ads

Selasa, 24 September 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Gambar Banjir Kilat <b>Di</b> KK <b>Kota Kinabalu</b> 8 September 2013 <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 05:33 AM PDT

Gambar banjir kilat di KK Kota Kinabalu pada 8 September 2013. Pada hari ini, beberapa kawasan di Kota Kinabalu Sabah seperti Inanam Luyang, Lido dan juga kawasan Kepayan telah teruk dilanda banjir pada pukul 2.30 petang. Kejadian itu berpunca akibat hujan lebat yang berlarutan sejak dari tengah hari tadi.

Gambar Banjir Kilat Di KK Kota Kinabalu 8 September 2013

KKBanjir02KKBanjir03

KKBanjir04

Banjir

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1277835_644215275597567_313401438_o.jpg

Isnin, 23 September 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Aug 2013 11:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jul 2013 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Gempa Bumi berlaku <b>di Kudat</b> Sabah, Magnitud 3.6 skala Ritcher <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 11:05 PM PDT


KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat, bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira pukul 9.14 pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak di 6.8 (darjah) Utara dan 117.1 (darjah) Timur iaitu kira-kira 377 kilometer barat daya dari Palawan, Filipina dan 11km dari Pitas, Sabah.

Gegaran turut dirasai di Pitas, Sabah.

Jabatan itu sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan maklumat terkini. - BERNAMA

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 11:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Probitas Et Fides: {Gambar}: Tempat-tempat Menarik <b>di Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 04:59 PM PDT

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Apa khabar kalian semua? Semoga kalian senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Pada 24-25 Februari lalu saya berpeluang ke Sabah atau lokasi lebih tepat lagi ke daerah Kudat. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini dan kali pertama ke pekan Kudat. Kudat merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan ia terletak di bahagian paling Utara bagi negeri Sabah ini. Ia terletak lebih kurang 153km ke utara Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan kalian semua, ada sebuah tempat di Kudat ini yang terletak di penghujung Kepulauan Borneo ini. Tempat yang dikenali dengan nama penghujung tanduk Borneo ini adalah Tanjung Simpang Mengayau atau The Tip of Borneo.
Jom kita layan sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Kudat :-
stand by to depart..masa ini masih berada di KLIA lagi ....tunggu pak pilot...tunggu saya hihihihh....

online check in boleh pilih seat..saya pilih antara seat paling hujung belah kiri sebelah tingkap..seat 24A .....economy class je tau..bisness mmg saya tak layak...hihihihhh...flight pukul 12 tengahari...

kira-kira jam 3.00 ptg kami sampai di airport, seorang sahabat telah menunggu saya di airport...sampai sahaja, terus beliau membawa kami solat jamak takhyir asar & zohor di masjid terapung Likas..masa tue, jam 3.45 dah masuk Asar...kemudian kami minum petang di situ dan meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam lebih ke Kudat..jam 7.30 malam kami sampai di Kudat dan ketika itu sudah kedengaran azan Isyak...kami menginap di Hotel Ria, Kudat.
Itu adalah gambar pekan Kudat yang terdapat di hotel ini. Jelas kelihatan bahagian paling hujung dalam Kepulauan Borneo ini di gambar tersebut.
Gambar pekan Kudat. Jangan terkejut jika saya mengatakan gambar ini dirakam pada jam 6.30 pagi. Waktu itu pekan Kudat telah terang benderang.

Inilah gambar Hotel Ria, Kudat pada waktu siang. Saya boleh katakan hotel ini merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di pekan Kudat ini.

Ini merupakan pengangkutan awam utama yang menghubungkan pekan Kudat dengan kawasan kampung yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu ini adalah pengangkutan awam. Saya ingat ia hanya membawa barang, rupanya ia membawa orang sekali....
Setelah urusan kerja saya selesai, saya sekali lagi dibawa oleh sahabat saya untuk kembali ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke K. Kinabalu, kami dibawa oleh sahabat saya tadi ke The Tip of Borneo. Sila jangan terkejut kerana ia adalah jalan utama ke The Tip of Borneo tersebut...huhuhuhhh...

Walaupun jalan ke sana agak teruk, tetapi apabila sudah sampai ke tempatnya, suasana di situ teramatlah cantik dan nyaman.


Inilah tanda aras The Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Pada sesiapa yang telah dan akan ke Kudat, tetapi tidak ke sini saya boleh katakan kunjungan kalian tidak lengkap kerana inilah satu-satunya tempat paling hujung di Kepulauan Borneo.
Disini kalian boleh lihat dua laut bertemu iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu..Memang jelas kelihatan dua arus dari dua lautan ini bertemu dan akan terbentuk seperti sebuah lorong air.
                                     Dapat juga saya bergambar di penghujung Borneo ini.
Gambar di penanda aras di The Tip of Borneo @ Tanjong Simpang Mengayau..

Kemudian, setelah selesai kami bertolak semula ke K. Kinabalu. Sampai di KK, sebelum check in  hotel sahabat saya membawa kami makan malam dahulu di sebuah gerai makan berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah 1Borneo...Lihat sotong itu, sangat besar kan huhuhuhh..

Itu sahaja catatan perjalanan saya sepanjang berada di Kudat. Entri akan datang saya akan ceritakan catatan perjalanan ke K. Kinabalu dan Beaufort. Ketika di K. Kinabalu lah pencerobohan Lahad Datu telah bermula....Jumpa lagi ye kawan2..Assalamualaikum

11/07/2013: Lembaga Bandaran <b>Kudat</b> diminta mencari pendekatan <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 10:35 PM PDT

Pihak Lembaga Bandaran Kudat (LBK) diminta mencari pendekatan terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat di daerah tersebut. Ini termasuklah aspek kebersihan bandar dan penambahan perolehan pendapatan tahunan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Hajiji Noor yakin, LDK mampu mengatasi pelbagai isu di kawasannya berikutan kecemerlangan yang pernah dicapau sebelum ini.

Beliau berkata demikian di Kudat.

Mengulas cadangan pembinaan pejabat baharu LBK, Datuk Hajiji berkata, kementeriannya sedia mempertimbang cadangan tersebut ke arah memperkasa peranan Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

LBK kini beroperasi di Dewan Tun Mustapha Kudat yang kurang sesuai untuk dijadikan pejabat.

Rtka/Rtka (Maria/Cov-Int)

~mfja~

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


17 Permohonan Kahwin Mut&#39;ah Pengikut Syiah <b>Di Papar</b>

Posted: 18 Sep 2013 06:17 PM PDT

Sekadar gambar hiasan/ Pic: facebook.comSekadar gambar hiasan/ Pic: facebook.comPAPAR: Sebanyak 17 permohonan telah dikemukakan untuk berkahwin secara Mut'ah oleh pengikut Syiah di daerah ini sejak 2010 hingga 2012, kata Mufti Kerajaan Negeri Ustaz Bungsu Aziz Jaafar.


Menurut beliau permohonan tersebut telah dibuat ke pejabat daerah dan tidak melalui jabatan agama Islam kerana tugas dan tanggungjawab pegawai daerah yang boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Namun permohonan tersebut telah ditolak walaupun pegawai daerah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat akuan sumpah itu," katanya ketika ditemui pemberita sempena seminar Akidah dan Ancaman Syiah di Dewan Masyarakat, Papar di sini pada Rabu.

Katanya, fatwa larangan mengamalkan ajaran Syiah di kalangan umat Islam di negeri ini terlalu umum dan menyebabkan ahli-ahli kumpulan ini berusaha untuk menyebarkan ajaran ini melalui pelbagai cara.

"Antaranya termasuklah perkahwinan secara Mut'ah, jalinan perniagaan, parti politik, pusat pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan".

Menurut Bungsu, ajaran Syiah di Sabah belum berada di tahap membimbangkan.

Namun dalam fatwa yang akan datang undang-undang yang berkaitan dengan Syiah akan diperkemaskan bagi menghalang penyebaran fahaman itu.

-Astro Awani
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/17-permohonan-kahwin-mutah-pengikut-syiah-di-papar-sejak-2010-22399?cp

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


MMI : GEMPAR 8 Tentera Malaysia TERBUNUH <b>Di Lahad Datu</b> ??

Posted: 11 Aug 2013 10:56 PM PDT

Malaysia menolak dakwaan "tidak berasas" bahawa lapan askar yang terbunuh oleh lelaki bersenjata Sulu dalam serangan hendap di Lahad Datu baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan jurucakap bagi pihak kumpulan yang diketuai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada usaha propaganda untuk menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat.
"Mereka membuat pelbagai dakwaan untuk mewujudkan keharmonian dan rasa takut di kalangan rakyat.Saya menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut yang tidak berasas oleh individu-individu (Sulu) yang menggunakannya sebagai propaganda," katanya ketika dihubungi pada Isnin mengenai laporan dalam beberapa akhbar Filipina bahawa kumpulan bersenjata Sulu telah memmbunuh lapan tentera.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan itu dan mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu.
Laporan berita itu memetik jurucakap kumpulan berkenaan, Abraham Idjirani sebagai berkata bahawa "tentera" Sultan yang diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram (lebih dikenali sebagai Azzimuddie) telah memaklumkan kepadanya bahawa lapan anggota pasukan Malaysia terbunuh selepas diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulan "Pasukan Keselamatan Diraja" Sultan yang diketuai oleh pegawainya Utuh Ubie di kawasan Felda di Lahad Datu pada Jumaat.
Idjirani mendakwa beliau dimaklumkan oleh Agbimuddie mengenai kejadian tembakan itu menerusi panggilan telefon.
"Tidak ada asas terhadap dakwaan itu. Tiada sebarang insiden sama sekali," kata Mohammed, sambil menambah bahawa keselamatan diperketatkan berikutan terdapat khabar angin bahawa kumpulan lelaki bersenjata Sulu merancang untuk mengadakan serangan "gelombang kedua" semasa Hari Raya.
"Ia adalah Hari Raya yang tenang, jadi tidak ada sebab untuk orang ramai bimbang atau panik," katanya.
Mohammad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau memerlukan apa-apa penjelasan mengenai sesuatu insiden boleh menghubungi Bilik Operasi mereka di 089 863181 di Lahad Datu.
"Ia beroperasi 24 jam seminggu dan orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa," katanya.mstar
Nampaknya puak-puak Kiram ni masih lagi menyimpan rasa untuk kembali ke Sabah.Seperkara yang MMI mahu ingatkan hati-hati dengan tindakan mereka kerana mungkin selepas ini mereka akan memilih laluan lain selain dari Lahad Datu.

Ahad, 22 September 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


K&#39;jaan rancang bina kem tentera <b>di Kudat</b> – Rahim | The Borneo <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 06:50 AM PDT

September, 8, 2013 - 9:50 pm

rahim07KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang membina sebuah kem tentera yang mampu menempatkan satu batalion ketumbukan anggota tentera di Kudat, Sabah.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pembinaan kem itu penting untuk melengkapkan pertahanan negeri Sabah terutamanya di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).

Kerajaan juga akan menambah aset ketenteraan yang bersesuaian, selain meningkatkan keupayaan dan keberkesanan risikan untuk memastikan sebarang pencerobohan asing dan angkara terorisme dapat dibanteras, katanya.

"Rakyat juga diingatkan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada pasukan pertahanan dan keselamatan negara dan tidak memberikan ruang kepada orang asing untuk mengganggu-gugat keutuhan kedaulatan negara.

"Rakyat diseru memberikan dan menyalurkan maklumat sahih kepada anggota pertahanan dan keselamatan negara sebarang aktiviti yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata pihak tertentu diminta tidak meyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada rakyat.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


6 Gambar percutian bulan madu Ashraf Muslim dan Noor Dayana <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2013 01:03 AM PDT


Di saat peminat dunia hiburan tanah air memberi reaksi kepada Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang memuat naik ubat di Instagram yang memberi bayangan beliau sudah mengandung setelah melangsungkan perkahwinan di Thailand dengan Asyraf Muslim, selebriti itu dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 26, sedang seronok-seronok berbulan madu di Pom Pom Island, Sabah.
Walaupun ramai yang bersimpati dengan Dayana, mungkin sebenarnya dia telah pun reda dengan pilihan yang dibuat oleh suaminya untuk berkahwin dengan Wan Sakinah. Ceria nampaknya wajah Dayana yang menggembarkan kegembiraannya bercuti dengan suami tersayang.Menurut status Dayana di Facebook:-
Alhamdulillah..tq Allah for the rezeki n time given for us spending our time together..
Subhanallah..d underwater live is so amazing..learning new experiences throughout d journey..
Back to reality..face every dugaan dgn tabah n sabar..Allah is alwaiz there..He knows the best..insyaAllah. 
Our never ending honeymoon trip.
Diharap situasi ini akan berkekalan buat Dayana yang sebelum ini dikatakan pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan setelah mengetahui suaminya ingin berkahwin dua. Oleh sebab bulan madu berkekalan, manalah tahu lepas ni rezeki Dayana pula untuk mendapat cahaya mata kan?
#Moga Ashraf jadi suami yang adil... dan madu-madunya sentiasa bahagia

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Kes Gila : 17 Permohonan Kahwin Mutaah <b>Di Papar</b> Ditolak

Posted: 18 Sep 2013 12:16 PM PDT

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

09-19-2013, 03:16 AM

Kes Gila : 17 Permohonan Kahwin Mutaah Di Papar Ditolak
PAPAR: Tujuh belas permohonan dikemukakan untuk berkahwin secara Mut'ah oleh pengikut Syiah di daerah ini sejak 2010 hingga 2012, kata Mufti Kerajaan Negeri Ustaz Bungsu Aziz Jaafar.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat ke pejabat daerah dan tidak melalui jabatan agama Islam kerana tugas dan tanggungjawab pegawai daerah yang
boleh meluluskan permohonan berkenaan.

"Namun permohonan ditolak walaupun pegawai daerah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat akuan sumpah itu," katanya ketika ditemui sempena seminar Akidah dan Ancaman Syiah di Dewan Masyarakat, Papar, di sini.
Katanya, fatwa larangan mengamalkan ajaran Syiah di kalangan umat Islam di
negeri ini terlalu umum dan menyebabkan ahli kumpulan ini berusaha untuk

menyebarkan ajaran ini melalui pelbagai cara.

"Antaranya termasuklah perkahwinan secara Mut'ah, jalinan perniagaan, parti
politik, pusat pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan".

Menurut Bungsu, ajaran Syiah di Sabah belum berada di tahap membimbangkan.

Namun dalam fatwa yang akan datang undang-undang yang berkaitan dengan Syiah
akan diperkemaskan bagi menghalang penyebaran fahaman itu. - Bernama
http://www.hmetro.com.my/articles/17perm...e?mutakhir

JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI SILA SHARE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke [email protected] harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. "Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…"
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.

Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)


Powered By MyBB, © 2002-2013 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE
Online Users
There are currently 88 online users.
» 1 Member(s) | 87 Guest(s)
Tizenis

Forex Update Santai, Gosip Artis, Gambar MenarikBerita Terkini Update DailyIslam Agamaku

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


10 Gambar sekitar <b>Kota Kinabalu</b> dilanda banjir kilat ~ Tengok TV <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 04:22 AM PDT


KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Kota Kinabalu di sini hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak jam 2.30 petang tadi dan menyebabkan kesesakan lalul intas.

Antara kawasan yang terlibat adalah Inanam, Kolombong, Luyang, Lido dan kawasan Kepayan.

KC Wong, seorang penduduk di Taman Cendawan berhampiran Lido dipetik News Straits Times berkata, paras air naik dengan cepat selepas hujan lebat sekitar tengah hari tadi.

"Banjir itu datang dalam dua inci dari mengalir ke rumah saya tetapi orang-orang di kawasan-kawasan yang lebih rendah tidak begitu bernasib baik," katanya.

Sekitar Penampang





Sabtu, 21 September 2013

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Aug 2013 07:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2013 07:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

seramai 600 anak muda <b>di tuaran</b> sertai pkr - Wartawan Rasmi <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2013 10:01 AM PDT

Written by Admin   
Wednesday, 27 March 2013 00:25

LENCANA PKR.......kelihatan Mohd Najlin Haji Awang Puasa (tengah) sedang disematkan lencana PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kanan) sambil disaksikan oleh Haji Ghulabdin Enjih (kiri).


TUARAN : Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.
Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.
Ketua Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini pada malam Ahad lepas.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah; Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.
"Penyertaan 600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.
Katanya, kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.
"Banyak sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin lagi.
Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan jitu terhadap kemantapan parti ini.
Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh Datuk Seri Anwar, Ketua Caabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


memmetlenggeng: Pengalaman <b>di Sabah</b> - Bandar Kota Kinabalu <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 10:47 PM PDT

Perjalanan dari Airport ke bandar KK tidak mengambil masa yang lama. Tak sampai 20 minit. Dari airport ini pengangkutan utamanya ialah teksi atau kenderaan yang disediakan hotel. Mungkin ada bas, tetapi saya tidak pernah menaikinya. Sewa teksi bergantung kepada jarak destinasi. Kalau anda hendak ke Centre Point (pusat bandar sabah) kadarnya RM30, manakala jika hendak ke UMS, tambangnya ialah RM40.
Saya sudah beberapa kali ke Kota Kinabalu. Pernah ke Kota Belud dan Pulau Gaya juga. Tapi masih tidak rata perjalanan  ke K.K itu. Ada banyak tempat yang saya tidak pergi lagi. Negeri Sabah punyai banyak tempat yang menarik. Tetapi entry saya kali ini adalah hanya untuk menceritakan sekitar Bandar Kota Kinabalu sahaja. Saya bercadang untuk bercuti di sini nanti, 
menyewa kereta dan berjalan di sekeliling Kota Kinabalu. 
Saya hanya memberi panduan serba ringkas tentang penginapan di K.K. Terdapat banyak hotel di sini, hotel bajet, hotel mewah, atau apartment hotel, semuanya ada. Anda boleh melihat-lihat dari laman web ini atau di sini.
Hotel-hotel yang saya pernah menginap pula ialah
1.Hotel Imperial International/The Klagan
Untuk The Klagan dan Promenade tarafnya ialah 5 bintang, manakala Imperial Boutec pula hotel tiga bintang sahaja. Saya mencadangkan untuk nilai ekonomi, pilihlah hotel Imperial Boutec. Ini bukan kerana ia hotel bajet, ia kerana perkhidmatannya sama saja dengan perkhidmatan di Promenade mahupun The Klagan cuma harganya jauh lebih rendah. Namun dari segi makanan, memanglah tidak dapat menandingi Hotel Promenade yang sangat mewah itu.
Ketiga-tiga hotel ini pula terletak di tempat yang sangat strategik. Berdekatan dengan pasar Filipina, jeti Jeselton dan sebagainya.

Saya pun tidak tahu mana yang spesifiknya tentang pasar filipina ini. Namun ia terletak dalam satu kawasan yang menghadap laut. Ada beberapa bahagian di sini. Ada pasar mutiara, pasar menjual ikan masin/keropok amplang dan pasar yang menjual bahan-bahan makanan atau gerai-gerai. Kesemuanya terletak berdekatan sahaja. Pasar Mutiara

Datang ke Kota Kinabalu jika tidak pergi ke pasar ini memang tidak sah. Kalau tidak belipun apa salahnya mengambil pengalaman. Banyak mutiara dijual di sini. Tetapi bagi saya yang sudah beberapa kali berkunjung  tidak ada lagi nafsu yang besar untuk membeli belah, hanya sekadar melihat-lihat. Bukan semua mutiara itu tahan lama. Kalau hendak beli yang berkualiti, mahal pula harganya. Mutiara ini ada bermacam gred juga. Kena pandai tawar menawar. Kalau pergi berkumpulan lebih baik, kerana pembelian dalam jumlah yang banyak biasanya akan mendapat harga yang lebih rendah.



Gerai makanan

Sebut Pasar Filipina, ia memang sangat terkenal dengan makanan laut. Bersepah-sepah peniaga menjual makanan laut yang sudah siap dibakar. Sotong, udang, ikan dan bermacam lagi dengan harga yang munasabah. Tetapi awas! Saya tidak galakkan beli makanan laut yang sudah terdedah lama. Takut-takut sakit perut pula. Pandai-pandailah pilih. Banyak gerai di sini tidak begitu menjaga kebersihan.

Ada satu gerai yang menjual makanan laut fresh yang di masak di situ. Yang ini lebih selamat. Anda boleh pilih apa makanan yang hendak dimakan. Mereka akan masak masa itu juga. Tetapi harganya agak mahal sedikit berbanding yang dah siap di masak seperti di atas.

Selain makanan laut, gerai-gerai di sini banyak juga menjual makanan tradisional Sabah seperti manisan. Ada yang rupa berlainan tapi rasanya sama seperti di semenanjung. Bagi saya, pergi ke mana-manapun cubalah rasa makanan tradisional tempat itu. Kalau tak mampu makan banyak, makanlah sedikit sahaja.


Pasar ikan masin/keropok amplang

Sebelah pasar mutiara terdapat sebuah lagi pasar yang menjual khusus ikan masin, udang kering, ikan bilis, rumpai laut, kopi tenom, keropok amplang dan bermacam snek lagi. Di sini pun kena pandai tawar menawar juga. Ada pelbagai ragam penjual. Ada yang marah kalau tidak beli dari kedai mereka. Kena pandai pilihlah. Yang kedekut pun ada juga. Sudah beli taknak beri kotak pula. Habis, takkan nak jining dengan plastik dalam kapal terbang? Memang kalau datang lagi, kakak tu saya akan banned. Tapi tak semua peniaganya kedekut, ada juga yang baik hati dan tidak berkira. Peniaga yang baik selalunya kita akan recommend pada kawan-kawan kita yang lain pula.


 Pangkalan Jesselton (Jesselton Point)
Pangkalan ini antara tempat kapal berlabuh untuk membawa penumpang ke Pulau-pulau di sekitar perairan Kota Kinabalu, terutamanya Pulau Gaya  Pemandangannya amat cantik. Kalau hendak ke Pulau Gaya boleh semak dari sini berapa bayarannya. Saya pergi dulu (tahun lepas) atas urusan kerja jadi tidak ada bayaran dikenak.





Jumaat, 20 September 2013

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


BN abaikan projek kecil <b>di Kota Belud</b>? - Malaysians Must Know the <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2013 06:14 AM PDT

Sebuah jambatan laluan traktor terlalu uzur perlu diganti untuk kegunaan awam.
KOTA BELUD : Masyarakat tempatan di Kadamaian, Kota Belud, Sabah meminta kerajaan menukar atau membina semula projek-projek kecil yang sudah terlalu uzur tetapi masih terpaksa digunakan rakyat sehingga kini.
Seorang penduduk tempatan Jannice R. Gingging dari Kelawat memberi contoh sebuah jambatan laluan traktor (gambar) yang sudah terlalu uzur di Kampung Sukang, Kelawat.
Katanya jambatan itu pernah dibaiki sekali lebih 10 tahun yang lalu tetapi jangka hayat kayu dan papan jambatan berkenaan sudah lama berlalu dan perlu diganti untuk kegunaan awam.
"Bayangkan rakyat terutama sekali warga tua dan kanak-kanak tiap hari melalui jambatan yang sudah berlubang sana sini itu amat membahayakan pengguna," katanya dalam satu kenyataan.
Jannice berkata rakyat tidak faham kenapa para pemimpin kerajaan atau Barisan Nasional gagal memantau keselamatan rakyat.
"Tolonglah kami bina jambatan laluan pejalan kaki pun memadailah, kalau tidak dapat laluan traktor ke sawah kami," katanya sambil menambah banyak lagi kemudahan serupa sudah uzur di Kadamian terus dibiarkan.
Kadamaian, salah satu dari tiga kawasan dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Kota Belud, berpenduduk hampir semua Dusun. Dua lagi kawasan DUN di sini ialah Tempasuk dan Usukan.
Minggu lalu FMT menyiarkan keadaan balai raya Kampung Tinata yang sudah timbuni semak-samun kerana bangunan sudah reput dan tidak lagi selamat digunakan sejak beberapa tahun lalu.
Penduduk Kampung Tinata itu khasnya merayu Ahli Parlimen mereka, Datuk Abdul Rahman Dahlan, turun padang dan membantu membina sebuah balai raya baru.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Kampung &#39;keretapi&#39; <b>Tenom</b>, mencari jalan pulang… Oleh Wong <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 06:27 PM PDT

junz 3(Suntingan Hafiz Zainuddin)

BARU-baru ini saya ke Kampung Pangi. Ia hanya mengambil masa 30 minit menggunakan keretapi usang itu dari stesen Tenom. Kata orang, kampung ini istimewa. Untuk melihat sendiri apa yang berlaku, sekitar jam tujuh pagi lagi saya sudah terpacak menunggu keretapi sampai.

Hari itu merupakan suatu pagi yang indah dengan udara yang dingin, segar dan nyaman. Hari itulah pertama kali dalam hidup saya melihat anak-anak yang beruniform sekolah bermain-bain dalam gerabak yang mereka naiki. Sudah tentu, ia suatu pemandangan yang jauh sama sekali berbeza dengan anak-anak berpakaian sekolah duduk menghadap ipad masing-masing dalam komuter di Kuala Lumpur.

30 minit terasa seperti lima minit. Belum sempat puas saya nikmati udara dan pemandangan indah sepanjang perjalanan dengan sungai dan pohon-pohon kayu yang menghijau, saya tiba di Kampung Pangi. Begitu seperti dalam perjalanan, kampung ini juga menjanjikan pemandangan alam semulajadi yang indah-indah. Saya menghela nafas dengan perasaan yang amat tenang dan damai.

Di stesen keretapi Pangi, mata saya menangkap satu pergerakan aneh. Seorang lelaki yang sedang berdiri di atas papan sambil bergelongsor diatas landasan dengan kayuhan. Tidak tertangguh saya menghampiri lelaki itu dan saya dapati beliau sedang mengemudi kenderaannya di atas landasan keretapi.

junz 1Rupa-rupanya, itulah jenis kenderaan yang digunakan penduduk kampung ini sejak sekian lamanya disebabkan tiada jaringan jalan raya. Perasaan saya bercampur-aduk. Timbul perasaan sedih pada masa yang sama kagum dengan kreativiti penduduk kampung ini.

Dalam perbualan saya, saya dapati pengangkutan ini bukan sahaja untuk memudahkan penduduk kampung mengangkut barang tetapi juga satu keperluan terpenting jika berlaku kecemasan seperti sakit dan sebagainya memandangkan jadual keretapi yang bertolak dari Stesen Tenom ke Kampung Pangi hanya pada jam 9.30 pagi dan tiga petang sahaja.

Berniaga di Tamu

Sumber pendapatan utama bagi penduduk Kampung Pangi adalah seperti getah, meniaga sayur dan tanam-tanaman lain serta memburu babi hutan. Justeru, untuk menjual hasil yang diperoleh, mereka harus tiba awal pagi untuk berdagang di Tamu (pasar pagi).

Pun begitu, oleh kerana kerana kekangan jadual keretapi yang lewat, mereka cuma mampu tiba ke Tamu paling awal jam 10 pagi untuk berniaga. Menurut penduduk, jam 10 pagi agak lewat untuk memulakan perniagaan dan terlalu awal pula untuk menutup meja pada jam satu petang. Tetapi, hanya itulah pilihan yang mereka ada.

Jikalau terdapat ahli keluarga yang sakit selepas jam tiga petang, mereka terpaksa menunggu sehingga keesokkan harinya untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tetapi, jika ada antara mereka yang  tenat, terpaksalah berkayuh ke pekan dengan menggunakan kenderaan istimewa itu.

Ia mengambil masa sekitar dua jam untuk berkayuh' ke pekan Tenom dan sejam pula untuk pulang kerana terpaksa melalui laluan berbukit..

Kalau keretapi datang, cepat-cepat angkat…

junz 2Terlajak saya di kampung itu, saya mengambil kesempatan bertanyakan mengenai pengendalian kenderaan istimewa itu. Katanya, seseoran yang mahu mengendalikan kenderaan itu perlulah berlatih untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

"Awak perlu berlatih dengan baik secara fizikal untuk 'berkayuh' troli tu dengan berhati-hati. Awak kena berhati-hati bila ia memecut semasa menuruni bukit kerana ia boleh tergelincir dari landasan dan mencederakan diri awak.

"Apabila awak sedar keretapi sedang datang samada awak melihatnya atau mendengar honnya, awak perlu hentikan troli dengan serta-merta dan mengangkatnya keluar dari landasan. Selepas keretapi lalu, baru awak boleh teruskan perjalanan," jelasnya.

Apa yang berlangsung sehingga saat ini di Kampung Pangi benar-benar membuatkan saya jauh termenung. Kampung tanpa jalan ini merupakan tempat berteduh bagi 500 orang penduduk yang tak jemu berkayuh balik ke rumah selama ini.

Ini merupakan satu pengalaman dari pengamatan yang tidak mungkin saya lupakan. Jika ada apa-apa yang harus saya ingati pada masa yang akan datang, sudah pasti ianya adalah kisah perjalanan pulang ke rumah yang 'tanpa jalannya'.-Roketkini.com

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved