ads

Khamis, 19 Julai 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BOXER KEDUT: Dejamoss <b>di Kinabatangan</b>. episod 2

Posted: 12 Jul 2012 05:25 PM PDT

Pak Wahid tak fikir panjang.
terus mengumat-ngamit segala bacaan suci yang beliau belajar.
Doa Qunut. bacaan antara dua sujud. Rukun iman.
semua terpacul dari mulut Pak Wahid.
Boleh tahan juga kecur jubo Pak Wahid malam ni.

"Woi natang. Ni aku la. Najib.
 Dakyoh nok takut ngat ah"

seraya Najib Lazat bersuara.
menyampah juga dengor Pak Wahid takut tak tentu kalu lama-lama.

"Taik engkau Jib.Taik engkau!"
 Jangan buat dah Jib gitu.
 Kang mati aku.
 Siapa nak ikut engkau punya Jelajah Janji Dimungkiri!"

Pak Wahid luah rasa.
Namun otaknya masih ligat mengingat rukun iman yang keenam tadi.
Kalau-kalau benarlah yang menyentuhnya tadi hantu.
Pasti hantu itu tekekeh-kekeh ketawakan beliau tadi tu.
Amende umur dah bangka rukun iman keenam pun tak tahu.

"Dah-dah.jom masuk rumah kau dulu.
 Aku ada mende nak bual."

-Najib bingkas mempelawa.

Apa pesen Najib ni entah.pelawa masuk rumah orang.
Langsung tidak beradab mulia.

"Kejap.tapi kenapa tangan kau sejuk semacam Jib"

-soal Pak Wahid. dadanya masih bergedup kencang.

"Oh.aku istinjak pakai ais kat jamban sebelah tadi."

Najib Lazat jawab acuh tak acuh.
endah tak endah.
Seliparnya dilarah.
Laju dia menonong ke ruang tamu rumah Pak Wahid.

"Hah amende ceritanya Jib.
 engkau kalau nak berbual pasal follower tuiter kau yang dah cecah seratus tu.
 Tak payah lah."

Sesambil Pak Wahid membetul posisi tuala.
sempat juga beliau menanya pada Najib.

"Kau ingat makwe kau dulu?"

"Makwe mana satu"

"Kadijah.Kadijah Musa.Anak Tok Ketua."

Pak Wahid terdiam seketika.
Prutt.Puit.puit.
Cilake. Dalam terdiam.sempat lagi Pak Wahid terkentut.

Dalam pada itu. Serentak nama Kadijah terpacul dari mulut Najib Lazat.
sudah beliau duga.Pasti ada benda yang tak kena.
Kali terakhir nama itu keluar dari mulut manusia.
Adalah bila sepuluh tahun lepas.

Sewaktu Tok Ketua meminta tolong beliau untuk menggalikan kubur.
untuk anak perempuan kesayangannya.

KADIJAH BINTI MUSA.

(bersambung karang)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved