ads

Sabtu, 2 Julai 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


My Tiny World: Sehari <b>di Semporna</b>

Posted: 27 Jun 2011 01:27 AM PDT

as salam..

Hai!! 

Hari ni saya nak bercerita pengalaman melompat pulau "island-hoping" kat Semporna, Sabah.. Ye lah, kerja pon kerja la jugak tapi bila orang dah ajak berjalan saya tak tolak, heehehe.. 

Island-hoping ni sempena lawatan kerja orang-orang besar JKR ke projek Tawau, lepas tu bawak diorang ke Semporna untuk pengalaman lagi mengasyikkan ini dan juga supaya projek kami tak delay, hehehe ada udang sebalik batu di situ ye!!! Actually ni second time saya ikut acara melompat2 dalam kapal navy ni, cuma yang hari tu kat kota kinabalu lah, yang ni upgrade sket ke semporna...

Saya ni tidaklah gemar sangat aktiviti lasak melasak lagi2 kalau bawah terik matahari, sensitif kulit mak ni!! ter'bako' nanti, susah nak oii nak kembali putih tulus mulus semula tapi sebab kerja, ku gagahkan jugak... hahahaha poyo!!!!

So lepas mesyuarat dan keliling tapak projek dengan matahari tegak atas kepala kat Tawau, kami bergerak dan tido semalam di Semporna.. Pagi2 bangun dan bersedia fizikal dan mental untuk melompat2 pulau..



First pulau, of course lah Pulau Sipadan, pulau yang di kawal ketat oleh pihak berkuasa.. Tak boleh bermalam disini kecuali kalau kau tu tentera yang menjaga kat sini lah dan pengunjung pon dilimitkan 120 orang sehari sahaja, kebanyakkan nya divers lah..

Lepas tu kami singgah di Pulau Mabul.. Cantik sangat resortnya dan lepas berangan2 jadi tourist, kami berjalan2 di kawasan kampung nelayan bajau laut, banyak jugak kerang, mutiara dan lain2 perhiasan yang dijual, murah2 pulak tu compare kat mana2 tapi sebab saya ni takde la kreatif sangat nak mencantikkan rumah or dengan maksud lebih jelas supaya perhiasan tu tak hancur jadi mainan iskandar, so takde apa pon yang dibeli, hehehe... Kat sini, ramai budak2 kecik main sambil bogel2, hehehe nasib baik comel walaupon comot2.. Dan kenangan tak boleh lupa bila ada sorang budak lelaki berjalan2 bersama haiwan peliharaan yang lengkap ada tali, iaitu seekor ketam.. Cute sangat!!! 



Last pulau yang kami singgah dan sempat pulak diorang bermandi manda time tengah hari ialah Kapalai.. Actually, Kapalai ni bukan la pulau tapi lebih kepada resort yang dibina atas air, kawasannya agak luas jugak dan siap boleh naik basikal untuk meronda2... Tempat ni ibarat syurga kepada divers.. Tapi untuk saya, waduh2 panasnya mencengkam kulit!!! Airnya sangat jernih dan boleh nampak ikan2 berenang2, ramai yang ber"snorkling" di sini, tepi2 jeti pon banyak ikan macam2 warna tu...




Oklah itu saja untuk dishare hari ni.. 

Ohh balik dari Semporna saya kedemaman, hahaha sampaikan my boss cakap "owhh pegi berjalan sampai sakit!!!" tidak bos, saya berkorban untuk amanah yang telah diletakkan di atas batu jemala patik, hahahaha...

See u again Semporna!!!!

Luv,

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: HANYA CALON YANG BOLEH MENANG <b>DI KOTA BELUD</b> AKAN <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 05:31 AM PDT


Kenyataan Najib bahawa hanya calon yang berupaya untuk menang akan dipilih pada PRU 13 akan datang dilihat sebagai satu strategi ampuh untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang hampir terlepas pada PRU 12 yang lepas. Justeru kenyataan itu turut mengundang spekulasi bari di daerah dimana UMNO sabah dilahirkan iaitu di Kota Belud.

Rakyat bukan sahaja mula menceritakan makna tersirat disebalik kenyataan itu tetapi juga turut mempetsoalkan kerasionalanya di peringkat Kota Belud. Kerana kata mereka jika berpandukan kenyataan itu maka semua calon yang lepas termasuk beberapa calon yang digugurkan pada PRU 12 adalah terdiri daripada calon-calon yang 'boleh ' menang. Senario di Kota Belud menggambarkan ,letaklah sesiapa jua pun asalkan berlambang "dacing' sama ada calon itu calon anak kota Belud atau calon import pasti berpotensi untuk menang.

Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, Datuk Rahman dahlan, datuk Musbah dan Datuk Japlin adalah antara calon yang boleh menang jika di calonkan pada PRU akan datang. Oleh yang demikian dijangka Najib akan pening kepala untuk melakukan pemilihan berhemah pada masa itu. Malahan diandaikan pada PRU akan datang pelung beberapa pemimpin muda untuk diketengahkan juiga akan bertambah tipis ekoran kenyataan Najib itu, kerana ada dikalangan mereka yang belum terbukti boleh menang sebagaimana yang dikehendaki oleh Najib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Bertemu <b>di</b> Seri <b>Keningau</b> - Utusan Malaysia Online - Keluarga

Posted: 19 Jun 2011 04:48 PM PDT

Bertemu di Seri Keningau

Bertemu di Seri Keningau

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto MOHD. SHAHARANI SAIBI


Basuni Hamim menunjukkan outlet terbaru Seri Keningau di Seksyen 13, Shah Alam,


SERI Keningau menjanjikan masakan Melayu pelbagai ragam meliputi masakan dari seluruh pelosok tanah air. Kepelbagaian itu sekali gus memberi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati juadah bergantung kepada selera saat itu. Puluhan masakan kampung yang tersedia membuatkan mata rambang membuat pilihan.

Ada ayam masak merah, sambal goreng Singapura, nangka masak lemak, kari ayam, ikan bakar, dan himpunan sayuran yang macam-macam.

Sejam di Restoran Keningau terbaru di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini cukup mengenyangkan apabila semua juadah tersebut disediakan di dalam sebuah pinggan besar.

Pengarah Urusan Seri Keningau, Basuni Hamim berkata, pihaknya amat cerewet dalam memastikan kualiti setiap hidangan.

"Semua makanan dijual dengan harga berpatutan. Kami memang menyediakan juadah paling sedap, segar dan terbaik," kata Basuni.

Lelaki berasal dari Klang, Selangor itu turut menawarkan tiga hidangan terbaik kepada pengunjung selain hidangan lauk-pauk sedia ada. Menu itu adalah mee udang dengan harga RM7, char kue tiau (RM4) dan nasi mandi (RM15) yang masing-masing punyai rasa tersendiri.

Contohnya mee udang menggunakan bahan mentah paling segar. Kuah yang siap tersedia cukup mewah dengan kemanisan udang.

Begitu juga dengan rasa char kuetiau di Seri Keningau. Cukup sempurna dipadankan dengan telur mata kerbau. Sementara keenakan nasi mandi umpama menikmati juadah nasi Arab apabila dicicah dengan sambal pelengkap juadah.

Restoran Seri Keningau dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam. Selain di Seksyen 13, Shah Alam, pengunjung boleh menikmati masakan tersebut di cawangannya yang lain termasuk di Keningau, Tawau di Sabah, Bandar Baru Klang dan Seksyen 18, Shah Alam (Selangor).

Restoran tersebut juga giat mempromosikan Kentang Ball berintikan daging yang digoreng dengan telur. Menu itu dihidangkan bersama sup. Begitu juga dengan masakan ayam masak putih menggunakan bahan mentah dari organik yang cukup sihat.

Dalam perkembangan lain, Seri Keningau juga menyediakan perkhidmatan tempahan. Antara juadah paling kerap menjadi pilihan adalah daging dendeng, ayam goreng berempah, daging masak cili padi dan udang masak mentega.

Semuanya ditawarkan dengan harga berpatutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Perantau <b>di</b> perantauan: :: Kisah temuduga terbuka ke IPG <b>di</b> Sabah...

Posted: 01 Jun 2011 09:27 PM PDT

29th May, 2011

TENOM: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh meminta Kementerian Pelajaran segera mengkaji semula keputusan temuduga terbuka bagi profesion perguruan melibatkan anak tempatan Nabawan dan Kemabong di pedalaman Sabah pada 7 Mei lepas.

Beliau berkata ini kerana ramai ibu bapa dan pelajar berpendapat temuduga itu tidak dilaksanakan mengikut sasaran ditetapkan.

"Objektif utama temuduga itu ialah untuk memberi peluang kepada anak tempatan di pedalaman Sabah, khususnya di Nabawan dan Kemabong, menjadi guru," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kata beliau, calon dari luar daerah itu turut diambil dan ini menafikan peluang anak tempatan menjadi guru.

Radin, yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata beliau dimaklumkan bahawa pada mulanya kumpulan sasaran bagi pengambilan itu ialah anak tempatan dari kawasan pedalaman yang mendapat enam kredit, termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

"Mendapat 'A' (kredit) tidak diwajibkan bagi pelajar dari kawasan pedalaman Nabawan dan Kemabong. Anggota panel temuduga datang jauh dari Putrajaya; mereka tidak kenal calon-calon ini, jadi mereka hanya pilih secara rambang, manakala kelayakan yang diambil kira pula adalah seperti biasa, contohnya 4A bagi lelaki dan 5A bagi perempuan dan ini mengenepikan peluang untuk anak tempatan," katanya.

Radin berkata perkara paling mengecewakan ialah pegawai pendidikan tempatan langsung tidak dilibatkan dalam semua proses pengambilan.

"Ini menyebabkan objektif utama untuk memberi peluang kepada anak tempatan tidak tercapai. Ini tidak adil bagi anak tempatan Nabawan dan Kemabong," katanya.

Beliau berkata sekiranya amalan itu diteruskan, sampai bila pun anak tempatan tidak berpeluang menjadi guru. "Sebab itulah ibu bapa mahu keputusan itu dikaji semula agar anak tempatan berpeluang mencapai impian mereka," katanya.

Radin berkata sekolah di pedalaman, termasuk di Nabawan dan Kemabong, masih kekurangan dalam banyak aspek, termasuk prasarana dan kemudahan teknologi maklumat.

Ini juga perlu diambil kira dalam pengambilan guru melalui temuduga terbuka, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


abdnaddin: Zubaidi Abas komited perjuang bahasa dan sastera <b>di Sabah</b>

Posted: 20 Jun 2011 04:14 AM PDT

SEJAK bertugas sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah sejak enam tahun lalu, Zubaidi Abas telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berterusan dalam usaha mengembangkan bahasa dan sastera di negeri ini. Sebagai seorang yang aktif, Zubaidi bersama pegawai dan kakitangannya di DBP Sabah telah mengelilingi dan merentasi hampir seluruh negeri untuk menyempurnakan tugas mereka mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan di Negeri di Bawah Bayu ini. Di celah-celah kesibukannya sebagai Ketua Jabatan, Zubaidi masih sempat menulis setiap minggu untuk ruangan Ujana DBP di Utusan Borneo.

Zubaidi Abas dilahirkan di Jerantut, Pahang pada 10 April 1959. Sebelum bertugas sebagai Pengarah DBP Cawangan Sabah sejak 3 Januari 2005, beliau pernah bertugas sebagai Pengarah DBP Wilayah Selatan pada 2001-2004. Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Zubaidi pernah memulis beratus-ratus makalah yang pernah disiarkan di akhbar dan majalah tanahair. Sejak makalahnya bertajuk "Isu-isu di Sebalik Perubahan Istilah tersiar di Berita Harian pada 12 Disember 1985, beliau terus menyumbangkan buah fikirannya kepada khalayak pembaca melalui tulisannya yang tersiar di Berita Harian, Jurnal Dewan Bahasa,Utusan Malaysia, Harian Tamil Osai,Thinamani,Mingguan Famili, Berita Peristilahan,MASSA,Pelita Bahasa, Jendela Selatan, Utusan Borneo, Etnik dan sebagainya. Beliau juga menulis kolum Ujana DBP dalam akhbar Utusan Borneo sejak 2008 hingga sekarang.

Wartawan Utusan Borneo, Abd.Naddin Haji Shaiddin sempat menemui Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas (ZA) untuk menemubual beliau mengenai isu-isu sekitar bahasa dan sastera sambil minum pagi di Kantin DBP Cawangan Sabah di Teluk Likas pagi kelmarin.

UTUSAN BORNEO: Terima kasih kerana sudi ditemubual untuk ruangan Sembang Sabtu. Saya nampak tuan kelihatan agak sibuk juga. Apa perancangan pihak tuan untuk menyemarakkan lagi kegiatan bahasa dan sastera kita?

