruh.

"Kita ada juga penduduk sekitar disitu yang mengalu-alukan peluang pekerjaan susulan pembangunan ini," katanya.

"Oleh itu, dilema saya (dan wakil-wakil rakyat yang lain) ialah antara mengutamakan kehendak yang membangkang berbanding keperluan kelompok yang lebih besar. Apa pun, kita perlu membina kekuatan ekonomi Kota Belud dan kekuatan itu ialah sektor pelancongan dan pertanian."

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Perayaan kuih Bulan <b>Di Sipitang</b> - Datuk Sapawi Hj. Ahmad

Posted: 13 Sep 2011 04:39 AM PDT

SUMBANGAN…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada warga emas berketurunan cina di majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi diperhatikan Ahmad menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Penganjur Suu Lee Chen di majlis tersebut.
CERIA…Sapawi dan Ahmad ketika menghadiri majlis makan malam sempena perayaan Kuih Bulan Tokong Hock Teck Hong, Sipitang.
DIRAIKAN…Sapawi dan Ahmad diperhatikan Suu dan Wong oleh menyaksikan acara sambutan warga emas Wong Mai Lan,78 dan Lee Wan Rou,92 (duduk kanan) bersama warga emas berketurunan cina di majlis tersebut.

MERIAH…Sapawi dan Ahmad memotong riben bersama-sama peyumbang kewangan di majlis tersebut.

SIPITANG: Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh sehingga sanggup menggocang keamanan dan keharmonian yang dinikmati.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat yang bijak pasti sahaja akan memilih mengekalkan keamanan dan keharmonian tersebut.

"Usah bertindak membelakangkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati koruna padahnya amat dalam untuk dirasai," katanya pada majlis perayaan kuih bulan di Tokong Hock Teck Hong di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Penasihat Tetap Tokong Hock Teck Hong Suu See Teng dan Pengerusi Tokong Hock Teck Hong Wong Teck Sing.

Sapawi berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati membolehkan rakyat hidup dengan selesa.

Katanya kehidupan rakyat di beberapa negara yang bergelora wajar dijadikan teladan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk rakyat.

"Pembangkang hanya mahukan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan pentingnya keamanan dan keharmonian rakyat

Sapawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang berkata antara dakyah itu termasuklah menggunakan isu-isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan keamanan tersebut.

Katanya agenda utama pembangkang hanyalah mahukan kuasa dan untuk mendapatkan kuasa itu, mereka berusaha menggunakan rakyat.

"Kita telah menikmati kehidupan yang selesa di mana keamanan dan keharmonian pelbagai kaum menerusi kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mewujudkan rasa cemburu kepada rakyat di negara lain.

"Jadi keamanan dan keharmonian yang telah dan sedang nikmati perlu untuk dipertahankan," katanya lagi.

Menurutnya dengan keamanan dan keharmonian yang diutamakan oleh rakyat membolehkan BN meneruskan perancangan ke arah menjadikan negara terus membangun dan maju.

Katanya kemajuan dan pembangunan negara memberi pulangan yang bermanfaat buat rakyat sendiri.

Beliau berkata BN tidak pernah menghalang mana-mana rakyat yang berusaha untuk meraih kekayaan dan sebaliknya BN sentiasa berusaha mempastikan golongan miskin turut dibangunkan dengan memberi pelbagai kemudahan dan bantuan.

Sapawi berkata usaha itulah juga yang dilakukan oleh BN di Sipitang di mana keutamaan ditumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat.

"Kita berusaha membangun dan memajukan Sipitang kerana hasil daripada kemajuan dan pembangunan itu memberi manfaat kepada rakyat termasuklah pembangunan ekonomi rakyat," katanya dan menambah BN tidak mengamalkan perkauman atau hanya menumpukan kepada satu kaum sahaja.

Menurutnya tiada amalan meminggirkan dan menumpukan hanya kepada satu kaum tetapi apa yang dilakukan oleh BN dalai menyeluruh kepada semua kaum di negara ini.

Pada majlis itu Sapawi telah menyampaikan sumbangan RM3,000 untuk tokong tersebut selain sumbangan kepada warga emas berketurunan Cina.


UMNO Online - Pengundi <b>Sipitang</b> Diminta Tolak Hasutan, Pertahan <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 04:22 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pengundi Sipitang Diminta Tolak Hasutan, Pertahan Keamanan, Keharmonian

SIPITANG, 13 Sept – Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh sehingga sanggup menggocang keamanan dan keharmonian yang dinikmati.

Ketua UMNO Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat yang bijak pasti sahaja akan memilih mengekalkan keamanan dan keharmonian tersebut.

"Usah bertindak membelakangkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati kerana padahnya amat dalam untuk dirasai," katanya pada majlis perayaan kuih bulan di Tokong Hock Teck Hong di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati membolehkan rakyat hidup dengan selesa.

Justeru tegasnya berbanding kehidupan rakyat di beberapa negara yang bergelora wajar dijadikan teladan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Menurutnya apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk rakyat. Pembangkang hanya mahukan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan pentingnya keamanan dan keharmonian rakyat

"Antara dakyah itu termasuklah  menggunakan isu-isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan keamanan tersebut. Agenda utama pembangkang hanyalah mahukan kuasa dan untuk mendapatkan kuasa itu, mereka berusaha memperdayakan rakyat dengan pelbagai isu fitnah," ujarnya yang juga  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang.

Ujarnya lagi rakyat telah menikmati kehidupan yang selesa di mana keamanan dan keharmonian pelbagai kaum menerusi kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) telah menjadi contoh kepada negara- negara lain.

"Jadi keamanan dan keharmonian yang telah dan sedang nikmati perlu untuk dipertahankan", katanya.

Jelas beliau dengan keamanan dan keharmonian rakyat membolehkan BN meneruskan perancangan ke arah menjadikan negara terus membangun dan maju.

"Kemajuan dan pembangunan negara memberi pulangan yang bermanfaat buat rakyat sendiri. BN tidak pernah menghalang mana-mana rakyat yang berusaha untuk meraih kekayaan dan sebaliknya BN sentiasa berusaha mempastikan golongan miskin turut dibangunkan dengan memberi pelbagai kemudahan dan bantuan.

"Kita berusaha membangun dan memajukan Sipitang kerana hasil daripada kemajuan dan pembangunan itu memberi manfaat kepada rakyat termasuklah pembangunan ekonomi rakyat," katanya dengan menambah BN tidak mengamalkan perkauman atau hanya menumpukan kepada satu kaum sahaja.

Sapawi berkata usaha itulah juga yang dilakukan oleh BN di Sipitang di mana keutamaan ditumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat.

Menurutnya tiada amalan meminggirkan dan menumpukan hanya kepada satu kaum tetapi apa yang dilakukan oleh BN adalah menyeluruh kepada semua kaum di negara ini.

Pada majlis itu beliau telah menyampaikan sumbangan RM3,000 untuk tokong tersebut selain sumbangan kepada warga emas berketurunan Cina. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 13 September 2011 Pada 7:22 PM

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: KAFA <b>DI</b> SOOK DAN <b>NABAWAN</b> TERIMA RM34,000

Posted: 15 Sep 2011 10:24 AM PDT


CEK….Kurup menyampaikan replika cek kepada guru KAFA Sook dan Nabawan, disaksikan Elron.

Oleh : YAYASAN DALIMPOS

GURU Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di Sook dan Nabawan kini merasa lega kerana dapat dibantu oleh kerajaan melalui peruntukan yang diberikan Ahli Parlimen Pensiangan sebanyak RM34,000 sempena Hari Raya terbuka anjuran Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup berkata, peruntukan itu adalah bermanfaat kepada guru-guru Kelas Agama Fardu Ain dan 52 buah sekolah agama di kedua-dua daerah iaitu Sook dan Nabawan bagi tujuan pengajian Al-Quran atau aktiviti agama.

Peruntukan itu mampu menjana perlaksanaan aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru KAFA di setiap sekolah di Sook dan Nabawan.

Kurup berharap rakyat di Sook dan Nabawan khususnya dalam Parlimen Pensiangan agar sentiasa melakukan aktiviti keagamaan yang dapat meningkatkan moral dan akhlak kanak-kanak dan belia-beliawanis di daerah ini dalam menghadapi zaman teknologi.

Beliau ingin rakyat di daerah ini agar bersatupadu dan menjalinkan silaturrahim melalui penganjuran perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan dengan saling menghormati antara satu sama lain.

Katanya, melalui hubungan yang intim, sikap terbuka, kunjung-mengunjungi dan saling menghargai maka wujud keharmonian sebagai rakyat yang aman dan sentosa.

Mengenai transformasi negara melalui slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, amat bermanfaat kepada perpaduan rakyat demi bangsa dan negara yang tercinta terutamanya ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut kemuncaknya pada 16 September ini.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, turut melafazkan ucapan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di Sook dan Nabawan dan berterima kasih kerana sudi datang meraikan rumah terbuka yang diadakan di dewan masyarakat Sook.

Kira-kira 3,000 orang menghadiri rumah terbuka Hari raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen bersama Celcom tersebut di sini.

Dalam pada itu Kurup menyarankan rakyat di Sook dan Nabawan agar mengutamakan perpaduan sebagai landasan keamanan negara dalam mengelak segala perkara yang tidak diingini berlaku.

Sempena majlis rumah terbuka tersebut Kurup, Puan Sri Melinda dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Elron A.Angin menyampaikan duit raya kepada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak yang mengunjungi majlis yang berlangsung dari pagi hingga ke petang.

Turut memeriahkan majlis ialah artis Abby AF5 yang menghiburkan pengunjung dengan dendangan lagu Raya dan persembahan-persembahan karaoke oleh artis tempatan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat Nabawan Jubilin Kilan, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pensiangan Zaiton OKK Anik dan pemimpin masyarakat Sook.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Everything about kunak: Mamalia Terancam <b>di Kunak</b>

Posted: 11 Jul 2011 10:13 PM PDT



Orang Utan di Ladang Sapang - Dalam tahun hujung 1980an kalau tidak silap, semasa saya temankan arwah bapak membersihkan bekas hutan pembalakan seorang tokey cina di Sapang, saya sempat melihat sendiri beberapa ekor kawanan Orang Utan di kawasan tersebut dan ini membuktikan bahawa daerah Kunak suatu ketika dahulu memang pernah menjadi habitan jenis primat ini. Cuma mungkin kelekaan dipihak kita maka sehingga hari ini, orang Kunak seperti saya hanya dapat melihat haiwan istimewa ini dengan lebih dekat lagi itupun jika saya ke Sepilok Sandakan Sahaja.

Memerang - Juga dikenali sebagai Anjing laut bagi kebanyakkan kita yang mungkin agak keliru dengannya sedangkan anjing laut hanya terdapat di Kutub Utara dan Selatan bumi. Memerang jenis Lutra Sumatrana ini mulanya suda dianggap pupus sehinggalah pada 1998 baru ia diasahkan masih ada di sepanjang pantai paya bakau Kunak. Untuk melihatnya dengan sendiri anda boleh berkunjung seawal pagi ke Pasar Ikan di Kg. Pangkalan, dimana hanya pada waktu itu sahaja mamalia berdarah panas ini akan mencari makan di bawah kolongan pasar dan dan rumah disini. Mungkin juga disebabkan keluasan habitan paya bakau di Kunak yang semakin mengecil maka haiwan yang terkenal dengan sifat pemalu ini sudah mulai membuang sifat tersebut.

Buaya Tingkayu - Buaya raksasa ini telah diburu pada 1925 di muara Sungai Tingkayu dan di bawah terus ke Sandakan. Beberapa tahun lepas kita selalu mendengar mengenai beberapa serangan buaya di kawasan sungai ini yang cukup menggerunkan dan melihat kepada saiz nenek buaya ini, tentu kita suda dapat mengagak betapa sungai-suangi di sekitarnya memang tempat raja sungai ini bermaharajalela dan tidak mustahil mungkin saiz seperti ini masih terdapat disana asalkan habitat semulajadinya tidak kita binasakan.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


The Malaysian Bar - <b>Sabah</b>, Sarawak yang istimewa

Posted: 15 Sep 2011 02:08 AM PDT

Minggu ini, kita akan menyambut ulang tahun Hari Malaysia. 16 September 1963, tarikh keramat terbentuknya negara yang dinamakan Malaysia. Pada hari tersebut, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Persekutuan Malaysia.

Sarawak diperintah dinasti Rajah Sir James Brooke selama lebih 100 tahun manakala Sabah diperintah Sultan Sulu dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British sebelum kedua-dua negeri tersebut menjadi koloni Empayar British selepas Perang Dunia Kedua.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, penduduk Sabah dan Sarawak mula berbincang tentang kemerdekaan negeri-negeri mereka. Persoalan tentang Sabah dan Sarawak membentuk persekutuan dengan negara lain menjurus kepada penubuhan Suruhanjaya yang diketuai Lord Cobbold untuk mengetahui kehendak penduduk Sabah dan Sarawak.

Pada Julai 1963, "Perjanjian Malaysia" ditandatangani di London di antara Kerajaan-kerajaan British dan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan pihak-pihak lain (termasuk Singapura) untuk membentuk Malaysia, dan perjanjian tersebut termasuk kepentingan dan perlindungan istimewa untuk Sabah dan Sarawak yang disyorkan Jawatankuasa Antara Kerajaan.

Parlimen Tanah Melayu kemudian membuat perubahan kepada Perlembagaan tahun 1957 untuk menjadikannya Perlembagaan Persekutuan untuk Malaysia, dan perlindungan istimewa untuk Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Perlembagaan. Pada 16 September 1963, lahirlah Malaysia.

Kedudukan Sabah dan Sarawak berlainan sedikit dengan negeri-negeri lain. Seperti dinyatakan, terdapat beberapa kepentingan dan perlindungan istimewa yang unik untuk mereka. Secara amnya, kepentingan dan perlindungan istimewa ini tidak boleh dipinda atau dimansuhkan tanpa mendapat sokongan dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara berserta kebenaran Yang di-Pertuan Negeri negeri-negeri tersebut.

Apakah perlindungan dan kepentingan istimewa tersebut? Antara lain, Sabah dan Sarawak boleh mengawal kemasukan dan kemastautinan mereka yang masuk ke dalam negeri-negeri tersebut. Oleh sebab itu, warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sabah dan Sarawak harus melalui imigresen terlebih dahulu. Di samping itu, dari segi profesion guaman, hanya peguam yang bermastautin di Sabah dan Sarawak atau telah memenuhi kelayakan boleh mengamalkan undang-undang di Sabah dan Sarawak. Jadi, apabila kita berkata tentang 'Badan Peguam Malaysia' (Malaysian Bar), kita hanya merujuk kepada peguam-peguam di Semenanjung Malaysia. Di Sabah, persatuan peguamnya adalah Sabah Law Association (SLA) dan di Sarawak pula Advoates' Association of Sarawak (AAS).

Sabah dan Sarawak juga mempunyai Mahkamah Tinggi yang ada bidang kuasa berasingan dinamakan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Sabah dan Sarawak juga mempunyai sumber pendapatan dan pemberian kewangan khas daripada Kerajaan Persekutuan dan juga mereka boleh mengenakan cukai jualan sendiri. Contohnya, Kerajaan Persekutuan memberikan pemberian khas tahunan kepada Sabah dan Sarawak untuk kos perkhidmatan dan pengurusan negeri-negeri tersebut. Mereka juga menerima pendapatan dari tanah, lombong dan hutan, duti hiburan, yuran untuk perkhidmatan spesifik yang diberikan jabatan-jabatan negeri, pendapatan daripada pihak berkuasa tempatan dan bekalan air. Di samping itu, Sabah dan Sarawak juga boleh mengenakan duti import dan eksais ke atas keluaran petroleum, duti eksport ke atas balak dan hasil hutan lain, cukai jualan dan yuran daripada pelabuhan.

Anak negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa melalui Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Bukan hanya orang Melayu sahaja.

