Minggu lepas aku dan keluarga telah pergi Kota Kinabalu di Jalan Sulaman untuk melihat showroom Universiti Utama Condominium yang kini sedang dalam pembinaan. Aku dan isteri dah lama bekerja tapi masih belum lagi memiliki rumah untuk keluarga. Bertahun-tahun hanya menyewa. La ni dengan sedikit kelebihan kewangan maka kami merancang untuk membeli sebuah rumah. Walaupun kami di Kudat, tapi takda pulak keinginan untuk membeli rumah di Kudat. Sebaliknya hati lebih tertarik untuk mencari di kawasan Kota Kinabalu yang sedang pesat membangun terutama di sepanjang Jalan Sulaman.
Agak lama jugak kami ambil masa untuk membuat keputusan untuk membeli rumah di UUC tu. Maklumlah kewangan perlu stabil untuk 2 tahun yang akan datang kerana rumah dijangka siap pada pertengahan tahun 2014. Tambahan pulak kami telah memilih untuk mengambil unit rumah 3 bilik tingkat 1, non-bumi lot, saiz yang paling luas dan terletak blok kedua dari hadapan dengan harga berjumlah RM 268,888. Boleh juga dapatkan harga yang lebih murah dengan membeli unit bumi lot, tetapi kedudukan bloknya terletak di 3 blok terakhir, yakni berhampiran dengan bukit dan hutan. Pada pemikiran aku jugak dengan kedudukan blok di depan lebih memudahkan kami nak keluar masuk kerana berhampiran dengan pintu keluar masuk dan lain-lain kemudahan.
Lepas aje pergi tengok showroom, terus hati semakin terpikat. Harga rumah tu termasuk dengan perabot rumah kecuali TV dan fridge. So kelihatan lebih lawa dengan designnya yang cukup-cukup dan sesuai dengan perabot. Rumahnya juga dilengkapi dengan Intelligent/Smart Home system. Suis depannya macam touch screen pun ada.
Kat bawah ni gambar yang aku sempat snap:
Rumah ni tak la sebesar mana. Tapi nilai/harga rumah di sabah ni agak mahal. Dalam perkiraan akulah, mungkin lebih antara 30%-40% berbanding harga di semenanjung. Hatta di Kudat tu pun harga rumah teres intermediate 3 bilik bersaiz 880 square feet, berharga RM 210,000. Rasanya kalau di Sungai petani dah boleh dapat rumah Semi-D kot. Siap boleh dapat tanah lapang lagi.
Even sebelum kawen pon, klu nk jumpa aku, dia sanggup ambik lesen kete utk naik kete datang jumpa aku sebab TAK MAU naik bas...
Suatu hari, aku paksa dia datang ke Sabah ni...
Setelah berkali2 pujuk, last2 dia kata "OK"..
Haaaaa....dengan serta merta aku booking tiket utk dia...
Untuk datang ke Sabah ni, en. Husband kena lalu 1 perjalanan yg sangat panjang... dari pagi sampai ke tengah malam...
Pantai Remis to Manjung →8.00 a.m. - 8.40 a.m→40minit (kete)
Manjung to LCCT → 9.00 a.m. - 2.00 p.m.→5 jam (bas)
LCCT to Tawau → 6.40 p.m. - 9.30 p.m.→2 jam 50 min (flight)
Tawau to Semporna → 9.30 p.m. - 11.30 p.m.→2 jam (kete)
Haaa..camtulah perjalanannya... Risau gak...
Dia nak ke naik kapal terbang??
Dia ade kata, kalau dia sampai kat airport & dia xtau nak ke mana, dia xkn naik flight... Haihhh.... Oleh sebab itu, utk mengelakkan si abg aku ni dari sesat kat LCCT tu, aku lukiskan peta kt bawah ni & post kat dia...
:: Mudah2an dia dapat datang sini dgn selamat..... ::
Karnival kerjaya terbesar "BN Youth Job Fair" di negara ini akan kembali dianjurkan di negeri Sabah pada 22 dan 23 September 2012 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, Sabah.
Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussain berkata, pada tahun lalu ianya dianjurkan di Kota Kinabalu tetapi pada tahun ini karnival yang sama diterbangkan ke Sandakan, Sabah kerana mengambil kira keperluan dan permintaan rakyat di negeri Sabah khususnya golongan muda di Sandakan. YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan menyempurnakan majlis perasmian program ini pada hari pertama karnival.
"Negeri Sabah merupakan destinasi kedua BN Youth Job Fair 2012 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei yang lalu. Pada kali ini, BN Youth Job Fair terdapat sedikit kelainan dengan beberapa penambahbaikkan dalam pengisian penganjuran bagi memenuhi keperluan dan minat golongan muda negara ini. Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja.
Penganjuran, BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat. Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya, untuk warga Sandakan, BN Youth Job Fair 2012 ini menjadi lapangan yang cukup baik kerana kita menekankan peluang-peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya ditawarkan untuk berkhidmat di kawasan berkenaan sahaja. Ini memberi kemudahan yang cukup baik agar tiada berlaku penghijrahan golongan muda untuk bekerjaya.
Jika, diimbas dalam penganjuran yang sama pada tahun lalu di negeri Sabah, sebahagian besar pengunjung berjaya mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran serta kelayakan yang mereka ada. Saya yakin dan percaya penganjuran di Sandakan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga Sandakan dan Sabah amnya dalam memperolehi peluang pekerjaan dan peluang-peluang yang ditawarkan sebagai kunci kejayaan membina masa hadapan yang lebih sejahtera dan berjaya.
"BN Youth Job Fair 2012 di Sandakan ini juga memperlihatkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di negeri Sabah adalah banyak dan pelbagai. Ini semua terhasil di atas kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah mengurus ekonomi serta membawa pelaburan yang berterusan ke negeri ini.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan seluruh warga Sandakan dan Sabah serta golongan pencari kerja yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa hadir untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui BN Youth Job Fair ini yang dianjurkan selama dua hari pada 22 dan 23 September 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Harbour Mall, Sandakan.
Suka untuk saya mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung yang akan datang supaya bukan hanya membawa resume yang lengkap malah apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Rebutlah peluang serta kemudahan yang diberikan ini sebaiknya dengan usaha dan kesungguhan bagi meyakinkan majikan-majikan yang hadir kerana temuduga secara terus turut diadakan. Kami mensasarkan, lebih dari 80% peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sandakan ini dapat diisi melalui penganjuran karnival ini," tambahnya lagi.
Satu lagi kemudahan penting telah dibuka di Kota Marudu iaitu KWSP. Bagi pekerja2 yang mengunakan perkhidmatan KWSP ini sudah tentulah gembira kerana selepas ini tidak perlu meredah jalan ulu kukut untuk ke Kota Kinabalu atau ke Kudat untuk berurusan.
KWSP dibuka untuk kemudahan semua. Setakat ni.. kerja2 akhir sedang mereka uruskan dan belum mula beroperasi. Dijangaka akan mula beroperasi dalam masa terdekat.
P/s: Bank Rakyat sudah pun beroperasi di Kota Marudu.
Antara aktiviti yg kami paling teruja semasa ke Sabah minggu lepas ialah mengurut kaki menggunakan ikan di Sungai Moroli. Kalau anda dah sampai ke Kundasang dan Air Panas Poring, rugi kalau tak lajak ke Sg Moroli. Daripada simpang ke Poring, terus ikut jalan besar ke arah Telupid dalam 18km (kalau tak silap) sehingga anda jumpa ladang Sabah Tea di sebelah kiri jalan. Kalau dah jumpa jalan masuk ke ladang tu, terus saja di jalan utama sejauh 1km. Di sebelah kiri nanti anda akan nampak pintu gerbang lambang ikan kelah. Beli tiket di kedai di situ. Untuk dewasa RM5 dan kanak2 cuma RM2 untuk satu sesi selama 15 minit.
Tempat bergambar sebelum turun ke sungai (lepas naik semula pun boleh bergambar)
Sebaik anda mencecahkan kaki ke dalam sungai, ikan2 di situ akan datang berbondong2 utk menggigit dan membersihkan kulit2 mati anda. Bukan ikan kecil2 mcm di spa di KL ni. Ini ikan kelah yg besar2. goreng pun sodap
Yang warna gelap tu kelah. Ada juga sejenis ikan lagi yang ikut menyibuk. Ikan keli afrika pun ada 2-3 ekor. Buat-buat tak nampak ajelah kalau tak nak naik cepat
Kalau tak geli, tunggulah lama sikit. Lama banyak ikan yg datang. Aku rasa kebanyakan ikan yg mengerumuni abang Adam ini ikan betina. Ikan jantan cari pengunjung wanita!
Sekilas ikan di air sudah ku kenal jantan betina ..... cewah. Tapi kalau dah banyak macam ni mana nak kenal .... hahaha
Kalau nak bagi ikan2 ini makan pun boleh. Ada disediakan pallet dgn harga 20sen sebungkus. Campak aje dalam sungai tu menderu ikan bekejar ke arah pallet tersebut.
Kalau nak letak di tapak tangan pun boleh supaya ikan2 itu makan di tapak tangan
Di situ juga terdapat sebuah jambatan gantung. Kalau tak gayat, bolehlah menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung tersebut
Jadi apalagi? Pastikan anda masukkan lawatan ke Tagal Sg Moroli ini bila anda berkunjung ke Sabah lain kali.
Bas Terbabas Di Kinabatangan Sabah 4 Maut.Kejadian berlaku di Kampung Paris Kilometer 121 Jalan Sandakan- Lahad Datu pada pukul 2.50pagi 18 Ogos 2012.Pemandu bas ekspres dari Kota Kinabalu ke Tawau itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya selepas memintas sebuah kenderaan lain sebelum berpusing beberapa kali lalu terbalik. Kemalangan berlaku ketika cuaca hujan dan bas dilaporkan dipandu laju. Bas berkenaan bertolak dari Terminal Bas Bandaraya Utara, Inanam kira-kira jam 8 malam kelmarin dan sepatutnya tiba di Tawau jam 6 pagi.
Bas sewa khas berkenaan dipercayai membawa pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dari Kota Kinabalu ke Tawau. Ia membawa 31 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, tujuh orang awam, seorang pemandu dan dua pembantu pemandu. Mangsa yang maut dikenali sebagai Usman Sulaiman, 46, dari Kampung Sungai Tongkang, Tawau; Jabar Maidin, 54, dan Piyan Ardian Shah Osman, 23. Mayat dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.
Penumpang yang cedera parah dikenali sebagai Freddie Mandalis, 20; Beneditus Pogu, 27; dan Rahamiti Nurdin, 35, yang menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.
Pesanan Admin berhati-hati di jalan raya. Ucapan Takziah dari admin kepada keluarga mangsa. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama islam.. Al-Fatihah..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
[unable to retrieve full-text content]Kejadian Awan Pelik di Negeri Sabah 12/06/2012. Okay, awal pagi tadi, saya nampak strange clouds.. but sia lupa gambar, but thanks to Facebook, the power of sharing kunun (This morning, I witnessed strange clouds ...
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (empat dari kiri) beramah mesra bersama penerima bantuan, Soon Nyet @ Joseph Soon (lima dari kiri) pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Penampang, semalam
PENAMPANG 16 April – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini memperuntukkan sebanyak RM56,000 bagi membantu masyarakat berstatus miskin tegar di sini.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, terdapat tiga jenis bantuan yang disalurkan kepada masyarakat yang terpilih iaitu bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan perniagaan dan bantuan bakul makanan serta sumbangan wang tunai.
Katanya, sebanyak 15 keluarga yang berdaftar di bawah e-kasih layak menerima bantuan ini dan kebanyakan mereka merupakan golongan miskin tegar iaitu pendapatan di bawah RM590 sebulan.
"Tujuan utama kita membantu masyarakat di negeri ini kerana mengikut status kemiskinan bandar yang berdaftar di bawah eKasih sehingga 27 Mac lalu, Sabah mencatatkan jumlah bilangan golongan miskin tegar yang ramai iaitu 2,726," katanya pada sidang akhbar sempena Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di sini sini hari ini.
Pada program itu, Raja Nong Chik turut menyampaikan bantuan bakul makanan dan sumbangan wang tunai RM200 kepada lima keluarga yang kurang bernasib baik.
Soon Nyet @ Joseph Soon, 59, bapa kepada 10 orang anak itu berterima kasih kerana masih ada pihak yang bersimpati dengan nasib keluarganya.
Beliau yang mengalami penyakit darah beku di kepala tidak boleh bekerja dan hanya bergantung pada bantuan orang ramai untuk menyara keluarganya.
"Saya sangat bersyukur dengan bantuan ini dan berterima kasih pada kerajaan kerana masih prihatin terhadap nasib diri dan keluarganya," katanya.
Sementara itu, Marius Sitem pula berterima kasih pada kerajaan kerana prihatin dan sudi memberi bantuan sebanyak RM10,000 bagi membaik pulih rumahnya yang berusia 20 tahun.
"Saya akan menggunakan wang ini untuk membaiki rumah saya supaya kelihatan lebih baik dan selesa didiami empat orang anak saya," katanya.
Beliau yang bekerja sebagai petani itu merupakan antara golongan miskin tegar yang hanya menerima pendapatan RM400 sebulan.
[unable to retrieve full-text content]Di atas kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada warga Hospital Kota Belud yang menyambut hari kebesaran Umat Islam ini. Ucapan Selamat Menyambut Hari ...
KUALA LUMPUR: Satu adegan video berdurasi 59 saat mengenai seorang wanita ditangkap ketika dipercayai mencuri barangan berharga RM6,000 milik keluarga pengantin dalam satu majlis perkahwinan di Johor dimuat naik dalam YouTube, Selasa lalu.
Rakaman video bertajuk 'Tertangkap Mencuri Di Rumah Pengantin' itu memaparkan seorang wanita yang dikatakan mencuri dipegang dengan kasar supaya wajahnya jelas diambil menggunakan telefon bimbit.
Lelaki yang memegang wanita dipercayai warga asing itu mengarahkan sesiapa yang mahu mengambil gambar wanita segera berbuat demikian.
Berdasarkan rakaman itu, wanita terbabit dilihat beberapa kali cuba menutup wajahnya daripada dirakam serta merayu tidak diaibkan.
Rakaman yang dimuat naik Selasa lalu itu sudah ditonton 14,063 orang dengan lebih 100 komen daripada pelayar Internet yang memberi maklum balas negatif termasuk mengutuk perbuatan itu.
Keterangan video itu mengatakan wanita itu ditangkap ketika mencuri ketika keluarga pengantin sibuk melayan tetamu.
Dia dikatakan membawa anak sebagai perisai ke majlis yang berlangsung pada 15 September lalu.
Pengunjung video itu bagaimanapun mengutuk tindakan beberapa lelaki yang dilihat merakam wajah wanita itu secara paksa kerana dilihat cuba mengaibkannya.
Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton mengakhiri lawatan mereka ke negara ini dengan menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika yang terpelihara baik di Malaysia. Duke dan Duchess of Cambridge meluangkan masa kira-kira tiga jam melawat Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, bercakap dengan 25 penyelidik dan penuntut Universiti Oxford serta duduk di atas dahan pokok setinggi kira-kira 50 meter, selain diberi taklimat berkaitan semut dan hidupan lain di atas pokok dalam kawasan pemuliharaan seluas 43,800 hektar itu. Pasangan itu diterbangkan ke kawasan berkenaan oleh helikopter lapan tempat duduk syarikat penerbangan Sabah Air pada 10.15 pagi. Mereka kemudian mendengar taklimat Ketua Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Yayasan Sabah Dr Waidi Sinun, Pengarah Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) Royal Society Dr Glen Reynolds, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Tengku D Z Adlin serta Pengarah Jabatan Perhutan Sabah Datuk Sam Mannan berkaitan kerja pemuliharaan bersama Yayasan Sabah dan SEARRP. William menjadi Felo Diraja sempena sambutan ulang tahun ke-350 Royal Society pada 2010. Pasangan itu menunjukkan minat mendalam dalam kemajuan kerja pemuliharaan dan haiwan liar di kawasan tersebut seperti Orang Utan serta monyet Proboscis. Selepas mendengar taklimat selama setengah jam, Putera William dan Kate meredah hutan hujan tropika itu bagi merasai sendiri biodiversiti luar biasa yang terdapat di kawasan tersebut. Waidi menyifatkan kunjungan pasangan diraja itu sebagai 'berjaya dan bermanfaat'. "Duke of Cambridge ada berkata ayahanda baginda (Putera Charles) sememangnya menyukai hutan hujan tropika. Bagi saya, kunjungan ini berjaya dan bermanfaat kerana ia bakal meletakkan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum ke satu tahap yang lebih tinggi. "Ia benar-benar merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha bersama Yayasan Sabah dan the Royal Society, terutama bagi kerja pemuliharaan yang kami lakukan. "Kami percaya apa yang telah dan sedang dilakukan di sini adalah penting dan signifikan di peringkat global... dan saya percaya inilah yang menarik minat pasangan diraja itu untuk berkunjung ke sini," katanya. Selepas meluangkan masa di Lembah Danum, pasangan itu turut berpeluang merasai pengalaman berjalan di jambatan atas pokok sepanjang 300 meter, sebelum berehat untuk makan tengah hari di Borneo Rainforest Lodge. Duke dan Duchess of Cambridge kemudian berlepas dengan pesawat komersial ke Kota Kinabalu. Malaysia merupakan destinasi kedua pasangan itu selepas Singapura dalam siri lawatan sembilan hari mereka ke timur jauh sebagai wakil Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda di England. Pasangan itu dijadual melawat Kepulauan Solomon dan Tuvalu selepas ini. - Bernama
PERTAMBAHAN Pusat Hiburan, terutama karaoke di daerah Keningau seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana seolah-olah tiada sebarang kawalan daripada pihak berkuasa.
Mungkin juga pihak berkuasa hanya menutup sebelah mata setelah mendapat habuan; apatah lagi hampir kesemuanya beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan menjual minuman keras yang popular dengan gelaran 10:3.
Luahan perasaan oleh ibu bapa serta para ketua badan keagaaman di daerah ini amat perlu diberi perhatian serius. Mereka mempersoalkan kenapa tiada sekatan yang dikenakan kepada pengusaha-pengusaha pusat hiburan setelah pembukaan pusat hiburan seolah-olah tidak memerlukan lesen atau permit.
Andaian ini berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Premis-premis mencuci kenderaan, bengkel membaiki kenderaan, malah rumah-rumah persendirian juga tidak kurang banyaknya telah diubah suai untuk dijadikan pusat-pusat hiburan.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan pusat hiburan ini dijaga oleh beberapa orang wanita tempatan yang turut menjadi GRO dan 'Mummy' tanpa perlu mendapat lesen daripada Majlis Daerah Keningau, Pejabat Daerah Keningau, Jabatan Kastam dan PDRM?
Lebih menguatkan andaian atau persepi buruk ialah ramai di kalangan pengunjung pusat hiburan ini adalah penjawat awam seperti pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Kastam, anggota PDRM serta guru-guru.
Jadi sekiranya belum mendapat lesen, mengapakah penjawat awam berkenaan termasuk pihak penguatkuasaan tidak segan silu mengunjungi pusat hiburan berkenaan?
Adakah mungkin kerana ada unsur-unsur salahguna kuasa atau rasuah dari segi kebendaan atau pun rasuah seks? Di mana sudah letaknya Integriti penjawat awam?
Sewajarnya, sebelum menjadi bertambah parah, Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau, Jabatan Kastam dan PDRM mengambil tindakan drastik dengan menutup dan menyita premis berkenaan yang menjalankan kegiatan tanpa lesen atau belum mendapat lesen beroperasi.
Agak menyedihkan ialah kehadiran ramai guru di premis berkenaan kerana mereka dikesan sebagai golongan paling ramai mengunjungi premis berkenaan sehinggakan telah menjadi bahan guruan yang mengatakan, "kalau dilemparkan batu di kalangan orang yang asyik meneguk bir atau yang menari mengikut alunan lagu 'Tanak Kampung' maka sudah pasti akan terkena seorang guru."
Mungkin agak menghairankan dan sukar dipercayai jika seorang guru sanggup minum alkohol sehingga jam tiga subuh boleh melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa pada keesokan harinya dengan sempurna?
Kata orang Keningau, guru berkenaan masih 'Kogutan' bah kerana lazimnya beliau akan meminta cuti sakit. Maka maka tidak hairanlah jika prestasi peperiksaan di kalangan murid-murid di daerah ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang memberansangkan, malah menunjukkan teladan yang tidak baik kepada murid.
Manakala anggota PDRM yang selama ini diharap menguatkuasakan undang-undang, sebaliknya menyuburkan kegiatan tidak bermoral ini kerana mereka sering menyalahguna kuasa sehingga rakyat umum Keningau meminjam kata-kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri".
Tidak berapa lama dulu kita dikejutkan dengan kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai atasan penguatkuasa undang-undang di daerah ini terlibat dalam kes-kes jenayah. Adakah gejala ini antara lainnya disumbangkan oleh masalah tersebut di atas?
Namun realitinya, keadaan sekarang telah terbukti menyumbangkan banyak permasalahan sosial dan kes jenayah di daerah ini. PDRM Keningau mungkin boleh memberi statistik yang tepat mengenai kes jenayah yang berpunca daripada si pelaku itu dipengaruhi oleh minuman alkohol
Kes-kes seperti rogol, pencabulan maruah dan pergaduhan sehingga membawa maut juga menunjukkan peningkatan. Begitu juga keresahan Mahkamah Anak Negeri Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Keningau yang menangani kes masalah rumah tangga dan keruntuhan akhlak yang berlipat kali ganda bilangannya.
Oleh yang demikian penulis mendapat saranan daripada orang yang amat perhatin mengenai masalah ini seperti berikut:-
-Adakan operasi bersepadu mengejut yang dianggotai oleh beberapa agensi pihak Penguatkuasa.
-Majlis Daerah Keningau (MDK) perlu mewujudkan kuota bilangan pusat-pusat hiburan di daerah ini.
-Pihak Penguatkuasa seperti MDK, Pejabat Daerah, PDRM dan Jabatan Kastam perlu mengambil tindakan tegas untuk menutup dan menyita mana-mana premis hiburan yang belum mendapat lesen atau permit. (No fear or favour)
-Jabatan Pelajaran perlu melakukan pemantauan aktiviti guru-guru selepas masa mengajar khususnya yang mengunjungi premis-premis hiburan dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas guru-guru berkenaan.
-Libatkan Mahkamah Anak Negeri /Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dalam operasi bersepadu.
-Bagi pembaca yang sependapat dengan saya, sama-samalah kita tunjukkanteladan yang baik kepada anak-anak kita.
Perkara yang paling penting ialah memperkukuhkan pengetahuan agama masing-masing kepada ahli keluarga kita.