ZUBAIDI ABAS: Tahun ini kita merancang untuk melaksanakan pelbagai kegiatan bahasa dan sastera. Antara yang terdekat ialah Perkampungan Sasterawan 2011 yang akan diadakan di Teluk Likas pada 18 dan 19 Jun ini. Perkampungan ini akan menghimpunkan penulis, sasterawan, budayawan dan aktivis sastera dari seluruh Sabah untuk berkampung di DBP Cawangan Sabah sebagai satu wadah untuk mempertemukan golongan sasterawan untuk mengadakan perbincangan dan percambahan minda untuk memartabatkan sastera tanahair. Selain itu kita merancang untuk mengadakan Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan, Konsert Perdana Lagu Puisi dan sebagainya. Kita juga mengadakan apresiasi sastera di setiap bulan, di setiap daerah di seluruh Sabah. Dengan cara ini kita dapat mendekatkan sastera kepada masyarakat.

UB: Sejak akhir-akhir ini, kegiatan sastera semakin rancak. Apa yang pihak tuan harapkan daripada program-program seperti ini?
ZA: Kita menggalakkan agar ada pertemuan, perbincangan dan percambahan minda di kalangan penulis, sasterawan, karyawan di negeri ini untuk memartabatkan lagi sastera kita. Sebab itu kita menganjurkan pelbagai kegiatan dalam usaha pengembangan dan pembinaan bahasa dan sastera. Kehadiran ramai penulis juga menunjukkan minat terhadap sastera di kalangan penulis dan aktivis sastera tidak pernah luntur.Tetapi kita mengadakan program itu untuk mengukur sejauhmana pencapaian kita, hala tuju kita. Apa sebenarnya yang kita cari? Semua ini memerlukan keterlibatan semua pihak, pengurus sastera, persatuan penulis, penulis, aktivis dan sebagainya.

UB: Dalam bidang bahasa, mungkin ramai juga yang ingin tahu mengenai sumbangan DBP Sabah. Boleh ceritakan sedikit mengenainya?
ZA: Program dan kegiatan bahasa dilaksanakan untuk memenuhi matlamat mengembangkan bahasa kebangsaan dan melestarikan bahasa sukuan di Sabah.
Antara yang telah kita laksanakan ialah pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN)2008 di Padang Merdeka Kota Kinabalu yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia.
Di peringkat negeri, kita mengadakan Program Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada setiap tahun.

UB: Bagaimana kaedah yang dijalankan DBP untuk meningkatkan citra bahasa kebangsaan di tempat awam?
ZA: DBP juga berusaha meningkatkan citra kebangsaan melalui pemaparan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul di tempat-tempat awam. Program ini melibatkan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri Sabah.

UB: DBP juga terlibat dalam memartabatkan tulisan jawi?
ZA: Pengembangan tulisan jawi melalui pemaparannya pada papan tanda nama dilaksanakan di Lahad datu, Semporna, Sipitang, Beaufort, Kinabatangan dan Membakut.

UB: Bagaimana tentang jalinan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan?
ZA: Kita juga mengadakan Ziarah bahasa ke Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Sabah untuk meningkatkan kerjasama khusus dalam pemaparan bahasa kebangsaan di tempat-tempat awam.

UB: Apa perkembangan mengenai pemetaan bahasa sukuan?
ZA: Pemetaan bahasa sukuan melalui Program Jejak Etnik untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan penggunaan bahasa sukuan dalam kalangan penutur asli serta mengambil pelbagai langkah untuk melestarikannya. DBP Sabah juga menerbitkan penerbitan Glosari Budaya Tempatan sabah, Penerbitan Kamus Bahasa Sukuan Sabah.

UB: Boleh jelaskan sedikit mengenai bengkel dan kursus bahasa anjuran DBP?
ZA: DBP Sabah juga menganjurkan bengkel, kursus dan ceramah bahasa untuk pelbagai golongan dari semasa ke semasa dalam usaha meningkatkan pemahaman, penguasaan, dan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan anggota masyarakat.

UB: Bolehkah tuan ceritakan sedikit mengenai sumbangan DBP sabah dalam bidang sastera?
ZA: Program dan kegiatan sastera dilaksanakan untuk memenuhi matlamat memajukan bakat kesusasteraan, memantapkan kesusasteraan Melayu sebagai teras kesusasteraan kebangsaan, menjadikan kesusasteraan Melayu dapat diterima oleh masyarakat berbilang kaum, meningkatkan mutu penulisan kreatif dan memelihara sastera rakyat.

ZA: Antara kegiatan yang kita adakan ialah pementasan Teater Perdana sebagai pengisian Sambutan Hari jadi Rasmi TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, yang dijalankan setiap tahun sejak 2004.Kita juga pernah mengadakan malam Dondangan Kasih, dengan puisi tradisi pelbagai kaum untuk tontonan TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Selain itu kita mengadakan Hadiah Sastera Sabah yang diadakan sebagai penghargaan kepada penulis Sabah dan sumbangan karya dalam pembangunan minda masyarakat. Sebelum itu, DBP Sabah pernah juga mengadakan Sendait Ria: Dendangan Puisi Tradisi selama 50 jam tanpa henti di Pitas. Acara yang menghimpunkan kira-kira 20 suku kaum di sabah ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai dendangan puisi tradisi tanpa henti yang paling lama pernah diadakan di negara ini.

UB: Wah, ini menarik ya. Seterusnya apa lagi kegiatan yang diadakan DBP Sabah dalam bidang Sastera?
ZA: DBP Sabah juga mengadakan Syair Ria: Dendangan Syair selama 50 jam tanpa henti di DBP cawangan Sabah. Acara yang melibatkan seluruh anggota masyarakat ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of records sebagai dendangan syair tanpa henti paling lama pernah diadakan di negara ini.

UB: Dalam bidang puisi, tak ada rekod?
ZA: Bacaan sajak dalam acara Puisi Ria selama 50 jam tanpa henti di DBP Cawangan Sabah juga mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record sebagai acara bacaan sajak paling lama pernah diadakan di negara ini.

UB: Apa kegiatan lain DBP Sabah?
ZA: DBP Sabah juga mengadakan pengembangan teater di sabah melalui Program Anjung Apresiasi, mengadakan pengumpulan dan penerbitan cerita rakyat suku kaum di Sabah. Kita juga mengadakan bengkel dan kursus penulisan untuk pelbagai golongan sebagai usaha menggalakkan, mengembangkan dan memajukan minat, bakat dan semangat penulis di Sabah. Selain itu, DBP Sabah juga mengadakan ceramah dan apresiasi sastera di sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah.

UB: Mungkin baik juga kalau tuan ceritakan sedikit mengenai bidang penerbitan?
ZA: Kita telah menerbitkan lebih 350 buah buku hasil karya penulis Sabah dalam pelbagai bidang sama -ada kreatif dan bukan kreatif. DBP Sabah juga menerbitkan majalah Wadah, Etnik, karya serta Buletin Jendela Sabah untuk menampung karya penulis Sabah. Penerbitan majalah dan buletin ini sebagai usaha menggalakkan perkembangan pengkaryaan di Sabah.

UB: Bagaimana tentang kerjasama dengan pihak lain dalam mengembangkan bahasa dan sastera di Sabah?
ZA: DBP sentiasa berusaha meningkatkan dan memantapkan kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan-badan penulis, media cetak dan elektronik dan pertubuhan-pertubuhan lain di negeri ini.

UB: Kita beralih ke soalan lain. Apa yang menarik sepanjang perkhidmatan tuan sebagai Pengarah DBP Sabah sejak enam tahun lalu?
ZA: Saya merasakan suasana keakraban, suasana kemesraan yang tidak ada di negeri lain. Itu yang saya rasa seronok. Jika bertugas di kampung-kampung yang jauh, kita disambut dalam suasana akrab dan mesra. Kemesraan dan keakraban itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

UB: Apa harapan tuan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan?
ZA: Kita berharap sepertimana yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin agar setiap majlis-majlis rasmi yang bakal kita laksanakan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, harus menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Kita tahu kadang-kadang ada seminar antarabangsa yang dihadiri oleh seorang dua orang asing, kita gunakan bahasa Inggeris padahal kita boleh menggunakan bahasa Melayu.
Kalau boleh pemimpin-pemimpin negara dalam lawatan mereka ke luar negara juga menggunakan bahasa Melayu kerana biasanya ucapan mereka diterjemahkan oleh penterjemah. Pemimpin kita mestilah menunjukkan teladan yang baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jumaat, 1 Julai 2011

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


sabahkini.net: PENYELUDUPAN BARANG SUBSIDI <b>DI KUDAT</b>

Posted: 01 Jul 2011 08:39 AM PDT


Saudara Pengarang,

UNTUK makluman, saya berasal dari Sandakan tetapi buat masa ini sedang bercuti di Kudat, Sabah. Pagi kelmarin, lebih kurang jam 10.30 pagi semasa memancing di jeti Sabah Port Kudat, saya ternampak sebuah lori yang berada di sebelah bot kumpit dalam keadaan yang mencurigakan.

Saya melihat dengan jelas ketika itu anak-anak kapal sedang memungah barang-barang (kotak-kotak) dari lori ke bot kumpit (Filipina) yang sebelum ini merapat ke jeti untuk memuat kayu belian, tetapi turut menyeludup keluar barangan kawalan bersubsidi seperti minyak masak, tong gas, gula dan sebagainya.

Saya harap pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini di Sabahkini.net agar pihak berkuasa dapat membuat pemantauan dan menghalang penyeludupan keluar barang kawalan bersubsidi ke Filipina.

Salam Hormat,

PUTERA SANDAKAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


SEMPURNAKANLAH…..<b>SEMPORNA</b>! | RontogDaily.Com

Posted: 15 Jun 2011 12:11 AM PDT

Hello… Semporna!. Dalam keghairahan pembangunan, pembinaan pelbagai kemudahan yang memanifestasikan keamanan yang dikecapi masyarakat kita seringkali mengundang kealpaan. Pembinaan bangunan dan gedung-gedung perniagaan tentu sahaja mempamerkan kemakmuran ekonomi yang dijelmakan oleh keyakinan para pemodal terhadap prospek ekonomi yang terhidang. Bangunan yang serba indah didirikan. Peluang-peluang perniagaan dijana dan retorik wujudnya peluang pekerjaan yang melimpah ruah dijaja ke hulu ke hilir oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Ironinya, keadaan ini hanya menyedapkan halwa mata memandang. Realiti yang berlaku dalam putaran ganas kehidupan tidak pernah mengambilkira retorik dan omongan kosong. Situasi inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya di Semporna. Bangunan-bangunan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tidak mengira kawasan daratan atau tepi lautan, bangunan yang tentunya menempatkan gedung-gedung perniagaan milik pemodal-pemodal berkapasiti besar. Lantas, apakah nasib yang menimpa kelompok yang berinisiatif untuk membawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan. Para peniaga kecil-kecilan yang tentunya menjadikan  perniagaan kecil-kecilan yang mereka jalankan sebagai sumber utama pendapatan untuk menyara keluarga, persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Langkah mewujudkan gerai-gerai perniagaan secara tetap dan tersusun tentunya suatu langkah yang bijak dan harus diberi pujian. Sungguhpun langkah ini sepatutnya telah lama diwujudkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, namun inisiatif baru ini tentunya melegakan para peniaga kecil-kecilan khususnya, yang selama ini berniaga di tempat dan premis yang tidak terurus, usang dan tentu sahaja tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air. Kita tentunya berharap, sebagaimana harapan para peniaga ini agar pihak-pihak berwajib turut mewujudkan hub-hub perniagaan kecil-kecilan seperti gerai-gerai tersusun ini di lokasi-lokasi lain yang strategik.

Lokasi gerai tersusun dan teratur di Taman Sem Paul ini bukan sahaja menyediakan tempat yang baik dan selesa untuk para peniaga, lebih dari itu, kewujudan gerai-gerai ini tentunya akan mengubah landskap pemandangan para pengunjung dan pelancong sama ada tempatan atau pelancong asing. Berbanding binaan gerai sebelum ini yang dibuat daripada kayu, memperlihatkan pemandangan yang usang, tidak tersusun dan kotor, gerai-gerai tersusun yang baru ini tentunya memberikan manfaat kepada banyak pihak. Selain para peniaga yang tersenyum lebar kerana bakal berniaga di tempat yang lebih selesa, pihak berkuasa tempatan juga bakal mendapat manfaat langsung sama ada dalam bentuk cukai atau usaha mengubah lanskap daerah Semporna ini secara khususnya.

Namun dalam keghairahan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini, pihak-pihak yang berkenaan juga tidak seharusnya 'terlupa' menguruskan beberapa perkara penting. Pertamanya, pengeluaran dan pemberian lesen-lesen perniagaan khususnya yang menggunakan gerai-gerai serba baru ini harus diuruskan secara telus dan profesional. Seringkali kewujudan kemudahan seperti ini dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila pengeluaran lesen dan kebenaran menggunakan kemudahan ini diperolehi oleh individu yang tidak menjalankan perniagaan sebenarnya. Pihak yang berkenaan pula 'mengalibabakan' gerai perniagaan ini kepada pengusaha sebenar. Akhirnya, peniaga sebenar terpaksa menanggung cukai yang tidak perlu.

Bukankah lebih elok jika peniaga sebenar yang telah lama menjalankan perniagaan kecil-kecilannya dilokasi ini diberikan keutamaan memiliki lesen berkenaan. Jika selama ini mereka sanggup bertahan menjalankan perniagaan sungguhpun dengan keadaan yang sangat daif, maka adalah sangat tidak bermoral untuk memberikan lesen berkenaan kepada individu yang hanya tahu mengaut keuntungan daripada jerit perih peniaga yang bersungguh-sungguh menjayakan kehidupan keluarganya.

Kedua, harus juga diwujudkan sistem untuk membolehkan pemantauan dijalankan oleh pihak-pihak berwajib agar penyewa-penyewa premis ini benar-benar menjalankan perniagaan mereka. Sistem itu kelak bukan sahaja memantau para peniaga semata-mata, malah juga memastikan segala kemudahan yang ada tidak diubahsuai sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak berkenaan. Kemudahan yang ada juga boleh diselenggarakan dengan baik andai wujud sistem yang baik dan telus. Lebih dari itu, mekanisme pemungutan hasil cukai ke atas peniaga-peniaga ini juga diwujudkan agar tidak berlaku ketirisan yang akan merugikan pihak yang berkenaan.

Ketiga, projek ini juga harus dikendalikan secara profesional dan dijadikan 'bahan kajian' untuk mengumpul data-data tertentu yang akan memanfaatkan pengurusan pihak berkuasa tempatan. Melalui pengurusan yang profesional itu, bukan sahaja menaikkan imej pihak berkuasa tempatan sebagai agensi yang berautoriti, tetapi juga memungkinkan inisiatif baru boleh diperkenalkan dan sekaligus membudayakan tabiat inovasi dan kreativiti dalam kalangan pihak-pihak yang berkenaan. Paling penting lagi, 'pengalaman' yang dikutip daripada pengendalian gerai baru ini kelak, akan menyediakan maklumat berharga seandainya pihak berkenaan merencana hub-hub seumpamanya dilokasi yang lain pula.

Semoga inisiatif ini boleh dimanfaatkan. Kombinasi pihak berkuasa tempatan, para peniaga serta juga orang ramai yang berurusan dengan kawasan ini nati akan mendapat manfaat secara langsung daripada kejayaan projek ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Bantahan Perhimpunan Haram <b>di Tawau</b>, Sabah | Junaidiey Dot Com

Posted: 01 Jul 2011 08:01 AM PDT

Sebelum aku memulakan penceritaan, ingin aku jelaskan bahawa aku tidak memihak pada mana-mana pihak. Entry ini sekadar perkongsian dari Tanah Tumpah Darahku, Tawau Sabah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Perhimpunan Haram? Perhimpunan Haram bermaksud sebuah perhimpunan sekolah perhimpunan yang ditaja oleh Pihak tertentu dan tidak mempunyai permit. Mengapa tiada permit? Hal ini adalah kerana permit yang dipohon tidak akan diluluskan oleh pihak berwajib.

Aku masih tiada pengalaman menyertai mana-mana perhimpunan haram. Baik di Tawau, ataupun diluar kawasan Tawau. Hanya yang pernah, Perhimpunan Belia 2011 Kuching Sarawak saja. Berikut petikan berita yang aku dapatkan dari BERNAMA.

Di TAWAU, empat pertubuhan, dua daripadanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis di sini bagi membantah rancangan kumpulan pengacau untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini di Tawau.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kalabakan, Gasing Saling bersama wakil Kelab Sukan Komuniti Sebatik, Kelab Tinju Amatur Tawau dan Umno Cawangan Kampung Perdana, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 9 pagi tadi.

Pertubuhan berkenaan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang rancangan perhimpunan haram yang dikatakan akan dibuat di kawasan Pasar Tanjung, Tamu Takada dan Pasar Sin On.

"Kita berharap orang ramai tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram berkenaan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Gasing berkata beliau mendapat maklumat kononnya kira-kira 1,000 orang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dengan 1,500 helai baju kuning telah dicetak untuk Sabah dan 200 helai daripadanya sudah dijual.

Terima kasih warga Tawau kerana masih ada yang menjaga keharmonian daerah kita.

nota kaki: ini entry SEO. Tumpang keyword perhimpunan haram. tongue

Popularity: 1%

Ini lebih menarik:

Menarik hari ini:

Bantahan Perhimpunan Haram Di Tawau, Sabah thunderbird50 getym11 fb junaidieycomseksi google+ pr2 nikita-willy-111
You can leave a response, or trackback from your own site. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Edrie Hashim Projek Pistol <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 28 Jun 2011 07:53 AM PDT

ProjekPistol-Borneo-Tour-1

Ini bukan kali pertama penerbit album dan pencipta lagu terkenal, Edrie Hashim berada di Tawau, malah sudah beberapa kali ke sini dengan pelbagai kegiatan dan urusan. Imej yang ada pada ketua kumpulan Projek Pistol ini yang mungkin meletakkannya sebagai seorang artis yang mempunyai peminatnya tersendiri di Tawau. Almaklum sajalah, Tawau yang begitu sinonim dengan artis imej rock ini, pasti laku punya… alasan paling kukuh? Edrie Hashim gondrong siap rebonding lagi tau!

Petang tadi, aku berkesempatan untuk memenuhi jemputan makan tengah hari untuk sesi bertemu peminat Edrie Hashim dan artis Projek Pistol di Sidrap Corner, Tawau. Walaupun datang lewat daripada yang dijanjikan, namun aku dan LisaAli bertenang. LisaAli sempat lagi bertanya, tiadakah orang kenal dengan kita ni. Jawabku mudah, orang di sini tidak berFB atau berblog… ketawa!

.

Sempat mengambil beberapa gambar sebelum ketibaan Edrie Hashim Projek Pistol, memang sempoi gaya kami tapi santai. Ada beberapa orang makcik lalu dan berhenti memerhatikan poster di dinding kaca Sidrap Corner dan aku juga ada terdengar keluhan dua anak muda rock yang mungkin dalam perjalanan untuk ke bus station Sandakan….

Hoi gila kau, aku minat Edrie Hashim ni… Alaaah kenapalah hari ini, bukan hujung minggu. Masa kita mo bejalanlah dorang buat bah! Tidak sempat kita mo triping di Fire!

Info event:
Projek Pistol Borneo Tour 2011 Tawau, Sabah.
Live showcase 29 Jun 2011
FIRE Clubbing Star
Penganjur Sumber Karya Seni

.

Penganjur tiba, artis tiba, Sidrap Corner semakin sesak. Artis mula menjamu selera dan kami menemui Encik Jamil Aziz, memperkenalkan diri kepadanya, lalu diperkenalkan dengan barisan artis. Telefon aku berdering, aku biar LisaAli mengambil gambar dan bertanya khabar2 artis.

Di akhir pertemuan, aku sempat bertemu dengan wartawan penyiaran Melodi dan Fuh. Esok saja aku kisahkan pertemuan selanjutnya kerana esok jam 4 petang, Tawau Bloggers Unity ada program tersendiri di Arena Cafe dengan artis Projek Pistol ini. Tak sabar nak terjah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Selamat Datang ke rumahdsabah: Soft Lunching Rumah Teres <b>di Papar</b>

Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT

Dua taman perumahan teres akan dilancarkan di Papar iaitu Jalan Buuzut (Vila Mutiara) dengan harga antara RM268,800 - RM298,800 dan Jalan Sapat RM178,800 - RM238,800. Taman ini akan dibangunkan oleh HBA Group www.theHBAgroup.com atau hubungi Miranda 017-8666711 untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Belia <b>Tenom Di</b> Gesa Sertai Askar Wataniah- Jamawi

Posted: 15 Dec 2009 12:00 AM PST

Tenom- Golongan belia khususnya di luar bandar daerah ini digesa menyertai askar wataniah jika masih belum terlibat dalam mana-mana persatuan beruniform.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, penyertaan itu akan menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

"Bilangan belia yang menyertai askar wataniah masih lagi kurang sedangkan daerah ini mempunyai jumlah belia yang ramai. Apa yang paling penting, langkah ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam jiwa mereka selain mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Tenom.

Jamawi berkata, penerangan dan penjelasan mengenai askar wataniah perlu dilakukan secara lebih aktif bagi menarik lebih ramai remaja yang merupakan golongan sasar.

Sejajar dengan itu, katanya, penubuhan Kompeni Askar Wataniah bukan sahaja di Tenom tetapi di seluruh negara adalah satu langkah yang tepat sekali.

"Kita harap golongan belia di setiap daerah khususnya di daerah ini menyertai askar wataniah. Penyertaan ini merupakan bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat mempertahankan negara.

Dengan cara ini, mereka akan menyedari tanggungjawab menjaga keamanan negara bukan dipikul pihak berkuasa semata-mata," ujarnya.

Menurutnya, difahamkan 125 daripada 222 kawasan Parlimen sedang dalam proses untuk menubuhkan kompeni tersebut secara berperingkat dan dijangka selesai pada 2011.

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved