ads

Isnin, 22 Ogos 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Transit sempoy <b>di SEMPORNA</b>... ~ Bijan

Posted: 04 Aug 2011 03:01 PM PDT

Sempena BULAN RAMADHAN.PAS KAWASAN BUKIT GANTANG MELANCARKAN "TABUNG PRIHATIN" DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN.PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Farmville Memang Wujud <b>di Papar</b>, Sabah | ! LUNA LANUN !

Posted: 21 Jun 2011 08:08 PM PDT


Assalamualaikum... Tentunya umum ketahui pasal game Farmville yang sangat hebakkk sampai membuatkan para gamers yang bermain Farmville boleh lupa dunia... Hahahaha.. Ya ka tu?! Saya juga peminat tegar game tu okeh! Bila dah mula main tu, memang boleh membuatkan seseorang tu ketagih!
Okeh cut the crap! Berbalik kepada perkara tajuk di atas... Saya jumpa gambar berikut dalam laman Facebook kawan saya. Menurut mereka, restoran ni terletak di sebuah kampung dalam daerah Papar, Sabah. Serius!!! Namun kesahihan tentang lokasinya, saya tak boleh jamin sebab saya pun tak pernah tengok lagi restoran ni semasa saya balik Papar. Tengoklah masa raya nanti balik kampung, kalau rajin saya g cari restoran ni!
Agak-agak pemilik restoran ni mesti kaki Farmville jugak ni! Hahahaha... Agak-agak bukit belakang restoran ni dah jadi macam ladang Farmville kot?! Semua bahan mentah (tanaman dan ternakan) diusahakan sendiri macam dalam game Farmville tu. Owhhh dasyat itu! Hahahhaha... Tapi kalau restoran ni dilengkapi dengan wifi untuk memudahkan pengunjung restoran main Farmville, itu lagi dahsyattttt!!!!

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Amukan perompak bertopeng | BorneoPost Online | Borneo , Malaysia <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 09:27 AM PDT

by WILLIE JUDE JUNAIDI, wjudeub@gmail.com. Posted on August 18, 2011, Thursday

PENAMPANG:  Seorang penjaga pusat siber di sini bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa berdepan dengan 'amukan parang' tiga perompak bertopeng yang memasuki premis berkenaan awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 pagi itu, tiga perompak terbabit dikatakan hanya menetak barang-barang di dalam premis itu termasuklah meja, kerusi dan juga komputer riba milik pusat siber berkenaan.

Dipercayai sebelum kejadian, mangsa yang berumur 47 tahun itu sedang 'berkemas' untuk menutup premis berkenaan sebelum tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang muncul di hadapan premis itu.

Selepas itu, salah seorang daripada suspek dikatakan telah menendang pintu premis berkenaan sehingga terbuka sebelum kesemua mereka  masuk dan 'mengamuk' di dalam premis itu.

Salah seorang daripada suspek kemudiannya bertindak mengambil kesemua wang kira-kira RM2,000 yang disimpan di dalam sebuah laci pusat siber berkenaan manakala yang lain bertindak merosakkan barangan di dalam premis itu menggunakan parang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superitendan Wan Badrul Hisham Wan Osman ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan berkata lima lelaki termasuk tiga warga asing yang dipercayai terlibat dalam rompakan itu telah ditahan.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada keesokan hari selepas kejadian, pihak polis telah menjalankan siasatan dan berjaya membuat tangkapan pada hari yang sama di salah sebuah restoran di Penampang Baru.

"Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 23 dan 35 tahun, di mana salah seorang warga asing yang ditahan adalah pemegang dokumen  IMM13 manakala dua lagi tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah," katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Tambahnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Ahad, 21 Ogos 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


I LOVE MARUDU: Isu Tapak Pembuangan Sampah <b>di Kota Marudu</b>

Posted: 14 Jul 2011 10:53 AM PDT

Sampah! Mesti itu kotor dan menjijikan. Busuk dan mencemarkan. Pihak berwajib harus ambil tindakan yang sewajarnya. Isu ini sudah lama disuarakan oleh penduduk yang menerima kesan buruk.

Tapak pembuangan sampah di Kota Marudu terletak di Kampung Tambun. Tapak sampah ini terletak kira2 200 meter dari kawasan rumah penduduk. Penduduk kampung mendapat kesan buruk dari perkara ini dan meminta supaya tapak sampah ini dipindahkan ke tempat lain.

Bukan mudah untuk mencari tempat untuk dijadikan tapak pembuangan/pelupusan sampah. Kerana semua tempat mendapat bantahan dari penduduk sekitar. Mudah2an setelah mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan YAB, masalah ini dapat diselesaikan.

Petikan dari Laporan Akhbar:

Kementerian digesa sediakan dana untuk atasi malasah pelupusan sampah di Kota Marudu
Written by Raja on Wednesday, 27 April 2011 19:35

KOTA KINABALU - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tandek Anita Baranting menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk segera memperuntukkan dana bagi menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah di Kota Marudu yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Beliau berkata tapak pelupusan sampah seluas 3 hektar di Pekan Lama Kota Marudu telah menjadi masalah kerana sudah melebihi kapasiti dan turut menggunakan kaedah pembakaran.

Bagaimanapun, katanya daerah Marudu, yang diwakili anggota Parlimen Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak 10 tahun, termasuk mengenal pasti tapak baru bagi pelupusan sampah.

"Tetapi tapak yang dicadangkan sama ada dibantah penduduk atau Jabatan Alam Sekitar berdasarkan Penilaian Kesan Alam Sekitar.

"Majlis Daerah Kota Marudu juga telah memohon untuk melaksanakan teknologi kitar semula sampah, iaitu versi mini sistem yang digunakan di Kayu Madang, Telipok, tetapi dana daripada kerajaan negeri atau persekutuan masih belum diluluskan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri di sini pada Rabu.

Anita berkata satu tapak telah dikenal pasti di Pitas untuk digunakan bersama oleh majlis daerah Kota Marudu dan Pitas, tetapi tapak itu masih belum diukur. - BERNAMA


Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Nasihat:
Warga Marudu janganlah terlampau banyak menghasilkan sampah. Jangan buang sampah merata-rata.

Sumber:

Sabahkini.com

Bernama


10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: <b>Tuaran</b> Hentikan Usaha Penanaman Padi Akibat <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 05:33 PM PDT


Pada suatu ketika, Kerajaan melapurkan bahawa negara sedang berhadapan dengan fenomena kekurangan beras di seluruh negara. Termasuk negeri–negeri di Sabah dan Sarawak. Untuk itu, kerajaan perseketuan telah menghantar pakar dari institusi kerajaan saperti UPEN dan ISIS turun padang menjalankan tugas menyiasat dan seterusnya mengatur strategi untuk mendalami, memperbaiki serta menangani situasi yang dianggap serius ini.
Kerana tiada lagi berita mengenai isu ini, Jangkan saya, hal itu telah pun selesai dan negara kita tidak lagi mengalami krisis kekurangan beras sapertimana yang diwar-warkan sebelum ini. (Untuk rekod, saya pernah menghadiri taklimat mengenai masaalah kekurangan beras negara tersebut)
  • Namun, saya dikejutkan apa bila Pegawai Pertanian Daerah, Mohd Jasle Dinggle melapurkan bahawa daripada 2,868 hektar keluasan sawah padi di daerah Tuaran, hanya tinggal 1,754 hektar yang diusahakan. Kes ini melibatkan penurunan sehingga hampir 50 peratus akibat masalah kekurangan jentera pembajak daerah tersebut
  • Menurut Jasle, situasi itu semakin serius dan turut mempengaruhi jumlah pengeluaran hasil padi di seluruh daerah ini sehingga memaksa pihaknya 'mengimport' jentera dari luar daerah sebagai antara langkah menangani masalah terbabit.
  • Antara kawasan yang teruk terjejas ada lah di Kampung Indai dan Panjut (Tuaran), Tamparuli dan Kampung Linsuk (Tenghilan) juga turut terjejas.
  • Menurut Jasle selanjutnya, kini hanya sekadar 12 traktor empat roda yang memberi khidmat secara konsisten untuk memenuhi keperluan di seluruh daerah Tuaran dan dua buah traktor dua roda yang digunakan secara persendirian. Justeru, Jabatan Pertanian, terpaksa mendapatkan bantuan perkhidmatan empat jentera pembajak dari daerah Papar ke sini sebagai sokongan.
  • Beliau memberitahu terdapat kalangan petani yang memiliki jentera pembajak dua roda namun masih belum memadai kerana bukan kesemua petani berkemampuan memiliki jentera terbabit.
Mengulas perkara sama, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran, Azlee Shah Abdullah berkata ekoran masalah itu pesawah mengambil langkah sama ada berhenti mengusahakan sawah mereka atau menyewakan kepada pihak lain untuk diusahakan. Dalam masa yang sama, ramai kalangan penanam padi sebelum ini kini beralih kepada sektor lain saperti getah.Dalam hal-hal saperti ini, kita terfikir apa kah tindakan kerajaan, terutama sekali Kementerian Pertanian negeri dan juga negara demi untuk menyelesaikan masaalah kekurangan jentera pembajak di daerah Tuaran atau pun mungkin juga di daerah-daerah lain di Sabah?
Kalau sekira nya suntikan berupa bantuan tidak di salurkan kepada penanam padi di daerah Tuaran, kemungkinan besar ia nya menjalar menjadi 'change reaction.' Sehinggakan impak nya kepada pengeluaran beras di negara ini juga dijangka akan terasa.

Apa lagi, bila memikirkan bahawa dana kewangan negeri kita dikatakan kukuh sehinggakan sanggup membina pusat pentadbirannya yang bernilai RM 388 Juta (gambar hiasan kiri). Pusat yang dilabelkan sebagai sensasi, sehinggakan telah banyak mendapat tentangan pembangkang dan aktivist NGO yang lain.
Harapan kita(terutama sekali petani daerah Tuaran), agar kerajaan lebih mengambil perhatikan masaalah ini dengan sewajar nya dengan melaksanakan skim pengagihan peruntukan negeri yang seimbang.
Sumber: NST, Penanam padi Tuaran

sabahkini.net: SALAM AIDILFITRI KETUA BIRO <b>TUARAN</b>

Posted: 16 Aug 2011 09:53 AM PDT


SELAKU Ketua Biro Sabahkini.Net di Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih dan Keluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada Ketua Pengarang Sabahkini.Net, serta keseluruhan wartawannya dan juga pembaca setia Sabahkini.Net di mana juga berada. Semoga Hari Raya tahun ini akan memberikan banyak kerberkatan terhadap kita sebagai penyampai suara hati rakyat.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


LELAKI DAN WANITA SEBAGAI RAKAN KONGSI | Catholic Diocese of <b>Keningau</b>

Posted: 13 Aug 2011 09:00 AM PDT

Renungan Hari Minggu Biasa Ke – 20 (Tahun A)

Yes 56:1.6-7; Rom 11:13-15.29-32; Mat 15:21-28

"Wanita alangkah besar kepercayaanmu."

Kelab Isteri Taat(KIT) yang pada mulanya diperkenalkan di Amman, Jordan pada 01hb Mei tahun 2011 ini, telah dilancarkan pula di negara kita Malaysia sebulan kemudiannya. Kelab ini terbuka untuk semua penganut agama dengan tujuan agar membantu isteri-isteri memuaskan keinginan suami mereka agar tidak mencari wanita lain serta menawarkan kelas seks agar tahu cara-cara seks yang disukai oleh suami mereka masing-masing. Naib Presiden kelab isteri taat, Dr. Rohana Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayani suami seperti 'pelacur kelas pertama.'

Pelbagai respons terhadap kelab tersebut, ada yang menyetujuinya namun lebih banyak yang tidak menyetujuinya termasuk daripada isteri-isteri kaum muslimin itu sendiri. Mufti negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang baru-baru ini telah mengharamkan tarian poco-poco, menyokong penuh kelab tersebut dan berharap agar lebih banyak lagi kelab-kelab tersebut ditubuhkan di seluruh negara. Tetapi menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Masita Ibrahim, kewujudan kelab tersebut menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Marina Chin Abdullah, juru cakap Joint Action Group for Gender Equality (JAG), merasa kecewa kerana selama ini wanita Malaysia berjuang untuk kesamarataan dengan kaum lelaki, tetapi KIT pula malah mahu kembali mundur ke belakang. "Saya berharap lebih banyak lagi kaum lelaki menolak ideologi kelab isteri taat ini," kata beliau lagi.

Saya percaya banyak wanita yang sudah merasa sama dengan kaum lelaki merasa terkejut dan marah apabila kaum wanita dipandang rendah daripada kaum lelaki. Tetapi sejak dahulu kita mendengar kaum wanita dipandang rendah dan ditanam ke dalam pemikiran mereka bahawa mereka adalah kaum yang lemah, bodoh atau kaum yang perlu patuh pada kehendak yang kaum lelaki. Contohnya, ada terdapat doa Yahudi artodok yang bermaksud, "Terima kasih Tuhan kerana Engkau tidak menciptaku sebagai wanita." Di dalam agama Islam pula ada terdapat dalam Hadith yang bermaksud, "Wanita adalah seperti tulang rusuk yang bengkok…janganlah meluruskannya…nanti ia patah." Di kalangan Gereja kita pula, St. Augustine percaya bahawa wanita tidak diciptakan melalui gambaran Allah. Malah agak mengejutkan pula St. Tomas Aguinas, bapa pujanga Gereja kita yang termasyur itu menganggap wanita sebagai "Lelaki-lelaki yang tidak sempurna." Martin Luther pula pernah berkata, "Allah mencipta Adam, tuan bagi segenap makhluk tetapi Hawa telah menjahanamkannya." Dan jangan lupa juga di dalam alkitab tentang kisah Samson menjadi tidak berdaya kerana seorang wanita yang bernama Delila.

Di dalam segala ungkapan negatif tentang kaum wanita sejak dahulu, di luar mahupun dari dalam tradisi agama kita sendiri, lalu kita mulai tertanya-tanya bagaimana pula respons Yesus sendiri terhadap kaum wanita yang diwakili oleh wanita dari Kanaan dalam Injil hari ini. Wanita tersebut adalah wanita yang dipinggirkan atas dua sebab. Pertama dia adalah wanita yang berada di dunia lelaki. Kedua dia bukan Yahudi maka dianggap sebagai orang yang tidak suci.

Namun kita perlu memuji wanita tersebut kerana berani mengatasi halangan sosial tersebut dan datang kepada Yesus dengan permohonan untuk menyembuhkan anak perempuannya yang kerasukan itu. Pada mulanya Yesus menolak untuk membantunya kerana Dia menganggap misi-Nya sebelum Ia wafat adalah untuk pergi kepada anak domba yang hilang di antara orang-orang Yahudi. Maka Yesus berkata, "Tidak patut mengambil roti yang disediakan bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing." Namun wanita tersebut tidak berputus asa lalu membalas alasan Yesus tersebut dengan bijak, "Benar, Tuhan, namun anjing itu makan remeh-remeh yang jatuh dari meja tuannya." Wanita tersebut mengatakan kata-kata tersebut dengan penuh hormat tanpa rasa marah apa lagi benci terhadap Yesus yang mengungkapkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan itu. Yesus begitu terharu akan sikap wanita yang sederhana dan penuh kepercayaan terhadap-Nya itu dan Dia memuji wanita tersebut, "Ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kau kehendaki."

Sebenarnya wanita tersebut bersikap lurus dan berterus terang dalam mengutarakan permohonannya. Dalam hal ini Yesus pun cukup terbuka. Dia berkeputusan untuk menerima permohonannya sambil Dia sendiri menghargai sikap wanita tersebut. Melalui perhubungan Yesus dengan wanita Kanaan tersebut, kita diberi pengajaran bagaimana seharusnya menerima dan bekerjasama dengan wanita sebagai teman seperjuangan di dalam hidup ini. Paulus sendiri telah mengajarkan kita bahawa di dalam Yesus: "Tidak ada laki-laki atau perempuan, kerana kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus" (Gal 3:28).

Pada zaman yang serba canggih ini, segala kisah-kisah negatif mengenai wanita seharusnya sudah lenyap ditelan zaman. Kita dipanggil untuk saling menghargai dan menerima satu sama lain sebagai anak-anak Allah. Khususnya kaum lelaki, lebih baik bekerjasama dengan wanita daripada menganggap mereka bodoh dan sesuai menganggotai kelab isteri taat. Kerjasama memerlukan pengambilan keputusan secara bersama tanpa pandang kaum lelaki atau wanita. Kita perlukan sentuhan wanita lebih-lebih lagi segi emosi dan kepintaran mereka yang bersifat keibuan, halus, sederhana dan penuh cinta kasih itu.

Kita tidak nafikan wanita mempunyai banyak kemahiran yang kurang dimiliki oleh kaum lelaki, terutama dalam membela kehidupan daripada menghapuskannya. Mungkin kalau pemimpin-pemimpin dunia adalah wanita, maka peperangan menggunakan senjata pemusnah akan berkurangan. Maka lelaki dan wanita dipanggil untuk berjalan bersama sebagai rakan kongsi di Millenium yang serba digital ini sebab, "Tidak ada laki-laki ataupun perempuan, kerana kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus" (Gal 3:28). (JL)

Cadangan soalan untuk refleksi peribadi dan perkongsian KKD:

1. Apakah pesan Yesus pada diri anda sendiri apabila Yesus berkata: "Hai ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kau kehendaki."

2. Yesus menganggap wanita adalah setaraf dengan lelaki. Apakah yang harus kita lakukan sebagai pengikut Kristus jika ada kumpulan-kumpulan tertentu yang memandang rendah terhadap kaum wanita?

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


SUARA BEBAS TUARAN: LUC <b>Kinabatangan</b>, Nafikan Hak Penduduk Kg <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 03:30 AM PDT

salam, Saya penduduk kg tambisan, TYT kitapun warga tambisan...kita kenal penduduk asal dan betul-betul penduduk tambisan...Tanah itu milik penduduk asal kg tambisan tapi di ceroboh dan yang lebih malang lagi bila ketua kampung tambisan melawat tanah tersebut disambut dengan 1 das tembakan shortgun adakah mereka ini penduduk kg tambisan fikir-fikirkan

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Buffet Ramadhan 2011 <b>di Kota Kinabalu</b>, Sabah | JARDNESS.com

Posted: 18 Aug 2011 01:36 AM PDT

Aku merancang untuk membelanjakan 1/3 daripada duit bonus aku untuk membelanjakan keluarga aku yang terdiri daripada 8 orang itu makan buffet di suatu hotel 4 atau 5 bintang di Kota Kinabalu bila balik raya nanti. Sakan aku mencari maklumat di internet tapi hampir hampa sebab tak banyak blog yang menceritakan pengalaman buffet ramadhan di Sabah.

Hampir kecewa dengan pencarian Google yang kurang memuaskan.. aku terserempak dengan laman web ini.

Senarai hotel yang menawarkan Buffet Ramadhan di Kota Kinabalu adalah seperti berikut:

*Sila klik pada pautan untuk ke review hotel itu dan cara menghubungi. =)
Dan yang paling mengejutkan... buffet ramadhan paling murah pun ada. Tapi bukan kat hotel la.. adalah kat Restoran Red Onion. Harga buffet RM12.90 je untuk satu orang. Giler murah kan?
Red Onion, C-G1, 88 Market Place, Lrg. Pusat Komersil 88/2, Lalan Pintas, 88300
Kota Kinabalu, Malaysia
Nombor telefon:  012-4374473


Memandangkan niat di hati nak belanja makan di hotel, aku telahpun membuat tempahan di salah satu hotel yang tersenarai di atas. InsyaAllah pada 28hb Ogos ini. Dua hari sebelum raya.

Hope my family will have a good time.

=)
...

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


<b>KUNAK</b> PRESS - gerbang maklumat siber: &#39;Capaian jalur lebar <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2011 10:38 PM PDT

Minggu lalu, akhbar tempatan di Sabah ada menyiarkan berita berkaitan projek pemasangan 212 menara di seluruh Sabah bermula tahun ini dengan kelengkapan aplikasi 3G yang sekali gus memenuhi capaian jalur lebar yang lebih baik.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.
Proses itu sedang berjalan dan sebaik proses tender selesai ia akan dilaksana secepat mungkin, menurutnya ketika berucap dalam majlis penyerahan Komputer 1Malaysia di sebuah daerah pedalaman.
@ Kunak, capaian jalur lebar masih belum sempurna dan banyak lagi kawasan antaranya di sekitar perkampungan Simpang Empat, premis perniagaan Jalan Kunak-Lahad Datu di kilometer 5 masih memerlukan peningkatan capaian tersebut.
Adalah diharapkan agar kementerian yang berkenaan dapat menambah baik sistem capaian jalur lebar di Kunak terutama di kawasan yang disebutkan kerana saya sering mendapati pelancong yang singgah di restoran di kawasan berkenaan turut menggunakan komputer (laptop) ketika dalam perjalanan dan singgah-rehat di sana.
Bukan sahaja untuk kegunaan mudah kepada pelancong untuk mengakses maklumat menerusi komputer mereka, penduduk kampung sekitar juga memerlukan capaian jalur lebar yang memuaskan memandangkan ketika ini masalah itu masih berlaku.
Daripada 212 menara yang dicadang dibina di seluruh negeri Sabah, Kunak diharap tidak terkecuali untuk mendapat kemudahan itu dengan cukup dan memberi manfaat kepada pengguna di situ.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sabtu, 20 Ogos 2011

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Sabahdaily: PERKHIDMATAN SESB <b>DI KUDAT</b> TERUK

Posted: 01 Oct 2010 04:18 PM PDT

Saudara Pengarang,

DENGAN penswastaan SESB yang dahulunya dikenali sebagai LLS dengan harapan dapat memperbaiki mutu perkhidmatan, malangnya keadaan sebenar tidak terjadi begitu. Sebagai contoh kelmarin, (khamis, 9:30 pagi sehingga 5:00 pagi hari berikutnya) bekalan elektirk di kampung Tinangol telah terputus.

Sebagai pembayar bil yang tetap setiap bulan, kami amat kesal dengan kejadian ini.

Paling menyedihkan, pemutusan sementara bekalan elektrik ini dibuat begitu sahaja tanpa pengumuman surat khabar atau sebarang notis bertulis kepada penduduk kampung Tinangol.

Marah dengan keadaan kerana tiada bekalan elektirk beberapa orang kampung menghubungi SESB Kudat. Mereka difahamkan, gangguan bekalan itu disebabkan ada operasi pemindahan tiang elektrik di kampung Bavaggazo dan bukannya 'breakdown'.

Saya bingung dan bertanya apakah 'standard operation procedure' (SOP) yang digunakan oleh SESB kerana melakukan pemotongan bekalan sementara tanpa membuat sebarang notis. Paling menyedihkan kejadian serupa selalu terjadi sejak kampung Tinangol mendapat bekalan elektrik pada sekitar tahun 1999.

Sebagai penduduk kampung Tinangol, kami berharap agar SESB kudat dapat memperbaiki perkhidmatannya. Apa susahnya memberi notis supaya orang ramai boleh membuat persediaan, lainlah kalau sistem 'breakdown', orang kampung boleh terima.

Sekian, Salam Hormat,

ORANG TINANGOL

Sumber : Sabahkini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Sabahdaily: UPKO <b>Kinabatangan</b> Bergolak?

Posted: 23 Jul 2011 09:00 AM PDT

UPKO Kinabatangan dijangka bergolak ekoran krisis kemimpinan bahagian berkenaan yang semakin meruncing setelah berpecah kepada beberapa kelompok dan menuding jari antara satu sama lain.

Kemungkinan ini disahkan sendiri oleh Naib Ketua Bahagian UPKO Kawasan P.187 Kinabatangan, Edham Karim yang mengakui sudah tidak serasi dengan UPKO kerana pergeseran dalaman.

Edham tidak menolak kemungkinan akan membawa 300 pengikutnya menyertai PKR dalam masa terdekat kerana mereka sudah bosan dengan kepimpinan Wakil Rakyat Kuamut yang sering berjanji kosong hendak membantu rakyat, tetapi kroni terlebih dahulu diutamakan.

"Permasalahan bahagian UPKO sepatutnya dibincang dalam suasana yang harmoni, tetapi Ketua Bahagian kami tidak memperdulikan jawatankuasanya, bahkan rakyatpun di abaikan," kata Edham.

Dalam pada itu, Ketua UPKO Kinabatangan, Masiung Banah gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau berhubung dakwaan Edham.

Oleh : HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jumaat, 19 Ogos 2011

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Bekalan Elektrik <b>di Tawau</b> Kelas Kedua?

Posted: 15 Aug 2011 07:30 PM PDT

TAWAU – Kenapa rakyat di Tawau dilayan seperti warganegara kelas kedua?.

Itu persoalan yang dilontarkan oleh Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang menganggap mutu perkhidmatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masih berada ditahap tidak memuaskan.

Beliau yang mengemukakan persoalan itu menerusi satu kenyataan hari ini mendakwa situasi itu dialami sendiri oleh beliau semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 800 penduduk Pulau Sebatik baru-baru ini.

"Semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 800 penduduk Pulau Sebatik beberapa hari lalu mereka terpaksa berbuka dalam keadaan gelap kerana bekalan elektrik tiba-tiba terputus.

"Saya betul-betul kecewa dengan perkara ini. Kenapa kami rakyat di Tawau dilayan seperti warganegara kelas kedua?," katanya melalui kenyataan tersebut.

Abdul Ghapur berkata,  beliau amat kecewa dengan mutu perkhidmatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Tawau yang dianggapnya masih tidak banyak berubah.

Malah, dakwa beliau, walaupun syarikat penyedia dan pembekal tenaga elektrik itu pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Tawau akhir tahun lalu namun kejadian itu masih berlaku.

Dakwanya, beliau turut menerima aduan mengenai masalah gangguan bekalan elektrik di tempat-tempat lain walaupun jangka masanya gangguan tidak terlalu lama.

Justeru, tegasnya, beliau akan membawa perkara itu ke Parlimen supaya kejadian gangguan bekalan elektrik yang banyak membawa kesukaran dan kerugian penduduk di Tawau tidak dibiar berterusan.  – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Khamis, 18 Ogos 2011

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


SUARA BEBAS TUARAN: LUC <b>Kinabatangan</b>, Nafikan Hak Penduduk Kg <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 03:30 AM PDT

salam, Saya penduduk kg tambisan, TYT kitapun warga tambisan...kita kenal penduduk asal dan betul-betul penduduk tambisan...Tanah itu milik penduduk asal kg tambisan tapi di ceroboh dan yang lebih malang lagi bila ketua kampung tambisan melawat tanah tersebut disambut dengan 1 das tembakan shortgun adakah mereka ini penduduk kg tambisan fikir-fikirkan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved