TAHNIAH atas kejayaan Konsert Lagenda Rock yang baru sahaja berakhir Ahad lalu. Satu konsert yang memberi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh semua penontonnya kerana persembahan Ella, Mus May, Bandi Amuk dan Arsheed Defgabc begitu baik sekali. Aku tabik spring atas persembahan mereka terutama sekali dalam menterjemahkan penghargaan mereka kepada peminat seni muzik rock yang ada pada malam itu.
.
Kenapa aku katakan mereka rockers yang professional dan hebat sekali?
MUNGKIN bagi mereka yang tidak menghadiri konsert ini tidak memahami apa yang aku persoalkan namun aku yang turun ke konsert itu begitu kagum melihat mereka di pentas. Penonton yang datang dengan sedikit perasaan hampa pada mulanya terubat dengan aksi Arsheed Defgabc kemudian Bandi Amuk diikuti Mus May dan kemudian Ella.
.
Aku kreditkan status professional melebihi yang lain kepada Mus May. Kenapa? Kerana dia:
- Buat peminat tidak berganjak dari hujan dengan aura yang ada dalam lagu-lagunya.
- Walaupun dia dilempar botol air mineral dia tetap cool tidak mengikut amarahnya.
- Dia mampu tackle peminatnya sejak dari awal menyanyi hinggalah di akhir persembahannya.
- Dia nyanyi 7 lagu beb! 1 duet bersama Bandi Amuk.
Kepada bro Mus, lu punya group kalau datang Tawau next time, pasti meletup punya. Lu sudah kow team kow kow dengan peminat lu di sini malam itu.
Apa khabar Ella?
Ella walau apa pun orang sekelilingku cakap dia ada habit itu ini, ada songeh itu ini, ada something terpelanting… aku tetap minat Ella. Takkan aku nak tulis dia beraksi gedik di depan peminat, dia cerewet mengadu lantai basah dan tidak ada sesiapa pedulikan untuk lapkan. Itu orang lain boleh detailskan tapi aku tidak akan memandang yang buruk untuk bacaan pengunjung blog ini. Aku mahu kisahkan kisahnya ketika aku personal interview dengannya.
Ella gembira dengan konsert lagenda rock tadi?
"Saya happy dengan konsert tadi, meriah, crawd sporting gila…
"You ingat tak masa beberapa lirik tu saya nyanyi then penonton sambung?
Ingat, dan aku antara salah seorang daripadanya
"Wow yeke… Peminat di sini tau lirik dan maksud lagu Ella… I like Tawau, I love Tawau."
Apa perancangan Ella bila lihat sambutan peminat tadi?
"I really enjoy with fan, saya sangat kagum, saya perform untuk menghargai mereka,"
Ada plan?
"Saya nak sangat bertemu dengan peminat-peminat Ella di Tawau, Ya saya akan kembali ke sini untuk itu"
Perancangan Ella selain menyanyi.
Ella akan keluarkan satu produk. Bila aku follow interview FUHHH, sayup-sayup aku terdengar seperti produk berkaitan dengan fesyen. Mau lebih jelas, ikutilah interview dari FUHHH pulak.
FUHHH ada tanya pasal barang peribadi yang Ella wajib bawa dalam begnya. Ella jawab handphone bla bla bla dan akhir sekali aku dapat tahu Ella gila perfume.
Fakta Konsert Lagenda Rock Tawau.
- Arsheed Defgabc menyanyikan lagu Ibu Kota Cinta, Marilah Maria, Cinta Di Mana (lagu baru), Cinta Sakti, Ampunkan Aku dan Merah.
- Bandi Amuk menyanyikan lagu Akar Dan Bumi, Lancang Kuning, Untukmu Sayang, Ingat Ingat, Matahari, dan Fikirkan Boleh
- Mus May menyanyikan lagu Dari Kaca Mata, Sinar, Mai Phen Rai, Cinta Mekar Di Hati, Gadis Bertudung Putih, Pelayaran
- Mus May dan Bandi Amuk duet lagu Sendiri
- Ella menyanyikan lagu Permata Biru, Permata Permotong Permata, Nuri, Kesal, Rama Rama
- Ella dan anak buahnya Kaka menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta
Kaka adalah artis yang diasah oleh Ella dan akan mengeluarkan singlenya tidak lama lagi. Suara Kaka pun hebat umur pun muda lagi, 22 tahun.
Penganjur konsert: Nova Music dan MVSB
Lokasi Stadium Bolasepak Tawau.
Tarikh konsert 1 Oktober 2011 (malam minggu)
Harga tiket RM20
Penonton? Siapa suruh tidak beli tiket konsert, kalau tak boleh hitung sendiri.
Picture Credit Goes to:
Empayar Studio
Selang Lamposak – 017 292 9207 / 019 535 7346
0 ulasan:
Catat Ulasan