ads

Ahad, 22 Julai 2012

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kalau bukan KITA,SIAPA lagi: Gigs Grunge <b>di Tawau</b>

Posted: 21 Jul 2012 10:06 PM PDT


Grunge adalah muzik yang diminati oleh semua anak anak muda.Mana tidaknya salah seorang yang membawakan aliran muzik ini adalah CURT COBAIN yang menganggotai kumpulan NIRVANA.Biarpun dia dah lama pergi,namun muzik grunge inilah yang menjadi saksi akan semangat pemuzik yang lahir di tahun tersebut.

Pada tanggal 15 September,satu gigs yang berteraskan muzik grunge akan diadakan salah sebuah studio jamming di bandar Tawau ini iaitu Dark Empire Studio.Tiket yang dikenakan untuk menyaksikan gigs ini tidak lah mahal sangat dan berbaloi dibeli oleh semua lapisan iaitu sekitar Rm8 - Rm10 sahaja.

Lebih 5 buah grunge yang bakal beraksi di dalam gigs ini.Antaranya kumpulan Melodychain, Noisy Crush & Sludgy.Untuk keterangan lanjut,sila klik sini Tawau Sound

Kepada band band yang bakal beraksi,harap anda enjoy dan pastikan anda menjadi model kepada pengunjung yang bakal hadir.Maksudnya,anda adalah pihak yang harus menjadi contoh kepada anak anak muda ini yang minat akan muzik.Sama sama kita hindari perkara perkara yang tidak sepatutnya yang mana dapat menjejaskan nama baik pemuzik serta penganjur itu sendiri selain anda menjaga keselamatan.Almaklumlah,ini adalah in house gigs.

p/s
pada yang hadir dan bawa kamera tu,kongsikanlah gambar gambar setiap band yang buat persembahan serta keadaan gigs tersebut.Insyallah,kalau saya turun Tawan,saya nak sangat singgah ke studio ini..:)

Sabtu, 21 Julai 2012

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Pencari Kotak Jumpa Duit RM133,300 <b>Di Tawau</b> | Anjung Maya

Posted: 09 Jul 2012 03:41 AM PDT

TAWAU: Seorang pencari kotak terbuang di sini terperanjat selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.
Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf, 55, beliau seakan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.
"Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya," katanya di sini kelmarin.
Menariknya, walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, Bahar bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau pada Jumaat lepas untuk dikembalikan kepada pemilik asal.
Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau berkata dia sekadar menjalankan rutin hariannya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.
"Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan semenjak lima tahun lalu lagi," katanya sambil mengakui rutin itu dilakukannya setiap kali habis waktu kerja sekitar jam 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asalnya.
Mengulas lanjut, Ibrahim memuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian.-theborneopost

Related Posts

No related posts found

Tags: , , , ,

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: DATUK &#39;T&#39;, PENCATUR POLITIK <b>KOTA BELUD</b>

Posted: 06 Jul 2012 03:29 AM PDT

Siapa Datuk "T' di Kota belud?
Datuk 'T' atau 'Trio' yang disebut-sebut sangat ideal dalam mencorakkan warna politik di Kota belud menurut kehendak dan inspirasi mereka dikatakan merencanakan strategi baru untuk memenangi PRU 13 nanti. Datuk 'T' yang dimaksukan itu ialah MP Kota Belud, Datuk Rahman dahlan,Datuk Salleh Tun Said, ketua UMNO KB dan Datuk Musbah Jamli Adun Tempasuk.
Ketiga-tiga pemimpin yang sebelum ini berada pada kedudukan 'stress' lantaran kurangnya persefahaman, kini memulakan langkah baru dalam percaturan politik mereka apabila keintimana hubungan diperhebatkan.Dalam beberapa majlis di Kota Belud, Datuk Musbah dan Datuk Rahman Dahlan dikatakan seperti "merpati dua sejoli' apabila kelihatan sentiasa bersama-sama, menjadikan mereka antara YB-YB di Kota Belud yang nampak rapat dan mempunyai persefahaman politik peribadi.
benarkah Datuk R menumpang tuah datuk S?
Namun begitu dijangka keintiman itu akan bertambah kuat apabila dengan  kehadiran Datuk Salleh dalam senarai calon DUN di usukan kelak. Datuk Salleh sebelum ini telahpun memulakan perang saraf politiknya apabila merestui Datuk rahman dahlan dicalonkan di Parlimen pada PRU 13 walaupun pada asasnya mendapat tentangan  dari AJK UMNO KB.
lengkap sudah gelaran Datuk 'T' di Kota belud?
Pemerhati politik di daerah koboi itu bersetuju bahawa ketiga-tiga datu 'T' ini sebenarnya saling memerlukan untuk menterjemahkan satu kemenangan mutlak pada PRu 13 nanti. Rahman dahlan sebelum ini dilabelkan antara pemimpin yang berjaya mendapatkan tempias pengaruh Datuk salleh sehingga berjaya dimertabatkan sebagai MP Kota belud pada PRu 12 lepas.pada PRu 13 ini8 di9jangka jika Datuk salleh menang di Usukan, maka tempiasnya juga akan terasa di Parlimen.Begitu juga kemenangan Datuk Musbah di Tempasuk kelak juga akan memanjangkan sokongan rakyat kepada Rahman di parlimen.Justeru itu Rahman pada benaknya merasakan sudah sampai masanya beliau merelakan percaturan politiknya menumpag pada tuah Datuk Salleh dan datuk Musbah.
seorang penganalisis politik tempatan memberitahu kelapamawar bahawa, Kota Belud seklai lagi akan terpaksa menerima calon import pada PRu 13 nanti, bila Datuk rahman Dahlan akan terus di kekalkan di Parlimen sebagai prasyarat datuk Salleh kembali ke Usukan dan pengekalan Datuk Musbah di Dun Tempasuk.Jika ini kebenarannya, pembangkang di Kota Belud yang sinonim dengan sdr Musli Oli terpaksa bekerja keras untuk memastikan sekurang-kurangnya majoriti kemenangan ketiga-tiga datuk "T' ini bakal merudum.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gallery: Gopeng - Macam <b>di Tuaran</b>

Posted: 19 Jul 2012 03:12 AM PDT

Post a Comment

Perhatian :
Pihak www.pengeRindu.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan. Ia adalah pandangan peribadi individu dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

*Jika anda tiada mempunyai Profile di Blogspot dan ingin meninggalkan Komen sila Pilih :

Name/URL masukkan nama anda dan dibahagian URL anda boleh biarkan kosong Sahaja.

Jumaat, 20 Julai 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Gambar Diana Danielle Bercuti <b>Di Semporna</b> Sabah | melvister.com

Posted: 20 Jul 2012 06:35 PM PDT

Mari lihat beberapa keping gambar Diana Danielle yang telah membuat percutian di Semporna Sabah. Sememangnya semporna memang terkenal dengan pusat peranginan yang paling indah iaitu Pulau Sipadan. Pulau ini juga merupakan pulau yang paling indah di Asia. Diana Danielle juga pergi ke Semporna dan ditemani oleh rakan karibnya. Kehadiran Diana menjadi perhatian ramai di sebuah perkampungan atas laut yang sungguh mengasyikkan sekali.

Kredit: Izyan

Teruskan Membaca:

  1. Gambar Diana Danielle Bertudung Majalah Eh Jun 2012
  2. Gambar Diana Danielle Terima Cincin Dari Farid Kamil
  3. Gadis Mirip Diana Danielle Terima Seluar Dalam Dan Ayam Hidup
  4. Gambar Diana Daniella Manis Bertudung
  5. Gambar Diana Amir Pakai Tudung Bersama Wardina Saffiyah
  6. Gambar Diana Amir Bertudung Selepas Mimpi Kiamat

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Pejabat Perhubungan <b>Negeri Sabah</b>, Kuala <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 11:50 PM PDT


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur seperti berikut :

1. PEMBANTU AM PEJABAT
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang SPA.1 Pindaan 1/98 yang
boleh didapati secara percuma di alamat berikut :-

PENGARAH
PEJABAT PERHUBUNGAN NEGERI SABAH
TINGKAT 2, WISMA DERGAHAYU, NO.26,
JALAN INDAH 23,TAMAN CHERAS INDAH,
56100 KUALA LUMPUR

atau melalui Laman Web : htp://www.sabah.gov.my/ppnskl

Tarikh tutup permohonan 27 Julai 2012.

Borang permohonan klik sini
Maklumat lanjut iklan jawatan 1 klik sini
Maklumat lanjut iklan jawatan 2 klik sini

Khamis, 19 Julai 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Singgah <b>di</b> Pasar Ramadhan <b>Kota Marudu</b> | Blogged.my

Posted: 16 Aug 2010 09:46 AM PDT

Salam semua. Ni cerita Sabtu lepas sebenarnya. Tapi memandangkan belum ada masa nak pindahkan gambar daripada handpone Sony Ericson G705 yang dipakai untuk ambik gambar, maka tak sempatlah entri ni di-publish masa tu. Petang Sabtu lepas, saya dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu lebih kurang jam 3.30...

By: kulanz

Stand by, we're redirecting you... click here if you don't want to wait.

Registered and logged in users are redirected immediately, why not consider signing up? It's free!

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BOXER KEDUT: Dejamoss <b>di Kinabatangan</b>. episod 2

Posted: 12 Jul 2012 05:25 PM PDT

Pak Wahid tak fikir panjang.
terus mengumat-ngamit segala bacaan suci yang beliau belajar.
Doa Qunut. bacaan antara dua sujud. Rukun iman.
semua terpacul dari mulut Pak Wahid.
Boleh tahan juga kecur jubo Pak Wahid malam ni.

"Woi natang. Ni aku la. Najib.
 Dakyoh nok takut ngat ah"

seraya Najib Lazat bersuara.
menyampah juga dengor Pak Wahid takut tak tentu kalu lama-lama.

"Taik engkau Jib.Taik engkau!"
 Jangan buat dah Jib gitu.
 Kang mati aku.
 Siapa nak ikut engkau punya Jelajah Janji Dimungkiri!"

Pak Wahid luah rasa.
Namun otaknya masih ligat mengingat rukun iman yang keenam tadi.
Kalau-kalau benarlah yang menyentuhnya tadi hantu.
Pasti hantu itu tekekeh-kekeh ketawakan beliau tadi tu.
Amende umur dah bangka rukun iman keenam pun tak tahu.

"Dah-dah.jom masuk rumah kau dulu.
 Aku ada mende nak bual."

-Najib bingkas mempelawa.

Apa pesen Najib ni entah.pelawa masuk rumah orang.
Langsung tidak beradab mulia.

"Kejap.tapi kenapa tangan kau sejuk semacam Jib"

-soal Pak Wahid. dadanya masih bergedup kencang.

"Oh.aku istinjak pakai ais kat jamban sebelah tadi."

Najib Lazat jawab acuh tak acuh.
endah tak endah.
Seliparnya dilarah.
Laju dia menonong ke ruang tamu rumah Pak Wahid.

"Hah amende ceritanya Jib.
 engkau kalau nak berbual pasal follower tuiter kau yang dah cecah seratus tu.
 Tak payah lah."

Sesambil Pak Wahid membetul posisi tuala.
sempat juga beliau menanya pada Najib.

"Kau ingat makwe kau dulu?"

"Makwe mana satu"

"Kadijah.Kadijah Musa.Anak Tok Ketua."

Pak Wahid terdiam seketika.
Prutt.Puit.puit.
Cilake. Dalam terdiam.sempat lagi Pak Wahid terkentut.

Dalam pada itu. Serentak nama Kadijah terpacul dari mulut Najib Lazat.
sudah beliau duga.Pasti ada benda yang tak kena.
Kali terakhir nama itu keluar dari mulut manusia.
Adalah bila sepuluh tahun lepas.

Sewaktu Tok Ketua meminta tolong beliau untuk menggalikan kubur.
untuk anak perempuan kesayangannya.

KADIJAH BINTI MUSA.

(bersambung karang)

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Sabah</b> 1433H/2012 <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2012 05:00 AM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Ramadhan Mubarak

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Sabah untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Jika ada sebarang masalah untuk melihat atau melakukan muat turun, sila ajukan di ruangan komen.

WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN DI NEGERI SABAH

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Sabah:

Zon 1 – (Bahagian Sandakan: Timur) Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam

Zon 2 – (Bahagian Sandakan: Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah

Zon 3 – (Bahagian Tawau: Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu

Zon 4 – (Bahagian Tawau: Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan

Zon 5 – (Bahagian Kudat) Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat

Zon 6 – Gunung Kinabalu; Ketinggian 4,101 m

Zon 7 – (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

Zon 8 – (Bahagian Pedalaman; Atas) Pensiangan, Mabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau

Zon 9 – (Bahagian Pedalaman; Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Sabah melalui paparan Sribd di atas. Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam di Sabah khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Sumber: Portal JAKIM

LAJIM: 380000 PTI Telah Didaftar <b>Di Negeri Sabah</b>....

Posted: 18 Jun 2012 10:09 PM PDT

Rabu, 18 Julai 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Rombongan ke <b>Kota Marudu</b> « Eman540705&#39;s Blog

Posted: 20 May 2012 06:55 AM PDT

Pagi ni, (20 Mei) pagi pukul 8 aku dah pergi ke rumah kakak tiri aku. Hari ni nak ikut rombongan bertunang anak lelaki dia si Boboy bertunang di Kota Marudu. Bertunang dengan orang Dusun sana.

20120520-094149.jpg

Rumah dia tak jauh belakang rumah aku seja di Pj telipok ni. Aku sampai sini (di rumah dia aku tulis blog ni dengan iPhone) aku pun tanya tanya la sama ada dorang pasal adat bertunang orang dusun ni. Maklumlah aku ada pengalaman sebab bini aku orang Dusun Ranau juga. Rupanya dorang tak tahu sangat pasal berian, belanja dapur, sogit dan lain-lain. Aku ingat dorang dah jumpa ketua kampung belah perempuan bincang pasal ni. Jadi aku ceritalah sikit-sikit pasal bayaran-bayaran ni.

Setiap kampung Dusun ni adat dia berbeza-beza antara satu dengan lain. Tapi yang basicnya ada 3 bayaran:-

1. Berian – yang ni sama dengan hantaran kalau di Semenanjung. Selalunya mengikut kampung, status perempuan tu, status lelaki tu, kekayaan belah lelaki dan sebagainya sama macam Semenanjung. Contoh kalau di Penampang, kalau tak silap aku dorang kira tiang rumah ada berapa lepas tu dorang tentukan berian dia.

2. Belanja Dapur – belanja dapur ni bayaran untuk keluarga belah perempuan untuk adakan kenduri di kampung belah perempuan. Tengok la keluarga belah perempuan tu nak adakan majlis macam mana. Kalau besar kampung atau ramai orang yang akan dijemput makin besar la belanja dapur ni. Kalau di Semenanjung aku fikir belanja dapur ni dah kira lump sum dengan hantaran kot. Wallahua'lam.

3. Sogit – yang ni bayaran kepada ketua kampung. Yang ni banyak jenis dan ada yang kena bayar cash ada yang kena bayar dengan kerbau. Sogit ni macam macam, ada sogit sebab bawa anak perempuannya masuk Islam ( macam aku kena dulu), ada sogit lambat kahwin dan macam-macam bergantung kepada adat kampung tersebut.

Yang peliknya, keluarga kakak aku ni bawak satu rombongan besar pergi bertunang. Siap sewa bas, sedangkan dorang belum jumpa ketua kampung belah perempuan tu, baru nak pergi jumpa la ni. Lagi besar jumlah yang datang makin besar la bayarannya hehe. Tak tau la, aku tulis perenggan ni masa naik bas ni, belum jalan lagi Masa sampai nanti tau la.

20120520-101655.jpg

20120520-101720.jpg

Kira-kira 2 jam perjalanan sampai di kota marudu. Pendek cerita, anak saudara aku tu kena berian belasan ribu plus belanja dapur pun belasan ribu. Belanja bawak masuk Islam seekor kambing, bayar kepada kakak-kakak yang belum kahwin pun ada (langkah bendul). Penat la juga perjalanan ni. Gambar-gambar di bawah antara yang sempat aku tangkap.

20120520-214734.jpg

20120520-214706.jpg

20120520-214909.jpg

20120520-214928.jpg

20120520-214955.jpg

20120520-215012.jpg

20120520-215030.jpg

20120520-215047.jpg

20120520-215107.jpg

20120520-215125.jpg

20120520-215148.jpg

20120520-215214.jpg

20120520-215239.jpg

20120520-215258.jpg

20120520-215319.jpg

20120520-215340.jpg

20120520-215410.jpg

20120520-215424.jpg

20120520-215438.jpg

20120520-215506.jpg

20120520-215523.jpg

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Santai Leeza: Lepak Makan: Makanan Yang HOT <b>di Tawau</b>

Posted: 05 Jun 2012 09:32 AM PDT

Salam Sejahtera ...  HeLLo0o0o...
Kembali lagi dengan kisah percutian di Tawau. HEAVEN OF FOOD amat bertepatan diberikan kepada negeri TAWAU. 4 hari menghabiskan masa di TAWAU, memang perut ini sentiasa penuh dengan makanan, nafsu makan tidak lengkang dek masa. Haaaaaaa............ 
So, kalau korang nak ke Tawau, jangan sesekali lepaskan peluang menikmati makanan yang ada kat sana. Serius meletop sih... Jom roLL santapan Santai Leeza.... 
Terjah kedai makanan area Heritage (hujung deretan Hotel Heritage) memang best. Gerai 24 jam!
dan, Kedai yang bernama KOPITIAM, old school sikit lah kedai ni (ala-ala vespa gitu).
 Mula-mula dapat mee kering jer without apa-apa kuah, terkejut jugak. Tiba-tiba datang sorang minah ni, tuang kuah kicap tu...
Tak ker berhasap-hasap depan mata. Amek kau... panas tu tak payah cakaplah kan.
Ni hidangan PALING BEST PALING FAVOURITE ar kat sana!! 
U all kena cuba Pisang Goreng + gula merah + cheese... Pasti leeza rindu Sanggar Cheese ni.
Sekarang leeza nak bawa u all kat area tepi laut. Deritan gerai makan JAWA. Antara yang mantop di sini :
4.5 bintang... 0.5 sbb kurang ais. Kalau ais lagi banyak.. memang mantap!
4.5 bintang... 0.5 lagi sebab terlebih air.....
A B C + Milo tabur + cincau (ramuan-ramuan abc).
Makanan yang perlu dinikmati secara umumnya: 
leeza tak ingat lah tempatnya, sbb kawan bawa ronda-ronda Tawau sampai pening! haaaaa
Mee Tauhu... Sedap sangat!! Sarapan pagi sebelum bergerak ke Pulau Mabul.
Menu akak leeza... Nasi Kuning... Konsep macam Nasi Lemak di semenanjung.
Gado-gado di Tawau (mungkin kedai ni jer) memang best!
-area Kampung Titingan 8, poskod 91000-
siap poskod lagi leeza bagi. haaaaaa
Soto Banjar Bebola Daging... Panjang tak nama?
 Ni decor kedainya... U all memang kena terjah kedai ni kalau pergi Tawau!!

Yang Terakhir yang MANTOP di Tawau....

 NASI LALAP...
Lalap mata leeza lepas makan ni... haaaaaaaaaaa
A da 1 jenis buah yang leeza tak sempat nak rasa. Apa nama tah...

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


MyGamanBorneo: Jalan-Jalan Sanaaaa <b>Ranau</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:17 PM PDT

Biasanya kalau saya balik guna flight setakat dari Kuching - Kota Kinabalu dan seterusnya menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu - Beluran, wajib singgah sebentar di Pekan Ranau untuk berehat dan makan tengahari.
Balik menggunakan jalan darat pada 30 Mei lepas, saya berkesempatan mengambil gambar pekan yang terletak di laluan bahagian pantai barat Sabah menuju ke bahagian Sandakan ini bertujuan untuk dikongsikan di blog.

Perkara yang saya suka di pekan Ranau ini ialah pembangunanannya yang terancang serta kebersihan pekannya.  Saya fikir, lokasi strategiknya sebagai tempat persinggahan merupakan faktor utama penyumbang kepada pembangunan ekonomi di pekan ini. 
Banyak lagi yang menarik di pekan ini tapi masa sangat suntuk untuk berada lebih lama di sini.  Bimbang hari gelap sebelum sampai ke Beluran.  Faham-faham sajalah jalan raya yang bengkang-bengkok bahaya dilalui pada waktu malam.

Jadi kalau berkunjung ke Sabah, apa kata cuba pengalaman menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan jangan lupa singgah di Ranau.  Pemandangan di sepanjang perjalanan juga cukup menarik dan pasti tidak akan menghampakan para pencinta alam.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah | Informasi Melayu Kini <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2012 01:30 AM PDT

Pernahkah anda berkunjung ke Terowong Jepun di Kunak Sabah? Terowong ini digunakan oleh tentera Jepun sebagai satu laluan rahsia untuk ke tempat simpanan senjata mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Misteri Terowong Jepun Di Kunak Sabah  | Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.  Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Melayukini.net - Jika anda hendak tahu, setiap tahun dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu. Ada sesiapa pernah berkunjung di sini?

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tak Mungkin Benar | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suara Rakyat Kunak: Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah...

Posted: 14 Jul 2012 06:26 AM PDT

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved