July 2011 – Nabawan, Sabah, kira-kira 160km dari Kota Kinabalu. Misi ziarah sahabat-sahabat lama yang banyak membantu usaha dakwah di pedalaman. Banyak perubahan sejak 18 tahun saya tidak ke sini.
Bertemu kembali Abang Tommy (Mohammad Jun) dan keluarganya di Pekan Nabawan. Beliau berniaga servis komputer dan jahitan pakaian. Insan ini amat banyak membantu usaha dakwah. Rumahnya menjadi salah satu tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan dakwah ke Pensiangan, sempadan Sabah-Kalimantan.
Posts related to Mohammad Jun dan keluarganya di Pekan Nabawan
NABAWAN: Cik Muslisah Pangawai dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan Nabawan pada Rabu. Muslisah, 21, berasal dari Kg. Sabinait Baru, Murni C, Nabawan yang bertugas sebagai Kerani di sektor swasta dengan hobinya menari dan bermain badminton pada masa lapang menewaskan enam peserta yang layak ke pusingan akhir.
Tempat kedua disandang oleh Leu Kui Ink, 18, dari Kg. Bahagia A, Nabawan yang bekerja sebagai juru kecantikan dengan hobi membaca.
Tempat ketiga jatuh kepada Yesomeh Makiong dari Kg. Layon satu-satunya peserta dari kampung yang terpencil di Mukim Pamuntarian.
Yesomeh, 20, yang berhobi menari dan membaca pada masa lapang seorang pelajar Kolej ILHAM bercita-cita menjadi 'assistant manager'.
Serama 14 peserta menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Perigkat Daerah Nabawan.
by Mohd Haizuren Abdullah Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut
"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."
Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.
Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..
(Keluhan seorang penduduk Nabawan)
PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di Nabawan.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, Osman Aganduk turut menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan.
Selain daripada itu, dua guru Oguslina Siambing dan Zulkiflie Mohamad masing-masing turut menerima Anugerah Guru Inovatif kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah manakala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang disadang Sekolah Kebangsaan Kampung Enam Nabawan.
Sambutan Hari Guru peringkat Daerah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jame Alip.
Berucap merasmikan majlis tersebut, Jame mengesa warga pendidik agar sentiasa memperbahurui sistem pembelajaran dalam dan luar kelas mengikut keadaan semasa agar pelajar dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.
Jelasnya, ini disebabkan kehendak dalam sistem pembelajaran masa kini jauh berbeza berbanding sistem dahulu.

marcus Mojigoh (kiri) menerima surat memorandum lesen Kelas F daripada wakil syarikat Kharsani Welder Technology & Services (KWTS) semasa mengadakan lawatan di Putatan, semalam.
NABAWAN 20 Ogos – Kerajaan diminta mewujudkan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini bagi meningkatkan tahap pengawalan kebakaran sekali gus menyelamatkan harta benda dan nyawa penduduk di sini.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, pada masa ini pihaknya telah mengenal pasti tapak yang sesuai bagi membina sebuah balai bomba di daerah itu.
"Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini penting bagi membolehkan pengawalan kebakaran dapat dijalankan dengan cepat.
"Jadi saya berharap agar sebuah Balai Bomba dan Penyelamat dibina di daerah ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan datang jika ia tidak tersenarai dalam RMK-9," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan pakaian dan jentera pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan di perkarangan bangunan Majlis Daerah Nabawan di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah, Ariffin Haris; Pegawai Daerah Nabawan, Bubudan Majalu dan Pemangku Penguasa Bomba Dan Penyelamat Bahagian Keningau, Mausi Sitim.
Pada majlis itu Bobbey turut menyumbangkan sebanyak RM2,000 kepada pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan.
Menurut beliau, pada masa ini kes kebakaran di daerah ini hanya bergantung kepada balai bomba daerah Keningau yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Nabawan menyebabkan terdapat kelewatan dalam mengawal kebakaran.
Sementara itu, beliau berharap ahli-ahli Bomba Sukarela di daerah ini dapat menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan latihan yang diberikan.
Selain itu, katanya, beliau juga berharap bomba sukarela di daerah ini sentiasa aktif dan menambah lebih ramai keahlian.
"Sehubungan itu, saya meminta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini menguar-uarkan kepada kakitangan masing-masing agar mereka menyertai Bomba Sukarela," katanya.
Selesai melawat Tamu Niaga Nabawan kami semua bergerak menuju ke rumah mertua TYDP Pas Keningau yang terletak tidak jauh dari kawasan Tamu Niaga Nabawan. Rumah kampung diperbuat dari papan di kampung tersebut kemas tersusun rapi.
Sesampai kami di sana kedengaran suara riuh rendah menyambut kedatangan kami di rumah itu. Rupanya suara datang dari burung tiung yang pandai berkata-kata dalam loghat sabah.
Istimewanya rumah mertua TYDP Pas Keningau yang kami singgah itu adalah, kedua orang tua serta adik kepada isteri TYDP masih belum beragama Islam, namun mereka masih hidup rukun dan damai.
Ketika saya berlegar-legar di luar kawasan rumah sambil mengambil gambar, adik ipar TYDP baru sampai ke rumah, mungkin dari pekan agaknya. Saya sempat mengerling kelibat adik iparnya tersebut, seorang gadis Sabah yang putih melepak dan masih solo. Kalau saya masih bujang mungkin saya tak lepaskan peluang menambahkan seorang lagi warga muslimah dalam rumah tersebut.
Sebelum ke rumah mertua TYDP, kami dibawa meninjau keadaan kemudahan rumah sakit (hospital) yang terdapat di Nabawan. Anda boleh lihat sendiri melalui gambar yang dipaparkan rupa bentuk rumah sakit tersebut. Kebetulan ada seorang pesakit kanak-kanak berada di dalam bilik rawatan yang sedang di rawat oleh pembantu perubatan.
Dr yang bertugas di situ merupakan seorang warga Pakistan yang bekerja sebagai pekerja kontrak untuk kerajaan Malaysia bagi menampung kekurangan doktor di kawasan pendalaman. Ketika kami sampai di rumah sakit tersebut doktor telah keluar menghantar seorang pesakit yang memerlukan rawatan lebih rapi di Hospital Keningau.
Walaubagaimanapun kami sempat bertemu dengan doktor tersebut apabila dia mengejar rombongan kami sebaik sahaja mendapat tahu kemi baru sahaja melawat rumah sakitnya. Kami bercerita panjang di tengah jalan dengan doktor yang memberikan penerangan ringkas keadaan di situ.
Masih banyak yang boleh penduduk Nabawan lakukan untuk membangunkan kawasan penempatan mereka. Ini memerlukan seorang pemimpin yang agresif, telus dan dapat menyedarkan rakyat agar bangun dan majukan diri sendiri.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
Cuti tahun baru 2014 semalam, kami dalam tim Darussyifa' Sabah memenuhi satu undangan sebuah bank di Kota Kinabalu untuk merawat premis mereka. Saya sendiri pernah menerima panggilan sebelum ini gangguan yang menimpa beberapa warga bank berkenaan.
Setelah beberapa kali perundingan, tepat 1 Januari, selepas solat zuhur kami berziarah melakukan sebagaimana proses yang kami lakukan di premis-premis lain sebelum ini. Pengalaman beberapa kali merawat premis lain seperti asrama, rumah, sekolah, bank, pejabat dan hospital telah semakin memasakkan pengalaman kami sendiri.
Solat hajat, bacaan yasin, ruqyah tertentu, dengan air berapa di hadapan peserta yang hadir termasuk warga bank sendiri. Kemudian, premis diazankan di beberapa tempat seperti ruang terbuka, bilik-bilik pejabat dan sebagainya. Sebahagian staf kami pimpin untuk merenjis air berkenaan agar mereka melakukannya sendiri sambil membacakan ayatul Kursiy.
Doakan mudah-mudahan Allah SWT menerima permohonan mereka dan kami semua. Agar tiada lagi kesulitan yang menimpa warga mereka.
Salam semua. Penjelasan berkaitan berita berlakunya tembak menembak di beberapa lokasi di Kota Kinabalu: Dipercayai dibuat oleh kumpulan muda mudi menggunakan lastik atau senapang angin peluru guli.Dibuat secara serentak di 25 tempat di kawasan Kota Kinabalu dari 2345hrs sampai 0044hrs pagi tadi. Justeru, berita mengatakan adanya tembak menembak menggunakan senjatapi dan ada yang tercedera adalah TIDAK BENAR. KPD KK telah menjelaskan keadaan sebenar melalui sidang media jam 1pm tadi. Siasatan utk mengenalpasti saspek dan motif sedang di lakukan. Keselamatan di BANDARAYA KOTA KINABALU TERKAWAL. SEKIAN TERIMA KASIH.
