UNTUK makluman, saya berasal dari Sandakan tetapi buat masa ini sedang bercuti di Kudat, Sabah. Pagi kelmarin, lebih kurang jam 10.30 pagi semasa memancing di jeti Sabah Port Kudat, saya ternampak sebuah lori yang berada di sebelah bot kumpit dalam keadaan yang mencurigakan.
Saya melihat dengan jelas ketika itu anak-anak kapal sedang memungah barang-barang (kotak-kotak) dari lori ke bot kumpit (Filipina) yang sebelum ini merapat ke jeti untuk memuat kayu belian, tetapi turut menyeludup keluar barangan kawalan bersubsidi seperti minyak masak, tong gas, gula dan sebagainya.
Saya harap pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini di Sabahkini.net agar pihak berkuasa dapat membuat pemantauan dan menghalang penyeludupan keluar barang kawalan bersubsidi ke Filipina.
RASMI…Jamawi meniup sumpit sebagai simbol perasmian program tersebut. Gambar sisipan Dr Fadzilah Kamsah.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
DIJANGKA lebih dari 1,200 orang pelajar di Tenom yang bakal menduduki peperiksan SijilPelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari seluruh sekolah menengah di daerah ini akan menyertai Program Motivasi Perdana anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan Kerja sama Pergerakan Pemuda Umno Tenom dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Program yang akan diadakan pada 15 September (khamis) ini, akan berlangsung di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang akan disertai pelajar sekolah menengah St Anthony Kemabong, Entabuan SM Chung Hwa dan SMK Tenom.
Pakar Motivasi, Datuk Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah (gambar kecil ) akan bersama-sama pelajar yang menyertai program ini yang akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu bersama pelajar pada sesi pagi dan satu sesi khas bersama ibubapa pelajar pada sebelah petangnya.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar, berkata pogram ini merupakan julung kali pernah diadakan di daerah Tenom dan merupakan antara komitmen pergerakan pemuda Umno bahagian Tenom bagi meletakkan agenda pembangunan model insan melalui pendidikan sebagai satu keutamaan dalam menjana kemajuan pendidikan bagi pelajar pelajarsekolahdi luar Bandar.
"Program ini merupakan satu program nilai tambah bagi memperkasakan kemajuan pendidikan pelajar khususnya di daerah ini yang bukan sahaja perlu disokong dari segi kemudahan prasarana, namun perlukan anjakan paradigma bagi menyuntik semangat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program sambutan hariraya Aidilfiri dan Majlis Ramah Mesra di Sk Bakuku Ulu Temoni Tenom, kelmarin.
SUMBANGAN….Jamawi turut menyampaikan sumbangan kewangan Pergerakan Pemuda Umno Tenom kepada salah seorang guru besar sempana majlis tersebut.
Jamawi yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata Pergerakan Pemuda Umno Tenom meletakkan agenda pembangunan pendidikan sebagai satu keutamaan dalam setiap programnya kerana menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada anak bangsa sebagai bekalan mereka menghadapi cabaran akan datang.
"Kita sedar, kalau kita mahu mencapai kemajuan besar dalam negara kita dan mahu menjadi negara maju menjelang 2020 nanti, perkara penting yang harus kita beri tumpuan adalah soal pelajaran," katanya.
Sehubungan itu menurut Jamawi, semua pihak di daerah itu perlu berkerjasama memperkasakan kemajuan pendidikan dengan tidak menyendarkan sepenuh peranan serta tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah mahupun guru-guru, malah ibubapa dirumah juga perlu memainkan peranan bagi membantu anak-anak mereka maju dalam soal pendidikan.
Apa sudah jadi perumahan SPNB di Lahad Datu October 3rd, 2011
Saya adalah salah seorang pembeli rumah SPNB di Lahad Datu,Sabah (Bandar Sri Gemilang).Menurut perjanjian sewaktu pembelian,rumah tersebut akan diserah kunci pada 2010.
Tetapi sampai sekarang bayang kunci pun tidak kelihatan.Yang lebih menyedihkan lagi perumahan tersebut sudah terbengkalai(tidak ada kerja-kerja peminaan dijalankan).
Persoalannya sekarang dimana janji-janji Barisan Nasional untuk membantu rakyat Sabah?.Mana rumah mampu milik yang dijanjikan SPNB?.Adakah perumahan Bandar Sri Gemilang ini dibuat hanya untuk memancing undi?.Takan bila pilihanraya sudah dekat baru pembinaan dijalankan semula.
Kalau pembeli bertanya pihak SPNB Kota Kinabalu mengenai status perumahan tersebut,jawapannya senang saja PROJEK BERJALAN MENGIKUT JADUAL. Jadual apa yang diikut sekarang?.
Kami yang hari-hari lalu jalan tu untuk pergi kerja.Kami yang nampak projek tu berjalan atau tidak.Takan mahu tunggu wartawan TV3 datang baru nak kelamkabut.
Kalau boleh kami minta la bos-bos besar SPNB ni turun padang.Lihat-lihat la projek diSabah ni.Jangan nak duduk dipejabat saja.
Kalau kita lihat dalam tv bukan main lagi rancak projek SPNB ni.sana-sini rumah dibuat.Sana-sini bagi kunci rumah.Tapi hakikatnya diLahad Datu ni pembinaanya terbengkalai.
Kita bukannya nak marah,tapi kita menagih apa yang sudah dijanjikan untuk rakyat.kesudahannya sekarang yang kaya tambah kaya,yang miskin tambah miskin.
by RUZAINI ZULKIFLI ruzainiUB@gmail.com. Posted on October 8, 2011, Saturday
SEBAT... Donald melakukan gimik memegang rotan sambil menyebat papan tanda 'Saya Anti Kutu Sampah' sebagai simbolik perlancaran KAKS Peringkat Daerah Penampang di Kompleks Beli Belah Megalong kelmarin.
PENAMPANG: Perlancaran Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) peringkat Penampang kelmarin menjadikannya sebagai daerah yang pertama melaksanakan program itu di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin berkata ia selaras dengan pembangunan sedia ada di kawasan Penampang yang kini semakin pesat dan dalam masa sama turut mementingkan aspek kebersihan demi menjaga imej daerah yang mempunyai banyak produk pelancongan itu.
Menurutnya, menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ditunjangi oleh Majlis Daerah Penampang (MDPG), perkara demikian juga perlu mendapat kerjasama daripada orang ramai bagi menjayakannya serta menjadikan Penampang sebagai daerah bebas daripada sampah.
Bermula kelmarin, Donald menegaskan mana-mana individu yang didapati membuang sampah di merata-rata tempat di daerah berkenaan bakal berhadapan tindakan kompaun sebanyak RM500 serta merta oleh pihak MDPG.
"Bagi MDPG, kompaun itu bukanlah amat penting namun adalah menjadi keutamaan kita semua berhenti untuk mengamalkan sikap membuang sampah secara sesuka hati.
"Bayangkan, di daerah Penampang ini terlalu banyak produk pelancongannya seperti Banjaran Crocker, kampung-kampung Moyog dan sungai-sungainya yang jernih belaka.
"Tidakkah kita semua rasa bersalah sekiranya meninggalkan generasi hadapan dengan pencemaran dan gagal melihat peninggalan indah khazanah alam diperolehi di kawasan Penampang ini," katanya. Tambahnya, antara kelainan KAKS di Penampang adalah aktiviti gotong-royong menangkap kutu-kutu sampah dengan para peserta di bawah kendalian MDPG hanya perlu menjadi pemerhati.
"Gotong-royong ini lebih berkesan berbanding dengan aktiviti memungut sampah kerana perserta akan melihat sendiri betapa malunya kutu-kutu sampah ditangkap kerana melakukan kesalahan. Dengan ini juga peserta juga nanti tidak mahu diri mereka dalam keadaan sama kelak," katanya.
Donald yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri berkata demikian ketika berucap pada Perlancaran KAKS Peringkat Daerah Penampang di kompleks beli belah Megalong, Donggongon di sini kelmarin.
Hadir sama, Pegawai Daerah Penampang, William Sampil, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Robert Lipon, wakil Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr Chua Kim Hing dan Pengerusi Persatuan Penjaja Donggongon, Amiribrahim Mattasan.
Dalam pada itu, William berkata setakat ini terdapat lima termasuk pejabat, premis serta sekolah telah diisytiharkan sebagai zon tanpa sampah di daerah berkenaan dengan didahului pejabat MDPG.
"Kawasan yang lain ialah Pejabat Persatuan Penjaja Bandar Donggonggon, SMK Bahang, SMK Limbanak dan Sandakan Turf Club (STC) Donggonggon.
"Kita percaya selepas pelancaran KAKS ini yang dipengerusikan saya sendiri, ia mampu mengubah perspektif ramai khususnya penduduk daerah Penampang untuk mengutamakan kebersihan.
"Saya percaya dengan adanya kerjasama dan sokongan padu daripada semua akan menjayakan kempen ini dengan menjadikan hasrat daerah Penampang tanpa sampah akan tercapai," katanya.

SANDAKAN: Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.
Katanya mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.
Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini hari ini.
Rowell berkata dari laporan awal yang diterima, kejadian berlaku selepas lelaki itu dikatakan naik berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.
Katanya lelaki itu ingin menjual rumah mereka untuk mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.
Beliau berkata lelaki itu yang bekerja sebagai penanam sayur sebelum ini pernah mengugut mahu menikam ibu dan bapanya kerana tidak menunaikan permintaannya itu.
Menurutnya lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta.
Katanya sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu turut ditemui di ruang tamu rumah tersebut. -BERNAMA
TAHNIAH atas kejayaan Konsert Lagenda Rock yang baru sahaja berakhir Ahad lalu. Satu konsert yang memberi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh semua penontonnya kerana persembahan Ella, Mus May, Bandi Amuk dan Arsheed Defgabc begitu baik sekali. Aku tabik spring atas persembahan mereka terutama sekali dalam menterjemahkan penghargaan mereka kepada peminat seni muzik rock yang ada pada malam itu.
.
Kenapa aku katakan mereka rockers yang professional dan hebat sekali? MUNGKIN bagi mereka yang tidak menghadiri konsert ini tidak memahami apa yang aku persoalkan namun aku yang turun ke konsert itu begitu kagum melihat mereka di pentas. Penonton yang datang dengan sedikit perasaan hampa pada mulanya terubat dengan aksi Arsheed Defgabc kemudian Bandi Amuk diikuti Mus May dan kemudian Ella.
.
Aku kreditkan status professional melebihi yang lain kepada Mus May. Kenapa? Kerana dia:
Buat peminat tidak berganjak dari hujan dengan aura yang ada dalam lagu-lagunya.
Walaupun dia dilempar botol air mineral dia tetap cool tidak mengikut amarahnya.
Dia mampu tackle peminatnya sejak dari awal menyanyi hinggalah di akhir persembahannya.
Dia nyanyi 7 lagu beb! 1 duet bersama Bandi Amuk.
Kepada bro Mus, lu punya group kalau datang Tawau next time, pasti meletup punya. Lu sudah kow team kow kow dengan peminat lu di sini malam itu.
Apa khabar Ella? Ella walau apa pun orang sekelilingku cakap dia ada habit itu ini, ada songeh itu ini, ada something terpelanting… aku tetap minat Ella. Takkan aku nak tulis dia beraksi gedik di depan peminat, dia cerewet mengadu lantai basah dan tidak ada sesiapa pedulikan untuk lapkan. Itu orang lain boleh detailskan tapi aku tidak akan memandang yang buruk untuk bacaan pengunjung blog ini. Aku mahu kisahkan kisahnya ketika aku personal interview dengannya.
Ella gembira dengan konsert lagenda rock tadi?
"Saya happy dengan konsert tadi, meriah, crawd sporting gila… "You ingat tak masa beberapa lirik tu saya nyanyi then penonton sambung? Ingat, dan aku antara salah seorang daripadanya "Wow yeke… Peminat di sini tau lirik dan maksud lagu Ella… I like Tawau, I love Tawau."
Apa perancangan Ella bila lihat sambutan peminat tadi? "I really enjoy with fan, saya sangat kagum, saya perform untuk menghargai mereka," Ada plan? "Saya nak sangat bertemu dengan peminat-peminat Ella di Tawau, Ya saya akan kembali ke sini untuk itu"
Perancangan Ella selain menyanyi. Ella akan keluarkan satu produk. Bila aku follow interview FUHHH, sayup-sayup aku terdengar seperti produk berkaitan dengan fesyen. Mau lebih jelas, ikutilah interview dari FUHHH pulak.
FUHHH ada tanya pasal barang peribadi yang Ella wajib bawa dalam begnya. Ella jawab handphone bla bla bla dan akhir sekali aku dapat tahu Ella gila perfume.
Fakta Konsert Lagenda Rock Tawau.
Arsheed Defgabc menyanyikan lagu Ibu Kota Cinta, Marilah Maria, Cinta Di Mana (lagu baru), Cinta Sakti, Ampunkan Aku dan Merah.
Bandi Amuk menyanyikan lagu Akar Dan Bumi, Lancang Kuning, Untukmu Sayang, Ingat Ingat, Matahari, dan Fikirkan Boleh
Mus May menyanyikan lagu Dari Kaca Mata, Sinar, Mai Phen Rai, Cinta Mekar Di Hati, Gadis Bertudung Putih, Pelayaran
Mus May dan Bandi Amuk duet lagu Sendiri
Ella menyanyikan lagu Permata Biru, Permata Permotong Permata, Nuri, Kesal, Rama Rama
Ella dan anak buahnya Kaka menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta
Kaka adalah artis yang diasah oleh Ella dan akan mengeluarkan singlenya tidak lama lagi. Suara Kaka pun hebat umur pun muda lagi, 22 tahun.
Penganjur konsert: Nova Music dan MVSB Lokasi Stadium Bolasepak Tawau. Tarikh konsert 1 Oktober 2011 (malam minggu) Harga tiket RM20 Penonton? Siapa suruh tidak beli tiket konsert, kalau tak boleh hitung sendiri.
Picture Credit Goes to: Empayar Studio Selang Lamposak – 017 292 9207 / 019 535 7346
MESRA…Jamawi bersalaman dengan masyarakat setempat sejurus tiba bagi merasmikan program bersama belia di kampong Pulong Tenom.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
PERGERAKAN Pemuda Umno bahagian Tenom akan memberikan tumpuan untuk mendekati seramai mungkin pengundi muda di kawasan tersebut yang kini dianggarakan melebihi 10,000 orang.
Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata tumpuan perlu dilakukan lebih kerap melalui program pemuda kerana pada pilihan raya akan datang golongan ini akan menjadi tumpuan bagi parti politik 'memikat generasi muda'.
Menurutnya selain pendekatan bersua muka, Pemuda juga turut melaksanakan program seperti ceramah, gotong royong, ziarah rumah ke rumah, mendampingi masyarakat, bersukan, program pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Katanya, program yang dilaksanakan memerlukan kepelbagaian dalam pendekatan untuk menarik minat anak muda ini. Bentuk pendekatan yang diambil perlu juga mempunyai kepelbagaian yang boleh menarik minat kumpulan anak muda yang berbeza-beza.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Tenom, selepas mengetuai Pergerakan Pemuda Umno Tenom merasmikan kejohanan Fustal Zon Lagud Sebarang Tenom dan Program Bersama Pemuda di Kampung Pulong.
DIHARGAI…Jamawi menerima cendera kenangan daripada pihak penganjur ketika merasmikan program bersama pemuda di Kampung Pulong.
KEMUDAHAN…Jamawi turut menyampaikan sumbangan berupa kompang semasa merasmikan program bersama pemuda di kampong Pulong.
JIWA PEMUDA…Jamawi ketika merasmikan kejohanan Futsal Zon Lagud Seberang, Tenom.
CITARASA …Antara program Pergerakan Pemuda Umno Tenom berkonvoi menaiki motosikal ke daerah Ranau.
Sebelum ini, Pegerakan Pemuda Umno Tenom juga turut mengadakan program Percambahan Minda di Balai Raya Kampung Jawa Sumbiling dan Program Derma Darah anjuran Pemuda BN di Hospital Daerah Tenom.
Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, semasa program turun padang ini isu yang diperjuangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno juga turut diperjelaskan kepada golongan belia di peringkat akar umbi antaranya dana Belia 1Malaysia, Rumah Pertamaku, Jelajah One Malaysia (JOM) BN Youth Job Fair dan BN YES (Youth Education Scholorship).
Jamawi menambah, sebagai agen perubahan akar umbi, pergerakan pemuda perlu peka kepada permasalahan orang muda dan membawa isu yang dekat dengan orang muda; walaupun kadang-kadang kumpulan orang muda itu dan isu yang dibawa bukanlah isu atau sasaran tradisional kita.
"Anak muda perlukan muafakat baru pemimpin muda, yang boleh mengolah isu orang muda dan mengangkatnya dengan sebaik mungkin di persada kebangsaan. Pada masa yang sama, tumpuan kepada pembinaan organisasi tidak boleh diabaikan kerana kita sudah melepasi era bergantung kepada sentimen semata-mata," kata Jamawi yang memaklumkan Program Percambahan Minda golongan ini bagi mencari maklum balas, di samping menjelaskan info tentang dasar dan program kerajaan.