ads

Isnin, 23 September 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


17 Permohonan Kahwin Mut&#39;ah Pengikut Syiah <b>Di Papar</b>

Posted: 18 Sep 2013 06:17 PM PDT

Sekadar gambar hiasan/ Pic: facebook.comSekadar gambar hiasan/ Pic: facebook.comPAPAR: Sebanyak 17 permohonan telah dikemukakan untuk berkahwin secara Mut'ah oleh pengikut Syiah di daerah ini sejak 2010 hingga 2012, kata Mufti Kerajaan Negeri Ustaz Bungsu Aziz Jaafar.


Menurut beliau permohonan tersebut telah dibuat ke pejabat daerah dan tidak melalui jabatan agama Islam kerana tugas dan tanggungjawab pegawai daerah yang boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Namun permohonan tersebut telah ditolak walaupun pegawai daerah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat akuan sumpah itu," katanya ketika ditemui pemberita sempena seminar Akidah dan Ancaman Syiah di Dewan Masyarakat, Papar di sini pada Rabu.

Katanya, fatwa larangan mengamalkan ajaran Syiah di kalangan umat Islam di negeri ini terlalu umum dan menyebabkan ahli-ahli kumpulan ini berusaha untuk menyebarkan ajaran ini melalui pelbagai cara.

"Antaranya termasuklah perkahwinan secara Mut'ah, jalinan perniagaan, parti politik, pusat pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan".

Menurut Bungsu, ajaran Syiah di Sabah belum berada di tahap membimbangkan.

Namun dalam fatwa yang akan datang undang-undang yang berkaitan dengan Syiah akan diperkemaskan bagi menghalang penyebaran fahaman itu.

-Astro Awani
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/17-permohonan-kahwin-mutah-pengikut-syiah-di-papar-sejak-2010-22399?cp

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved