10 di sipitang - Google Blog Search |
Perayaan kuih Bulan <b>Di Sipitang</b> - Datuk Sapawi Hj. Ahmad Posted: 13 Sep 2011 04:39 AM PDT SUMBANGAN…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada warga emas berketurunan cina di majlis tersebut. MERIAH…Sapawi dan Ahmad memotong riben bersama-sama peyumbang kewangan di majlis tersebut. SIPITANG: Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh sehingga sanggup menggocang keamanan dan keharmonian yang dinikmati. Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat yang bijak pasti sahaja akan memilih mengekalkan keamanan dan keharmonian tersebut. "Usah bertindak membelakangkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati koruna padahnya amat dalam untuk dirasai," katanya pada majlis perayaan kuih bulan di Tokong Hock Teck Hong di sini kelmarin. Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Penasihat Tetap Tokong Hock Teck Hong Suu See Teng dan Pengerusi Tokong Hock Teck Hong Wong Teck Sing. Sapawi berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati membolehkan rakyat hidup dengan selesa. Katanya kehidupan rakyat di beberapa negara yang bergelora wajar dijadikan teladan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Menurutnya apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk rakyat. "Pembangkang hanya mahukan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan pentingnya keamanan dan keharmonian rakyat Sapawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang berkata antara dakyah itu termasuklah menggunakan isu-isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan keamanan tersebut. Katanya agenda utama pembangkang hanyalah mahukan kuasa dan untuk mendapatkan kuasa itu, mereka berusaha menggunakan rakyat. "Kita telah menikmati kehidupan yang selesa di mana keamanan dan keharmonian pelbagai kaum menerusi kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mewujudkan rasa cemburu kepada rakyat di negara lain. "Jadi keamanan dan keharmonian yang telah dan sedang nikmati perlu untuk dipertahankan," katanya lagi. Menurutnya dengan keamanan dan keharmonian yang diutamakan oleh rakyat membolehkan BN meneruskan perancangan ke arah menjadikan negara terus membangun dan maju. Katanya kemajuan dan pembangunan negara memberi pulangan yang bermanfaat buat rakyat sendiri. Beliau berkata BN tidak pernah menghalang mana-mana rakyat yang berusaha untuk meraih kekayaan dan sebaliknya BN sentiasa berusaha mempastikan golongan miskin turut dibangunkan dengan memberi pelbagai kemudahan dan bantuan. Sapawi berkata usaha itulah juga yang dilakukan oleh BN di Sipitang di mana keutamaan ditumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat. "Kita berusaha membangun dan memajukan Sipitang kerana hasil daripada kemajuan dan pembangunan itu memberi manfaat kepada rakyat termasuklah pembangunan ekonomi rakyat," katanya dan menambah BN tidak mengamalkan perkauman atau hanya menumpukan kepada satu kaum sahaja. Menurutnya tiada amalan meminggirkan dan menumpukan hanya kepada satu kaum tetapi apa yang dilakukan oleh BN dalai menyeluruh kepada semua kaum di negara ini. Pada majlis itu Sapawi telah menyampaikan sumbangan RM3,000 untuk tokong tersebut selain sumbangan kepada warga emas berketurunan Cina. |
UMNO Online - Pengundi <b>Sipitang</b> Diminta Tolak Hasutan, Pertahan <b>...</b> Posted: 13 Sep 2011 04:22 AM PDT Kategori Dari BahagianPengundi Sipitang Diminta Tolak Hasutan, Pertahan Keamanan, KeharmonianSIPITANG, 13 Sept – Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh sehingga sanggup menggocang keamanan dan keharmonian yang dinikmati. Ketua UMNO Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat yang bijak pasti sahaja akan memilih mengekalkan keamanan dan keharmonian tersebut. "Usah bertindak membelakangkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati kerana padahnya amat dalam untuk dirasai," katanya pada majlis perayaan kuih bulan di Tokong Hock Teck Hong di sini kelmarin. Beliau yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati membolehkan rakyat hidup dengan selesa. Justeru tegasnya berbanding kehidupan rakyat di beberapa negara yang bergelora wajar dijadikan teladan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. "Menurutnya apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk rakyat. Pembangkang hanya mahukan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan pentingnya keamanan dan keharmonian rakyat "Antara dakyah itu termasuklah menggunakan isu-isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan keamanan tersebut. Agenda utama pembangkang hanyalah mahukan kuasa dan untuk mendapatkan kuasa itu, mereka berusaha memperdayakan rakyat dengan pelbagai isu fitnah," ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang. Ujarnya lagi rakyat telah menikmati kehidupan yang selesa di mana keamanan dan keharmonian pelbagai kaum menerusi kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) telah menjadi contoh kepada negara- negara lain. "Jadi keamanan dan keharmonian yang telah dan sedang nikmati perlu untuk dipertahankan", katanya. Jelas beliau dengan keamanan dan keharmonian rakyat membolehkan BN meneruskan perancangan ke arah menjadikan negara terus membangun dan maju. "Kemajuan dan pembangunan negara memberi pulangan yang bermanfaat buat rakyat sendiri. BN tidak pernah menghalang mana-mana rakyat yang berusaha untuk meraih kekayaan dan sebaliknya BN sentiasa berusaha mempastikan golongan miskin turut dibangunkan dengan memberi pelbagai kemudahan dan bantuan. "Kita berusaha membangun dan memajukan Sipitang kerana hasil daripada kemajuan dan pembangunan itu memberi manfaat kepada rakyat termasuklah pembangunan ekonomi rakyat," katanya dengan menambah BN tidak mengamalkan perkauman atau hanya menumpukan kepada satu kaum sahaja. Sapawi berkata usaha itulah juga yang dilakukan oleh BN di Sipitang di mana keutamaan ditumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat. Menurutnya tiada amalan meminggirkan dan menumpukan hanya kepada satu kaum tetapi apa yang dilakukan oleh BN adalah menyeluruh kepada semua kaum di negara ini. Pada majlis itu beliau telah menyampaikan sumbangan RM3,000 untuk tokong tersebut selain sumbangan kepada warga emas berketurunan Cina. -MediaUMNO Berita Bertarikh 13 September 2011 Pada 7:22 PM |
You are subscribed to email updates from di sipitang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan