ads

Jumaat, 21 September 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Yunus Badawi: Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, <b>Ranau</b>

Posted: 06 Sep 2012 08:53 PM PDT

Antara aktiviti yg kami paling teruja semasa ke Sabah minggu lepas ialah mengurut kaki menggunakan ikan di Sungai Moroli. Kalau anda dah sampai ke Kundasang dan Air Panas Poring, rugi kalau tak lajak ke Sg Moroli.  Daripada simpang ke Poring, terus ikut jalan besar ke arah Telupid dalam 18km (kalau tak silap) sehingga anda jumpa ladang Sabah Tea di sebelah kiri jalan. Kalau dah jumpa jalan masuk ke ladang tu, terus saja di jalan utama sejauh 1km. Di sebelah kiri nanti anda akan nampak pintu gerbang lambang ikan kelah. Beli tiket di kedai di situ. Untuk dewasa RM5 dan kanak2 cuma RM2 untuk satu sesi selama 15 minit.
Tempat bergambar sebelum turun ke sungai (lepas naik semula pun boleh bergambar)
Sebaik anda mencecahkan kaki ke dalam sungai, ikan2 di situ akan datang berbondong2 utk menggigit dan membersihkan kulit2 mati anda. Bukan ikan kecil2 mcm di spa di KL ni. Ini ikan kelah yg besar2. goreng pun sodap


Yang warna gelap tu kelah. Ada juga sejenis ikan lagi yang ikut menyibuk. Ikan keli afrika pun ada 2-3 ekor. Buat-buat tak nampak ajelah kalau tak nak naik cepat

Kalau tak geli, tunggulah lama sikit. Lama banyak ikan yg datang. Aku rasa kebanyakan ikan yg mengerumuni abang Adam ini ikan betina. Ikan jantan cari pengunjung wanita!


Sekilas ikan di air sudah ku kenal jantan betina ..... cewah. Tapi kalau dah banyak macam ni mana nak kenal .... hahaha

Kalau nak bagi ikan2 ini makan pun boleh. Ada disediakan pallet dgn harga 20sen sebungkus. Campak aje dalam sungai tu menderu ikan bekejar ke arah pallet tersebut.


Kalau nak letak di tapak tangan pun boleh supaya ikan2 itu makan di tapak tangan

Di situ juga terdapat sebuah jambatan gantung. Kalau tak gayat, bolehlah menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung tersebut
Jadi apalagi? Pastikan anda masukkan lawatan ke Tagal Sg Moroli ini bila anda berkunjung ke Sabah lain kali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved