di negeri sabah - Google Blog Search |
mi1: 14 anggota PKR dilarang masuk ke <b>Sabah</b> - Politik kotor UMNO Posted: 14 Sep 2012 07:06 AM PDT Umno-BN masih mengamalkan dasar politik menekan dan menindas terhadap lawannya. Menurut Setiausaha Politiknya Hilman Idham, mereka dilarang masuk ke Sabah oleh pihak imigresen dan terus dihantar pulang ke Kuala Lumpur. "Sebaik menjalani pemeriksaan di kaunter imigresen, saya telah ditahan dan dimaklumkan bahawa terdapat arahan melarang saya memasuki negeri Sabah menerusi Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah. "Notis tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Fenny Fiona," katanya dalam satu kenyataan media petang tadi. Hilman Idham menegaskan, ketika negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan Umno-Barisan Nasional. "Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. "Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini," katanya. |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan