Sejarah kepahlawanan Embo Ali (Sharif Ali) dalam masyarakat Kota Belud, merupakan satu catatan kronologi silam lagenda perjuangan penentangan penjajahan British di Sabah. Penentangan Embo Ali terhadap penjajah British itu tercetus dalam Peristiwa Perang Pandasan yang berlaku pada tahun 1915. Perjuangan tersebut dianggap amat tinggi nilainya.
Mesejnya di sini ialah, sebagai memperingati perjuangan Embo Ali yang menentang penjajah British itu sehingga gugurnya beliau dimedan juang dalam Peristiwa Perang Pandasan seharusnya menjadi teladan kepada semua pihak dan masyarakat Kota Belud. Sejarah kepejuangan tokoh tersebut semangkin lama semangkin pupus dan dilupakan terutama sekali dalam minda masyarakat generasi muda daerah ini yang tidak langsung mengenali dan mengetahui, siapakah Embo Ali sebenarnya.
Dalam hal demikian, 'Tugu Peringatan Pahlawan Embo Ali dan Pengikutnya' sewajarnya dibina bagi memperingati sejarah perjuangan Embo Ali menentang penjajah British. Dengan terbinanya tugu berkenaan, sudah tentulah sekali dapat menjana ekonomi daerah Kota Belud dalam industri pelancongan.
SR rasa terpegun dan terharu, bila melayari laman sosial FB Datuk Masidi Manjun beberapa hari lalu. Terpapar dengan gahnya beliau menyempurnakan acara perasmian Tugu Peringatan Pahlawan Dusun Bukit Lahawon bertempat di Kg Narambai, Mininsalu, Ranau.
Justeru itu, satu persoalan yang SR tinggalkan di sini.. Apakah sumbangan serta peranan kita dan pemimpin-pemimpin di daerah Kota Belud ini terhadap pejuangan Embo Ali menentang penjajah British..??
Sekiranya di alam maya ini juga tercatatnya Peristiwa Perang Pandasan yang membuktian bahawa Embo Ali itu adalah seorang pejuang dan pahlawan Kota Belud.. Apakah perlu kita berdiam diri, tanpa memperingati serta mengenang jasa-jasa perjuangan Allahyarham Sharif Ali..??
16 Ramadan pada hari ini... Ini la hasil memborong barang-barang di Tawau untuk persiapan raya.. Tu pun dapat beli banyak sebab tido satu malam kat sana.. Kami ke Tawau sebulan sekali sahaja.. tu yang memborong macam-macam tu.. =)
Barang-barang baby pun dh hampir beli semua..tapi tengok la next month.. kot-kot ada yang tertinggal. Masa aku due nnt berdua ngn en. suami.. Ma pun datang seminggu selepas due. jadi memang kena pandai-pandai la berdikari dulu..
Ini lah cabaran duduk jauh-jauh ni... ini baru setakat di Pantai Barat Malaysia.. Belum lagi ngn orang lain yg tinggal lg jauh dari Malaysia kan? Sebab tu la xboleh perasan kita je yang susah.. Sedangkan ramai lagi yang di luar sana tu lebih susah dari kita kan....
KONSERT Wali Band di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau Ahad lalu bermula dengan nada kekecewaan peminatnya. Seawal langkah memasuki stadium yang boleh memuatkan 30 ribu penonton itu terasa kosong, jauh lagi untuk merasakan kehangatan aura Wali Band yang selalunya menghimpunkan ribuan peminatnya setiap kali konsert mereka di Indonesia.
Konsert Wali Band di Tawau begitu cincai perjalanannya… Mujurlah Wali Band itu adalah "wakil" yang mampu menyejukkan peminatnya, kalau bukan Wali Band, sudah pasti ada insiden yang tidak diingini yang berlaku.
Apakah layanan cincai yang aku maksudkan? Maksud cincai: Tidak sungguh-sungguh (tidak teliti, tidak rapi), sembarangan.
Penonton mula masuk ke stadium mulai 7 malam dan terpaksa menunggu lama sehingga 9.33 malam untuk menyaksikan konsert. 3 jam setengah penonton dibiar hambar, tanpa ada pengisian selingan. Diwar-warkan dalam corong radio bahawa ada persembahan pembukaan dari band tempatan, namun jangankan band tempatan, MC pun hanya bersuara jam 9.15 malam.
Kedengaran suara penonton berteriak kerana kebosanan semasa MC mula menenangkan suasana dan semakin bersahut-sahutan bila dikatakan artis dalam perjalanan ke lokasi konsert.
"Harap bersabar, Wali Band dalam perjalanan ke sini," "Woi dari tadi on the way nya… dari jam 8 on the way kah?," "Mana band openingnya…," "Hujan sajalah, biar ini konsert batal…,"
Pembeli Tiket VIP Rasa Tidak Berbaloi. Selayaknya sebuah band dari luar negara tampil istimewa di depan peminatnya kerana harapan itulah yang didambakan peminatnya. Tiket yang tidak bercampur dengan peminat extream dibeli hanya semata-mata mahu menikmati hiburan yang diharapkan dengan sedikit rasa istimewa.
"Makcik beli tiket VIP tu sebab tidak mahu sesak-sesak, makcik minat Wali Band, makcik mahu merasakan istimewanya konsert ini,"
"Kata penganjur, kami akan dapat peluang bergambar dan makan malam bersama artis, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,"
Kisah Wali Band Di Pentas Konsert. 13 lagu yang dipersembahkan sememangnya mengubat perasaan yang tidak menentu penonton. Sedikit demi sedikit aku perhatikan makcik yang tadinya merungut mula terpegun, tersenyum malah turut sama menyanyi (dengan sopan).
Kamu mau apalagi Kamu mau yang gimana lagi (emang dasar…emang dasar)Eh dasar kamu bajingan!
Emang (Memang) dasar sebagai lagu permulaan itu seakan memuaskan isi hati penonton yang marah… Dalam hatiku berkata… memang tepat sekali pemilihannya sebagai lagu pertama dinyanyikan Faank.
Dalam mood yang mula terhibur, Faank dan Apoy sememangnya sudah mengatur untuk terus mengambil hati peminat mereka dengan aksi tersendirinya. Mataku hanya tertumpu pada Apoy, kerana aku tahu Apoylah nadi utama Wali Band.
APOY… Nadi utama Wali Band
Sebenarnya aku tidak mengharapkan Apoy untuk beraksi lincah (seperti guitarist terkenal yang pernah berada di Tawau – King Shah (Metalasia), Man Kidal (Lefthanded), Kid-Din (Search), Joe (Wings) … tetapi aku mahu menyaksikan bagaimana dia menterjemahkan sendiri aksinya melalui lagu ciptaannya. Gitar hijau dipetik lunak mengalunkan gabungan irama local pop creative yang menyentuh dan menambat jiwa pendengarnya. Dan aku merasakannya…!
Ketika keyboardist, Ovie memberi ruang rehat seketika untuk Faank (vocalist), Dila bertanya kepadaku, bilalah lagu Cari Jodoh dinyanyikan. Aku tidak menjawab sebaliknya secara outomatik aku mengamati Faank, aku membandingkan dengan wataknya dalam video clip lagu Cari Jodoh. Faank juga unik, seunik perjuangannya mempertahankan band itu yang mulanya bergelar FIERA (1999).
Comercial Break (Iklan)
Perlu anda tahu bahawa ibu kepada penyanyi Wali Band mengetahui keunikan Tawau dengan memberi pesan kepada anaknya, Faank, belikan ibunya gelas yang susah pecah dari Tawau.
Nasi gondrong adalah hidangan simple orang Tawau yang mahu dinikmati oleh Faank sempena keberadaannya di sini.
Istimewanya Konsert Wali Band di Tawau. Jujur untuk aku katakan bahawa menyaksikan konsert Wali Band membuat aku seperti tidak berada di Tawau. Aku tidak menjangkakan ada lagi genre lain selain Rock yang boleh dikonsertkan di sini. Aku juga tidak menduga wujudnya peminat Wali Band yang bilangannya ramai dan tidak keterlaluan untuk aku katakan mereka ialah peminat tegar band itu.
Wali Band yang mempunyai 3 album dan satu album keagamaan (Islam) menyampaikan dakwah dalam lagunya dengan begitu berkesan sekali. Interaksi itu wujud dalam konsert dan bila aku perhatikan, peminat tegar Wali Band ini mempunyai jati diri dan identiti tepat hasil terjemahan lagu-lagunya. Tabik spring untuk Wali Band!
Pesan Wali Band, Jangan Ada Bang Toyib Di Tawau. Sebelum ke konsert, aku telah post di status FBku dengan memperkenalkan siapakah Bang Toyib. Wali Band juga membuat pesanan yang sama, jangan jadi bang Toyib sebelum menyanyikan lagu Aku Bukan Bang Toyib.
Penganjuran Konsert Akan Datang Kompleks Sukan Tawau, Dewan Masyarakat Tawau, Padang Bandaran Tawau adalah antara lokasi konsert yang pernah menggegarkan Tawau. Walau dihujani pelbagai kisah dan deritanya, aku tetap percaya, Tawau akan selalu menyambut kehadiran artis luar dengan baik.
Kejayaan penganjur membawa band luar negara ke Tawau ini pasti akan dikenang dan pasti tersemat satu sejarah di dalamnya. Tahniah kepada Taiko Media Sdn Bhd.
Buat penganjur yang akan datang ke Tawau, semoga kisah-kisah penulisanku mengenai konsert boleh dijadikan bahan rujukan agar konsert anda tidaklah cincai.
Tiket konsert ini ada silapnya.
Info Konsert Wali Band di Tawau Penganjur: Taiko Media Sdn Bhd Lokasi: Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau Tarikh: 9 September 2012 Masa: 9.33pm – 10.45pm Tiket: RM150 (VIP Seat) RM30 (Normal)
PARA peminat kumpulan terkenal Indonesia, Wali Band dipelawa agar hadir beramai-ramai ke Konsert Wali Band yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tawau, 9 September ini.
Ahli-ahli kumpulan itu iaitu Faank (vokalis), Apoy (gitar), Tomi (drum), Ovie (keyboard & synt) dan Nunu (bass) akan dibawa khas dari Jakarta bagi menjayakan konsert tersebut.
Menurut wakil penganjur, Ramli Baki, kehadiran kumpulan berkenaan ke daerah ini adalah hasil inisiatif syarikat Taiko Media Sdn Bhd dan PM Studio.
"Konsert ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para peminat Wali Band di negeri ini,terutamanya yang berada di Tawau untuk menemui kumpulan kesayangan mereka."
"Kita berharap masyarakat tidak melepaskan peluang menghadiri konsert ini bagi menyaksikan sendiri kehebatan Wali Band beraksi secara 'live' di hadapan para peminat," katanya.
Katanya, kumpulan tersebut akan mempersembahkan lagu-lagu hitnya seperti 'Cari Jodoh' dan 'Baik-Baik Sayang' dan kira-kira 10,000 peminat dijangka membanjiri konsert berkenaan.
Tiket-tiket konsert ujarnya dijual dengan kadar RM30 dan RM150 (VIP) dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 089-770779, 012-8347727 atau 017-8618161.
SUSAN (tengah) menunjukkan tanda bagus bersama pasukan jualannya ketika di Pameran PropEX 2012 kelmarin. KOTA KINABALU: Kawasan Benoni Papar akan menjadi sebuah bandar kecil yang membangun selepas siapnya Pusat Perdagangan Benoni (BCC) yang terletak di jalan besar Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak, dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM200 juta. Pengarah Urusan WSG Development Sdn Bhd, Datuk Susan Wong Siew Guen mendedahkan kepada Utusan Borneo bahawa sebanyak tiga fasa akan dibangunkan di kawasan itu terdiri daripada 220 unit pusat perniagaan. "Dalam bandar kecil ini akan dibangunkan bangunan kolej, hotel bertingkat, pusat hiburan termasuk pawagam, pusat membeli-belah serta kemudahan fasiliti lain yang membolehkanya maju sebagai sebuah bandar. "Ini juga adalah salah satu daya tarikan kepada mereka yang dari negara Brunei untuk melakukan aktiviti bersiar-siar dan berhibur di dearah Papar. "Selain itu, ini juga adalah satu usaha untuk mentransformasikan daerah Papar untuk menjadi lebih maju dan membangun di masa hadapan," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui di pameran PropEX 2012 di sini kelmarin. Susan yang juga Pengarah Urusan Mega Sunwise berkata, fasa pertama sebanyak 60 unit itu akan dilancarkan pada hujung Disember tahun ini dan selebihnya fasa kedua dan ketiga masing-masing 80 unit akan dilancarkan secara berperingkat. Menurutnya, ketika ini sudah ramai yang mendaftar untuk mendapatkan unit itu namum pihaknya tidak akan menerima sebarang pembayaran kerana masih sedang dalam pemprosesan beberapa dokumen. Susan juga telah menyeru kerajaan negeri untuk melebarkan jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan sepanjang jalan selepas Papar kerana jalan itu akan bertambah sibuk di masa hadapan.
RAMPAS.....Antara syabu yang berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.
Oleh : MOHD NAZIB MACPEE
LAHAD DATU: Polis telah menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas 36.95 gram dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM11,000 dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama seorang pegawai telah melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rasna Silam pada Rabu lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam itu, katanya, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga asing berumur 50 tahun dan merampas sebanyak 31.91 gram dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM8,000.
"Ketika serbuan, suspek yang menyedari kehadiran polis telah melarikan diri menuju ke ruang dapur sebelum bertindak mencampakkan sebuah beg silang ke luar tingkap dapur itu.
"Suspek yang ditahan sejurus selepas itu, kemudiannya dibawa ke lokasi di mana beg silang berwarna hitam itu dicampakkan. Pemeriksaan lanjut ke dalam beg itu telah menjumpai dua paket plastik lutsinar sederhana besar, 23 paket plastik kecil yang disimpan di dalam kotak kecil berwarna cokelat dan 11 paket kecil yang disimpan pada bekas gula-gula. Kesemua bahan disyaki dadah jenis syabu," katanya.
Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, dalam kes berasingan pada Selasa lalu, Shamsudin memberitahu polis turut merampas 5.04 gram syabu dan menahan dua lagi lelaki tempatan berusia 20 dan 26 tahun, kira-kira jam 10.30 malam di sebuah pondok yang terletak di kebun sawit Bangkarat Tungku.
Katanya, sebelum serbuan dilakukan pihak polis terlebih dahulu telah melakukan intipan hampir 10 minit terhadap kedua-dua suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan mereka, sebelum bertindak menyerbu pondok berkenaan.
"Kedua-dua mereka cuba melarikan diri semasa diserbu, bagaimanapun berjaya diberkas pihak polis," katanya lagi sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. (UB)
-Umur 20 hingga 38 -Mesti ada motor lesen dan motor sendiri -Ada kelebihan jika mempunyai GDL lesen -Ada EPF dan Socso -Sanggup membuat perkara lain seperti mengangkat barang dan kerja kerja seperti ofis boi. -Gaji mula rm600 hingga rm800 terpulang dengan spesifikasi dan pengalaman.
This entry was posted on Monday, September 10th, 2012 at 6:36 am and is filed under Sabah, Transport/Delivery. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.
Gambar Putera William Dan Kate Di Danum Valley, Lahad Datu SABAH. Proud to be sabahan, Putera William dan Kate merentasi jambatan Borneo Rainforest Research Center di Danum Valley Lahad Datu, Sabah.
Lagi Gambar Putera William Dan Kate Di Danum Valley, Lahad Datu SABAH
Lembah Danum, kawasan pemuliharaan hutan hujan primer yang terletak 70km dari Lahad Datu, Sabah
Lembah Danum dengan keluasan 438km persegi turut menempatkan pusat penyelidikan melibatkan universiti dari England.
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (empat dari kiri) beramah mesra bersama penerima bantuan, Soon Nyet @ Joseph Soon (lima dari kiri) pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Penampang, semalam
PENAMPANG 16 April – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini memperuntukkan sebanyak RM56,000 bagi membantu masyarakat berstatus miskin tegar di sini.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, terdapat tiga jenis bantuan yang disalurkan kepada masyarakat yang terpilih iaitu bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan perniagaan dan bantuan bakul makanan serta sumbangan wang tunai.
Katanya, sebanyak 15 keluarga yang berdaftar di bawah e-kasih layak menerima bantuan ini dan kebanyakan mereka merupakan golongan miskin tegar iaitu pendapatan di bawah RM590 sebulan.
"Tujuan utama kita membantu masyarakat di negeri ini kerana mengikut status kemiskinan bandar yang berdaftar di bawah eKasih sehingga 27 Mac lalu, Sabah mencatatkan jumlah bilangan golongan miskin tegar yang ramai iaitu 2,726," katanya pada sidang akhbar sempena Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di sini sini hari ini.
Pada program itu, Raja Nong Chik turut menyampaikan bantuan bakul makanan dan sumbangan wang tunai RM200 kepada lima keluarga yang kurang bernasib baik.
Soon Nyet @ Joseph Soon, 59, bapa kepada 10 orang anak itu berterima kasih kerana masih ada pihak yang bersimpati dengan nasib keluarganya.
Beliau yang mengalami penyakit darah beku di kepala tidak boleh bekerja dan hanya bergantung pada bantuan orang ramai untuk menyara keluarganya.
"Saya sangat bersyukur dengan bantuan ini dan berterima kasih pada kerajaan kerana masih prihatin terhadap nasib diri dan keluarganya," katanya.
Sementara itu, Marius Sitem pula berterima kasih pada kerajaan kerana prihatin dan sudi memberi bantuan sebanyak RM10,000 bagi membaik pulih rumahnya yang berusia 20 tahun.
"Saya akan menggunakan wang ini untuk membaiki rumah saya supaya kelihatan lebih baik dan selesa didiami empat orang anak saya," katanya.
Beliau yang bekerja sebagai petani itu merupakan antara golongan miskin tegar yang hanya menerima pendapatan RM400 sebulan.
Umno-BN masih mengamalkan dasar politik menekan dan menindas terhadap lawannya.
Menurut Setiausaha Politiknya Hilman Idham, mereka dilarang masuk ke Sabah oleh pihak imigresen dan terus dihantar pulang ke Kuala Lumpur.
"Sebaik menjalani pemeriksaan di kaunter imigresen, saya telah ditahan dan dimaklumkan bahawa terdapat arahan melarang saya memasuki negeri Sabah menerusi Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah.
"Notis tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Fenny Fiona," katanya dalam satu kenyataan media petang tadi.
Hilman Idham menegaskan, ketika negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan Umno-Barisan Nasional.
"Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.
"Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini," katanya.
Minggu lepas aku dan keluarga telah pergi Kota Kinabalu di Jalan Sulaman untuk melihat showroom Universiti Utama Condominium yang kini sedang dalam pembinaan. Aku dan isteri dah lama bekerja tapi masih belum lagi memiliki rumah untuk keluarga. Bertahun-tahun hanya menyewa. La ni dengan sedikit kelebihan kewangan maka kami merancang untuk membeli sebuah rumah. Walaupun kami di Kudat, tapi takda pulak keinginan untuk membeli rumah di Kudat. Sebaliknya hati lebih tertarik untuk mencari di kawasan Kota Kinabalu yang sedang pesat membangun terutama di sepanjang Jalan Sulaman.
Agak lama jugak kami ambil masa untuk membuat keputusan untuk membeli rumah di UUC tu. Maklumlah kewangan perlu stabil untuk 2 tahun yang akan datang kerana rumah dijangka siap pada pertengahan tahun 2014. Tambahan pulak kami telah memilih untuk mengambil unit rumah 3 bilik tingkat 1, non-bumi lot, saiz yang paling luas dan terletak blok kedua dari hadapan dengan harga berjumlah RM 268,888. Boleh juga dapatkan harga yang lebih murah dengan membeli unit bumi lot, tetapi kedudukan bloknya terletak di 3 blok terakhir, yakni berhampiran dengan bukit dan hutan. Pada pemikiran aku jugak dengan kedudukan blok di depan lebih memudahkan kami nak keluar masuk kerana berhampiran dengan pintu keluar masuk dan lain-lain kemudahan.
Lepas aje pergi tengok showroom, terus hati semakin terpikat. Harga rumah tu termasuk dengan perabot rumah kecuali TV dan fridge. So kelihatan lebih lawa dengan designnya yang cukup-cukup dan sesuai dengan perabot. Rumahnya juga dilengkapi dengan Intelligent/Smart Home system. Suis depannya macam touch screen pun ada.
Kat bawah ni gambar yang aku sempat snap:
Rumah ni tak la sebesar mana. Tapi nilai/harga rumah di sabah ni agak mahal. Dalam perkiraan akulah, mungkin lebih antara 30%-40% berbanding harga di semenanjung. Hatta di Kudat tu pun harga rumah teres intermediate 3 bilik bersaiz 880 square feet, berharga RM 210,000. Rasanya kalau di Sungai petani dah boleh dapat rumah Semi-D kot. Siap boleh dapat tanah lapang lagi.
SAYA menyokong penuh kenyataan Adun Melalap, Datuk Radin Malleh supaya pucuk pimpinan Barisan Nasional menimbang untuk memberi peluang kepada PBS bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom.
Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN.
Malah telah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.
Saya tidak bermaksud untuk memperkecil-kecil parti komponen lain, tetapi saya menyatakan suatu hakikat sebenarnya dan juga atas rasa sayangkan kepada BN dan untuk menghindarkan kekalahan BN jika salah parti komponen yang dipertaruhkan untuk bertanding di kawasan Parlimen P.181 Tenom.
Selaku penduduk asal daerah Tenom saya melihat bahawa PBS yang amat sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan ini di Dewan Rakyat, atas sebab-sebab berikut:-
a) Kawasan Parlimen P.181 Tenom mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong, yang 70% penduduknya adalah dari suku kaum Murut, iaitu bumiputra (bukan Islam). Oleh itu PBS selaku parti komponen BN yang perjuangannya berasaskan KDM adalah amat sesuai untuk mewakili BN di kawasan ini. Ini bukan bermakna tidak menghormati komponen BN yang lain tetapi pucuk pimpinan harus melihat kesesuaian asas perjuangan sesebuah parti komponen berkenaan. Pada pendapat saya biarlah UMNO bertanding di kawasan Bumiputra Islam.
b) Secara tradisinya kawasan P.181 Tenom adalah kawasan kubu kuat PBS. Maka oleh kerana itulah kawasan ini adalah milik PBS semasa era PBS dalam BN dahulu dan jika diberi peluang pada PRU13, saya yakin PBS akan menang di kawasan ini dengan majoriti yang lebih besar.
c) Jika PBS yang dipertaruhkan untuk mewakili BN dalam kerusi P.181 Tenom, maka ini adalah membuktikan bahawa konsep BERKONGSI KUASA yang dilaung-laung oleh UMNO dan BN masih kekal utuh.
d) UMNO telah mewakili kawasan ini selama penggal iaitu dari 1999-2004 yang telah diwakili oleh Datuk Rizalman Abdullah dan Datuk Raime Unggi, maka amatlah sesuai jika dalam pada PRU13 ini komponen lain khususnya PBS diberi pelaung untuk bertanding di kawasan ini. Ini juga adalah bertepatan dengan kata-kata PM bahawa tidak semestinya sesebuah parti komponen itu kekal bertanding di sesebuah kawasan. Kesesuaian dan keserasian di antara parti berkenaan dengan rakyat di kawasan berkenaan harus diambil kira dalam menentukan parti komponen yang lebih sesuai dan seterusnya boleh memenangi kerusi berkenaan bagi BN.
e) Tidak dapat dinafikan sentimen kurang senang dengan UMNO di kalangan rakyat umum, sudah mula menular di Tenom. Oleh itu, jika cadagan PBS itu tidak diberi perhatian yang sewajarnya, maka ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Lantas kenyataan Y.B. Datuk Radin yang mengatakan PBS boleh menang dengan mudah, jika dicalonkan, memang tepat sekali.
Ayam Putih, Terbanglah! | Di Atas Puncak Ombak | Meredah Padang Lalang | Di sa…na! | Pada tahun 1980-an banyak guru sandaran di Sabah. Kebanyakan mereka berkhidmat di kawasan pedalaman. Ada antara mereka mendapat peluang untuk mengikuti kursus perguruan asas di maktab perguruan, termasuk di Maktab Perguruan Sandakan. Kursus itu dilaksanakan dalam masa cuti penggal persekolahan dan dikenali sebagai kursus dalam (KDC). Di maktab, mereka dipanggil guru KDC. Dalam masyarakat mereka tetap dipanggil cikgu.
Guru sandaran ialah kakitangan kerajaan. Kursus yang mereka ikuti sebenarnya ialah kursus dalam perkhidmatan. Pada masa ini singkatan bagi kursus dalam perkhidmatan ialah KDP. Pada tahun 1980-an singkatan KDP belum digunakan. Oleh sebab kursus itu dilaksanakan dalam masa cuti penggal persekolahan, maka pihak maktab menggunakan istilah kursus dalam cuti atau singkatnya KDC. Di maktab, mereka dipanggil guru KDC. Dalam masyarakat mereka tetap dipanggil cikgu.
Rancangan praktikum untuk guru KDC berbeza sedikit daripada praktikum untuk guru pelatih sepenuh masa. Perbezaan yang ketara adalah dari segi penempatan dan bidang tugas. Guru pelatih sepenuh masa ditempatkan di sekolah-sekolah yang berhampiran dengan maktab. Oleh sebab mereka bukan kakitangan sekolah, bidang tugas mereka terhad. Masa pengajaran mereka pula hanya untuk tujuan praktikum.
Sebaliknya guru KDC bertugas di sekolah sendiri. Mereka mesti terus menangani berbagai-bagai tugas harian. Mereka mesti terus melaksanakan tugas sebagai guru mata pelajaran, guru kelas, guru kokurikulum dan sebagainya. Jumlah masa mereka bertugas di dalam dan di luar bilik darjah tetap sama. Dapatlah dikatakan bahawa beban tugas mereka lebih berat daripada guru pelatih sepenuh masa.
Dari segi persamaan, guru KDC juga perlu menyediakan rancangan pengajaran harian dan persediaan khas praktikum. Rancangan pengajaran harian dan persediaan khas itu adalah antara perkara yang disemak oleh pensyarah penyelia. Guru KDC juga menulis rancangan pengajaran harian dan catatan-catatan lain dalam buku khas praktikum.
Semua pensyarah yang mengajar guru KDC dikehendaki untuk bertugas sebagai pensyarah penyelia. Penyelaras kursus boleh mengarahkan mereka untuk melakukan penyeliaan di mana-mana sahaja. Namun, atas permintaan atau budi bicara, semua pensyarah wanita dan beberapa orang pensyarah lelaki yang sudah berumur mendapat kelonggaran. Kebayakan mereka menyelia di sekolah yang berhampiran atau yang perjalanannya kurang mencabar.
Saya sudah mencatatkan pengalaman saya menyelia guru KDC di SK Paus, Ranau dan SK Malubang, Pitas. Berdasarkan catatan itu, Penyelaras KDC boleh dianggap zalim sekiranya beliau memaksa pensyarah wanita dan pensyarah lelaki yang sudah berumur untuk melakukan penyeliaan di sekolah pedalaman seperti SK Paus dan SK Malubang. Tugas itu mesti dipikul oleh pensyarah lelaki yang masih muda dan berbadan sihat.
Di Maktab Perguruan Sandakan pada tahun 1981 itu, saya pensyarah termuda. Berat badan saya dalam lingkungan lima puluh kilogram. Saya sihat. Kudrat saya kuat. Minat saya untuk mengumpul pengalaman sebanyak-banyaknya sebagai pensyarah penyelia, tinggi. Penyelaras KDC menyedari hal ini. Saya kerap mendapat peluang untuk menyelia guru KDC di sekolah-sekolah yang tersukar perhubungannya.
Penyelia KDC menyediakan senarai nama pensyarah penyelia dan sekolah tempat mereka bertugas. Pada asasnya, penyeliaan itu perlu dilakukan secara bersendirian berdasarkan senarai. Namun, bagi sekolah yang jauh atau sukar perhubungannya, penyelia digalakkan memilih seorang rakan bagi melakukan penyeliaan bersama-sama. Saya kerap menjadi pilihan mereka.
Saya turut menjadi pilihan Encik Ahmad bin Abdul. Umur kami agak jauh perbezaannya. Saya berumur akhir dua puluhan. Umurnya awal empat puluhan. Oleh sebab persahabatan kami rapat dan mesra, dalam perhubungan harian saya memanggil namanya. Saya memanggilnya Ahmad atau ringkasnya Mat. Dia memanggil saya Isa.
Dua kali saya menyelia bersama-sama Ahmad. Sekali pada tahun 1981, iaitu selepas saya menyelia di SK Malubang. Sekali lagi pada tahun 1982. Kedua-dua perjalanan itu mempunyai keistimewaan. Perjalanan pertama ialah ke empat buah sekolah di tengah-tengah negeri Sabah. Perjalanan kedua ialah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan Sugut.
Catatan ini tentang penyeliaan di SK Minusuh dan SK Penangah sahaja. Pada masa itu kedua-dua sekolah ini dan SK Karamuak berada dalam Daerah Kinabatangan. Selepas itu ketiga-tiga sekolah ini termasuk dalam Daerah Kecil Tongod. Pada tahun 1997 Daerah Kecil Tongod dinaik taraf menjadi daerah penuh. Kini ketiga-tiga sekolah ini terletak dalam Daerah Tongod, di tengah-tengah negeri Sabah.
Saya menjangka perjalanan ke sekolah-sekolah itu mencabar. Saya tidak khuatir. Ahmad anak tempatan daripada suku kaum Orang Sungai. Dia biasa mengajar di beberapa buah sekolah di pedalaman, termasuk menjadi guru besar. Dia arif tentang tempat-tempat di Kinabatangan. Dia mempunyai banyak kawan di sana.
Ahmad mengatur perjalanan. Kami menaiki kereta pacuan empat roda milik Sekolah Menengah Vokasional Sandakan. Pemandu kereta itu bernama Bachik. Dia Orang Sungai juga. Usianya hampir sama dengan umur Ahmad. Dia mempunyai pengalaman pemanduan yang luas di Kinabatangan.
Kereta pacuan empat roda itu ialah jenis yang tahan lasak. Pintu hadapannya dua. Bahagian belakangnya terbuka. Hanya bahagian kepalanya bertutup dan ada tempat duduk. Kusyen tempat duduk itu keras. Tiada pendingin hawa. Saya duduk di tengah-tengah, di antara Bachik dengan Ahmad. Tempat tujuan kami yang pertama ialah SK Minusuh. Jalan yang kami lalui ialah jalan utama Sandakan-Telupid-Ranau. Saya sudah kerap menaiki bas dan memandu skuter di jalan itu.
Bachik pemandu yang cermat. Dia memandu kereta perlahan-lahan, termasuk di jalan berturap dari Sandakan ke Batu 32, iaitu simpang tiga yang menghubungkan Sandakan dengan Telupid di barat dan Lahad Datu di tenggara. Selepas Batu 32 hingga ke Telupid jalannya berbatu kelikir dan sebahagiannya hanya tanah liat. Banyak lopak di sepanjang jalan itu.
Kebanyakan kenderaan yang menggunakan jalan itu ialah lori dan kereta pacuan empat roda. Sebarang jenis motosikal tidak kelihatan. Bachik mengurangkan kelajuan apabila berselisih dengan kenderaan berat yang dipandu laju macam syaitan ditampar oleh bomoh, kata pak cik saya. Dia hanya memotong kenderaan tertentu seperti lori yang merangkak ketika mendaki bukit.
SK Minusuh terletak beberapa kilometer sebelum Pekan Telupid. Kereta kami masuk ke simpang di sebelah kanan. Jalan itu tanah biasa tanpa batu kelikir, ada lopak berair, berlumpur dan licin. Kereta yang dipandu oleh Bachik meredah jalan itu hanya dengan gear biasa. Kami tiba di sekolah itu sesudah menempuh perjalanan dan goncangan kereta lebih tiga jam.
Ketika itu waktu rehat. Guru KDC yang akan kami selia menyambut kedatangan kami. Bachik membawa dirinya. Kami melakukan pemeriksaan dokumen dan perbincangan di bilik guru. Semua kerjanya di tahap rendah dan sederhana. Pengajarannya dalam bilik darjah tiada apa-apa keistimewaan. Saya memerhati dia menulis perkataan "ayam" di papan hitam. Bentuk hurufnya elok. Tekanan kapurnya sesuai. Tulisannya mudah dibaca. Cuma masa yang digunakannya untuk menghasilkan perkataan terlalu lama.
Kami meneruskan pemerhatian sambil membuat catatan. Sesekali saya berkata kepada Ahmad dengan suara yang perlahan. Antara perkara yang saya sampaikan ialah lambatnya guru itu menulis di papan hitam. Ahmad tersenyum dan ketawa kecil. Antara tuturnya termasuklah, "Begitulah, Isa. Guru KDC ini lepasan sekolah ini juga. Pengetahuan dan kemahirannya lebih kurang murid. Yang penting, dia terus bertugas. Orang luar tidak mahu ditempatkan di sini."
Saya akur dengan kata-kata Ahmad. Sebelum itu lebih sepuluh orang guru KDC sudah saya selia. Mereka anak tempatan. Kebanyakan mereka berasal dari kampung yang sama atau kampung yang berhampiran.
Saya semakin mengerti bahawa perkhidmatan mereka sangat diperlukan. Saya semakin jelas akan perutusan Jabatan Pelajaran Sabah bahawa rancangan KDC adalah untuk membolehkan mereka menjadi guru tetap. Rancangan itu bukan untuk menapis-buang mereka. Tugas kami ialah melatih dan membimbing mereka sehingga mereka berjaya melepasi semua aspek latihan.
Kami melakukan pascapenyeliaan di bilik guru. Kemesraan antara Ahmad dengan guru KDC itu dan guru-guru lain ketara. Sesi itu meriah dengan kata-kata yang melucukan, senyuman dan tawa. Ahmad yang pernah belajar di luar negara dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai guru dan guru besar, jelas berketerampilan sebagai pembimbing. Bimbingan dan dorongan dalam suasana yang seperti itu amat sesuai dengan guru KDC yang umumnya sudah menjadi pendidik lebih lima tahun.
Kami meninggalkan SK Minusuh beberapa minit selepas pukul satu tengah hari. Sesudah makan tengah hari dan menunaikan solat jamak zuhur dengan asar di Pekan Telupid, kami meneruskan perjalanan ke SK Penangah. Simpang ke sekolah itu terletak sebelum Pekan Telupid tetapi selepas simpang ke SK Minusuh. Jalan ke Kampung Penangah ialah tanah liat kuning tanpa batu kelikir dan berbukit-bukit. Bachik memandu kereta dengan tenang tanpa sekalipun menggunakan kemudahan pacuan empat roda. Perjalanan itu mengambil masa lebih kurang dua jam.
Ahmad dan Bachik memilih rumah guru besar sebagai tempat penginapan. Saya memanfaatkan surau. Di surau itu ada bilik air dan tandas yang amat sederhana. Rumah penduduk kampung agak jauh. Apabila maghrib masuk, saya masih bersendirian. Saya mengumandangkan azan. Sesudah azan, saya menunggu agak lama. Hari sudah mula gelap. Saya tidak dapat mengesan kemudahan pelita atau lampu minyak tanah.
Tidak berapa lama kemudian muncul seorang pemuda. Dia memasang pelita dan kami bersolat jemaah bersama-sama. Selepas bersolat saya berbual dengannya. Saya menjelaskan tujuan saya berada di kampung itu. Dia pula memberitahu saya bahawa surau itu jarang-jarang digunakan. Katanya, sudah lama azan tidak berkumandang di surau itu. Selepas itu dia menjawab pertanyaan saya tentang penduduk kampung, sungai, ikan, udang galah dan beberapa perkara lagi.
Saya mendirikan solat isyak dengan pemuda itu. Selepas solat isyak dia menghilang. Caranya datang dan pergi rasanya aneh. Kini saya terfikir akan kemungkinan dia makhluk khas yang diutus oleh Allah untuk menemani saya. Eh, bulu tengkuk saya berdiri! Apa-apa pun dia dan saya tetap makhluk ciptaan-Nya.
Selepas isyak, Ahmad mengajak saya menikmati hidangan malam di rumah guru besar. Selepas menikmati hidangan, saya mencuba siaran televisyen. Televisyen empat inci hitam putih itu bergabung dengan radio, perakam kaset dan dapat berfungsi sebagai pembesar suara. Usaha saya tidak berhasil. Menurut tuan rumah, siaran televisyen di kawasan itu hanya diperoleh sekiranya antena berada di kedudukan yang tinggi. Siaran itu pula kerap terputus.
Esoknya, sesi prapemerhatian dan pencerapan berjalan lancar. Persediaan guru itu baik. Penyampaiannya berkesan. Perbincangan pascapemerhatian ringkas. Kami bergegas untuk ke SK Karamuak. Kata Bachik, perjalanan dijangka memakan masa. Hujan yang sederhana lebatnya pada malam itu memungkinkan perjalanan mencabar.