KUNAK: Calon Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Silam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan itu cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan yang turut mengorbankan pemandu kereta itu di KM27 Jalan Kunak-Lahad Datu, malam tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira 9.30 malam itu, Jumhariah Hambali, 42 yang bakal bertanding dalam pertandingan Umno Oktober ini dan Zuraidah Baching cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan tergolek beberapa kali.
Ketua Polis Daerah Kunak DSP Radzali Mahmud berkata pemandu kenderaan yang dikenali sebagai Samman Arum, 49, meninggal dunia di Hospital Kunak.
Radzali berkata, kenderaan yang dalam perjalanan dari Kunak ke Lahad Datu itu dipercayai terbabas ketika menuruni bukit di satu selekoh dan memasuki lorong kanan sebelum tergolek.
Jumhariah mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang manakala Zuaraidah cedera di bahu kiri serta tulang rusuk.
Home » Unlabelled » Misteri Terowong Jepun Di Kunak Sabah
Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.
Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.
Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang, ~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong ~ Gua Madai di Madai ~ Tasik Impian Di Mostyn ~ Kelab Golf di Mostyn ~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn ~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957) ~Telaga Tujuh di Pangi ~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang ~ Bahan Artifak di Tingkayu
Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
1) Menghantar sebarang maklumat program atau aktiviti dakwah dan bukan berasaskan komersil khususnya sekitar Kota Kinabalu @ Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk dihebahkan di blog ini. Bahan yang bersesuaian, lengkap (seperti foto, banner dll) serta tepat akan dipaparkan di blog ini dalam tempoh tertentu.
2) Menghantar undangan untuk Abu Nuha atau rakan-rakan pendakwah sama ada JHEAINS atau Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Sabah mengisi program dakwah di kawasan berdekatan dan bersesuaian sama ada di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.
3) Menghantar undangan untuk Abu Nuha Corner membuat liputan sebarang aktiviti dakwah di lokasi yang berdekatan. Berikan maklumat lebih awal dan terperinci untuk memudahkan lokasi dikunjungi. Aktiviti yang bersesuaian akan dikongsikan untuk tatapan pembaca di blog ini.
4) Menghantar berita, laporan atau catatan aktiviti dakwah sekitar Sabah untuk dipaparkan di blog ini tanpa Abu Nuha Corner berkunjung ke lokasi berkenaan. Catatan yang menarik, lengkap dengan foto dan menepati citarasa Abu Nuha Corner akan dikongsikan bersama.
Contoh program @ aktiviti dakwah adalah seperti kelas pengajian agama, ceramah, kuliah, forum, kursus-kursus, seminar, majlis qurban, aqiqah, khatam al-Quran, pertemuan, ziarah hospital, muallaf atau ulama dan seumpamanya. Sama ada ia dianjurkan oleh masjid, surau, kampung, jabatan kerajaan, swasta, NGO, parti atau individu persendirian.
Hantar maklumat program berkenaan ke mesej Facebook Abu Nuha atau emel ke ma_alhafiz@yahoo.com. Sertakan nama pemberi maklumat atau urusetia dan nombor telefon untuk rujukan dan pertanyaan lanjut. Maklumkan juga sasaran audien (sama ada terbuka, tertutup atau ada umur tertentu). Maklumat yang lengkap dan paling penting MENEPATI CITARASA Abu Nuha Corner akan disiarkan. Mari kita bersama-sama menyebarkan maklumat dan aktiviti dakwah demi perkembangan Islam. Terima kasih.
19 Ogos 2013 TAWAU - Tiga lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori sepuluh tan di Kilometer 40, Jalan Semporna-Kunak hari tadi.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta yang dikenali sebagai Amran Juma, 47, serta dua penumpang Julham Amil, 26, dan Ajun Ibrahim, 35. Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Bagaimanapun, pemandu lori jenis Isuzu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Penolong Penguasa Bomba Mohd Razali Awang Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata mereka menerima panggilan kecemasan berkaitan nahas itu pada kira-kira 5.28 petang.
Dua jentera bomba, masing-masing satu dari Balai Semporna dan Kunak dengan 10 anggota dikejar ke tempat kejadian dan tiba pada kira-kira 6 petang.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mangsa berakhir pada 6.58 petang.
Sementara itu, Bernama gagal menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung nahas berkenaan. - Bernama
Harga bagi sekilogram kacang bendi di Penampang dan Putatan yang dijual pada harga 3 ringgit 99 sen HARI INI adalah yang termurah di seluruh negara.
Menurut portal http://www.1pengguna.com, berbanding di Pasar Besar Kota Kinabalu, sayuran tersebut dijual pada harga 5 ringgit sekilogram dan di pasaraya Servay, Likas pada harga 6 ringgit 29 sen sekilo.
Portal 1Pengguna menyediakan laporan harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi pricewatch bagi membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis menawarkan harga barangan berpatutan.
PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam.
Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah.
SIASAT...anggota polis memeriksa mayat mangsa yang disorok di dalam van.
Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali.
Dua rakan sekerja Asri yang melihat kejadian itu cuba menghalang tindakan ganas pemandu jengkaut itu, tetapi lelaki terbabit melibas parang beberapa kali ke arah mereka menyebabkan kedua-duanya melarikan diri.
KOTA KINABALU: Keseronokan lima lelaki yang sedang asyik menjalankan aktiviti bom ikan berakhir, apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Pulau Guhuan, Kudat.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota PPM Kudat yang menjalankan Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) di perairan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Jumaat lalu.
Dalam serbuan itu, pihak polis merampas kira-kira 30 kilogram ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan, selain beberapa peralatan menyelam di dalam bot terbabit.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, semua tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985.
"PPM akan terus menjalankan operasi seperti ini dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan bom ikan di seluruh perairan negeri," katanya.
Dalam kes lain, PPM merampas sejumlah barang kawalan bernilai kira-kira RM15,000 yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui perairan Kudat, Ahad lalu.
Mohamad berkata, serbuan dibuat kira-kira jam 12.15 pagi ke atas sebuah bot di kawasan perairan Tanjung Muniangit, Kudat.
"Ketika serbuan, ada dua lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri didapati berada dalam bot itu.
"Pihak kami turut merampas 20 tong berisi petrol, satu tong berisi diesel, 24 bungkus gula pasir dan 50 bungkus tepung yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran," katanya.
Tambah beliau, dua lelaki terbabit bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Pangkalan PPM Kudat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-WB
Kesemuanya dipercayai PATI di Pulau Nusa Tengah dan Pondohon
SEMPORNA: Ops Gasak 3, yang dilancar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam, menyaksikan penahanan 262 individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pulau Nusa Tengah dan Pondohon (pondok-pondok di laut berdekatan Pulau Nusa Tengah) di perairan Semporna.
Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua mereka berusia lingkungan enam bulan hingga 76 tahun serta ditahan dalam operasi yang bermula jam 6 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 121 adalah lelaki.
"Kita telah membuat pemeriksaan dan menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau memiliki dokumen yang meragukan, dan kita serahkan kepada Jabatan Imigresen untuk mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi berkenaan di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESSCOM Datuk Abdul Rashid Harun, Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCOM Mejar Jeneral Datuk Masrani Paiman dan Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Osman.
Mohammad berkata Ops Gasak 3 merupakan operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta beberapa agensi lain termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Daerah Semporna.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang baik antara pelbagai agensi yang turut sama menjayakan Ops Gasak 3, yang antara lain, bertujuan membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) daripada didiami PATI," katanya.
Beliau berkata Ops GASAK, yang sebelum ini tertumpu di kawasan pulau, mungkin akan diperluas ke perkampungan air pada masa akan datang.
Mohammad turut meminta majlis daerah Semporna merobohkan rumah yang diduduki PATI bagi memastikan tidak ada lagi pendatang asing yang bertapak di daerah ini, khususnya di Pulau Nusa Tengah.
Katanya, Ops Gasak 3 merupakan susulan Ops GASAK 2 di Kalapuan pada 29 Dis lepas dan Ops Gasak 1 yang dilancar pada 24 Nov membabitkan empat pulau iaitu Pulau Pom Pom, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan Kapalai yang kesemuanya dalam kawasan ESSZONE. — Bernama
KUALA LUMPUR – Kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf dipercayai terlibat dalam kes culik dan bunuh, dua pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah, awal pagi semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, pengganas terbabit dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini, belum ada tuntutan tebusan dibuat, dan usaha mengesan mangsa masih diteruskan dengan bantuan pihak berkuasa di Filipina.
"Kita percaya kumpulan pengganas ini mengambil kesempatan memasuki perairan Sabah kerana pasukan bersenjata Filipina telah dikerah ke utara untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam taufan Haiyan. Jadi ia memudahkan pengganas untuk melakukan jenayah," kata Khalid.
Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sunathon (berkhatan beramai-ramai) Program Gaya Hidup Sihat, di sini, hari ini, Khalid berkata beliau telah berunding dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kawalan di perairan Sabah berikutan perkembangan itu.
Dalam kejadian semalam, seorang pelancong lelaki warga Taiwan ditembak mati manakala isteri mangsa yang juga warga Taiwan telah dilarikan kumpulan terbabit.
Khalid berkata, polis akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan berkenaan bagi mengelak berulangnya kejadian seumpama itu.
Beliau juga berkata, satu operasi besar-besaran akan dijalankan di sekitar pulau-pulau yang bersempadan dengan negara jiran itu bagi mengesan dalang di sebalik kejadian jenayah itu.
"Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak memberi sebarang maklumat atau bantuan kepada musuh negara," tegasnya.
Katanya, polis akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa di perairan Sabah supaya menguatkuasa pengharaman penggunaan bot pam kerana pengganas dan penjenayah menggunakan bot berkenaan untuk aktiviti jenayah.
"Kita tahu dengan pengharaman bot ini, penduduk akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian.. Tiada tolak ansur dalam isu keselamatan.
Kita minta pihak berkuasa ambil tindakan drastik terhadap perkara ini," katanya.
Khalid berkata, aktiviti pelancongan tidak akan terjejas berikutan kejadian itu kerana pasukan keselamatan sentiasa mengetatkan kawalan di sekitar pusat peranginan dan pelancongan di seluruh Sabah termasuk di Semporna, Sandakan dan Tawau.
Menurut Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan, setakat 10-setengah pagi, hanya 30-penduduk masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Genuin Mendalom dan tiga lagi di Dewan Masyarakat Seri Antenom.
Bacaan paras air Sungai Pegalan kini berada di bawah paras bahaya. Manakala, bilik operasi banjir juga telah ditutup sejak 5-petang kelmarin.
Madiyem yang dihubungi RTM, bagaimanapun berkata pihaknya bersama anggota keselamatan lain sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.
Di Keningau, paras air Sungai Pegalan berada di paras amaran iaitu 239.91-meter.
Menurut Penolong Pegawai Daerah Keningau, Virus Malitam, ketika ini, hanya 13-penduduk terjejas banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu di SMK Agama Mempikit.
Sehingga kini, pengagihan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Daerah Keningau masih diteruskan.
KINABATANGAN: Polis marin menahan lima kapal nelayan yang sedang menunda pukat di kawasan larangan di pesisir pantai Sungai Kelibung Kinabatangan di sini Sabtu lepas.
Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kapal jenis pukat tunda terbabit dikesan melakukan kesalahan itu di kawasan pada jarak kurang dua batu nautika dari pantai.
Hasil pemeriksaan terhadap kelima-lima kapal itu, polis menemui hasil tangkapan udang dan pelbagai jenis ikan yang kesemuanya dianggar seberat 1,300 kilogram yang dipercayai dipukat di kawasan itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya kelima-lima kapal terbabit didapati melakukan kesalahan melanggar syarat-syarat lesen mengikut 8(b) Akta Perikanan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun.
"Bagi kesalahan kali pertama kompaun sebanyak RM500, kesalahan kali kedua RM1,000 dan kesalahan seterusnya boleh menyebabkan bot nelayan terbabit disita pihak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata kelima-lima kapal itu diserah kepada Jabatan Perikanan cawangan Sandakan untuk tindakan selanjutnya.