Ini hanyalah sebahagian daripada perlindungan dan kepentingan istimewa Sabah dan Sarawak. Tidak ramai mengetahui wujudnya perlindungan dan kepentingan istimewa tersebut dan status kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan berbanding negeri-negeri lain.

* Penulis ialah seorang peguam muda dan rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Rencana ini menggunakan maklumat daripada Buku Panduan Rakyat 7 berkenaan dengan Sabah dan Sarawak, hasil inisiatif Kempen MyConstitution.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Objek berbentuk &#39;UFO&#39; dilihat <b>di Penampang</b> - Komunitikini

Posted: 16 Feb 2011 04:05 AM PST

Sebuah objek yang tidak dikenali, terbang dengan mengeluarkan warna seakan-akan api muncul secara tiba-tiba sekitar jam 12.15 awal pagi semalam di kawasan pangsapuri Beverly Hills, Jalan Bundusan, Kota Kinabalu.

Wartawan Komunitikini menyedari kehadiran objek tersebut kerana warnanya yang terang, bersaiz besar dan kedudukanya yang tidak tinggi daripada mukabumi. Walau bagaimanapun kehadirannya tidak mengeluarkan sebarang bunyi bising.

Objek tersebut muncul daripada arah tenggara dan kelihatan bergerak secara perlahan-lahan seolah-olah sedang dikawal oleh sesuatu. Objek tersebut bergerak melintasi hadapan bangunan pangsapuri.

Kehadiran objek sebegitu di langit adalah amat pelik keranan ia jarang sekali berlaku. Pada bulan Oktober 2003, dilaporkan bahawa penduduk di Papar dikatakan telah melihat objek yang kelihatan agak sama.

Kemunculan objek di Penampang ini dianggar berkedudukan lebih tinggi  daripada bangunan Yayasan Sabah. Ia terbang dalam masa tiga hingga lima minit sebelum mengubah haluan secara tiba-tiba dan dengan sekelip mata terbang dengan lebih pantas. Ia kelihatan seolah-olah menjunam ke bawah sebelum hilang dari pandangan kerana halangan oleh beberapa bangunan pangsapuri.

"Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku," kata Agnes salah seorang penghuni pangsapuri tersebut yang turut menyaksikan kehadiran objek yang pelik itu.

Agnes juga menyatakan bahawa pada mulanya beliau menyangka ia adalah bunga api tetapi setelah melihat cara pergerakkan objek tersebut, beliau pasti ia bukan mercun. Lebih pelik lagi ialah ia tidak mengeluarkan apa-apa bunyi.

Kemunculan objek ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk Penampang, samada ia adalah bunga api, ataupun 'Tang Lung' yang dibakar dan dilepaskan ke angkasa oleh orang Cina ketika menyambut Tahun Baru Cina. Persoalan samada objek mungkin ini mungkin helikopter atau kapal terbang yang dilihat dari jauh juga tidak boleh dinafikan.

Walaubagaimanapun, ketiadaan sebarang bunyi daripada objek ini semasa ia bergerak dan cara ia bergerak juga menimbulkan banyak persoalan.

Ura-ura kehadiran 'Unidentified Flying Object" atau lebih dikenali sebagai  'UFO'  di Kota Kinabalu semakin meningkat di sepanjang tempoh 10 tahun ini. Desas-desus ini bermula dengan kehadiran  'The Flying Coffin' pada tahun 2001, 'UFO' yang dikatakan keluar dari laut di pantai Tanjung Aru, UFO di Tanjung Lipat, UFO di Kolombong pada 2008, UFO di Tuaran pada tahun lepas.

Malahan ada juga penduduk disekitar kawasan Kota Kinabalu yang mendakwa pernah diculik oleh makhluk asing. Wartawan Komunitikini sendiri mengakui telah menyaksikan kehadiran objek sebegini sebanyak lima kali sepanjang 10 tahun ini.

Keterangan;

Gambar di atas ini bukanlah objek UFO sebenar yang dilihat wartawan, tetapi ia diambil oleh individu tertentu yang menyiarkannya di internet dan ianya hampir menyerupai seperti apa yang dilihat wartawan.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved