ads

Rabu, 24 Oktober 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: AWAS WANG PALSU <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 23 Oct 2012 08:57 PM PDT

LAHAD DATU: Seorang pemilik kedai di Bandar Sri Perdana mengalami kerugian ekoran wang kertas RM100 yang diterimanya adalah palsu. Pemilik kedai Sri Perdana Mini Market, Tan Kok Ming menemui wang palsu berkenaan semasa mengira pendapatan kedainya kira-kira jam 7 malam pada Ahad lalu.
Beliau berkata, selepas menemui wang palsu RM100 itu, dia terus memanggil pekerjanya untuk menyiasat hal berkenaan. Bagaimanapun, pekerja terbabit menjelaskan atas kesibukan pada masa itu, dia hanya menerima wang berkenaan tanpa mengimbasnya terlebih dulu.
Menurut Tan, secara kebetulan semasa berada di salah sebuah bank di bandar ini pada pagi Isnin, dia juga  mendengar perkara yang sama telah berlaku di bank berkenaan, di mana pihak bank telah menemui wang palsu RM100.
Tan memberitahu dia telah memusnahkan wang palsu berkenaan dan menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan urusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak. (UB)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved