SERAMAI 611 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan 81 rumah di Kampung Selamat, dekat Semporna hari ini. Pengawai Bomba dan Penyelamat Semporna Mohd Razali Ag Ahmad berkata kebakaran itu turut menyebabkan lima penduduk kampung berkenaan cedera ringan.
"Kelima-lima mereka dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di Semporna.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.41 pagi.
Dua jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna dengan bantuan sebuah jentera dan 12 anggota dari balai Tawau dan dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Kunak, berjaya mengawal kebakaran pada pukul 1.50 petang.
"Ketika tiba di lokasi, api sedang marak dan merebak dengan cepatnya. Kami berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada pukul 3.53 petang," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati jumlah kerugian yang dialami ialah kira-kira RM938,000.
Kampung Selamat yang terletak di pinggir pekan Semporna merupakan satu daripada perkampungan yang padat di daerah ini.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran yang ditemui selepas melawat lokasi kejadian, berkata beliau telah meminta jawatankuasa bencana alam Semporna untuk bertindak segera membantu mangsa kebakaran.
Selain ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Semporna, keperluan lain seperti makanan juga akan disalur kepada mangsa, katanya. (Bernama)
Risau agaknya pakatan Rakyat Di Kota Belud apabila mendengar sambutan luar biasa AFMB di kota Belud. Anjuran bersama Kementerian Belia dan sukan malaysia dan ASTRO.
Pagi ini, bisik-bisik di program tersebut telah mengesan kehadiran pemuda berbaju tshirt hitam mempunyai logo DAP,PKR dan PAS ( psssstttt... Ini mamat tidak tetap pendirian agaknya. Semua logo dia bubuh untuk bajunya.) sedang menyertai fiesta tersebut. Agaknya? Nak join sekali atau nak buat report?
Pakatan Rakyat di Kota belud tak yakinkah dengan kenyataan mereka bahawa sokongan rakyat sabah terutama di kota belud kononnya rangking tinggi ke atas mereka ??? Atau....
Semalam memang penuh padang di mana program AFMB di kota Belud. Tak percaya? Tengoklah gambar ini.
Sebab tulah dihantarlah seorang mamat mengintai...
Tahniah KBS dan ASTRO yang telah berjaya menganjurkan AFMB. Setakat ini 3 lokasi telah dilaksanakan. Beaufort, last week Tuaran dan minggu ni di Kota Belud.
#BNBah #BNBagus #JanjiDitepati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TAIPEI, Taiwan, 20 – 26 September 2012 : SM Sains Lahad Datu sekali lagi telah membuktikan penguasaannya dalam bidang inovasi dan rekacipta kali ini diperingkat antarabangsa selepas menggondol dua anugerah khas; "WIIPA's Honor of Invention" dan "AICA Special Creativity Award" dalam pertandingan "International Invention Show and Technomart 2012".
Muhd Azrul mempertaruhkan produk "Bio Vase" yang dicipta untuk menggantikan pasu bunga dan beg poli hitam untuk pelbagai jenis tanaman
Encik Kasdi Kamin (guru pengiring) bersama wakil pelajar semsald Muhd Azrul Hadri
OPERASI DI SIPITANG SABAH DAN SIBU SARAWAK 28 OGOS 2012 HINGGA 10 SEPTEMBER 2012
Bertolak dari Kuala Lumpur 28 Ogos 2012 ke kota kinabalu Sabah untuk menunaikan undangan keluarga hamba Allah untuk membantu mencabut saka dan menyelesaikan ganguan yang membelengu selama ini.
Lokasi Terlibat
Kampung Bangsal Sipitang Sabah
Pitas, Keningau,
Engkalat Sibu Sarawak
Bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan meneruskan undangan seterusnya.
Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.
Kewujudan Pusat Kastam, Immigresen dan Kuarantin, CIQ di Kudat, Sabah bakal memantapkan kawalan keselamatan di daerah itu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina.
Ia juga akan membolehkan setiap pergerakan penumpang serta keluar-masuk barangan dipantau dengan lebih baik.
Cadangan pembinaan CIQ di Kudat diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika program Jelajah Janji Ditepati di daerah itu, 14 Oktober lalu.
Kudat terletak hampir dengan Kepulauan Palawan di selatan Filipina.
PEJABAT PKR Cabang Tenom akan menganjurkan Ceramah Perdana pada 12 Oktober 2013, Jumaat ini bermula dari jam 4.30 petang sempena lawatan sulung Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke kawasan Parlimen Tenom.
Anwar akan diiringi Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia Lajim Ukin; Mantan Timbalan Presiden UPKO, Wilfred Bumburing; Pengerusi MPN Sabah, Ahmad Thamrin dan pemimpin Pakatan Rakyat Sabah.
Menurut program yang telah diatur, di samping Ceramah Perdana Anwar, Lajim dan Bumburing juga akan menceritakan cacat cederanya politik dan perjuangan Barisan Nasional di Sabah selama ini.
Antara isu yang akan dibangkitkan termasuklah soal tanah adat dan cara mendapatkan kembali tanah tersebut yang telah dirampas oleh Kerajaan BN dan diberikan kepada SFI.
Pastinya rakyat yang tertindas akan bergembira kerana Pakatan Rakyat berjanji akan mengembalikan tanah adat yang dirampas dalam tempoh 10 hari selepas misi merampas Putrajaya menjadi kenyataan.
Isu tanah adat ini akan dikupas oleh Lajim dan Bumburing kerana kedua-duanya mantan orang kuat BN ini meminta Anwar komited dengan apa yang dijanjikan kepada semua rakyat Sabah.
Anwar juga akan menyentuh isu Rumah Rakyat (istilah UMNO Rumah Rakyat Termiskin) yang akan diberikan yang berhak; bukan sanak saudara YB atau kroni. Isu lain termasuk menikmati perubahan hidup akibat penurunan harga barang dan menyediakan prasarana untuk rakyat.
LAHAD DATU: Seorang pemilik kedai di Bandar Sri Perdana mengalami kerugian ekoran wang kertas RM100 yang diterimanya adalah palsu. Pemilik kedai Sri Perdana Mini Market, Tan Kok Ming menemui wang palsu berkenaan semasa mengira pendapatan kedainya kira-kira jam 7 malam pada Ahad lalu.
Beliau berkata, selepas menemui wang palsu RM100 itu, dia terus memanggil pekerjanya untuk menyiasat hal berkenaan. Bagaimanapun, pekerja terbabit menjelaskan atas kesibukan pada masa itu, dia hanya menerima wang berkenaan tanpa mengimbasnya terlebih dulu.
Menurut Tan, secara kebetulan semasa berada di salah sebuah bank di bandar ini pada pagi Isnin, dia juga mendengar perkara yang sama telah berlaku di bank berkenaan, di mana pihak bank telah menemui wang palsu RM100.
Tan memberitahu dia telah memusnahkan wang palsu berkenaan dan menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan urusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak. (UB)
USIK USIK GERAI KELAPA BAKAR Gerai Gerai Kelapa Bakar Salut diJalan Sulaman (Jalan KK-KB) Adalah Kini Sudah Begitu Popular dan Menjadi Tumpuan Persinggahan kepada Orang Ramai khasnya Mereka yang Berkereta dari Utara Sabah Ke KK dan DiSebaliknya.
Selain Kelapa Bakar, Kelapa Muda, Puding Kelapa Pelbagai Rasa, Keropok Ubi, Lokan dan Ketam Panggang juga menjadi Tarikan Utama Orang Ramai termasuk Pelancong Pelancong Singgah ke Gerai Gerai Kelapa Bakar diJalan tersebut. Gerai Gerai ini diBuka dari Awal Pagi hinggalah ke Larut Tengah Malam pada Setiap Hari!
SAYANG DAN SEDIHNYA GERAI GERAI YANG TURUT DIKINJUNGI OLEH PARA PELANCONG TEMPATAN DAN LUAR NEGARA INI JELAS SEKALI DALAM KEADAAN DAIF SEKALI!
IA JELAS TELAH DIBINA SECARA PERSENDIRIAN DAN TIDAK SERAGAM OLEH PARA PEMILIK GERAI GERAI BERKENAAN. YANG MANA 100% TERDIRI DARI KAUM BUMIPUTERA. IA JUGA TIADA LANGSUNG MEMPUNYAI KEMUDAHAN TANDAS AWAM!
Justeru Sesiapa saja yang Singgah keGerai Gerai Kelapa Bakar Salut diJalan Sulaman, Tuaran itu PASTI Akan TerCium Bau Kuat NAJIS yang datangnya dari Arah Belakang Gerai Gerai tersebut! Dulu Saya dan Keluarga pun Kerap Singgah Minum Kelapa Bakar dan Makan Ketam dan Lokan Panggang disitu. TAPI disebabkan oleh Bau Najis disitu maka Kami Sudah TIDAK lagi Berselera Singgah diGerai Gerai itu lagi.. AGAKNYA APALAH YANG DIKATAKAN OLEH PARA PELANCONG YG SINGGAH DI SITU BILAMANA MEREKA TERCIUM BAU YANG MENJIJIKKAN ITU?
Yang Jelas Jalan dan Gerai Gerai ini sememangnya Kerap dilalui Oleh Para Pemimpin dan Pegawai Pegawai Pihak Berkuasa atau Jabatan Berkenaan. SOALNYA MENGAPA MACAM TIADA YG PERIHATIN DAN BERTINDAK UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN GERAI SERTA KEMUDAHAN AWAM DISITU? (Tidak Mcm diGerai Gerai Pekan Nabalu, KB)
Mungkin Mereka termasuk para Pemimpin juga TIDAK Sedar akan SITUASI ini. (sebab Mereka pun TIDAK PERNAH Singgah Minum atau Makan Ketam atau Lokan Panggang.disitu?? (Rasanya mcm Mustahil juga!)
JUSTERU KITA MOHON PERKARA BERBANGKIT INI DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA MEREKA YG BERKENAAN AGAR MENGATASI SEGERA SITUASI DAN KEADAAN GERAI GERAI KELAPA BAKAR SALUT DI JALAN SULAMAN INI! (Sebelum Nama Baik Negeri Sabah ini Tidak Terus TerCemar diMata Orang Awam khasnya Para Pelancong!)
SabahmenyaksikanpembangunanpesatdibawahkepimpinanPerdanaMenteri, Datuk Seri NajibRazak,kataMenteriPerusahaan Perladangandan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.Beliau berkata demikiandalam ucapan alu-aluannya di perasmianJambatanPagansakandanmajlispecah tanahInstitut LatihanMahkamahAnak Negeridi KampungInobong, Penampang.
Jambatan Pagansakan sepanjang 84meteritu bernilaiRM9.05jutadandibiayaioleh Kerajaan Persekutuan.Pembinaanbermula pada 2010dansiapawal tahun ini.Ia menyediakan akses ke seberang sungaidanadalahrahmatsebenarkepadakira-kira2,000 orangdi kampung berkenaan.
"Jambatanini adalahsatu peruntukan khasdariKementerianKewangan.Iaadalahhadiah kepadarakyatPenampang, " kataPerdanaMenteri, Datuk Seri NajibRazakselepasbeliaumerasmikanpembukaanjambatanberkenaan.
"Pembangunantidak saja tertumpudi jalan rayadan jambatan.Ia juga membabitkanpembangunansekolah-sekolahdi PenampangsepertiSekolahAnglo Cinayang menelan belanjaRM11 jutadan SMKBahang,RM5.6 juta," tambah Dompok.
Sebuah sekolahmenengah diKampungKipouvoyang akan bertindak sebagaisekolah utama kepada pelajarsekolah rendah dikawasan Moyogjuga telah dimasukkandalamprojek pembangunankerajaan persekutuantahun depan.
"Daerah Penampangtidakpernahketinggalandarisegimenerimapembiayaan pembangunan, sama adadaripada kerajaan negeriataukerajaan persekutuan,"kataKetua MenteriMusa Amandi majlis yang sama.
Musa berkata,pembiayaaninitermasukpenambahbaikankemudahan awam,pembinaan rumahuntukgolongan orangmiskin dan program bantuan rumah.
Industrigetah dan kelapa sawitjuga telahmenerimaperuntukanpembiayaan,menurutDompok.Kerajaan telah memperuntukkandana untuktujuanpenanaman semula1,800hektar tanahdengan getahpada kadarRM13,000 sehektar," kataDompok.-Insight Sabah
Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008.
Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat disiapkan. Saya telah cuba menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena akur dengan semua keputusan.
Di mana kami hendak menuntut pembelaa jika sekiranya hak kami sebagai pembeli tidak diambil kira? Di samping itu juga sehingga kini saya belum menerima apa-apa pampasan di atas semua ini. Sudah hampir sebulan saya cuba menghubungi Puan Siti Hajar untuk mendapatkan penjelasan namun tidak mendapat jawapan. Agen SPNB Kota Kinabalu En Hafiz ketika kunjungannya ke Lahad Datu menyatakan bahawa saya tidak layak untuk menerima pampasan disebabkan pemotongan belum berjalan.
Namun demikian kenapa ada pembeli yang belum menerima pemotongan bulanan tetapi menerima pampasan??Adakah SPNB pusat dengan SPNB Kota Kinabalu adalah satu Syarikat Perumahan yang berbeza??Di mana letaknya keadilan?Siapa yang mahu membayar segala ganti rugi?Adakah ini cuma janji palsu semata-mata?Saya harap ada pihak-pihak yang prihatin terhadap masalah ini dan ianya dapat diketengahkan agar semua pembeli rumah di bawah Projek SPNB tidak teraniya dan nasib kami terbela.
By: Lina
PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.
Keluasan : 6.99 ekar Status Geran : Native Title (NT) Daerah Lokasi Tanah : Lahad Datu Harga : RM400,000 (boleh runding)
Kelebihan
1. Tanah ini dari jalan raya utama terus ke pantai 2. Sangat berpotensi untuk pelancongan 3. Berhampiran dengan sekolah. 4. Pantainya pasir putih (belum tercemar). 5. Berhampiran dengan felda
Jika berminat, hubungi talian 013 888 0089 untuk perbincangan selanjutnya.
Im very glad because yesterday 17 new intake English teacher posting around Nabawan. (haha..sudah la tu...jenuh pikiaq ckp omputih ni..huhu. My bad English...)
Tahniah dan selamat datang kepada guru-guru baru TESL yang telah ditempatkan di Nabawan bermula semalam, 16 November 2012. Kehadiran kalian banyak menampung kekosongan guru-guru English di daerah ini.
So aku dan rakan-rakan setugasku di SK Pementerian menerima seorang lagi guru English bagi melengkapkan quota yang sepatutnya. Sebelum ini pada bulan Januari, seorang guru telah join company selepas berpindah dari Sarawak ke sekolah aku. So kali ni yang masuk seorang lagi cikgu BI so semakin kuatlah jentera-jentera pendidik SK Pementerian selepas ini. huhu
. TH PLANTATIONS BERHAD. We are an established palm oil plantation company and a public listed company. We are now venturing in rubber plantation and we invite qualified candidates to fill the following positions in Beluran, Sabah.
ESTATE MANAGER (RUBBER) Qualifications: - Degree/Diploma in Plantation or Agriculture from any universities that is credited by Malaysian Government. Priorities: - Minimum 15 years experience in operations of rubber estates and 5 years experience as an Estate Manager. - Possess qualification in AISP.
ESTATE ASSISTANT MANAGER (RUBBER) Qualifications: - Degree/Diploma in Plantation or Agriculture from any universities that is credited by Malaysian Government. Priorities: - Minimum 5 years experience in operations of rubber estates. - Passed at least one module in SP.
RUBBER ESTATE SUPERVISOR Qualifications:: - Certificate in Agriculture or SPM. Priorities: - Minimum 5 years experience in operations of rubber estates.
Interested candidates are requested to submit in writing by providing personal particular, qualification, experience, current & expected salaries together with copies of relevant certificates and addressed to:
General Manager (Human Resource) TH PLANTATIONS BERHAD Level 27, Bangunan TH Selborn 153, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Closing date of application : 31 October 2012
Only shortlisted candidates will be called for interview.
Related Jobs :
Tradewinds Oil Palm Plantation Job Vacancies 2012 Jawatan Kosong Tradewinds Plantation 2012 We are one of the dominant Oil Palm Plantation companies in Malaysia and listed on the Bursa Malaysia. Our rapid business growth yields job openings for those who seek challenging and rewarding career. ESTATE MANAGERS - Degree/Diploma in the field of plantation management,...
Golden Palm Growers Berhad – Oil Palm Plantation Developer Jobs 2012 Jawatan Kosong Oil Palm Plantation Developer 2012 – Golden Palm Growers Berhad Golden Palm Growers Berhad is an oil palm plantation developer that is currently developing a 4,550 hectare plantation in Gua Musang, Kelantan. We invite confident and top performing individuals to apply for the positions of: (A)...
Visiting Agent, Senior GM Plantation and Assistant / Estate Manager An established listed company invites suitably qualified professionals seeking greater to apply for the following positions: VISITING AGENT Requirement - Possess at least a Diploma, Bachelor's Degree, Agriculture/ Forestry or equivalent - At least 15 years of working experience in the related field - Preferably Senior Staffs specializing...
Johor Plantation Jobs Vacancies 2012 Jawatan Kosong Plantation in Johor 2012 We are looking for suitably qualified candidates for the following positions, all based in Johor. PLANTATION VACANCIES IN JOHOR 2012 1. ESTATE MANAGER - Degree/Diploma in Agriculture Science/Plantation Management - At least 10 years working experience in oil palm plantation with at...
Syarikat Ladang LKPP Jobs 2012 in Kuantan Plantation Sector Jawatan Kosong Syarikat Ladang LKPP Sdn Bhd SYARIKAT LADANG LKPP SDN BHD (41665-H) We are a plantation company of Public Listed Company. In line with our growth and expansion plans, we invite suitable individuals to fill the following positions at our plantation sector. A: STAFFING 1. ESTATE MANAGER...
Penampang Jadi Perisai BN Halang Pembangkang Masuk Sabah
Oleh : Ropikah Ahmad
KOTA KINABALU, 25 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose menegaskan bahawa pakatan pembangkang ditolak oleh rakyat Sabah lantaran isu yang dibawa mereka bukan hanya bersifat negatif tetapi juga mengundang kepada kehancuran dan musibah besar pada masa depan negara dan rakyat Malaysia.
Katanya, bahagian Penampang yang menjadi pintu masuk ke Sabah adalah antara kawasan tumpuan pakatan pembangkang dalam usaha mereka untuk mendapatkan undi dan sokongan daripada rakyat khususnya dalam merealisasikan impian mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Bukan hanya ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim yang kerap bertandang ke sini tetapi pemimpin dari DAP dan Pas juga acapkali turun malah kelibat anaknya Nurul Izzah juga dilihat cuba mendekati warga Penampang yang kebanyakkan terdiri dari kaum Kadazan," jelasnya kepada UMNO-Online.
Terang beliau yang merupakan satu-satunya ketua UMNO Bahagian beragama Kristian, malangnya percaturan pakatan pembangkang mengundang padah kerana rakyat terang-terangan menolak agenda dangkal mereka yang umpama memperbodohkan diri sendiri.
"UMNO bahagian Penampang mempunyai satu kesatuan bukan saja dengan penglibatan masyarakat Kadazan dan etnik lain di sini tetapi kebersamaan rakyat Sabah menolak agenda pembangkang kerana sedar bahawa mereka merosakkan perpaduan dan kemajmukan yang telah sekian lama diterapkan.
"Kita mahukan kerajaan yang bertanggungjawab sebagaimana pimpinan BN yang sentiasa melihat masa depan, kemajuan dan pembangunan rakyat dan bukannya bertumpu semata-mata kepada isu remeh sebagaimana diketengahkan oleh Anwar dan sekutunya yang datang ke sini."
Tambah beliau, pakatan pembangkang cuba merangka strategi dengan mendekati rakyat melalui kenduri dan majlis-majlis perkahwinan dengan anggota DAP bertumpu kepada kaum Cina, Pas pula cenderung kepada masyarakat Islam sementara PKR banyak memainkan sentimen perkauman dan agama.
"Dengan apa yang dilakukan oleh mereka secara tidak langsung telah menyerlahkan keburukan pakatan pembangkang itu sendiri yang gemar menggunakan isu perkauman dan agama sebagai bahan propaganda sedangkan realitinya bukan hanya masyarakat Penampang tetapi rakyat Sabah menolak agenda sedemikian yang tidak menyumbang kepada kebaikan.
"Bagaimana pakatan pembangkang sendiri mahu membentuk kerajaan di Sabah sedangkan hakikatnya mereka gagal memahami rakyat di sini dengan cuba membawa isu Semenanjung ke negeri ini dan mengibaratkan Sabah umpama Kelantan melalui sentimen agama yang diketengahkan. Itu salah," tegasnya lagi.
Katanya, sebagai ketua bahagian, beliau sentiasa meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan dengan bersama-sama mereka tanpa mengharapkan imbuhan atau mempunyai agenda peribadi sebagaimana yang diterapkan oleh Anwar Ibrahim.
"Walaupun saya adalah ketua bahagian UMNO tetapi saya turun padang bukan untuk menjadi calon seperti mana yang dimainkan oleh pembangkang sebaliknya saya dan anggota UMNO bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan kemenangan BN yang menjadi payung kepada rakyat Malaysia.
"Impian pakatan pembangkang adalah untuk meletakkan Anwar sebagai PM tetapi mereka sendiri belum memutuskan untuk parti mana yang akan bertanding di sini kerana antara PKR dan DAP juga ada percanggahan dan banyak bermain tarik tali sedangkan pada BN ianya telah nyata bahawa kerusi Penampang bukan milik UMNO namun jentera kita bekerja bersama-sama," tegasnya lagi. – MediaUMNO