ads

Sabtu, 20 Ogos 2011

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Sabahdaily: UPKO <b>Kinabatangan</b> Bergolak?

Posted: 23 Jul 2011 09:00 AM PDT

UPKO Kinabatangan dijangka bergolak ekoran krisis kemimpinan bahagian berkenaan yang semakin meruncing setelah berpecah kepada beberapa kelompok dan menuding jari antara satu sama lain.

Kemungkinan ini disahkan sendiri oleh Naib Ketua Bahagian UPKO Kawasan P.187 Kinabatangan, Edham Karim yang mengakui sudah tidak serasi dengan UPKO kerana pergeseran dalaman.

Edham tidak menolak kemungkinan akan membawa 300 pengikutnya menyertai PKR dalam masa terdekat kerana mereka sudah bosan dengan kepimpinan Wakil Rakyat Kuamut yang sering berjanji kosong hendak membantu rakyat, tetapi kroni terlebih dahulu diutamakan.

"Permasalahan bahagian UPKO sepatutnya dibincang dalam suasana yang harmoni, tetapi Ketua Bahagian kami tidak memperdulikan jawatankuasanya, bahkan rakyatpun di abaikan," kata Edham.

Dalam pada itu, Ketua UPKO Kinabatangan, Masiung Banah gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau berhubung dakwaan Edham.

Oleh : HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved